Makan Di Restoran Klasik Terapung Bermalam Di Noble Resort Hotel Melaka


 Assalamualaikum WBT
SAMBUNGAN kisah Menziarah Kak di Hospital Sungai Petani...

Selepas menikmati kelazatan Sup Gearbox di Twin Cafe Sup88, kami meneruskan perjalanan ke selatan dan masuk lebuhraya. Belum pun sejam memandu dari Plaza Tol Bukit Tambun Selatan tu, nampak Pak Inche dah mula mengantuk, tahulah dia kalau memandu di lebuhraya, memang cepat bosannya berbanding ikut jalan lama atau jalan kampung. Kami bertukar tempat di hentian terdekat, tak ingat kat mana. Mata Sk tegak dan seronok memandu sebab pagi tu jer Sk minum secawan Americano, secawan cafe latte dan minum secawan nescafe panas lagi di Sheikh Bistro dengan ipar duai semasa menunggu waktu melawat tu, hahaha. Perjalanan lancar walaupun kereta agak banyak tapi tidaklah sesak macam masa kami balik dari Penang dua minggu sebelumnya. Pak Inche ajak bermalam di Melaka dan mula membuka aplikasi Booking.com. Sk minta nak pilih hotel, eh, tahu-tahu dia dah selesai buat tempahan di Noble Resort Hotel Melaka yang pernah kami inap beberapa kali sebelum ni. Kali terakhir ke sini bulan Mei lepas, boleh baca KISAHNYA DI SINI


Ke Melaka kali ni, kami bertukar selera. Kalau selalunya kami ke Restoran Asam Pedas Hajjah Mona di Taman Kota Laksamana atau makan di Restoran Ikan Bakar Cikgu di Anjung Batu, kali ni Pak Inche mencadangkan sebuah restoran terapung di Sungai Putat. Kami daftar masuk hotel dulu, melakukan kewajiban yang perlu setelah jauh bermusafir. Rasa segar sikit selepas mandi dan bertukar pakaian, memang setiap kali ke mana-mana, kami akan bawa pakaian extra



Tidaklah terapung mana pun, cuma restorannya di dirikan di atas tasik buatan. Airnya kelihatan hijau, tak pasti sebab cahaya yang hijau atau memang dasar kolamnya hijau


Restoran ini juga sering menjadi pilihan raja sehari melangsungkan majlis perkahwinan. Memang cantik, boleh feeling-feeling majlis kahwin di Zaman Kesultanan Melaka



Menu-menu untuk dipilih. Boleh pilih set menu atau ala carte


Kami ambil ala carte
Nasi Putih 2 - RM4.40Tomyam Campur (S) - RM12Baby Kailan (S) - RM9Udang Pedas (S) - RM11Sotong Tepung (S) - RM10
Telur Dadar (S) - RM4
Dah lama tak jumpa restoran yang masak Tomyam Putih, biasa jumpa yang tambah pes tomyam menjadikan supnya berwarna merah. Sotong yang dimasukkan dalam masakan adalah sotong ring atau sotong sejuk beku tetapi lembut. Keseluruhan hidangan tidak mengecewakan. Secara peribadi, Sk suka salutan tepung pada Sotong Goreng Tepung yang rangup dan gebu dan lembut bila dikunyah. Dalam sayur pun mereka letak sotong juga


Jumlah RM57. Tiada sebarang cukai dikenakan. Makan dalam suasana tenang dan selesa.. selalu kalau makan di Melaka tempatnya riuh rendah dan nak cari parking pun susah, tapi di sini parkir luas macam padang bola, hehehe


Punyalah kenyang makan malam tu, sampai rasa macam tak mahu turun buffet sarapan tapi rugi la sebab pakej penginapan dah termasuk dengan sarapan. Sampai kaunter cafe, kami diberitahu nombor bilik kami tiada dalam list. Terkejut jugak, rupanya salah sebut nombor bilik. Bilik yang betul 1203 tapi Pak Inche sebut 1209, nasib baik bawa turun sarung kad tu. Tapi, kan.. Sk pun fikir nombor bilik 1209.. terus rasa macam misteri, nombor 1203 atau 1209. Kalau 1203, macam mana kami boleh masuk bilik 1209. Rupanya, memang betul la bilik 1203, yang bilik 09 tu hotel tempat lain, itulah jadinya kalau asyik check in sana sinun. Tu takpa, masa kami menginap di Thistle Johor Bahru hari tu, Pak Inche naik salah aras, nombor bilik betul, aras lain, siap dah ketuk pintu sekali yang keluar muka orang lain, hahahaha. Sk pun pernah beberapa kali tak ingat aras dan bilik, jadi kena pastikan sentiasa bawa sarung kad tu supaya tak terlupa


Jarang-jarang Sk mulakan sarapan dengan nasi lemak.. betul-betul tak ada mood nak sarapan, eh, sekali sedap pulak la nasi lemaknya. Kedua-dua nasi dan sambal sedap cuma rendang ayam tu jer biasa aje la


Paksa-paksa jugak la diri ambil makanan lain. Macam tak lengkap kalau tak ambil English Breakfast dan Pastries. Pak Inche lagi la.. nasi lemak pun dia tak nak makan. Ini ajelah Sk makan, tak macam selalu, dia punya kenyang campur penat, lain macam betul. Tu yang Pak Inche terus masuk highway dari Ayer Keroh tak ikut Muar macam selalu dan kami singgah tapau Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari. Pak Inche kata, lepas ni kalau datang Melaka tak mo dah duduk Noble lagi, jemu! Hahahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/makan-di-restoran-klasik-terapung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Mee Rebus Ramli A W

Makan Di Restoran Mee Rebus Ramli A W

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 199 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM nampak baru teringat persinggahan kami ke cawangan restoran tersebut semasa pada awal bulan ini Kami ke cawangan A W di Restoran Jejantas Ayer Keroh Gedebak gedebuk makan tiga beranak aje dah lebih RM90 sikit lagi...
Makan Daging Selasih Di Restoran Kemangi

Makan Daging Selasih Di Restoran Kemangi

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 299 hits
Assalamualaikum WBTSELALU nampak sekeluarga makan di Restoran Kemangi Jalan Pontian Lepas MY cerita tentang keenakan Daging Selasih yang beliau makan di sana terus pasang cita cita nak ajak Pak Inche makan di Restoran Kemangi ni Nampak tak ...
Setsu Niseko Japan Calon Hotel Ski Resort Baharu Terbaik 2023

Setsu Niseko Japan Calon Hotel Ski Resort Baharu Terbaik 2023

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 211 hits
Setsu Niseko Japan Di Calonkan Sebagai Hotel Ski Resort Baharu Terbaik 2023 Pemaju mewah terkemuka SC Global Developments sangat teruja untuk mengumumkan pencalonan hotel sulungnya Setsu Niseko untuk Hotel Ski Baharu Terbaik yang berprestij...
Makan Meldrum Signature Hi Tea Set Gbw Hotel Johor Bahru

Makan Meldrum Signature Hi Tea Set Gbw Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum WBTBULAN lepas Sk tak dapat join celebrate Hari Jadi Zulaikha Sebenarnya baru perasan tarikh hari lahirnya akan jatuh pada minggu Cuti Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong Sama macam tahun lepas la tak dapat join jugak sebab bias...
Makan Makan Di The Glam Lounge Restaurant My Fame Hotel Seremban

Makan Makan Di The Glam Lounge Restaurant My Fame Hotel Seremban

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 204 hits
Hi Korang Sampai ke Seremban kitorang mencari menu makanan sedap Tak sangka ade jugak hidden gem tempat makan yang awesome wei The Glam Lounge Restaurant kini membuka pintunya secara rasmi buat kali pertama pada Julai 2023 Dengan membawa fa...
Pengalaman Menginap Di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap Di Avani Sepang Gold Coast Resort

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga hari anda dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah tanpa melengahkan masa kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku yang cukup berharg...
Mayat Perut Terbelah Terapung Di Muara Sungai Nibong Tebal

Mayat Perut Terbelah Terapung Di Muara Sungai Nibong Tebal

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 172 hits
MalaysiakiniMayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan terapung dengan perutnya terbelah dan lehernya diikat dengan bongkah batu di muara sungai berhampiran jeti Bagan Bukit Tambun di Nibong Tebal semalam Ketua Polis Daerah Sebe...
Arab Saudi Benarkan Penghuni Lelaki Dan Wanita Duduk Satu Bilik Hotel Walaupun Bukan Mahram

Arab Saudi Benarkan Penghuni Lelaki Dan Wanita Duduk Satu Bilik Hotel Walaupun Bukan Mahram

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 304 hits
Arab Saudi benarkan penghuni lelaki dan wanita duduk satu bilik hotel walaupun bukan mahram Arab Saudi akan membenarkan lelaki dan wanita berbangsa asing berkongsi bilik hotel Tanpa membuktikan hubungan mahram selepas melancarkan visa pelan...
Legoland Malaysia Resort Memperkenalkan Miniland Amazing Malaysia

Legoland Malaysia Resort Memperkenalkan Miniland Amazing Malaysia

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 196 hits
Haritu Juju dan Dak Yash teruja sangat ke LEGOLAND bagi menyaksikan sendiri majlis perasmian pembukaan taman MINILAND yang baru Kalau korang nak tau MINILAND ni ditutup bagi menambah pelbagai jenis bangunan bangunan yang ada di seluruh nega...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense