Makan Di Nasi Lemak Cincai


 Assalamualaikum WBT

DAH beberapa kali Iman bagi hint nak makan di Restoran Nasi Lemak Cincai yang membuka cawangan baharu, terletak di Eco Botanic Gelang Patah. Belum rezeki la tu, asyik tuju ke lain. Hari tu, masa perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), kami keluar dua beranak semata-mata untuk makan di sini. Eh, masa Piala Sumbangsih Tahun 2022 pun datang makan kat Eco Botanic juga, tapi masa tu makan kat Restoran Mamu Junction, hehehe. Sebenarnya, lama dah tak pergi Mamu Junction sebab sekarang servisnya lembab nak mamp**. Semalam la terpergi sana, ya ampunnnn lambat giler hantar tosei.
Jap.. nak cerita pasal Mamu ke Nasi Lemak ni, Sk?

Cuti semester akan berakhir dalam dua minggu lagi tapi tak ke mana-mana disebabkan Pak Inche dah mula sibuk dengan game yang melibatkan JDT ditambah dengan iklan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac akan datang. Muka ada senyum sebab tayang Gelang Baru kat acik-acik yang rajin baca blog Mak Iman, hehehe. Mekaseh tau.

Pertama kali Sk ke Restoran Nasi Lemak Cincai ni. Dah namapun Nasi Lemak Cincai, nasi lemak menjadi menu utama di sini dengan pilihan lauk pauk seperti Sambal Paru, Sambal Kerang, Ayam Goreng, Ayam Rendang, Ayam Merah, Ayam Bakar, Ayam Buttercream, Ayam Percik, Daging Rendang, Sambal Udang, Sambal Sotong, Sambal Udang Galah, Sambal Sotong King, Sotong Sumbat Bakar, Udang Buttercream, Siakap Tepung, Chicken Chop, Lamb Chop dan Lamb Shank... fuhhhh. Tepuk dada poket tanya bajet, anda juga boleh menikmati Nasi Lemak bersama Lobster bersaiz S, M atau L dan ada juga Lobster Australia.

Tapi.. tapi.. tapi... rupa-rupanya ada juga menu selain nasi lemak seperti masakan Asam Pedas, Lemak Cili Api dan Makanan Laut yang dikukus atau dibakar. Selain tu, makanan tradisi orang Johor seperti Soto dan Mee Bandung pun ada tau


Suka suasana dalam restoran yang terang-benderang dengan hiasan yang minima. Sk pilih meja hujung sekali sebab tertarik dengan hiasan pokok artificial yang menghijau dengan latarbelakang putih


Sk pesan secangkir Teh O Panas (RM3), terkejut tengok cawannya besar gedabak, boleh minum dua orang ni. Iman minum Jagung Susu Ais (RM8)


Iman kata, Soto Nasi Lemak Cincai ni viral kat Tik Tok. Begitulah kuatnya pengaruh Tik Tok sekarang bukan di Malaysia saja tapi di seluruh dunia


Semangkuk ni RM9.90. Mangkuk bukan kecik-kecik anak ya. Ayamnya letak sekeping besar terus, bukan carik-carik isi ayam tu. Soto lengkaplah dengan suhun goreng dan taugeh, bergedil macam tak nampak pulak. Iman suka soto yang ada taburan kacang tanah goreng macam ni. Seingat Sk, ibu kalau masak soto tak sediakan kacang tanah ni tapi masa Sk tinggal di Kampung Seri Jaya (Kampung Pasir) dulu, ada jiran meniaga soto letak kacang tanah. Haaa.. kat situlah baru Sk tahu makan soto dengan kacang tanah


Kalau Iman pilih Soto, Sk pula pilih Mee Bandung Muar. Sk dah siap sedia kalau mangkuknya datang besar gedabak macam cawan Teh O dan Soto Iman. Bila staf hantar... aaaaa... dah agak dah, mesti besar porsinya sebab harganya pun dah hampir RM16 semangkuk.  
Boleh makan dua orang ni, tak tipu ya, Sk yang jenis makan licin ni tak mampu menghabiskannya. Tapi jujurnya, walaupun masakannya sedap, ia tak ada rasa Mee Bandung sebaliknya rasa macam Mee Kuah. Bagi Sk, Mee Bandung ni originalitinya mestilah cuma ada satu haiwan sahaja, tak boleh ada banyak haiwan dalamnya. Macam Mee Bandung Muar di Nasi Lemak Cincai ni ada daging, udang, sotong kembang dan fishcake menjadikan hilang identiti. Ia sedap tau tapi tak ada rasa Mee Bandung yang ori macam yang Sk pernah makan di Tangkak tu

Lain kali nak datang makan Nasi Lemak sajalah, hehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/makan-di-nasi-lemak-cincai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Nasi Lemak Dengan Sambal Telur Special

Sarapan Nasi Lemak Dengan Sambal Telur Special

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 355 hits
Baca GAMBAR LOKASI Sarapan Nasi Lemak Dengan Resepi Sambal Telur Special Kami bekfes nasi lemak pagi tadi dengan berlauk kan ayam goreng ala KFC dan sambal telur Sambal telur special yang kami tiru resepi dari TikTok Alhamdulillah menjadi d...
Anak Reject Nasi Buatkan Sup Tepung Resipi Mudah Nak Buat Makan Pun Bertambah Tambah

Anak Reject Nasi Buatkan Sup Tepung Resipi Mudah Nak Buat Makan Pun Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 210 hits
Kadang kadang ada anak yang reject untuk makan nasi Mungkin mereka tak berselera jika dipaksa makan Sesetengah anak pula mempunyai kegemaran sendiri sebagai contoh lebih minat makan pasta atau mi Oleh itu sebagai ibu kita perlu kreatif dala...
The Colours Of Life Sarap Nasi Lemak Nyonya Meleleh Limbongan Melaka

The Colours Of Life Sarap Nasi Lemak Nyonya Meleleh Limbongan Melaka

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 273 hits
The Colours of Life Sarap Nasi Lemak Nyonya Meleleh Limbongan Melaka Layan sarap kat sini Layan juga makan nasi lemak kat sini Yummy https youtube com shorts IW9HUyQ5a4M feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipid...
Hutan Melintang Dan Zura Nasi Lemak Hijau

Hutan Melintang Dan Zura Nasi Lemak Hijau

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 258 hits
Petang semalam saya dan encik suami bertolak dari rumah di PP ke Hutan Melintang Perak atas urusan kerja encik suami Kami memulakan perjalanan agak lewat waktu sudah menghampiri pukul 4 30 petang Kami berhenti menunaikan solat Asar di Henti...
Exco Terengganu Nafi Persenda Menu Rahmah Saya Memang Makan Nasi Macam Tu Mereka Iri Hati Terhadap Saya

Exco Terengganu Nafi Persenda Menu Rahmah Saya Memang Makan Nasi Macam Tu Mereka Iri Hati Terhadap Saya

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 205 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai yang jugaExco Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu Hanafiah Mat tampil menafikan dakwaan yang sedang tular di media sosial kononnya dia mempersendakan Menu Rahmah nbsp H...
Jangan Kerap Makan Nasi Berkuahkan Oren Kerana Menyebabkan Jadi Bodo Atau Terencat

Jangan Kerap Makan Nasi Berkuahkan Oren Kerana Menyebabkan Jadi Bodo Atau Terencat

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 170 hits
W FAUDZINSekali lagi lebai tunjuk bodo Apa kaitan Sultan Kelantan dgn lebai Sultan Kelantan bukan ahli Pas Anwar Ibrahim sebaik saja dia dibebaskan dari penjara dulu tempat pertama dia kunjung adalah istana2 sultan termasuk Sultan Kelantan ...
Ooooo Pertama Kali Aku Jumpa Manusia Makan Nasi Berkuahkan Air Sirap

Ooooo Pertama Kali Aku Jumpa Manusia Makan Nasi Berkuahkan Air Sirap

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 186 hits
Aku terkedu tengok video seseorang yang didakwa exco Terengganu menghina Menu Rahmah Lelaki itu dikatakan Adun Chukai Hj Hanafiah Mat dilihat menuang air minuman ke dalam pinggan kerana tidak berkuah Aku tahu gaji exco besar Elaun sebagai A...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi