Makan Oyster Asam Pedas Ikan Merah Di Asam Pedas Pakndak
Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA tahun 2023 ini, $k akan berubah portfolio. Surat perlantikan jawatan baharu telah diterima semalam cuma surat skop tugas baharu serta taklimat sahaja belum diterima. Kalau ikutkan, memang betullah, portfolio dah lama bertukar cuma tak ada hitam putihnya. Sebagai seorang staf, kena akur dengan segala tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. Kalau rasa nak menolak, bolehlah hantar surat perletakan jawatan terus, hahaha.
Dah berapa kali plan nak 'repeat' makan Oyster Raw di Tiram Muar Oyster yang terletak betul-betul di habitat oyster liar Sungai Muar (Baca - oyster lio Sungai Muo). Masa sampai tu, kan.. kami terkejut sebenarnya sebab tengok 'full house'. Parking penuh dan setiap meja dipenuhi pelanggan. Ada yang baru selesai menjamu selera, ada yang sedang menikmati hidangan dan ada juga yang sedang menunggu pesanan di sajikan.
Nampak sedikit berubah wajah gerai yang telah dibesarkan. $k membuka blogger dan menyemak 'view post' blog Makan Oyster Di Tiram Muar Oyster, rupa-rupanya telah mencecah lebih 24K views.
Tidak berapa lama menunggu, kami dapat duduk di sebuah meja yang terletak di sudut gerai. Cuaca agak panas dan berangin. Kelihatan arus sungai begitu deras. Cruise lalu lalang membawa penumpang menyusuri Sungai Muar. Tiram Muar dikatakan antara tiram yang ter'enak' di dunia kerana habitatnya yang terletak di pertemuan air tawar dan air masin. Kulit tiram akan dicampakkan semula ke habitatnya bagi memastikan ia terus berkembang biak
Kali ni, oyster yang sampai dahulu, macam pembuka selera la gitu. $k minta Pak Inche agar memesan sedulang sahaja oyster. $k nak dua ketul aje, yang lain Pak Inche makanlah. Lagipun nanti nak makan nasi dengan asam pedas pulak. Sedulang ni RM38, ada 10 ekor. Tengok semula post sebelum ni, $k tak masukkan harga, aisehmannn. Tak pastilah harga sama atau ada kenaikan
Boleh pilih nak perah jus lemon dan makan begitu sahaja atau cicipkan bersama sos yang disertakan dalam dulang
$k ambil satu.. sedapppp
ambil dua... dan tiga.. tu pun ada rasa nak mintak lagi sedulang, hahaha. Oyster raw ni maksudnya mentah ya. Tak silap, boleh minta jika hendak dikukus atau dibakar
Asam Pedas Ikan Merah dan Sayur Peria. Pesan jugak Asam Pedas Ikan Pari tapi kemudian diberitahu, ikan merah tu la ikan terakhir. Kemudian apabila ada pelanggan lain yang baru tiba, diberitahu, ikan dan oyster habis, minta maaf banyak-banyak. Masa tu, belum pun pukul 4 tau, sedangkan gerai tutup pukul 5
Tebal sungguh isi ikan merah ni, kan. Bagi $k, rasa asam pedas tu biasa-biasa aje. Tengah menjamu selera, tetiba terlihat kelibat seseorang yang dikenali, kawan fb, hahaha. Yang kelakar, dia kata, baca blog akak laaa, kita datang sini. $k pelawa dia jamah (sebab dah habis, kan), dia tak mahu. Seganlah kot, kalau $k pun
Sayur peria tak pahit. Dihiris nipis-nipis, sedap. Pak Inche yang tak makan peria pun layan.
Ulam timun Jepun dan sambal belacan. Sambal tu macam sama dengan yang kat dulang oyster tu.
Abang gerai tu kata, nak pengsan hari tu. Ialah, cuti Krismas masa ni, semua orang keluar ramai-ramai, datang berkumpulan, mahunya tak lunyai badan dikerjakan, hahaha. Takpe bang, yang penting, masyukkkkk
Asam Pedas Pak NdakTiram Muar Oyster
Lorong Tepi (Surau Parit Tiram) Off Jalan Salleh84000 Muar, Johor
Telefon 013 775 5989
Buka setiap hari kecuali Isnin10.30 pagi hingga 5 petang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/01/makan-oyster-asam-pedas-ikan-merah-di.html