Makan Di Restoran Di Kelapa Lagi


 Assalamualaikum WBT 


CERITA Selasa lepas, Pak Inche kata, balik kerja tu nanti dia singgah pasar malam, Sk nak makan apa? Sk mintak belikan Laksa Johor jer tapi pelik jugak, rajinnya PI nak pergi pasar malam hari selasa. Hari selasa, lokasi pasar malam di Taman Tampoi Indah yang mana PI dah jarang nak pergi sebab susah nak parking. Sk pun suka pasar malam Taman Tampoi Indah ni sebab ada jual Laksa Johor, Ubi Rebus, Lempeng, Cekodok serta kuih-muih di gerai yang sama. Kira macam apa kau nak makan, semua boleh beli kat pakcik tu saja tapi tu la, susah parking. Nak nak pulak, gerai-gerainya dah bertambah dan dibawa ke depan sikit, lagilah susah nak dapat parking sebab dulu boleh parking kat tepi jalan jer tapi sekarang dah ada banyak gerai baru kat situ. Jadi kadang tu boleh berangan ajalah balik kerja nak singgah pasar malam tapi selalunya tak jadi mengenangkan susah nak parking.


Sekali, PI masuk jer pintu rumah, lepas beri salam, dia cakap.. dia salah. Dia lupa sebab dalam kepala dia fikir hari tu hari isnin, pasar malam kat Taman Teratai. Dah sampai kat tapak pasar malam Taman Teratai tu, dia perasan tak banyak kereta, dia macam seronoklah. Lepas tu dia perasan kereta boleh lalu masuk lorong pasar malam tu, baru dia teringat yang hari tu ialah hari selasa, hahahaha. Sk dahlah memang tak sediakan apa-apa nak masak, kan. Sk ajak makan kat Restoran Thoufeeq jer, tak nak jauh-jauh, tapi PI ajak ke Di Kelapa, nak makan Mee Hailam, dia kata. Jom!




Ini kali kedua datang ke Di Kelapa ni, kali pertama Sk ada ceritakan DI SINI. Sebaik sahaja duduk, staf DK terus datang bawakan buku menu. Staf tu kata, boleh terus buat pesanan, tak perlu guna QR code. Sk tengok buku menu tu baharu cetak, tak sama dengan buku menu sebelum ni. Ingat nak la belek buku menu lama sikit, tapi staf tu macam tergesa-gesa sangat, Sk kalau staf macam tu rasa tak selesa pulak nak biar dia menunggu tepi meja. PI dah pesan Mee Hailam, Sk pesan jer la Kuey Teow Hong Kong. Memang dari rumah 'blur' tak tahu nak makan apa sebab dah berangan PI tapau Laksa Johor pasar malam, hahaha


Terkejut bila Kuey Teow Hong Kong dihidang ke meja, kuey teow goreng tepung dengan kuah ala cantonese. Kuah ala cantonese tu dah betul tapi kuey toew celup tepung tu.. hurmm, makan ajelah. Takkan nak suruh buat lain pulak. Sk bayangkan kalau SK mintak Mee Hong Kong, agaknya mee kuning tu pun dicelup tepung dan digoreng dulu ke ek? Gaya celup tepung ni dah nak sama macam Kuey Teow Kungfu yang Iman makan dekat Lepak Corner.



Tekstur tepung tu rangup dan keras, nak bagi lembut kena rendam lama sikit dalam kuah. Mula-mula, Sk makan la rangup-rangup gitu, dah macam kunyah keropok, sudahnya melecet gusi dan rahang, hahaha.. aduii.. kenapalah dia pergi buat goreng macam ni. Sk selalu jugak makan Kuey Teow Hong Kong, tak pernah lagi jumpa yang digoreng macam ni dulu. Mujurlah kuah cantonese dia tu sedap. Makan punya makan, jumpa seekor udang bawah timbunan kuey teow. Oh, Sk perasan, ada pelanggan sebelah pesan makanan yang sama, pun berubah mukanya bila nampak rupa kuey teow dicelup tepung ni. Maaf ya, Sk bukan bermaksud menghina makanan tapi Sk tak puas hati sebab ia diubah dari makanan yang asal. Tapi, dalam tak puas hati tu makan jugaklah sampai licin, hahaha. Macam Sk cakap, kena rendam kuey teow tu dalam kuah agar lembut. Tapi sakit melecet tu membawa sampai ke pagi esoknya ya, huhu




Sebelum ni PI makan Mihun Hailam, kali ni PI minta Mee Hailam pulak iaitu mee kuning. Sedap tapi PI kata mahal, udang seekor jer dengan sotong sikit sampai RM12. Lahhhh.. memanglah, okeylah tu RM12, makan dalam air-cond kot. Tapi memang nampak macam seketul aje sotong tu, patutlah PI tak puas hati. Dalam kuey teow Sk tadi banyak jugak rasanya sotong tu cuma agak liat sikit dah. Sambil makan tu, PI tengok bola kat handphone, lupa pulak game mana.  Aaaa... iulah sebabnya tu dia asalnya nak beli makanan pasar malam aje, sebab ada bola, agak dahhhh




Kali ni tak ada pesan roti bakar ke apa, memang makan ni aje sorang sepinggan. Lepas makan terus balik rumah. Best jugak makan dekat kedai dekat-dekat kawasan taman ni, taklah penat sangat memandu jauh-jauh. Cuma masalahnya tu la, ada saja yang tak kena dan tak menepati citarasa. Tu yang nanti makan jauh-jauh sampai ke bandar, sebab yang dekat-dekat semua rasa tak sedap. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/11/makan-di-restoran-di-kelapa-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulangtahun Perkahwinan Ke 32 Tahun Makan Malam Simple Di Restoran Cosy Place

Ulangtahun Perkahwinan Ke 32 Tahun Makan Malam Simple Di Restoran Cosy Place

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 238 hits
Alhamdulillah tahun ni kami sambut ulangtahun perkahwinan ke 32 Tahun ni agak berbeza sebab habibi hadiahkan sejambak bunga buat pertama kalinya Rasa bahagia sangat walau habibi bagi sekuntum bunga pun dah memadai tanda dia ingat ulangtahun...
Makan Malam Vietnamese Muslim Foods Di Restoran Berkat Aba

Makan Malam Vietnamese Muslim Foods Di Restoran Berkat Aba

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 458 hits
Assalamualaikum WBT TRAUMATIK sungguh bangun dari tidur pagi tadi Biasanya bila dengar bunyi alarm mata masih terpejam sambil bangkit dari pembaringan Tapi pagi tadi mata terus terbeliak memandang ke tingkap dan tengok di luar rumah dah cer...
Makan Nasi Ayam Goreng Tomyam Di Restoran Thoufeeq

Makan Nasi Ayam Goreng Tomyam Di Restoran Thoufeeq

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum WBT DALAM perjalanan ke pejabat pagi tadi matahari memancar terik Masa balik kerja semalam pulak hujan panas Sangka Sk pasti cuaca akan panas sepanjang hari ini tapi rupanya hujan turun selepas azan zohor berkumandang Alhamd...
Kita Sering Tak Perasan Sebenarnya Waktu Makan Malam Mempunyai Peranan Yang Besar Dalam

Kita Sering Tak Perasan Sebenarnya Waktu Makan Malam Mempunyai Peranan Yang Besar Dalam

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 158 hits
Kita sering tak sedar waktu makan malam sebenarnya memainkan peranan besar dalam kesihatan kita Idealnya makan malam terbaik adalah antara pukul 6 00 hingga 7 30 malam masa yang cukup untuk tubuh mencerna sebelum tidur Makan lebih awal beri...
Mencari Yang Halal Wajib Main Belasah Makan Tak Kira Kedai Premis No Pork No Lard Pun Masuk

Mencari Yang Halal Wajib Main Belasah Makan Tak Kira Kedai Premis No Pork No Lard Pun Masuk

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 147 hits
HarapandailyAZMAN IBN MULKANBaru baru ni saya singgah Putrajaya Masuklah IOI Mall yang saya diberitahu ianya pasaraya yang kedua terbesar di dunia Lihat dari luar memang nampak besar dan memanjang Apabila semak kembali bukanlah yang kedua t...
Hang Dapat Berapa Duit Tak Banyak 13k Sebulan Jadi La Habuan Makan Cendoi

Hang Dapat Berapa Duit Tak Banyak 13k Sebulan Jadi La Habuan Makan Cendoi

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 163 hits
RMS Hari Jumaat yang mulia ni saya menyeru agar rakan dan follower mencari pahala dengan menyiarkan menyebarkan berkongsi berita Mahyuddin Yassin kalah saman fitnah RM1 35 juta terhadap Lim Guan Eng Semoga perkongsian berita ini mendapat ga...
Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 159 hits
Nak kawal nafsu makan ni adakalanya boleh jadi satu cabaran besar terutama bila dikelilingi makanan yang menggoda Tapi jangan risau ada banyak cara santai untuk kawal nafsu makan dan kekal sihat Jom kita baca sampai habis Mula mula cuba min...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa