Makan Mee Udang Rumah Makanan Paklong Sungai Dua


 Assalamualaikum WBT 


EPISOD bercuti ke utara lagi ni. Lepas maghrib (malam hari kedua), kami keluar untuk makan malam. Sebelum tu, petangnya, masing-masing membuat carian tempat makan best berhampiran, Sk tertarik dengan Aloha By The Beach di Pantai Bersih, tapi Pak Inche menolak mentah-mentah. Tahulah PI ni oldskul, dia tak nak terima makan dekat cafe-cafe ni lagi-lagi hidangan western atau shell out. Dia ada masa aje yang tekak dia tetiba nak makan western. Okeylah, tak nak tak apa, selamattttt duit Sk, kita nak belanja tak nak, hahaha. PI ajak makan Mee Kuah Tulang, nama tempat tu D'Piknik. Tapi, adan uke, tempat tu sendu. Tu takpa, gerai Mee Kuah Tulang tu cuti katanya. Dahlah tak dekat, 38 minit dari hotel padahal Aloha tu dekat aje. Sk buat carian di TT, jumpa pulak satu tempat ni tema klasik, tapi dalam waze tak ada, Sk masukkan alamat, bila sampai, nampak meriah, rupanya surau, ada majlis maulid, hehehe. Dahhh.. dua kali kena scam!


Dalam kena scam tu, fikir jugak, nasib baik tak kena scam dengan warung jadi-jadian. Dahlah dah malam, dan nasib baik jugak jalan kami tuju tu berpatah balik ke Butterworth dan dah masuk ke bandar. Nampak dari jauh, ada papan tanda kecil diletak tepi jalan, 'Nasi Lemak RM1.50'. Sk baca kuat-kuat, PI tanya, nak beli ke? Boleh jugak, jawab Sk. Sk beli 3 bungkus Nasi Lemak Telur Rebus, kemudian Sk buat carian lagi, medan selera berhampiran, terjumpa Medan Selera Lengkok Tenggiri. Sk ajak PI ke sana, pesan teh tarik ke apa, makan nasi lemak yang Sk beli tadi. Tapi, kalau tempat tu tak okey, kita bancuh teh kat hotel jer, kata Sk, hahaha. Sampai tempatnya, PI tak nak. Entah macam mana masa tu baru nak terlintas dalam kepala dia, Mee Udang Sungai Dua. Ya Allahhhh, kenapalah tak fikir tempat tu dari tadi??!





Rumah Makanan Paklong ni yang pertama kami jumpa sebaik sahaja melepasi persimpangan lampu isyarat di medan selera Sungai Dua. Dulu, Kak Fauziah (biras Sk) yang rajin sangat makan di Sungai Dua ni. Sk pulak pertama kali ke sini. Sk bawa turun nasi lemak tadi, sebab dah lapar giler, bolehlah buat alas perut sementara menunggu makanan utama dihidang ke meja




Pesanan makanan dibuat di meja secara manual. Ada staf yang datang ambil pesanan. Baguslah, dah penat-penat ni kalau disuruh imbas QR Code dan nak tengok tulisan dan gambar kecik-kecik dalam handphone boleh mendatangkan stress, hahaha




Selepas membuat pesanan, Sk terus mengeluarkan nasi lemak dari plastik. Staf yang ambil pesanan masih berdiri sambil catat pesanan kami tu terus tanya, nak pinggan? Sambil tunjuk nasi lemak yang kami bawa. Adui, baik betul adik ni, boleh jugak, jawab Sk, kita ni segan la nak susahkan orang cuci pinggan tapi memang prihatin adik ni. Tak lama dia datang bawa pinggan dua biji




Pembuka selera ni, Nasi Lemak Daun Pisang. PI kata, lagi sebungkus dia nak makan kat hotel, hehehe




Ini baru betul nasi lemak daun pisang




Mintak kerang bakar setengah kilo, RM20. Kerang bakar cicah air asam, tapi tak lama, staf tadi datang bawakan sos thai. Air asam tu sedap tapi lagi sedap cicah dengan sos thai




Makan kerang bakar. Mintak kerang bakar ni sebab tergoda tengok kat meja orang sebelah, besar-besar kerangnya




Pesan Mee Udang (biasa) seorang sepinggan. Harganya RM16 sepinggan, ada jugak yang special, RM20 sepinggan. Mungkin yang special tu udangnya lebih banyak kot, Sk tak tanya pulak apa bezanya. Kuah mee udang dia atau udang dia ada rasa klorin sikit, tapi bolehlah nak makan lagi. Baru-baru ni, Sk tengok di TT Pakfu Seafood, salah seorang kakak yang masak, namanya Tengku Adeline, kongsi petua untuk menghilangkan bau udang ialah dengan cara merendam sekejap dengan air yang diletak gula. Sebelum masak, bilaslah air gula tu




Makan mee berselang-seli dengan meratah kerang bakar, syok betul. Udangnya pun segar, tengkuknya kukuh lagi ya, nak kopek pun senang betul lekangnya




Kerang segar dan yang bakar pun pandai, memang ngam ngam ho




Oh, masa kami dalam perjalanan ke Sungai Dua tu, hujan mula turun. Nasib baik masa hujan lebat tu kami dah masuk dalam kedai makan. 



Dekat sini, kawasan parkir luas ya, tak payah parking tepi jalan. Parkir ni khas untuk pelanggan Paklong aje. Pelanggan Pak Ngah, Pak Uda, Pak Itam, Pak Usu, pandai-pandailah cari parking lain, hehehe




Semua sekali RM54.50. 



Hujan... turun semula.. malam tu hujan lebat melanda, memang awal-awal dah off air-cond, kami tak tahan sejukkkk, kulit nipissss, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/10/makan-mee-udang-rumah-makanan-paklong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Othman Mee Tarik Dengan Kawan Pejabat

Makan Di Othman Mee Tarik Dengan Kawan Pejabat

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 138 hits
Assalamualaikum WBT MULAI semalam sehingga 19 Oktober 2024 seramai 30 pelajar dan staf dari kolej di bawah Yayasan Pelajaran Johor berada di Gansu China bagi menyertai Program T Vet Training di Gansu Vocational Technical College Madi kata d...
Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9

Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum Jumaat lepas pagi pagi kami suami isteri dah keluar nak sarapan best sikit badan sakit sakit demam dan perut plak dah ok memandangkan Khamis malam tu cuma makan bubur aje kan itupun sikit je so SA dah lapar suami bawak SA ke...
Makan Di Rumah Makan Rendang Tok Yoep

Makan Di Rumah Makan Rendang Tok Yoep

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum WBT MACAM tak puas pulak Sk cadangkan agar kami singgah JJCM di Kuala Kangsar pulak Teringat Rumah Makan Rendang Tok Yeop yang pernah masuk dalam wishlist JJCM Pak Inche sebelum ini PI kata nak makan Ketupat Palas Ah jomlah ...
Penduduk Terkejut Rumah Ditelan Sungai Ketil

Penduduk Terkejut Rumah Ditelan Sungai Ketil

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 118 hits
NORLIA RAMLIHAMINAH melihat sebahagian rumahnya yang runtuh akibat hakisan tebing Sungai Ketil di Tanjung Pari di Baling baru baru ini BALING Seorang mangsa banjir terkejut apabila bilik tidur dan dapur rumah kakaknya roboh ditelan Sungai K...
Kisah Artis Vs Kisah Makanan

Kisah Artis Vs Kisah Makanan

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 251 hits
I love watching this Foodie channel rather than watching or hearing news about Malaysian celebrities getting divorced day by day My son took a screenshot of this comment from a netizen and uploaded it to our family WhatsApp group with the c...
Banjir Kpdn Kelantan Jamin Bekalan Makanan Cukup

Banjir Kpdn Kelantan Jamin Bekalan Makanan Cukup

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 242 hits
BACHOK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan memberi jaminan bekalan makanan mencukupi bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini Pengarahnya Azman Ismail berkata 70 pemborong utama telah...
Karnival Makanan Terbaik Havoc Food Festival Kembali Lagi Pilih Negeri Sembilan Amp Sabah

Karnival Makanan Terbaik Havoc Food Festival Kembali Lagi Pilih Negeri Sembilan Amp Sabah

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 196 hits
Havoc Food Festival kembali lagi bersama matlamat yang sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan di Malaysia Berada di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd ini merup...
Penghantar Makanan Guru Tadika Langgar Motosikal Polis Elak Ditahan Berduaan Dalam Kereta

Penghantar Makanan Guru Tadika Langgar Motosikal Polis Elak Ditahan Berduaan Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 120 hits
PETALING JAYA Seorang penghantar makanan dan guru tadika ditahan hari ini dipercayai melanggar motosikal anggota polis yang membuat pemeriksaan semasa pasangan itu berdua duaan di dalam kereta sekitar Jinjang di sini Ketua Polis Daerah Sent...
Meludah Dalam Makanan Spitting In Food Batalkan Lesen Niaga

Meludah Dalam Makanan Spitting In Food Batalkan Lesen Niaga

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 153 hits
This really stupid and satanic idea of spitting into food which has been photographed and even filmed at some local restaurants has to stop yesterday I hope the relevant restaurant associations will take emergency steps to advise their memb...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad