Makan Hidangan Enak Di Laman Desaru Bistro Desaru Johor


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik belaka. Baiklah kali ini aku seperti biasa nak kongsikan satu lokasi tempat makan menarik di negeri Johor. Aikk, macam mana boleh ada dekat Johor ni kan? Sebenarnya selepas sahaja habis Batam Mega Fam Trip, beberapa orang dalam kumpulan kami meneruskan trip sekitar negeri Johor

Macam sayang pulak nak terus balik ke Kuala Lumpur tanpa singgah-menyinggah. In shaa Allah akan ada satu artikel khas tentang tempat-tempat dan lokasi persinggahan sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur. Untuk kali ini, aku nak kongsikan tentang Laman Desaru Bistro, Desaru, Johor

BACA JUGA : Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah
MAKAN DI LAMAN DESARU BISTRO, DESARU, BANDAR PENAWAR, JOHOR
Laman Desaru Bistro ini merupakan satu lokasi lengkap untuk anda yang mencari makanan pelbagai citarasa di Desaru ini. Mungkin sekarang kalau sebut sahaja Desaru pasti ramai yang sudah tahu tarikan apa yang terdapat di situ, tetapi bagaimana pula dengan tempat makan

Laman Desaru Bistro ini dimiliki oleh Tuan Jamaluddin Ho a.k.a Jamal Sg Rezeki / Jamal Ho. Dengan bilangan staf seramai 25 orang, Laman Desaru Bistro ini merupakan lokasi tempat makan yang sangat sesuai untuk anda bersantai bersama rakan mahupun keluarga


Untuk ke Laman Desaru Bistro ini mudah sahaja, anda hanya perlu mengikut lokasi seperti mana yang tertera dalam Google Maps. Sebelum masuk ke kawasan ini, anda perlu melalui pos pengawal dan bagitahu sahaja nak pergi makan di Laman Desaru Bistro ini, dan anda akan dilepaskan masuk

Tempat meletak kenderaan memang banyak disini, jangan risau ya. Selain itu, berdekatan dengan Laman Desaru Bistro ini adalah blok kediaman pekerja di Desaru ini. Jadi memang meriah juga dengan kehadiran mereka yang datang untuk makan di sini


Mengenai makanan pula, memang ada pelbagai jenis makanan di sini antaranya adalah makanan laut, hidangan ala Thai, makanan hidangan melayu, hidangan Barat, ikan bakar, sate dan juga makanan Punjabi. Selepas ini akan ada makanan Indonesia di sini yang bakal dibuka dalam jangka masa terdekat

Bila ada pilihan makanan yang banyak ini, memang lagi seronok untuk makan disini sebab boleh pilih nak makan hidangan apa mengikut citarasa masing-masing



Di sebelah malamnya lebih meriah kerana ada persembahan secara langsung di sini. Sayang pula sebab kami datang pada waktu tengah hari, kalau tak mesti boleh tonton persembahan secara langsung sambil menikmati hidangan.

BACA JUGA :  Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand
MENU YANG DICUBAAlhamdulillah, sememangnya waktu tengah hari itu aku sendiri memang lapar. Di bawa makan ke sini sememangnya satu pilihan terbaik. Makanan yang dimakan pada tengah hari tersebut adalah hidangan melayu. Berikut adalah antara hidangannya :

IKAN SIAKAP TIGA RASA
IKAN SIAKAP MASAK LEMON
TELUR DADAR
KANGKUNG IKAN MASIN
SUP SAYUR
SUP EKOR GORENG

Hidangan di atas dimakan bersama nasi putih dan air jus Tembikai sememangnya satu gabungan yang menarik. Antara yang aku suka adalah Ikan Siakap Tiga Rasa. Memang sedap dan menyelerakan. Sup ekor goreng pula antara hidangan yang anda kena cuba di sini sebab dimana lagi nak cari menu ini? Pertama kali dengar nama menu ini memang menarik

Jadi kepada anda yang tak tahu di mana nak cari tempat makan yang sedap, lokasi yang selesa, pilihan makanan yang banyak di Johor ini, anda bolehlah ke Laman Desaru Bistro ya. Info tentang Laman Desaru Bistro ini anda boleh lihat di bawah

SEKIAN
BACA JUGA : Makan Steamboat di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam

 LAMAN DESARU BISTRO
LOKASI : Laman Desaru Coast , Jalan Desaru , Desaru Coast Bandar Penawar, 81930 Johor
Facebook : Laman Desaru Bistro
WAKTU OPERASI : Setiap Hari | 10.00 pagi – 12.00 malam
Untuk sebarang tempahan, anda boleh hubungi : 018-9888887


#LamanDesaruBistro #TempatMakan #Desaru #BandarPenawar #Johor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/07/makan-hidangan-enak-di-laman-desaru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Makanan Fusion Enak Di Feast Eco Galleria Nusajaya Johor

Makan Makanan Fusion Enak Di Feast Eco Galleria Nusajaya Johor

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku dengan gembiranya nak kongsikan kepada anda semua satu lokasi tempat makan yang menarik di mana aku dan rakan rakan sempat singgah bar...
Desaru Coast Ferry Terminal Johor Bahru Kini Mula Beroperasi

Desaru Coast Ferry Terminal Johor Bahru Kini Mula Beroperasi

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 377 hits
Khas untuk kaki travel Desaru Coast Ferry Terminal Johor Bahru kini sudah mula beroperasi Desaru Coast Destination Resort destinasi bersepadu terbesar di Malaysia bersama dengan pengendali perkhidmatan feri yang dilantik Desaru Link Ferry S...
Makan Set Bubur Nasi Sedap Kat Taman Molek Johor

Makan Set Bubur Nasi Sedap Kat Taman Molek Johor

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 458 hits
Makan Set Bubur Nasi Sedap kat Taman Molek Johor Pagi ni Pasir Gudang dihujani hujan Ehh apa benda ayat aku Haha Tempat aku ni dituruni hujan Redup je cuaca sampai ke tengahari ni Syok tidur oi Time sejuk sejuk ni teringat pulak kat bubur s...
Foto Nagita Slavina Makan Steak Berlapis Emas Bareng Karyawan Banjir Pujian Netizen

Foto Nagita Slavina Makan Steak Berlapis Emas Bareng Karyawan Banjir Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 212 hits
Nagita Slavina menyantap beragam makanan ala Eropa di rumahnya Mulai dari spaghetti hingga steak berlapis emas Tak sendirian wanita yang kerap disapa Gigi itu ditemani oleh beberapa karyawannya Momen tersebut mendapat banyak sekali pujian d...
Makan Makan Di Hari Jadi Cikwa

Makan Makan Di Hari Jadi Cikwa

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum wbtSABTU lepas kami adik beradik sepakat buat parti hari jadi Cikwa sempena ulangtahun kelahirannya Cikwa jarak usianya lima tahun dengan Sk Cik Ani kata kesian Cikwa dah dua tahun sambut hari jadi sorang sorang Tahun lepas ...
Pertama Kali Cuba Makan Wagyu Di Awagyu Yakiniku

Pertama Kali Cuba Makan Wagyu Di Awagyu Yakiniku

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 323 hits
PERTAMA KALI CUBA MAKAN WAGYU DI AWAGYU YAKINIKU Patutlah orang kata daging lembu kayangan rupanya isinya lembut dan juicy sangat sangat Hari tu umi dan rakan blogger datang ke AWAGYU YAKINIKU yang terletak di Taman Daya Johor Bahru Bila di...
Minyak Makan Merah Sudah Dicetuskan Pengusaha Sawit Sejak 2010

Minyak Makan Merah Sudah Dicetuskan Pengusaha Sawit Sejak 2010

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 365 hits
Direktur Eksekutif Gabungan Industri Minyak Nabati Indonesia Sahat Sinaga mengatakan sebetulnya rencana pemerintah itu sudah lebih dulu dicetuskan oleh para pengusaha sawit sejak tahun 2010
Kali Kedua Makan Malam Di Gerai Silver Fork Jb

Kali Kedua Makan Malam Di Gerai Silver Fork Jb

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 290 hits
Kali Kedua Makan Malam di Gerai Silver Fork JB Alhamdulillah Baru baru ni amek cuti sebab ada job tepi sebagai blogger Gituh Hahaa Settle dalam jam 6 petang camtu terus cari menu dinner So ke sinilah kami Kali pertama tu bersama sama geng J...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah