Makan Di Rumah Makan Rendang Tok Yoep


 Assalamualaikum WBT 


MACAM tak puas pulak makan Mee Rebus dan Mee Kari di Warung Mak Linda. Sk cadangkan agar kami singgah JJCM di Kuala Kangsar pulak. Teringat Rumah Makan Rendang Tok Yeop yang pernah masuk dalam wishlist JJCM Pak Inche sebelum ini. PI kata, nak makan Ketupat Palas. Ah, jomlah kita! Walaupun ada ulasan yang Sk baca di TT agak negatif, kita terima sajalah apa yang bakal mendatang nanti, hihi




Rumah Makan Rendang Tok Yoep ni menjalankan perniagaan di bangunan rumah pusaka seakan rumah agam yang dibina dari kayu dan bertiang tinggi. Kalau dilihat dari senibina rumah dan keluasannya ternyata ini rumah orang ada-ada zaman dahulu. Bangunannya bersayap di kiri dan kanan serta mempunyai anjung tinjau di bahagian tengah




Buku menunya agak menarik untuk dibelek-belek namun pesanan perlu dibuat di dalam aplikasi dengan mengimbas QR Code yang diletakkan di meja. Pertama kali Sk jumpa Rendang Lamb Shank tapi Sk bukan peminat Lamb Shank dan tak sampai hati nak bayar juga, hihi





Menu utama di sini adalah nasi beraroma seakan nasi beriyani dan dah namanya Rumah Makan Rendang, kan.. nasi akan dihidangkan bersama rendang dengan pilihan rendang daging lembu, kambing atau ayam




Aaaaa... nilah makanan yang diidam-idamkan PI, ketupat atau makanan raya stail utara. Jika di Johor memang banyak jer restoran yang menawarkan makanan konsep raya tapi jarang ada ketupat palas




Kalau datang ramai-ramai bolehlah pesan Set Talam tapi kami hanya berdua, jadi kami pilih set individu sahaja




Menu pagi hingga petang, ada cucur bawang, laksa dan nasi impit kuah kacang




Menu pagi-pagi, kalau dah tengahari kena tengok ada lagi tak rezeki. 



Rendang dimasak menggunakan kayu api secara langsung di hadapan pelanggan. Kawah dia besar betul, seorang manusia pun muat ni nak masuk, hahaha




Kopi O untuk SK dan Teh Ais untuk PI




Kami pesan satu set Lemang Rendang Kambing
Rendang kambing tu sedap sangat, lemang biasa-biasa ajelah




Rendang Daging dan Ketupat Palas. Pun sedap rendangnya, tapi ketupat palas tu agak mengecewakan jugaklah kerana ia dikukus. Balutannya pun tak kemas, mungkin jika direbus akan masuk air. Susah nak cari ketupat palas yang dibungkus sempurna dan direbus sekarang. Dulu, Sk belajar dengan arwah mak, pulut dimasak separuh masak sahaja dengan santan, kemudian dibungkus dengan daun palas dan direbus. Hasilnya, tekstur pulut akan kenyal berdaging, liut-liut gitu




Lempeng Pisang habis, Sk pesan sekeping lempeng kelapa. Lempeng juga dihidang bersama rendang dan dagingnya agak hancur, memang sesuai la makan dengan lempeng tu kan. Rendang kat sini memang sedap ya, lempeng tu agak berminyak sikit




Banyak peluang nak ambil gambar sebab PI sibuk dengan urusan kerja, hahaha. Nama jer cuti tapi tetap kena berhubung dengan pejabat




Senang sangat nak ke sini, dari Plaza Tol Kuala Kangsar tu, belok kanan, jalan depan sikit dah jumpa Rumah Makan Rendang Tok Yoep di sebelah kiri. Parkir pun luas dan boleh pilih sama ada hendak makan di dalam rumah atau di bawah khemah di luar rumah. 

Burp... Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/10/makan-di-rumah-makan-rendang-tok-yoep.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Pelayan Rumah Merah Kena Cekup

Gadis Pelayan Rumah Merah Kena Cekup

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 250 hits
AZMI NORDINPremis pelacuran yang digempur Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Petaling Kuala Lumpur malam tadi KUALA LUMPUR Aktiviti tidak bermoral warga asing di sebuah pusat pelacuran dikenali sebagai rumah merah di Jalan Petaling di ...
Rumah Anak Anak Gisb

Rumah Anak Anak Gisb

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 200 hits
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang akan menjadikan Kompleks Darul Hidayah di Penaga di sini sebagai pusat pemulihan akidah bagi kanak kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd Yang Dipertua MAINPP...
Gaji Kecil Pun Boleh Beli Rumah

Gaji Kecil Pun Boleh Beli Rumah

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 1387 hits
Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan hartanah akan jadi aset yang sangat berguna dan
Saya Gelak Sahaja Kamal Adli Nafikan Khabar Angin Rumah Tangga Sedang Goyah

Saya Gelak Sahaja Kamal Adli Nafikan Khabar Angin Rumah Tangga Sedang Goyah

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 267 hits
Kebelakangan ini kita banyak mendengar kisah perceraian serta pergaduhan dalam kalangan selebriti serta pempengaruh Terbaru ada khabar angin yang mengatakan rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini sedang bergolak Artikel ber...
Efek Rumah Kaca Di Udara Kuala Lumpur

Efek Rumah Kaca Di Udara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 302 hits
EFEK RUMAH KACA DI UDARA KUALA LUMPUR 25 October 2024 Zepp Kuala LumpurEfek Rumah Kaca with Bayangan RM188 RM218 RM268 RM448 RM3500 Tickets available on 12 July 2024 Sumber
Ada Anai Anai Di Rumah Apa Yang Anda Perlu Lakukan Langkah Demi Langkah

Ada Anai Anai Di Rumah Apa Yang Anda Perlu Lakukan Langkah Demi Langkah

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 601 hits
Tahukah anda setiap tahun kerosakan harta benda bernilai RM400 juta berlaku disebabkan oleh serangan anai anai Bagi anda yang rumah pernah di makan anai anai tentu berpengalaman dengan kerosakkan yang mampu dilakukan oleh serangga seperti s...
Didik Anak Buat Kerja Rumah Mereka Akan Jadi Orang Yang Berjaya Bila Dewasa Nanti

Didik Anak Buat Kerja Rumah Mereka Akan Jadi Orang Yang Berjaya Bila Dewasa Nanti

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 245 hits
Didik anak buat kerja rumah mereka akan jadi orang yang berjaya bila dewasa nanti Melibatkan anak anak dalam tugasan rumah bukan sahaja membantu meringankan beban kerja ibu bapa tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat dalam pembentukan keper...
Rekomendasi Warna Cat Rumah Yang Sejuk Di Luar Lebih Adem Di Dalam

Rekomendasi Warna Cat Rumah Yang Sejuk Di Luar Lebih Adem Di Dalam

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 365 hits
Apa saja rekomendasi warna cat rumah yang sejuk Memilih warna cat untuk rumah bisa jadi petualangan seru yang penuh eksplorasi Percaya gak percaya warna cat rumah bisa mengubah suasana rumah menghadirkan energi baru dan mencerminkan kepriba...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan