Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap




Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Dah lama senyap dan sunyi. Terima kasih tau. Saya masih nak menulis bab umrah. Saya rasa saya tidak keseorangan, sekembali dari mengerjakan umrah, saya menjadi teramat rindu dengan tanah haram. Kalau tidur mesti bermimpi seolah masih di sana. Bila melihat gambar atau video Mekah dan Madinah, hati seolah bergetar getar. 
Itulah sebabnya kita boleh sahaja merakamkan gambar dan video semasa mengerjakan umrah di tanah suci. Yang tak bolehnya mengambil gambar atau video ketika sedang mengerjakan tawaf atau sai kerana ianya boleh memesong niat kita ketika itu. 
Walau apa pun, kita sebenarnya tiada masa pun untuk pos gambar dan video ketika masih di sana. Hanya sempat ambil gambar. Semuanya kerana masa yang diisi dengan begitu padat. Kalau pun ada masa terluang, digunakan untuk berehat, untuk merebahkan badan seketika, untuk makan dsb. 
Jika kita tidak ada apa apa yang dibuat kerana penat, boleh jer niat iktikaf dan berehat seketika dalam masjid. Jika tidak, boleh mengaji, berzikir dan berdoa. Jika di dataran Kaabah, boleh hanya duduk dan memandang kaabah, jika tidak larat untuk melakukan tawaf sunat. Semua itu juga dikira ibadah. 
Bab orang menangis semasa di Hijir Ismail itu, saya tak boleh nak komen kerana setiap orang tahu apa yang dia telah lakukan, tahu apa yang diperkatakan. Tahu dosa lampau diri masing masing. Menangis akan dosa lampau adalah salah satu dari tanda taubat, iaitu insaf dan menyesal akan dosa lampau. 
Maaf jika saya tulis, ada setengah artis bila ke sana bertudung litup siap dengan menutup muka. Bila balik, terus hilang semuanya. Untuk mendapat pengampunan dosa, kena bertaubat. Untuk bertaubat kena ada rasa menyesal dan tidak lagi mahu mengulangi dosa lama. 
Tapi kalau balik, masih buat perangai lama tu macam mana. Bak kata ustaz, jika itu berlaku, tandanya ibadah umrah yang dilakukan ada sedikit masalah. Apa apa pun dosa pahala adalah semua urusan Allah. Kita serahkan segalanya pada Allah.
Cuma jangan jadikan ibadah umrah seperti percutian untuk dijadikan content, untuk berehat dsb. Sayanglah kan jika telah dipanggil menjadi tetamu Allah, bila balik terangan terangan melakukan apa yang Allah larang. 

Hari ini saya nak kongsikan satu resipi mudah. Saya percaya tidak semua orang pandai menggoreng mee hoon walaupun ianya teramat mudah. Buktinya, tidak banyak mee hoon goreng yang dijual, rasanya sedap. Banyak mee hoon yang dibeli, memang tak sedap. 
OK kalau tak ada udang, tak ada fish cake pun, masih boleh membuat mee hoon goreng yang sedap. Itu bukan alasan mee hoon digoreng tak sedap. Haa tak lama lagi nak puasa kan. Kalau nak belajar berniaga atau nak belajar memasak untuk hidangan keluarga, boleh cuba resipi di bawah. Ikut step stepnya. 
Menjamu orang berpuasa dengan air tangan sendiri sangat besar pahalanya. Kita mendapat pahala puasa mereka tanpa mengurangkan pahala puasa mereka.Jadi apa apa lagi, jom lah rebut. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Saya tak buat video kerana jadi malas kerana macam tidak ramai yang nak tengok video di Azie Kitchen Youtube Channel saya. Jadi tengoklah macam mana. OK sehingga bertemu lagi, selamat mencuba....... 

Mee Hoon Goreng Mudah Dan SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 keping mee hoonSayur kangkung/sawi1-2 genggam taugeh1 keping fish cake - opsyenal4-5 ekor udang1 biji telur1 sudu besar cili kering kisar1-2 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos cili½ sudu besar sos tomato½ sudu kecil garam½ sudu besar gula¾ sudu besar serbuk pati ayam/serbuk pasti sedap
Bahan tumbuk:Segenggam bawang merah6 ulas bawang putih2-3 sudu besar ikan bilis
Bahan hiasan:Daun bawangCili merahBawang goreng
Cara cara:Rendam mee hoon dalam air sejuk seketika sahaja. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kering kisar atas api sederhana sehingga terbit minyak dan benar benar masak.
Masukkan udang dan fish cake. Kacau rata.
Masukkan semua sos, gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan telur. Kacau rata.
Masukkan 1 cawan air panas dan kacau rata. Masukkan sayur kangkung.
Masukkan mee hoon dan kacau rata sehingga mee hoon lembut dan air kering. Kacau rata sehingga sebati.
Akhir sekali, masukkan taugeh. Kacau rata dan terus tutup api. Taburkan bawang goreng, cili merah dan daun bawang.
Nota:Ada orang meletakkan sedikit cuka. Jika suka, bolehlah cuba. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/02/mee-hoon-goreng-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Roti Canai Sarang Burung Superdaddy Tunjukkan Shortcut Paling Mudah Sedap

Buat Sendiri Roti Canai Sarang Burung Superdaddy Tunjukkan Shortcut Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 325 hits
Sedapnya kalau dapat makan roti canai untuk sarapan pagi atau minum petang kan Tak semua orang pandai buat roti canai sendiri nak mudah sama ada ke kedai mamak atau boleh beli saja yang segera Nak lebih sedap lagi bolehlah buat roti canai s...
Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit Memang Padu

Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit Memang Padu

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 347 hits
Lontong Goreng adalah salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Johor Sangat sedap dan mudah disediakan Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu hendak dinikmati macam mana nah masaklah menu ni Pasti berselera dan tidak...
Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap

Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 248 hits
Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap Bubur merah putih ni buatnya jarang jarang iaitu bila ada majlis istimewa untuk ahli keluarga atau anak anak berjaya dalam peperiksaan Kiranya macam rasa bersyukur cara sederhana Tak lupa berdoa atas...
Makan Mee Goreng Al Anisah Roti Canai Thoufeeq

Makan Mee Goreng Al Anisah Roti Canai Thoufeeq

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 428 hits
Assalamualaikum WBTDAH berapa hari ni Sk tak memasak Rasanya yang akhir masak tu la Kemudian tak ada makanan baru di rumah Tapi Sk ada masak nasi sikit dan panaskan lauk lauk yang tak habis buat bekal Itu ajelah caranya bagi mengelakkan pem...
10 Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Serius Mudah Sedap Tekan Je Jadi

10 Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Serius Mudah Sedap Tekan Je Jadi

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 331 hits
Pernah tak cuba buat ayam bakar menggunakan Air Fryer Sekarang ni memang lebih mudah menggunakan air fryer bukan sahaja simple dan mudah rasanya juga sedap dan mesti cuba Menggunakan Air Fryer ni sememangnya banyak resipi baru yang dikongsi...
Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat

Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 229 hits
Baca Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat Masak goreng dan makan sendiri lebih jimat dan bebas nak letak banyak mana ikan bilis tu Kenyang dan puas hati Hehe Bahan bahan 1 mangkuk nasi sejuk1 biji bawang besar hiris halus1 ulas bawang p...
Masakan Lebih Sedap Cepat Dan Mudah Dengan Santan Mawar

Masakan Lebih Sedap Cepat Dan Mudah Dengan Santan Mawar

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 165 hits
Kerja kerja memasak di dapur sememangnya mengambil masa yang agak lama serta prosesnya agak remeh dan memenatkan lebih lebih lagi bagi masakan Melayu yang banyak menggunakan bahan antara nya adalah santan Masakan seperti hidangan Rendang So...
Mee Lidi Goreng

Mee Lidi Goreng

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 232 hits
Mee lidi Kjee rasa ramai yang tak kenal termasuk Kjee Dalam usia ini baru tahu pasal Mee Lidi dua minggu lepas setelah ternampak my fren Anne Osman tayang kat FB dia Kjee terliur tengok Anne buat So paksa UP gi cari Jumpa kat Hero Market Sa...
Sambal Ketuk Mudah Dengan Ubi Kayu Godok

Sambal Ketuk Mudah Dengan Ubi Kayu Godok

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 361 hits
Kelmarin Kawan suami ada bagi ubi kayu seplastik Banyak juga la Jadinya Pagi semalam rebus la ubi kayu tu Nak buat sambal tumis merah tu lambat pula prosesnya Nak cepat dimasak sedap dimakan kan Kenalah buat ikhtiar lain selain dari Maggi M...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan