Makan Makanan Dari The Godmother S Kitchen
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hi semua. Baiklah hari ini aku nak cerita tentang makanan yang aku makan. Beberapa hari yang lalu, aku dan kawan aku telah memesan makanan yang diorder melalui gambar diatas. Hanya ada beberapa menu sahaja. Malah, harganya aku rasa murah. Adakah rasanya sedap? Disebabkan aku ada urusan pada hari khamis di Universiti Malaya, jadi aku tak kisah rasanya untuk merasa makanan ini
Urusan memesan makanan hanya dilakukan melalui WhatsApp sahaja. Aku memilih untuk makan Salted Egg Chicken beserta Rice untuk dibuat makan malam. Manakala kawan aku memilih Gourmet Macaroni & Cheese
Kedua-dua menu tersebut dicampur sekali harganya adalah RM8.50 sahaja. Aku terfikir juga bagaimana pembungkusannya, jumlahnya cukup atau tidak untuk membuatkan aku kenyang? Kalau tidak kenyang, mungkin aku tidak akan pesan untuk lain kali
Tepat jam 5.10 petang, makanan sampai di hadapan Perpustakaan Universiti Malaya. Dihantar oleh suami kepada pembuat makanan ini.
Alhamdulillah, makanan yang dipesan bagi aku sangat sedap. Ini pertama kali aku makan Salted Egg Chicken. Kalau anda nak tahu, bekas tersebut sebenarnya penuh dengan lauk ayam tersebut! Jadi, sememangnya jumlah ayam dan nasinya sangat mencukupi dan membuatkan aku kekenyangan bagaikan seekor ular sawa selepas memakan seekor kambing
Seterusnya adalah Gourmet Macaroni & Cheese. Anda boleh lihat bagaimana tekstur makanan ini. Juga jumlahnya yang sangat banyak untuk harga RM3.00 sahaja. Selain itu, jumlah sosej juga dalam kuantiti yang baik sekaligus membuatkan aku ingin memesan lagi pada hari lain
Jujur aku katakan bahawa sangkaan aku pada awalnya bahawa makanan ini rasanya biasa-biasa, jumlahnya sedikit. Tetapi setelah dapat makanan yang dipesan sangkaan aku sebenarnya salah! Untuk anda yang berada di kawasan sekitar Universiti Malaya, Kuala Lumpur, aku sarankan untuk anda cuba merasai nikmat ini, selain dapat memajukan bisnes mereka
The Godmother's Kitchen
No Telefon : 011-6556-8311Instagram : @thegodmotherskitchen
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/04/makan-makanan-dari-godmothers-kitchen.html