Makan Petang Di Club House Coffee


Hari Jumaat minggu lepas Encik Suami balik awal. Sebelum dia gerak balik macam biasa saya akan terima text check in jam 5.00 petang sampai rumah. Dapat text check in awal, saya pun rancang nak ajak Encik Suami makan petang di Club House Coffee Lavender Height Senawang. 
Kebetulan saya lunch awal jam 11.00 pagi makan maggi sup je. Bila petang rasa dah lapar awal sebelum masam makan malam. Jomlah lah minum petang merangkap makan malam sekali, jadilah makan petang. 
Lepas solat asar, berdesuplah ke Club House Coffee. Sampai di pondok pengawal, kena tinggalkan kad pengenalan atau kad lesen memandu. 

Waktu kami sampai di club house masih tak ada pelanggan lagi sebab baru buka. Untuk sesi petang, mereka akan buka dari jam 5.00 petang sampai 11-12 tengah malam



Welcome board

Dapatlah kami memilih tempat yang menarik untuk bestview waktu petang di sini. Sebelum ni kami pilih duduk di kerusi tinggi long bar tinggi sebelah kiri tu masa sarapan pagi di Club House Coffee. Makan petang ni kami duduk di platform bawahnya, di anjung yang menarik sikit


Memandangkan waktu petang dan panas pun semakin berlabuh, dapatlah duduk di sini dengan tenang tanpa perlu bergaduh dengan panas. Inilah permandangan waktu petang yang menarik. Masih cerah lagi pada jam 5.00 lebih


Lepas duduk, terus buat pesanan melalui QR di meja macam biasa. Sementara menunggu pesanan tiba, potretkan gambar mentol ni. 

Menyesal pula tak bawa phone holder atau tripod. Kalau tidak menarik juga kalau buat video timelapse di anjung ni

Tak lama menunggu, pesanan tiramisu pun sampai. Saja nak cuba tiramisu yang tengah hype sekarang ni. Kebetulan nampak dalam menu tadi, tambah lah sekali buat rasa-rasa. Lepas dah makan makanan berat baru kami makan tiramisu ni. 

Saya kurang arif tentang tiramisu ni, jadi minta tolong Encik ChatGPT jelaskan

TiramisuTiramisu ialah sejenis pencuci mulut tradisional dari Itali yang sangat popular di seluruh dunia. Nama tiramisu dalam bahasa Itali bermaksud “angkat saya” atau “buat saya gembira”sebab pencuci mulut ini biasanya memberi rasa manis dan tenaga.
Ciri-ciri utama tiramisu:

Bahan asas: biskut ladyfingers (savoiardi) yang dicelup dalam kopi pekat.Lapisan krim: campuran keju mascarpone, kuning telur, gula, dan kadang-kadang ditambah krim putar.Perisa tambahan: serbuk koko di atasnya, ada juga resipi yang menambah sedikit minuman beralkohol seperti rum atau Marsala (tapi boleh juga dibuat tanpa alkohol).Tekstur: lembut, berkrim, dan sedikit gebu dengan rasa kopi yang wangi.
Di Malaysia, tiramisu sering diubahsuai. Ada versi yang tak guna alkohol, ada yang guna biskut Marie atau kek span sebagai ganti ladyfingers. Malah ada juga versi “tiramisu in a cup” yang lebih ringkas.
Yang saya nampak tiramisu di Club House Coffee ni menggunakan ladyfingers. Guna mascarpone cheese atau tidak, tak dapat saya pastikan. Tahu makan je. Tapi rasa tiramisunya sedap. Lembut, rasa yang seimbang dengan rasa kopi yang tak terlalu kuat

Sesuailah buat minum petang sambil menikmati view kan. Makan santai-santai

Tiramisu, RM17.90

Nasi lemak Club HouseKemudian nasi lemak signature Club House pun sampai. Disebabkan saya tak makan nasi tengahari tu, jadi saya ulang pesan nasi lemak je lah. Hidangan sama macam sebelum ni tapi sosej dia bentuk lain lah pula

Kami berdua dok teka, bentuk apa sosej tu? Saya cakap, raksasa kot. Tergelak terus. Agak kecewa sikit dengan sosejnya agak liat, kering diluarnya. Mungkin sebab digoreng kot. 
Sebelum dapat sosej yang lembut dan tak kecut seperti di masak dengan butter. Macam tu baru sedap. Macam ni kena potong markah sikit. 
Rasa sambalnya kekal sedap dan nasi lemak dia berlemak santan segar. Sedap betul

Nasi lemak club house, RM8.90


Croissant chicken slicedEncik suami tak nak makan nasi, jadi dia pesan croissant chicken sliced. Menarik menu ni didatangkan sekali dengan nanchos. Saya cuma rasa sikit, sepotong je. Menu yang sedap dan sepinggan penuh tu mampu memberikan rasa kenyang. 
Dihidangkan bersama nanchos, chicken sliced, salad, sos keju dan mayonaise

Croissant chicken sliced, RM16.90

Hazelnut latteMacam biasa, saya akan pesan hazelnut latte panas. Comel dia punya latte art bentuk bunga. Sedap hirup foam susu suam-suam tu. Rasa hazelnut latte yang tak mengecewakan. Sedap betul menikmati hazelnut latte suam-suam waktu petang ni

Potong markah sikit sebab air kopinya dah tumpah meleleh masa sampai. Kurang dah nilai aesthetic tu.

Hazelnut latte, RM12.00

Honey lemonUntuk segarkan tekak, dah ada minuman kopi panas kenalah ada minum sejuk juga. Encik Suami pilih honey lemon sejuk. Sedap kurang manis dan tak masam sangat. Just nice. 
Honey lemon, RM8.00
Lama jugalah kami lepak makan petang di sini, sebelum jam 7.00 malam kami gerak balik. Makan santai-santai sambil bersembang sambil menikmati permandangan tak perlu nak kejar masa. 
Masa kami sampai tu, tengah buat pesanan baru lah meriah sikit ramai yang datang. Ada lah dalam 5 meja macam tu dah berpenghuni. Kalau malam lagilah meriah. Tempat menarik di area Seremban ni. Cafe mengopi untuk healing dan lepak-lepak.
Club House Coffee Lavender Height SenawangNo 1088, Jalan Lavender 24, Taman Lavender Height Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/club-house-coffee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Di Club House Coffee Lavender Height Senawang

Sarapan Di Club House Coffee Lavender Height Senawang

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 198 hits
Hujung minggu lepas dalam perjalanan balik kampung Segamat singgah sarapan di Club House Coffee Lavender Height Senawang Alang alang dah lalu situ kan Sebelum ni dah pernah makan malam di sini Kali kedua ni singgah sarapan pula Club House C...
Makan Tengah Hari Di Restoran Wadi Hana Elarabi

Makan Tengah Hari Di Restoran Wadi Hana Elarabi

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 486 hits
Ni dah berapa minggu punya kisah ni Asyik je tak sempat nak tulis Gambar ni dalam Restoran Wadihana El Arabi Dinding Ala Arab ni suka pakai tiles yang colourful macam ni Kalau rumah MY memang tidak la nak pakai dinding tiles bercorak macam ...
Bayi 8 Bulan Tak Mahu Makan Bubur Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak

Bayi 8 Bulan Tak Mahu Makan Bubur Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 190 hits
Pening dibuatnya bila bayi kecil kita sudah pandai menolak bubur tak mahu makan Apa nak buat Tukarkan menu atau pelbagaikan dengan menu lebih kreatif Menurut Dietetion Pn Fizah Sobri cubalah pelbagaikan menu untuk bayi kerana bayi juga suda...
Jumpa Gerai Makan Pamilaan Tenom Sabah

Jumpa Gerai Makan Pamilaan Tenom Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 190 hits
Gambar jambangan indah bunga orkid di Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom Sabah Hanya Jumpa Gerai Kopi Gerai Makan Pamilaan Tenom SabahBertemu kembali di wall blog Pesona Etuza 25 08 2024 adalah tarikh Etuza kakak Aminah adik Leha dan adik...
Makan Di Rumah Makan Nasi Talam Taiping

Makan Di Rumah Makan Nasi Talam Taiping

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 254 hits
Assalamualaikum WBT KEMBALI lagi dengan ole ole dari Alam Sari Di Tanah Jauhar tapi kali ini bukan ole ole dari Selatan la ya Kali ini Sk nak bawa pembaca ke Rumah Makan Nasi Talam Taiping yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan Setiap ...
Peralatan Rumah Yang Makan Banyak Tenaga Elektrik

Peralatan Rumah Yang Makan Banyak Tenaga Elektrik

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 191 hits
Peralatan Rumah Yang Makan Banyak Tenaga Elektrik Dalam zaman yang serba mencabar ini amalan berjimat cermat sudah menjadi satu kewajipan yang perlu diutamakan oleh setiap isi rumah Salah satu faktor utama yang memberi kesan langsung kepada...
Waktu Yang Tepat Untuk Makan Menjadikan Tubuh Badan Sihat Berat Yang Stabil

Waktu Yang Tepat Untuk Makan Menjadikan Tubuh Badan Sihat Berat Yang Stabil

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 197 hits
Makanan ini sesuai untuk sarapan pagi kerana serat dengan karbohidrat yang berlemak rendahdan mengandungi protienSemua orang mendambakan tubu badan yang sihat Semua orang mahukan tubuh badan yang ideal dengan berat stabil dan tidak berlemak...
Boleh Ke Jika Kita Ambil Aspirin Glycide Selepas Makan Dan Jaga Pemakanan Tanpa Perlu Ambil Pantaprazole

Boleh Ke Jika Kita Ambil Aspirin Glycide Selepas Makan Dan Jaga Pemakanan Tanpa Perlu Ambil Pantaprazole

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 252 hits
BOLEH KE JIKA KITA AMBIL ASPIRIN GLYCIDE SELEPAS MAKAN DAN JAGA PEMAKANAN TANPA PERLU AMBIL PANTAPRAZOLE Jom dapatkan info bermanfaat mengenai kesihatan dan ubat ubatan di Dr Zubaidi Hj Ahmad Ya dalam kes tertentu adalah MUNGKIN untuk tidak...
Jalan Di Padang Besar Makan Di Restoran Teratai Thai Food

Jalan Di Padang Besar Makan Di Restoran Teratai Thai Food

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum WBT SELEPAS check out di kami terus menuju ke Padang Besar Sampai sana tu dah tengahari tengah panas pulak tu Waktu untuk check in homestay lambat lagi jadi kita jalan jalan dan lunch kat sini dulu Dah dua tahun tak datang s...
Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis

Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Growing And When To Pause

Kenduri Kahwin

Rupa Rupanya Ada 120 Ketua Bahagian Telah Menandatangani Akuan Bersumpah Mahu Muhyiddin Berundur

Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

Gempa Bumi Segamat 15 Bangunan Kerajaan Rosak Baik Pulih Setengah Juta

Samsol Selagi Aku Ada Chord