Sarapan Di Club House Coffee Lavender Height Senawang


Hujung minggu lepas dalam perjalanan balik kampung Segamat, singgah sarapan di Club House Coffee Lavender Height Senawang. Alang-alang dah lalu situ kan. Sebelum ni dah pernah makan malam di sini. Kali kedua ni singgah sarapan pula.


Club House Coffee ni kawasan taman perumahan elite di Lavender Height rumah banglo besar-besar. Jadinya sebagai pelawat, sebelum masuk taman ni kena berhenti dulu di pondok guard bagi IC atau lesen untuk rekod daftar keluar masuk. Tak lama urusannya. 
Waktu kami sampai masih belum ramai orang lagi. Banyak lagi tempat duduk yang kosong. Kawasannya luas, selesa dan permandangan sekitarnya menarik kawasan bukit.


Boleh pilih nak duduk dimana-mana. Nak duduk bersimpuh bersila, duduklah di gazebo tu


Kami pilih meja di hujung dengan 6 kerusi. Rasa macam port menarik di situ. Sebelahnya tu ada kerusi batu 3-4 kerusi tapi macam semaklah pulak tepi tu. Tak ramai orang ni, okaylah kot duduk di tempat yang kami pilih

Buat pesanan guna QR code yang diletakkan di setiap meja. Dah buat pesanan dan pembayaran, duduk menunggu sambil menikmati permandangan yang terbentang luas depan mata. Ada bunga orkid yang cantik


Di kejauhan bawah bukit nampak Marrybrown menuju ke Bukit Putus. Nampak tak jem, okaylah lancar perjalanan nak balik kampung nanti


Ajak encik suami pindah tempat duduk masa pekerja hantar makanan. Sebelum tu tanya pekerja dulu sebab kita dah scan QR code di meja lain kan. Dia kata boleh. Makanan kami pun dia letakkan di situ. Macam menarik pula duduk di meja panjang dengan kerusi tinggi ni


Nasi lemak Club HouseBest sebab nampak permandangan lagi menarik. Kami berdua pesan makanan yang sama. Nasi lemak Club House. Bukan biasa-biasa ni. Ada telur mata, sebatang sosej dipotong dua, ikan bilis, kacang tanah goreng, timun, sambal dan nasi lemaknya. 
Ingatkan nasi lemak biasa dengan telur mata je. Rupanya sekali dengan sosej. Boleh juga kalau nak add condiments dengan bayaran tambahan. 
Nasi lemak Club House, RM8.90
Nasi lemak sedap betul dengan sambalnya pedas manis gitu. Ikan bilis pun jenis rangup. Sosej dimasak elok. Pendek kata, nasi lemak dia memang sedap. Kena dengan selera saya. 
Sambil makan sambil berperang dengan cahaya matahari. Menyesal pula pindah tempat. Siapa suruh pindah tadi kan. Tapi taklah panas sangat sebab ada angin sepoi-sepoi bahasa menyapa. Mujur juga cermin mata ada photogrey sebagai pelindung mata


Hazelnut latte dan latte panasPermandangan sebelah kanannya, ada ruang tempat makan yang lain. Agak ramai juga makan duduk di situ. Tak lama lepas makanan tiba, air pula sampai. Saya pesan hazelnut latte dan encik suami pesan latte. 
Latte art kopi agak tidak kelihatan. Tak kisah, janji rasa kopinya sedap. Dah macam vibes Cameron Highland pula duduk makan di tempat aras tinggi

Hazelnut latte panas, RM12. Latte panas, RM9.90

Permandangan dari tempat duduk kami. Depan tu ada platform dan boleh duduk situ juga. Tapi sebab panas, tak ada lah orang nak duduk lepak situ kan. Panas pagi ni boleh tahan juga. Kalau petang-petang tu bestlah sambil tengok view. Ambil gambar pun cantik


Mengikut tema sungguh kan, baju kuning dengan cawan, pinggan dan matahari waktu pagi. 

Lokasi Club House Coffee Lavender Height SenawangNo 1088, Jalan Lavender 24, Taman Lavender Height Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Next time boleh repeat lagi sarapan di sini atau makan malam. Buka pagi sampai tengahari. Lepas tu petang sampai malam. Ada banyak menu sampai rambang mata kita nak pilih mana satu entah. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/club-house-coffee-senawang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizens Joke Their Belongings Pale In Comparison To Rm1 8mil Loss In Mirzan House Break In

Netizens Joke Their Belongings Pale In Comparison To Rm1 8mil Loss In Mirzan House Break In

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 159 hits
A BREAK IN at the home of Mirzan Mahathir eldest son of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has resulted in the theft of valuables estimated at RM1 8mil The incident occurred on Wednesday while Mirzan was away His daughter Khadija...
Bill On House Arrest In Final Phase Says Saifuddin

Bill On House Arrest In Final Phase Says Saifuddin

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 149 hits
PARLIAMENT The Home Ministry is in the final phase of finalising a new bill relating to house arrest as an alternative to reducing overcrowding in prisons Home Minister Saifuddin Nasution Ismail said the working papers relating to the bill ...
Makan Di Restoran Padi House

Makan Di Restoran Padi House

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum WBT 27 Julai 2025 pergi lunch di Restoran Padi House di Taman Laman Setia Tebal eh buku menu dia Menu dia pelbagai dari masakan tempatan masakan barat kopi kopi dan dessertsss Ada tea set macam ni Juga ada meal promo PI minu...
Abang Jo To Launch Sarawak S White House On Monday

Abang Jo To Launch Sarawak S White House On Monday

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 154 hits
The new administrative complex will not be a residence but will function solely as a facility for government administration the Sarawak premier said Sarawak s new administrative complex in Petra Jaya has been nicknamed the Sarawak White Hou...
About 60 Of House Fires Caused By Electrical Issues Says Bomba

About 60 Of House Fires Caused By Electrical Issues Says Bomba

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 143 hits
PUTRAJAYA The Fire and Rescue Department has attributed about 60 of house fires in the country to electrical issues Director general Datuk Seri Nor Hisham Mohammad said the main causes include unsafe wiring non compliant electrical modifica...
Luckin Coffee Meluaskan Siri Kelapa Terlaris Dengan Dua Minuman Segar Terbaharu

Luckin Coffee Meluaskan Siri Kelapa Terlaris Dengan Dua Minuman Segar Terbaharu

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 669 hits
Hi Korang Peminat kelapa bersedialah untuk kejutan istimewa Sepanjang bulan Ogos ini Luckin Coffee menyerlahkan lagi suasana tropika dengan dua tambahan baharu dalam Siri Kelapa paling laris Coconut Shakerato dan Coconut Americano Diinspira...
Kafe Era P Ramlee Menu Masakan Melayu Di Rasa Nostra Coffee Kelana Jaya

Kafe Era P Ramlee Menu Masakan Melayu Di Rasa Nostra Coffee Kelana Jaya

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 498 hits
Kelana Jaya lama sungguh kak ana tak masuk area Kelana Jaya Banyak pembangunan juga nampaknya selari dengan arus permodenan Namun masih terdapat dereta rumah era 80 90an kelihatan di sekitarnya Begitulah putaran masa berlalu detik demi deti...
Belanja Dania Lissa Di Kopi Saigon Senawang

Belanja Dania Lissa Di Kopi Saigon Senawang

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum Sabtu lepas SA ambil peluang untuk lari sekejap daripada rutin harian Bukan lari jauh pun tapi cukup untuk bawa anak dara dan adik nombor tiga SA Lissa keluar minum kopi Destinasi pilihan kami kali ini Kopi Saigon Senawang M...
Rahsia Lavender Herba Wangi Yang Banyak Manfaatnya

Rahsia Lavender Herba Wangi Yang Banyak Manfaatnya

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 195 hits
Lavender Bila sebut je nama dia terus terbayang warna ungu lembut dan bau yang menenangkan kan Tapi sebenarnya kelebihan lavender bukan sekadar pada harum baunya Mungkin ramai tak tahu herba kecil ni menyimpan rahsia kesihatan yang cukup be...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang