Makan Malam Di Hutan Garden Cafe Jalan Labu Seremban


Balik dari Kuala Lumpur, lalu ikut Nilai konon nak pergi makan di Woodfire. Sekali ramai orang daaa..Masa tu dah pukul 9:30 malam. Ramai orang, dah hampir waktu nak tutup. Jadi marilah kita cari kedai makan yang lain yang tutup lewat sikit.

Mulanya nak pergi makan di Celsius Coffee tapi macam ramai orang dan parkir pun meriah dengan kereta. Tak jadilah! Cadangkan pada encik suami, kita makan di kedai yang ada nama hutan-hutan tu on the way jalan balik rumah. Okay, jom!

Nama kedainya Hutan” Garden Cafe. Masa kami sampai dah jam 10 lebih, kedai tutup pukul 11:00pm. Kira sempat lagilah kalau nak makan kan.

Sistem pesanan disini, scan je QR code yang dah disediakan di setiap meja. Lepas tu buat pesanan macam biasa. Masa encik suami buat pesanan, dia keluar unpaid. Jadi kena bayar di kaunter pembayaran lah lepas makan nanti


Masa kami duduk, staff juga berikan buku menu. Boleh buat order guna QR code katanya. Jadi boleh pilih menu guna QR atau buku. Tapi order tetap guna QR code gitu


Ada banyak pilihan menu dan minuman. Semua pun nampak menyelerakan. Perut tengah lapar kan, semua pun nampak sedap.

Sudahnya saya pilih nasi goreng cili bara dengan chicken grilled, encik suami pilih spaghetti cili bara dengan chicken griller juga. Air kami pesan honey lemon dan matcha latte. Lama pula tak pesan matcha, rasa teringinlah pula.

Sementara menunggu, kita potretkan dulu ruang yang menarik. Tak dapat ambil banyak sebab di beberapa ruang ada pelanggan lain. Malas nak ambil nanti kena edit pula jaga privasi mereka

Ada banyak ruang di sini samada nak duduk di ruang terbuka atau berbumbung. Kami pilih duduk di luar je lah di kawasan garden meja batu putih ni


Di kawasan berbumbung tu ada pelanggan lain. Di situ ada keluarga yang tengah sambut birthday. Ada pakej sambut birthday juga di sini kot sebab mereka ada pasangkan lagu happy birthday juga. Meriah dan macam best juga celebrate birthday beramai ramai disini. Tempat pun luas dan cantik.

Tak lama menunggu, minuman yang dipesan pun sampai. Kemain tinggi lagi gelas dia.


Sedut sekali dua air buat rasa-rasa. Sedap juga matcha latte dia. Yang penting dia tak manis ye. Honey lemon encik suami pun sedap. Air honey lemon jarang tak sedap kan

Sambung memotret sementara tunggu makanan sampai. Nampak cantik kawasan taman ni. Dia macam tak semak sangat. Selesa dan luas


Mari zoom lagi ke pintu masuk depan tu. Ada welcome board dengan hiasan monstera merata-rata. Nampaklah tema hutan dia


Nampak chef tengah masak di ruangan grilled bahagian luar yang terletak di depan pintu masuk di atas. Agaknya tengah siapkan pesanan kami chicken grilled. 

Tak lama kemudian pesanan encik suami sampai, spaghetti cili bara dengan chicken grilled. Food plating dia memang tiptop setaraf hotel gitu. Siap ada perhiasan apa entah atas tu, yang warna hijau tu. 

Menu encik suami ni betul-betul mencabar seorang pempedas. Encik suami struggle betul nak menghabiskannya sebab pedas betul. Bukan biasa-biasa pedas dia. Level lain pedas dia. Kami pun tak sangka sepedas tu. Biasanya kalau tulis pedas, jaranglah pedas. Kadang letak cili tabur je nak bagi pedas. Kann..

Pempedas pun tak boleh tahan, inikan yang tak biasa pedas. Kalau tak tahan pedas, jangan order. Tapi kalau nak rasa, silakan. 
Lepas tu pesanan saya pun sampai. Food plating dia memang menarik. Nasi goreng cili bara dihidangkan dengan telur goreng, salad, tomato, timun dan chicken grilled. 
Didatangkan dengan sos black pepper, sambal belacan dan juga sup. Semua menyorok di belakang pinggan tu sebab pinggan ni nampak tinggi macam mangkuk. 

Fuhh...nasi goreng cili bara dia pun boleh tahan pedas. Tapi rasa dia sedap ibarat macam makan nasi goreng cili kering mak kita masak tu. Memang sedap, pedaslah tapi..

Pedas nasi goreng masih boleh diterima lagi sebab tak sepedas spaghetti. Agaknya yang tu terlebih cili bara kot. Mujur jugalah dalam hidangan masing-masing ada chicken grilled bagi kurangkan sikit rasa pedas tu. Gabungan yang serasi gitu

Dalam pedas-pedas pun kami habis makan licin pinggan. Sedap even pedas gila! Nama pun cili bara. Pedas membara lah cerita dia

Dah siap makan, buat pembayaran di kaunter. Sempat jugalah memotret satu ruang yang menarik ni. Ada juga disediakan kerusi healing buat tambah-tambah kerusi kalau orang ramai agaknya. 

Di ruang sebelah kiri tu macam port camping gitu dengan meja kerusi camping. Menarik juga jadikan port lepak makan-makan di hujung minggu. Kami pergi hari Sabtu, hujung minggu dah lewat sikit jadi tak ramai sangat orang


Hutan” Garden Cafe ni sangat menarik. Kawasan luas dan bersih. Servis pun laju sebab nampak pekerja pun ramai. Tuan kedai pun ramah, siap datang ke meja lagi tanya pesanan semua dah dapat ke belum. 
Selain ruang ni, bahagian depan kedai ni dalam proses renovate untuk luaskan lagi kawasan makan dalam taman agaknya. Yang penting kawasan parkir dia sangat luas sampai ke belakang

Next time nak singgah lagi cuba menu lain. Menu ni tak berani cuba lagi. Tapi nasi goreng tu boleh repeat sebab sedap. Terasa betul macam nasi goreng cili kering macam mak masak dulu dulu

Lokasi Hutan” Garden Cafe957, Jalan Labu, batu 5, 70200 Seremban, Negeri Sembilan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/02/makan-malam-di-hutan-garden-cafe-jalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Woodfire Seremban Sempena Birthday

Makan Malam Di Woodfire Seremban Sempena Birthday

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 216 hits
Birthday kan sebulan Dia macam raya sebulan gitu Esoknya selepas barulah ada kesempatan makan malam di Woodfire Seremban Kalau dulunya Woodfire ni di Johor Bahru je Sekarang ni dah buka cawangan di merata rata negeri WOODFIREWoodfire merupa...
Makan Tengahari Nasi Campur Di Restoran Padii Cafe Sungai Petani Kedah

Makan Tengahari Nasi Campur Di Restoran Padii Cafe Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 256 hits
restoran Padii Caferestoran Padii CafeRestoran Padii Cafe ni terletak di Jalan Kampung Gon Jalan Sungai Layar Sungai Petani Kedah Tepi jalan je Padii Cafe ni Mungkin nama Padii Cafe ni bersempena kedai makan ni memang bersebelahan dengan sa...
Makan Mee Bandung Di Paling Muo Cafe

Makan Mee Bandung Di Paling Muo Cafe

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini Sk ambil Cuti Kecemasan Awal malam tadi kami diberitahu doktor akan lakukan pembedahan buang batu karang yang dikatakan berada di dalam salur hempedu ibu Ada dua option doktor kembangkan saluran supaya batu hempe...
Makan Malam Di Kedai Kopi Secangkir Teko Segamat

Makan Malam Di Kedai Kopi Secangkir Teko Segamat

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 282 hits
Petang on the way balik kampung di Segamat dah Malamnya pula anak buah ajak makan malam di Kedai Kopi Secangkir Teko Segamat Sebenarnya dah lama juga nak makan makan di sini tapi itulah memanjang lalu ramai orang je Bila anak buah ajak kita...
Palms Cafe Kopi Dulu Dan Madam Lee Nyonya Private Dining Menyajikan Makanan Istimewa Di Palm Garden Hotel Putrajaya

Palms Cafe Kopi Dulu Dan Madam Lee Nyonya Private Dining Menyajikan Makanan Istimewa Di Palm Garden Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 262 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Posting kali ni sambungan daripada staycation Maha dan kawan kawan kat yang hujung minggu lepas Kali ni nak cerita tentang mak...
Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai

Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 201 hits
Balik dari membeli baju encik suami dan sedikit hadiah untuk anak anak buah di AEON Nilai kita cari kedai makan untuk makan malam Jomlah kita ke Toko Asad alang alang dah dekat dengan AEON Nilai tu dalam perjalanan balik Saya tahu Toko Asad...
Hanoi Day 2 Makan Malam Di Bandar Ha Long

Hanoi Day 2 Makan Malam Di Bandar Ha Long

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 309 hits
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan kami dari bandar Hanoi ke bandar Ha Long pula Boleh klik entri sebelum ini di Sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau Terima kasih atas kerjasama anda semua...
Mengopi Di Bunga 59 Cafe Makan Juga Puding Caramel Dan Mi Kari

Mengopi Di Bunga 59 Cafe Makan Juga Puding Caramel Dan Mi Kari

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 271 hits
Sepatutnya buat entry ni dulu sebelum entry tu Tapi tersilap pula Benda dah published kita biarkan je lah Dalam perjalanan balik kampung ke Kuala Pilah dari Segamat singgah sebentar di Bunga 59 Cafe Iyee Cafe ni lagi Dah alang alang kita me...
Makan Malam Di Chop N Steak Tahun Baru Cina

Makan Malam Di Chop N Steak Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum Malam tadi kepenatan lepas sampai rumah otak terus cari katil je Keluar waktu musim perayaan ni memang tak dijangka Ingatkan waktu Tahun baru Cina ni ramai bercuti dan balik kampung rupanya tidak ya Penuh manusia atas jalan ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation