Makan Nasi Kandar Siang Malam


 Assalamualaikum WBT
DAH mati kutu nak masak lauk yang sama, hari tu nampak Cik Sunah Sakura pergi makan di Restoran Ain Ali Rainforest yang baru sahaja di buka di Bandar Baru Pulai Jaya atau lebih tepatnya lagi Taman Pulai Emas. Terus, 'ting!', teringat memang dah berapa kali kata nak makan di situ tapi asyik tak jadi sebab tuju ke lain, hehehehe.

Tak boleh 'recall' adakah restoran ini merupakan bangunan baru atau bangunan lama yang diubah suai. Seingat Sk, dahulu macam ada satu bangunan di sini (rumah contoh atau pusat jualan) tapi kemudian terbiar apabila jalan masuk ke Taman Pulai Emas ditutup. Siapa nak pergi Taman Pulai Emas, kena masuk ikut Taman Pulai Jaya yang bersebelahan.

Kedudukan restoran agak strategik kerana terletak di tepi jalan besar selepas Stesyen Minyak Petronas dan sebelum jalan masuk ke Taman Pulai Jaya yang juga 'exit' memasuki Plaza Tol Senai Utara yang menghubungkan dengan Lebuhraya Utara Selatan. Kagum Sk melihat dekorasi restoran dengan air yang terjun dari tengah-tengah siling restoran dan meja-meja terpilih. Mungkin tak lama lagi akan ada ikan-ikan koi berenang-renang dalam kolam di tepi meja tu. Malah di tengah tangga tu pun ada akuarium besar, tapi airnya tak penuh la dan tak ada ikan


Ain Ali Rainforest ni konsepnya macam Restoran Mamak yang menawarkan pelbagai menu restoran mamak seperti pelbagai jenis roti canai, tosei, shawarma (ini makanan Arab, kan), juga masakan panas seperti mee goreng dan nasi goreng. Istimewanya di sini, ada Nasi Kandar Siang Malam. Jadi, siapa yang rasa nak makan nasi kandar tu, bolehlah terus beratur di kaunter lauk dan terus membuat pembayaran di kaunter juruwang. Manakala, bagi menu lain dan minuman, pesanan akan diambil dari meja oleh staf. Sekarang ni, dah bersepah-sepah Restoran Nasi Kandar di JB ni ya, tapi Sk belum jumpa lagi yang betul-betul surrrrrrrrr macam di Penang. Bolehlah buat raso-raso


Tengok ayam goreng jer dah tahu ini bukan ori nasi kandar. Ayam goreng merah ni, stail restoran mamak. Tapi, sebab memang plan nak makan nasi kandar, kan.. dan tak berani terai lauk lain, paling selamat ambil ayam sajo laaaa.. hahaha


Ada udang, tak pasti berapa RM seekor. Sepatutnya letak tanda harga terus la kan di kaunter atau berhampiran tray makanan supaya mudah pelanggan nampak dan pilih ikut bajet


Kari Kepala Ikan tinggal tiga ketul. Kepala ikan tak besar sangat macam yang Sk pernah nampak di kebanyakan restoran nasi kandar di Pulau Pinang


Lamb Shank pun ada ni haaaa


Pak Inche tak nak makan Nasi Kandar sebab siang tu dia dah makan nasi. SK dan Iman jerlah belum makan nasi, .. mula nak ajak Iman kongsi ayam tapi macam tamak pulak tak nak kongsi ghisau tak cukup, hahaha. Iman ambil lauk ayam goreng, sayur kubis dan telur masin. Sk ambil ayam goreng jugak dan sayur kubis, jumlah harga nasi kandar sahaja, tak silap Sk, RM28.40 atau RM26.40, haha.. lupa. Kalau namanya nasi kandar, kuah mesti campuq dan banjir. Tapi, kat sini, ada kuah masak lemak jugak. Kuah daging hitam kot agaknya macam manis sikit. Bagi Sk, sedaplah walau tak berapa surrrr cuma ayam dia aje tak berapa nak menjadi. 
Pak Inche makan tosei dua keping dan roti canai sekeping, teh tarik dan ais limau dua gelas, kena RM13. Standard harga kedai mamak, kan. Pak Inche tu, mula makan sekeping dulu tosei dan sekeping roti canai, lepas tu dia kata macam tak cukup dan tosei tu sedap dia boleh tambah lagi sekeping. Tosei tu datang dalam dulang makanan empat segi panjang yang Sk belum pernah jumpa di mana-mana restoran mamak atau restoran India dengan empat jenis kuah iaitu Chutney Kelapa putih dan merah, kari dan dalcha, dulang dia cantik sangat, ada kerlasssss kalah restoran mahal


Tengok pada bos dia, rasanya mereka ni jugak ada rangkaian restoran mamak yang lain cuma nama restoran aje nama baru. Sepanjang kami makan tu, berpusu-pusu pengunjung ya, macam ada makan free pulak, hahaha. Tengok pada pakaian masing-masing yang agak sempoi, mungkin kebanyakannya adalah penduduk setempat. Malah, Sk perasan, pengunjung di dua buah meja depan Sk saling kenal, kemudian, datang pula grup yang lain, pun saling kenal, agaknya mereka ni penduduk Taman Pulai Jaya la kot, hahaha. Tapi, tolonglah ya, jangan biarkan anak anda berlari-lari atau merayau-rayau tanpa kawalan. Ada dua kebimbangan di sini, sama ada tercurah air atau kuah panas yang dibawa staf atau risiko diculik


Ada ruangan makan atau meja bertingkat, ni kalau badan kecik-kecik bolehlah kot nak duduk atas tapi macam kesianlah pulak dengan pelanggan yang kedudukan kepalanya betul-betul bawah punggung kita, hihihi. Restoran ini juga menyediakan ruang makan berhawa dingin dan Roof Top tapi nampaknya macam belum dibuka lagi bahagian Roof Top ni


Kawasan parkir agak luas dan ada staf yang jaga parking. Memang meriah tempatnya dengan lampu-lampu bergantungan dan dililit di batang-batang pokok  bergemerlapan menarik perhatian pengguna yang melalui jalan utama. Iman kata, tak lama lagi, tempat ni mesti jadi tempat lepak budak UTM, huwa huwa huwa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/makan-nasi-kandar-siang-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Reject Nasi Buatkan Sup Tepung Resipi Mudah Nak Buat Makan Pun Bertambah Tambah

Anak Reject Nasi Buatkan Sup Tepung Resipi Mudah Nak Buat Makan Pun Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 200 hits
Kadang kadang ada anak yang reject untuk makan nasi Mungkin mereka tak berselera jika dipaksa makan Sesetengah anak pula mempunyai kegemaran sendiri sebagai contoh lebih minat makan pasta atau mi Oleh itu sebagai ibu kita perlu kreatif dala...
Makan Nasi Ayam Di My Mom S Chicken Rice Citarasa Linda Onn

Makan Nasi Ayam Di My Mom S Chicken Rice Citarasa Linda Onn

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 264 hits
Lama dah kak ana dengar mengenai menu nasi ayam dari selebriti Linda Onn di sosial media Pernah sekali kak ana jumpa outletnya di Lotus Ampang tapi masa tu tak berkesempatan nak rasa tak tahu lah kenapa Baru sat sat nii di rezekikan untuk k...
Ooooo Pertama Kali Aku Jumpa Manusia Makan Nasi Berkuahkan Air Sirap

Ooooo Pertama Kali Aku Jumpa Manusia Makan Nasi Berkuahkan Air Sirap

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 175 hits
Aku terkedu tengok video seseorang yang didakwa exco Terengganu menghina Menu Rahmah Lelaki itu dikatakan Adun Chukai Hj Hanafiah Mat dilihat menuang air minuman ke dalam pinggan kerana tidak berkuah Aku tahu gaji exco besar Elaun sebagai A...
Exco Terengganu Nafi Persenda Menu Rahmah Saya Memang Makan Nasi Macam Tu Mereka Iri Hati Terhadap Saya

Exco Terengganu Nafi Persenda Menu Rahmah Saya Memang Makan Nasi Macam Tu Mereka Iri Hati Terhadap Saya

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 189 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai yang jugaExco Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu Hanafiah Mat tampil menafikan dakwaan yang sedang tular di media sosial kononnya dia mempersendakan Menu Rahmah nbsp H...
Makan Di Nasi Lemak Cincai

Makan Di Nasi Lemak Cincai

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum WBTDAH beberapa kali Iman bagi hint nak makan di Restoran Nasi Lemak Cincai yang membuka cawangan baharu terletak di Eco Botanic Gelang Patah Belum rezeki la tu asyik tuju ke lain Hari tu masa perlawanan kami keluar dua bera...
Jangan Kerap Makan Nasi Berkuahkan Oren Kerana Menyebabkan Jadi Bodo Atau Terencat

Jangan Kerap Makan Nasi Berkuahkan Oren Kerana Menyebabkan Jadi Bodo Atau Terencat

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 159 hits
W FAUDZINSekali lagi lebai tunjuk bodo Apa kaitan Sultan Kelantan dgn lebai Sultan Kelantan bukan ahli Pas Anwar Ibrahim sebaik saja dia dibebaskan dari penjara dulu tempat pertama dia kunjung adalah istana2 sultan termasuk Sultan Kelantan ...
Momen Tawa Lepas Surya Paloh Makan Siang Bareng Prabowo Di Hambalang

Momen Tawa Lepas Surya Paloh Makan Siang Bareng Prabowo Di Hambalang

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 108 hits
Ketum NasDem Surya Paloh berkunjung ke rumah pribadi Ketum Gerindra Prabowo Subianto di Hambalang Bogor Minggu Kedatangan Paloh langsung disambut marching band di rumah Prabowo
Daging Masak Hitam Makan Dengan Nasi Panas Ngam Habis

Daging Masak Hitam Makan Dengan Nasi Panas Ngam Habis

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 214 hits
Daging masak hitam ini memang sedap sungguh Penuh dengan aroma Sekali masak mesti terasa nak masak lagi Tak susah sangat nak memasaknya Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh ini ye Daging Masak HitamBahan bahan 1 5kg daging daging 1 5kg po...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui