Makan Roti Canai Gebus Ikan Bakar Arang Tanjung Lumpur Nasi Lemak Zaman


 Assalamualaikum WBT


MASIH lagi cerita JJCM Kuantan masa cuti CNY hari tu, lepas sarapan di Kopitiam Beserah, Pak Inche mengajak beli Nasi Lemak Zaman yang femes di Gambang. Aduhhhh.. sampai Gambang tu, tapi Sk layankan aje la. Perjalanan dari Beserah ke Gambang ambil masa lebih kurang 26 minit berpandukan pada waze, jomlah kita! Tapi, sampai jer tengok orang beratur panjang, hurmmm.. tak laratlah nak memanjangkannya lagi. Kemudian, Sk perasan di sebelah restoran tu ada kedai lain yang terpisah dengan satu lorong. Di situ ada banner tertulis 'Nasi Lemak Zaman - buka 4.30 petang hingga ... (tak ingat jam berapa).'


Sk cadangkan agar kami cuba nasib di sebelah petang pulak. Tu pun kalau Pak Inche nak, kalau tak nak tak apa. Ialah, nasi lemak kat mana-mana pun ada, tapi bila tengok orang beratur macam tu, teringin jugak nak tahu keistimewaan Nasi Lemak Zaman tu 🤭. Padahal sebelum datang tuari dah janji nak makan ikan bakar. Jadi, lepas shopping baju raya di East Cost Mall, kami terus menuju ke Gambang. Syukur, kedai buka dan tak ada orang beratur pun macam pagi tu. Pelik betul, agaknya orang Kuantan tak makan nasi lemak malam-malam kot 😂.
Kami tapau..
Nasi Lemak Sambal Sotong untuk Iman dan dua bungkus Nasi Lemak Sambal Kerang untuk Sk dan Pak Inche dan tambah Telur Mata Kerbau seorang sebiji. Semua sekali RM30.xx (lupa sennya).

Sajalah pulak Sk pancing Pak Inche kot-kot dia nak tengok Roti Canai Gebus kat Tanjung Lumpur tu meniaga ke tak. Dah berapa kali datang Kuantan dia tak meniaga jadi jomlah kita cuba nasib kali ni. Ehhhh, pantang dipelawa ya. Jom.. jom.. kata Pak Inche. Sk pernah tulis pasal Roti Canai paling sedap pernah Sk makan ni DI SINI. Pergi mana-mana tempat yang jumpa roti canai sedap pun tak dapat menandingi keenakan dan kegebuan roti canai di Tanjung Lumpur ni. Sebaik sampai depan warung dah macam kecewa jugak sebab tak nampak orang meniaga roti canai. Tapi, Sk kata, jomlah kita makan ikan bakar. Mana boleh datang kali ni tak makan ikan bakar. Nanti lepas order ikan bakar, kita bawa turun nasi lemak yang tapau tadi, hahahaha


Dulu, kedai meniaga roti canai tu yang mula-mula di sebelah kanan, tapi dekat situ sekarang dah jadi kedai ikan bakar yang agak komersial. Sk tertarik pulak dengan banner Ikan Bakar Arang sementelah nampak ada meja kosong kat sebelah banner tu. Terus ajak Pak Inche dan Iman masuk kat situ.. tup tup nampak abang roti canai tu ada dekat situ. Abang ni trademarknya, dia pakai topi putih chef yang pendek tu. Terus gembira ria tiga beranak, lama giler ooo nak makan roti canai dia tak dapat. Rupanya, dekat sebelah kedai dia ni dah ada kedai baru, jadi, kedainya yang asalnya berada paling kanan dah jadi kedudukan di tengah-tengah


Iman makan Roti Telur. Favourite dia la ni kalau pergi kedai mamak, tak roti telur, roti bom! Roti telur dalam gambar tak nampak kegebuannya, ko tunggu eh


Sk dan Pak Inche masing-masing ambil dua keping roti canai kosong. Nak tahu cemana dia punya gebu boleh scroll ke bawah, ni pic roti canai Pak Inche yang dah dipotong kecik-kecik atas permintaan Pak Inche


Sk punya.. aduhhhh.. menggoncang qolbu betul eh roti canai dia. Roti canai kat sini dihidangkan bersama kari ikan dan kuah dhal. 

Nampak tak dia punya gebu tuuuuu. Pak Inche sampai tanya, berapa keping roti canai bonda ni?? Sambil selak roti Sk. Hah.. tulah, siapa suruh minta potong kecik-kecik 🤭. Rotinya garing dan lembut bila dikunyah. Eh,  syahdu betul perasaan bila dapat makan sesuatu yang sekian lama diidamkan ni tau. Masa abang tu tebar, boleh nampak eh, dia tebar sampai besar dan tak koyak langsung


Pesan Ikan Siakap Bakar Kosong dan dua ekor sotong juga bakar kosong. Sotong tu panjang tapak tangan aje, bila dibakar tinggallah banyak tu terkontang-kanting dalam piring, hehehe. Boleh pilih jika nak buat masakan lain seperti bakar sambal atau masak tiga rasa. Ikan bakar kosong dicicah dengan air asam yang simple tapi sedap. Lagi-lagilah bila kita gigit dengan bawang dan cili tu sekali, hihi. Selain tu, mereka juga bagi sambal ikan bakar berasingan. Iman suka cicah dengan sambal tu, Sk lagi suka cicah air asam


Licin eh tiga beranak makan. Semua sekali RM70.50 sahajo. Errr.. dah makan macam ni, apa cerita Nasi Lemak Zaman yang ditapau tadi??


Balik penginapan, lepas mandi dan selesaikan kewajiban, barulah makan nasi lemaknya. Tapi, memasing makan separuh aje. Kiranya, ada satu setengah bungkus lagi nasi lemak Sk simpan dalam peti sejuk. Sedap sambal nasi lemak dia, dahlah banyak, sayang pulak lebih terpaksa buang, takkan nak bawa balik Johor?


Keesokan pagi, panaskan baki 1 1/2 bungkus nasi lemak dalam microwave untuk sarapan. Jadi, hari sebelum check out tu lepak kat penginapan aje la, tak keluar cari makan atau beli makanan di luar. Pukul 11.30 macam tu kami pun check out tapi jenuh ooo.. dua biji lif rosak dari empat lif yang ada. Tiga kali jugaklah lif berhenti tapi penuh, rasanya hampir 10 minit jugak tunggu lif, tu pun kami redah juga masuk lif yang dah hampir penuh, ngam masuk kami lagi tiga orang ni. Dahlah tak boleh nak berpisah-pisah sebab nak turun lif pun kena guna kad akses tau kalau tak, tak boleh tekan butang. Memang ketat la kawalan keselamatan kat Timur Bay Residents ni. Lagi satu, siapa-siapa datang sini nak mandi kolam ke, mandi laut ke, pastikan anda bawa tuala dan baju salinan sebab mereka tak benarkan naik dengan pakaian basah. Gituhhhh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/02/makan-roti-canai-gebus-ikan-bakar-arang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Ikan Bakar Tepi Laut Di Bako Bako Resto Marina Island Lumut

Makan Ikan Bakar Tepi Laut Di Bako Bako Resto Marina Island Lumut

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 170 hits
nbsp 27hb hingga 28hb Januari 2024 lepas kak ana sekeluarga ke rumah adik di Lumut Kiranya macam family gathering laa lebih kurang sebab kak ana ni dua beradik jer Adik lelaki tinggal di Lumut dan dialah yang banyak uruskan abah di kampung ...
Nasi Dah Lah Mahal Pelanggan Sakit Perut Makan Ayam Bakar Basi Netizen Puji Owner Cepat Bertindak

Nasi Dah Lah Mahal Pelanggan Sakit Perut Makan Ayam Bakar Basi Netizen Puji Owner Cepat Bertindak

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 171 hits
Viral di laman Facebook kisah seorang pelanggan yang merasa kecewa apabila makanan yang dibeli di sebuah gerai makan di Pasar Malam Bintong Perlis itu ternyata sudah basi dan mengakibatkan dirinya sakit Mahal dan basi Berdasarkan perkongsik...
Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam artikel terbaru Bagaimana dengan hari hari anda Semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah seperti mana yang an...
Ikan Hantu Ini Cecah Rm130 Sekilo Rupanya Ini Sebab Mengapa Orang Cina Suka Makan

Ikan Hantu Ini Cecah Rm130 Sekilo Rupanya Ini Sebab Mengapa Orang Cina Suka Makan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 157 hits
Ikan hantu ini yang juga digelar ikan hodoh boleh mencecah harga antara RM90 hingga RM130 seekor bagi berat melebihi satu kilogram Turut dipanggil ketutu atau marble goby ikan ini menjadi buruan pengusaha restoran Cina Ada yang sanggup mena...
Suka Makan Tapi Tak Reti Siang Ini Tips Penting Nak Pastikan Ikan Pari Tak Berbau

Suka Makan Tapi Tak Reti Siang Ini Tips Penting Nak Pastikan Ikan Pari Tak Berbau

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 174 hits
Bagi peminat ikan pari mesti kebanyakan beli yang dah siap potong kecil di pasar raya tapi senang sahaja rupanya nak siang ikan ni Mungkin agak rumit jika dibandingkan dengan ikan biasa tapi kalau dah selalu siang dengan teknik betul boleh ...
Resipi Nasi Lemak Kuning Nasi Sultan Nasi Diraja

Resipi Nasi Lemak Kuning Nasi Sultan Nasi Diraja

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 270 hits
Bahan bahan 12 pot beras 3 jug besar air 1 bungkus kecil santan 2 camca kecil serbuk kunyit 3 senduk kecil gula 1 senduk kecil garam Ajinamoto ikut rasa 3 kuntum bunga lawang 3 batang kulit kayu manis Sehelai daun pandan 2 ulas bawang merah...
Hanya Pakai 3 Bahan Sahaja Buat Resepi Nasi Lemak Simple Ini Konfirm Tambah Lagi

Hanya Pakai 3 Bahan Sahaja Buat Resepi Nasi Lemak Simple Ini Konfirm Tambah Lagi

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 262 hits
Makanan kegemaran rakyat Malaysia adalah nasi lemak simple sahaja menu masakan ini dan boleh dimakan pada waktu pagi tengah hari ataupun malam Lazimnya sekarang ini kan kita boleh lihat ramai penjual nasi lemak di tepi jalan kedai mahupun s...
Doubletree By Hilton Kuala Lumpur Featuring The Prosperity High Tea And Dinner Buffet At Makan Kitchen

Doubletree By Hilton Kuala Lumpur Featuring The Prosperity High Tea And Dinner Buffet At Makan Kitchen

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 227 hits
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur proudly unveils a culinary partnership with the acclaimed Executive Chef Mike M C Wang of DoubleTree by Hilton Taipei Zhongshan where guests can enjoy authentic Taiwanese specialties created by him From Feb...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp