Makan Malam Vietnamese Muslim Foods Di Restoran Berkat Aba
Assalamualaikum WBT
TRAUMATIK sungguh bangun dari tidur pagi tadi. Biasanya, bila dengar bunyi alarm, mata masih terpejam sambil bangkit dari pembaringan. Tapi, pagi tadi, mata terus terbeliak memandang ke tingkap, dan tengok di luar rumah dah cerah. Punyalah terkejut lepas tu baru perasan cerahnya tu datang dari cahaya lampu jalan dan cahaya lampu carporch rumah jiran. Tak dengar pulak bunyi tarhim subuh seperti semalam, tengah-tengah lipat selimut kait pemberian Blogger Nur, baru terdengar sayup-sayup alunan tarhim subuh dari masjid.
p/s Lama tak dengar khabar dari Nur, sihatkah dia?
KISAH rabu minggu lepas, menikmati makan malam Vietnamese Muslim Foods di Bandar Indahpura. Perniagaan ini milik rakan lama Pak Inche. Ceritanya, masa tengah borak-borak dengan rakan Sk yang bergambar dengan Datuk Amy Search di Adam's Kitchen yang Sk ceritakan DI SINI, tiba-tiba kami ditegur rakan lama PI ni. Rupa-rupanya beliau baru membuka restoran berhadapan dengan Adam's Kitchen (cawangan Kulai). Rakan PI ni berkahwin dengan wanita Vietnam yang pakar memasak masakan tradisi Vietnam
Antara menu Vietnam yang ditawarkan di sini. Jangan risau tentang status halal kerana mereka adalah muslim
Selain tu ada juga masakan citarasa Indonesia seperti Ayam Penyet dan masakan goreng panas seperti mee dan nasi goreng. Rojak pun ada
Pesan Beef Noodles ni sorang semangkuk. Memang dah lama rindu nak makan Mee Sup Vietnam ini atau dikenali jugak sebagai Pho Bo. Bo tu merujuk kepada daging lembu. Jika ayam, Pho Ga
Sk pesan Goi Cuon atau Vietnam Spring Roll tapi mereka kehabisan udang. PI kata, ambil Vietnam Popia ni atau dipanggil Cha Gio. Vietnam Spring Roll tu yang kulitnya jernih dan boleh dimakan terus, yang ni pulak macam popia kitalah, digoreng dalam minyak penuh atau deep fried
Intinya adalah isi ayam dan udang berserta suhun dan pelbagai sayuran. Sedapppppp gilerrrr! Tak boleh move on, dengan intinya penuh padat dan kulitnya rangup tapi tak hancur bila kita patahkan tu
Pho Bo ni makan dengan Chili Oil dan jeruk bawang putih tu. Aaa.. ni pun sedap ya,berasa sangat supnya tu kerana menggunakan air rebusan tulang lembu. Pho Bo ni seakan mee celup cuma dia punya rasa tu beza sebab dia letak daun selasih. Sambil taip ni pun telan-telan ailio teringat, hahahaha
Restoran Berkat Aba
239, Jalan Kiambang 15, Bandar Indahpura, Kulai(berhadapan dengan Adam's Kitchen)
Buka setiap hari kecuali Sabtu9 pagi hingga 9 malam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/11/makan-malam-vietnamese-muslim-foods-di.html