Makan Mee Goreng Al Anisah Roti Canai Thoufeeq


 Assalamualaikum WBT
DAH berapa hari ni, Sk tak memasak. Rasanya yang akhir masak American Breakfast dan Nasi Ayam tu la. Kemudian, tak ada makanan baru di rumah. Tapi, Sk ada masak nasi sikit dan panaskan lauk-lauk yang tak habis buat bekal. Itu ajelah caranya bagi mengelakkan pembaziran. Isnin lepas, Iman dah balik ke kolej. Sebelum balik tu, dinner dulu di Restoran Universal Sambal, makan Nasi Ayam Geprek dan Bakso. Eh, tajuk lain, cerita lain pulak, hahaha. Esoknya tu, Pak Inche tapau Capati dan Sup Kambing. Malam tadi pun dia kata tak yah masak, yabedabedooooooo


Rindu sangat dengan Mee Goreng Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim yang terletak di Taman Nusa Sentral. Semalam petang, hujan lebat melanda di kawasan Nusajaya, jadi, tak ada meja diletakkan di luar. Boleh tahan ramai jugak pelanggan Al-Anisah semalam


Pinggan Mee Goreng sampai, bagi Pak Inche dulu
Kami pesan dua pinggan Mee Goreng dan dua cawan Teh O Panas. Tehnya pekat sungguh, nasiblah tak pahit. Pak Inche kata, mahu sembelit ni esok, hahaha. Oh, masa buat pesanan tu, Pak Inche banyak cekadak.. dia tanya, mee goreng tu basah-basah, kan.. jadi, staf tu macam dah terpinga-pinga. Sk rasa, mungkin staf baru sebab staf yang selalu ambil pesanan sebelum-sebelum ni, tak ada pulak. Lepas tu, Pak Inche cakap, buat basah-basah. Hurmmm.. Mee Goreng kat sini, memang basah-basah, pun, tak yah cakap pun tak apa, Sk pulak bebel, hahaha. 

Haaa.. kan... sudahnya, staf tu dah tak fokus. Dia tak perasan Sk minta Mee Goreng jugak. Ingatkan dia memang hantar mee sepinggan-sepinggan, rupanya dia buat sepinggan aje. Tak pasal-pasal Pak Inche dah habis makan, mee goreng Sk baru sampai. Jadi, kita tengok dia makan, lepas tu, dia pulak tengok kita makan, hihihi


Mee goreng ni memang sangat menepati selera kami. Rasa dia ala Mee Goreng Hokkien yang selalu Sk makan di Medan Selera Landmark Mall masa bekerja zaman muda-mudi dulu, hahaha. Adui, menaip ni pun sambil telan air liur, kahhhhh


Selambak ya, mee tu tapi mampu dihabiskan. Tengok jer la pinggan Pak Inche, licin terus dengan kuahnya sekali. Sk ni kadang trauma la makan mee goreng rasa kicap (masin) tapi yang ni, tak masin. Dari mula sampai habis makan, masih panas lagi. Sk terpandang meja sebelah, tengah makan nasi  goreng, asal nak suap, dia tiup dulu. Nampak tak betapa sungguh-sungguh tukang masak tu memasak sampai betul-betul mendidih, hahaha


Dua pinggan mee, dua cawan teh o, kena RM18, maknanya seorang RM9. Tak pasti berapa harga mee, mungkin RM7.50, air RM1.50 gitu. Selain Mee Goreng, restoran ni menghidangkan pelbagai makanan panas juga masakan berlauk yang akan dimasak apabila ada pesanan. Kedainya biasa-biasa aje, tak ada deko-deko, tapi bersih, terang dan lapang. Makan pun rasa aman jer

Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim
122, Jln Sentral 1, 79100 Gelang Patah, Johor
Buka setiap hari :
10 pagi hingga 2 petang
4 petang hingga 12 malam

Balik dari Al-Anisah, singgah Restoran Thofeeq pulak, Pak Inche ajak ngeteh. Dia kan memang selalu ajak ngeteh malam-malam tapi Sk jer malas nak layan. Ni dah terlanjur keluar, kita tunaikan permintaan dia


Masing-masing makan Roti Canai seorang sekeping dan Teh Tarik sorang secawan. Eh, fikir balik, betullah.. macam sembelit sikit hari ni, kahhhhhh. Roti Canai tu memang pesan buat garing tapi tak gebu, tak tepuk pun iya jugak. Masa makan, ada anjing datang.. padahal selalu tak ada pun. Anjing tu buat muka kesian, meja sebelah tu, India, bagi roti bakar, sampai habis roti bakar orang tu, lepas tu, dia pesan lagi roti bakar. Jadinya, anjing tu buat muka kesian dekat kami pulak, Sk bagi separuh roti canai tu kat dia, hahaha.. selamat. Pandai pulak makan tu.. kesian, mesti lapar sangat. Tak macam kucing, lapar macam mana pun sombong, nak jugak makanan sedap, huhuhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/makan-mee-goreng-al-anisah-roti-canai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 251 hits
Sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau Dah lama senyap dan sunyi Terima kasih tau Saya masih nak menulis bab umrah Saya rasa saya tidak keseorangan sekembali dari mengerjakan umrah saya menjadi teramat rindu d...
Roti Kukus Gebu Ni Memang Puas Hati Makan

Roti Kukus Gebu Ni Memang Puas Hati Makan

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 288 hits
Minum petang dengan hidangan roti memang enak Tambah pula jika baru dimasak Hari ini jom kita buat roti kukus Nak makan cicah kari sardin pun sedap Buat roti ni kalau doh macam lambat kembang tu jangan panik Tunggu sampai kembang elok baru ...
Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 572 hits
Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau PinangRoti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys MOMI singgah ke Pulau Pinang seketika untuk hentian pertama se...
Mee Lidi Goreng

Mee Lidi Goreng

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 242 hits
Mee lidi Kjee rasa ramai yang tak kenal termasuk Kjee Dalam usia ini baru tahu pasal Mee Lidi dua minggu lepas setelah ternampak my fren Anne Osman tayang kat FB dia Kjee terliur tengok Anne buat So paksa UP gi cari Jumpa kat Hero Market Sa...
Buat Sendiri Roti Canai Sarang Burung Superdaddy Tunjukkan Shortcut Paling Mudah Sedap

Buat Sendiri Roti Canai Sarang Burung Superdaddy Tunjukkan Shortcut Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 334 hits
Sedapnya kalau dapat makan roti canai untuk sarapan pagi atau minum petang kan Tak semua orang pandai buat roti canai sendiri nak mudah sama ada ke kedai mamak atau boleh beli saja yang segera Nak lebih sedap lagi bolehlah buat roti canai s...
T18l13 Aina Dan Roti Canai Tengok Air Pancut Menara Tm

T18l13 Aina Dan Roti Canai Tengok Air Pancut Menara Tm

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 126 hits
13 Disember 2018 22 15 KhamisAnimasi Aina sibuk nak makan roti canaiXiaomi Redmi Note 5ASalah satu makanan kegemaran Nor Aina ialah roti kosong atau roti canai biasa Aina boleh makan roti canai tu sendiri sahaja tanpa disuap Dia selalunya a...
Roti Canai Kari Kambing

Roti Canai Kari Kambing

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 200 hits
ROTI CANAI KARI KAMBING Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi ROTI CANAI dengan masyarakat susah dipisahkan Termasuklah PC sekeluarga Lagi bila berkumpul dengan adik beradik Fuhhh Nak cari ROTI...
Pelik Pelik Mengidam Dia Ni Tajul Selamba Makan Nasi Goreng Dengan Ubat Gigi Ramai Pelik

Pelik Pelik Mengidam Dia Ni Tajul Selamba Makan Nasi Goreng Dengan Ubat Gigi Ramai Pelik

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 186 hits
Jika kita pelik dengan selera adik yang viral makan nasi lemak dengan kek coklat penyanyi Tajul juga turut sama meninggalkan rasa pelik di kalangan wargamaya bila mana tampil makan nasi goreng bersama ubat gigi Menerusi akaun TikTok milik i...
Jom Makan Mee Sotong Di Kepala Batas Pulau Pinang

Jom Makan Mee Sotong Di Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 280 hits
Restoran Mee Sotong Kepala BatasRestoran Mee Sotong Kepala BatasPeminat mee goreng terutamanya mee goreng mamak di area Kepala Batas Pulau Pinang ni boleh la cari restoran Mee Sotong di pekan lama Kepala Batas Mee di sini memang sempoi habi...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas