8 Syawal Istana Lama Seri Menanti


Ikutkan balik dari Segamat nak singgah Kuala Pilah, mak suruh ambil pisang. Tapi kalau dah jalan Kuala Pilah sampai ke Bukit Putus jem, kita ikut jalan lain tak dapatlah singgah. Jadi, balik Kuala Pilah 8 Syawal.

Sebelum singgah rumah, jalan jalan ambil gambar di Istana Lama Seri Menanti. Bukan datang beraya ye. Siapa pulak nak melayan. Dah sampai baca notis kat situ Isnin tutup. Maksudnya tak boleh masuk dalam istana tapi boleh je bergambar kat sekitar istana.
Takpelah, bergambar pun bergambar lah. Dah penat penat datang takkan nak balik gitu je. Kali terakhir datang Istana Seri Menanti atau Istana Lama ni masa photoshoot majlis resepsi sebelah lelaki dulu tahun 2013. Walaupun biasa je lalu Seri Menanti tapi tak singgah masuk.

Ini kalilah saja datang merayau jalan-jalan. Bila lagi nak datang kan. Mungkin akan datang lagi sebab teringin nak masuk dalam istana tu sebenarnya. 

Istana masih terjaga cantik cuma pagar dan landskap agak menyedihkan. Pagar kalau cat semula mesti lagi berseri cantik. Landskap kalau tambah banyak tumbuhan mesti lagi cantik. Mungkin kekurangan modal agaknya. Yelah masuk percuma je, mana nak datang modalnya kan

Tapi nak masuk istana kena bayar lah kot. Kalau masuk jalan jalan sekitar istana percuma je lah. Parkir pun percuma. Masa kami sampai tak ada orang pun. Cuma ada 2 orang pak guard dan pekerja lain sembang menyembang. 
Kami apalagi, kecekak ! kecekak ! kecekak ! ambil gambar dengan tenang. Buat macam rumah sendiri. Senang hati tak ada orang lain dalam gambar. Dah banyak ambil gambar baru ada 2-3 family datang. Tapi kejap je lah. Mungkin mereka kecewa sebab tak dapat masuk dalam istana kot. 

Itulah motif utama kalau nak datang sini kan, mesti nak masuk tengok kat dalam. Tapi kami ambil peluang jugak bergambar kat luar. Tak naklah pulang tanpa membawa kenangan. Bila tak ramai orang, tak payah pakai mask. Senang hati bernafas pun.



Jalan depan sikit, ambil gambar  Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan dekat sikit lagi



Okay, tuan blog posing sorang kejap test kedudukan center ke tidak. Kena center baru cantik



Dah elok tengah, baru berdua lebih baik. Tapi tak center jugak. Alah, dak tripod ambilkan mana nak tahu center ke tidak. Adjust dah elok, tapi tetap tak center. Kira lulus lah ni. 


Nasib baik bawa tripod dan bluetooth remote. Senang nak ambil gambar kami berdua tanpa penat. 

Bahagian tingkat atas Istana Seri Menanti. Katanya tingkat atas ni tak dibenarkan naik. Tak pasti betul ke tidak. Ada yang tahu?



SEJARAH PENUBUHAN ISTANA SERI MENANTIIstana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. 
Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. 
Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. 
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. 
Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. 
Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. 
Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

BALAI RONG SERIRuangan ini merupakan tempat takhta kerajaan. Di ruangan ini terdapat dua batang seludang dari Minangkabau yang dipegang oleh pengawal. Ianya juga terdapat 7 mata tangga. 
Di mata pertama dari atas adalah tempat duduk bagi Dato' Seri Amar Diraja, dihadapannya pula tempat duduk Dato' Raja DiWangsa. Anak tangga yang kedua pula adalah tempat Dato' Dagang dan dihadapannya Dato' Akhir. Di mata ketiga hingga keenam adalah tempat duduk Pegawai Penghulu Luak.

Di tangga yang ketujuh ianya dikosongkan. Dibahagian bawah sekali adalah tempat orang-orang mengadap seperti Penghulu Luak yang Empat iaitu  Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir juga ahli-ahli Lembaga, ahli mengadap yang lain ialah lapan belas orang disebelah kiri dan dan dibahagian kanan seramai lapan belas orang. 
Pengapit bagi Tuanku adalah Dato' Gajah manakala Dato' Mangku adalah pengapit bagi Tuanku Ampuan. Di ruangan ini perhiasan dinding pula terdapat gambar-gambar berkaitan kerabat Istana.

BALAI RAJA MUDADi bahagian ini tempat Raja Muda dan isteri duduk melihat ayahanda dan bonda menjalankan upacara. Mereka diapit oleh dua orang pengawal. Ia juga dihadiri oleh kerabat diraja dan juga para undangan. di bahagian dinding terdapar gambar-gambar berkaitan.

BILIK BERADUBilik ini adalah bilik beradu Tuanku bersama Tuanku Ampuan. Dibilik ini terdapat sebuah katil, almari pakaian, almari perhiasan(solek) juga terdapat sebuah meja kecil dan dua buah kerusi. Kesemua pakaian dan perhiasan diri disimpan di dalam bilik ini. Dibahagian dinding terdapat gambar-gambar berkaitan.

RUANG SANTAPANTerdapat satu unit meja yang mempunyai 20 unit kerusi. Di kiri dan kanan ruangan ini terdapat dua buah almari di mana di sini (almari) disimpan beberapa buku rujukan untuk para tetamu. Ruangan ini merupakan tempat para tetamu berbincang juga tempat mereka bersantapan. 
Di bahagian belakang ruangan ini terdapat jalan untuk pergi kebelakang dapur. Di sebelah kanan terdapat satu rak setinggi tiga tingkat. Di bahagian atas rak yang bertutup tempat untuk meletak gulai atau segala jenis lauk pauk. Ruangan ini juga mempunyai hiasan dinding seperti gambar-gambar dan sebagainya.

sumber dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Dah puas bergambar di depan, bergerak ke belakang pula. 


Saya sajikan dengan gambar-gambar yang ada. Nak cerita lanjut macam tak berapa nak tahu sangat

beduk



Tak boleh nak naik atas kereta kuda ni. Nak sentuh pun tak dibaginya. Ada nota di situ jangan sentuh. 


Selain terpersona dengan seni bina Istana Seri Menanti, terkagum juga dengan seni bina Rumah Tradisional Tukang Kahar ni. 


Rugi kalau tak bergambar kat sini. Tak boleh masuk, dimangga siap. Kita bergambar kat tangga je lah ye. Seronok kemain ye tuan blog



Sekali lagi bergambar berdua pula. Ehh macam sempit pulak tangga tu..Tak muat pulak. Adeh! Maknanya apa? Kena mengurus lah lepas ni



Dari sudut pandangan lain Rumah Tradisional Tukang Kahar. 



dari pandangan sisi
Ada pulak buaian kat situ. Kita pun duduk lah kejap bergambar. Nak berbuai menyanyi nak kahwin dengan anak raja tak sampai hati pulak. Kang putus pulak tali tu. wkwkwkwk. Kena sedar diri. 



Dipersilakan baca kalau nak tahu tentang Rumah Tradisional Tukang Kahar


Selain susunan papan yang menarik, tertarik dengan motif ukiran tiang rumah ni. Kerja tangan yang berseni dan kemas



Rumah orang dulu dulu mesti ada tempayan kat tepi tangga luar rumah. Sebelum masuk rumah kena basuh kaki dulu katanya



Berdekatan dengan Rumah Tradisional Tukang Kahar, terletak tempat bersiram




Istana Seri Menanti opening hours (waktu operasi)Selasa - Ahad : 9:00 pagi- 5:00 petang
Isnin : Tutup


Tarikan dan Aktiviti Menarik di Istana Seri MenantiSouvenir & Premium giftsMuseum cafePermainan tradisionalSewaan busanaKereta kuda dan joyrideContact : 013-3732777
Nampak menarik aktiviti yang ada, nampaknya kena datang lagi ni. Boleh naik kereta kuda atau sewa busana tradisional kan

Sebelum gerak balik, bergambar dulu di lokasi terpaling depan istana. Warna baju raya kami ikut tema warna bendera Negeri Sembilan, kuning dan hitam. Warna merah je tak ada


Sempat ambil signboard dari dalam kereta je. Pastikan masuk ikut anak panah tu ye


pintu gerbang sebelum masuk istana

Biasa ikut jalan sini kalau jem kat Tanjung Ipoh, Ulu Bendul dan Bukit Putus. Tapi itulah, tiap kali lalu tak rasa nak singgah masuk Istana Seri Menanti ni. Biasanya macam tu lah, bila dah dekat nak sampai tu lambat.

Masa kami pergi ni pun cuaca tak panas sangat, mendung je. Kalau langit cerah mesti lagi cantik nampak awan putih langit biru.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/05/8-syawal-istana-lama-seri-menanti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Masakan Lemak Cili Api Nismilan Di De Rimbun Seri Menanti Kuala Pilah

Makan Masakan Lemak Cili Api Nismilan Di De Rimbun Seri Menanti Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 264 hits
Balik dari bergambar sakan di Istana Seri Menanti perut pun lapar meminta makanan Cakap kat encik suami berhenti lah mana mana kedai yang buka Lepas raya ni banyak kedai tutup Masing masing pakat cuti raya lama agaknya Nampak ada satu kedai...
Alhamdulillah Tak Lama Lagi Aisy Nak Jadi Abang Farah Hazel Umum Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah Tak Lama Lagi Aisy Nak Jadi Abang Farah Hazel Umum Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 284 hits
Bakal menimang anak keduanya penyanyi Farah Hazel mengumumkan kehamilan keduanya yang kini berusia enam bulan Perkhabaran gembira itu dikongsikan kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini menerusi Instagramnya pada Hari Raya lalu Turut memuat na...
Megah Bak Istana Ini 5 Potret Rumah Crazy Rich Aceh Yang Bikin Melongo

Megah Bak Istana Ini 5 Potret Rumah Crazy Rich Aceh Yang Bikin Melongo

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 170 hits
Pengusaha kaya raya yang kerap dijuluki Crazy Rich Banda Aceh Shella Saukia memiliki hunian yang sangat megah bagaikan istana Didominasi dengan warna putih dan sentuhan emas intip potret rumahnya berikut ini
Kisah Lama Diungkit Yoon Eunhye Akhirnya Buka Mulut Gosip Cinta Dengan Kim Jongkook

Kisah Lama Diungkit Yoon Eunhye Akhirnya Buka Mulut Gosip Cinta Dengan Kim Jongkook

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 261 hits
Baru baru ini gosip cinta antara Yoon Eun hye dan Kim Jong kook kembali hangat diperkatakan ARTIKEL BERKAITAN Ianya berikutan video yang dimuat naik di laman YouTube miliknya sebelum ini berkenaan sebuah kisah bekas teman lelakinya yang sea...
Raya Celebration At Istana Negara A Lively Affair After Two Year Hiatus Says Dr Wee

Raya Celebration At Istana Negara A Lively Affair After Two Year Hiatus Says Dr Wee

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA After a two year hiatus the Hari Raya Aidilfitri celebration at Istana Negara was a lively one says Datuk Seri Dr Wee Ka Siong In a Facebook post Monday the Transport Minister said he had attended the Hari Raya Aidilfitri cere...
Tajuddin Orang Lama Berpengalaman Pm Ismail Pertahan Pelantikan Tajuddin Sebagai Duta

Tajuddin Orang Lama Berpengalaman Pm Ismail Pertahan Pelantikan Tajuddin Sebagai Duta

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 162 hits
Banyak pihak termasuk rakyat membantah keputusan Putrajaya melantik Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia Walaupun sedar mengenai bantahan tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Ism...
Maintain Solekan Yang Tahan Lama Hingga 24 Jam Dengan Koleksi Bloomatte Dari Jenama K Beauty Barenbliss

Maintain Solekan Yang Tahan Lama Hingga 24 Jam Dengan Koleksi Bloomatte Dari Jenama K Beauty Barenbliss

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 257 hits
Kau tengok tak makeup girl group baru tu Weyh cun gila Mana aku nak dapat shade macam tu kat sini Bergelar perempuan ni semua benda kalau boleh kita nak pastikan cantik Termasuklah diri kita sendiri Yelah siapa yang tak nak look young and f...
Dah Bunyi Siren Lama Tapi Kereta H Ini Tak Mahu Bagi Laluan Kepada Ambulan Dg Noor Hisham Beri Komen Tentang Kereta Itu

Dah Bunyi Siren Lama Tapi Kereta H Ini Tak Mahu Bagi Laluan Kepada Ambulan Dg Noor Hisham Beri Komen Tentang Kereta Itu

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 429 hits
Tindakan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan Honda CR V menghalang laluan sebuah ambulans walaupun siren telah lama dibunyikan mendapat kritikan banyak pihak
Cara Simpan Pisang Tahan Lagi Lama Segar Confirm Tahan Sampai 5 Hari

Cara Simpan Pisang Tahan Lagi Lama Segar Confirm Tahan Sampai 5 Hari

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 200 hits
Berbanding buah lain pisang sememangnya paling tidak tahan lama apabila masak Terlambat makan pisang boleh jadi lembik dan tidak segar Macam mana cara nak simpan pisang lebih lama Perkongsian pengguna Tik Tok senz malaysia ini anda kena cub...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization