Makan Makan Di The Komunal Eco Grandeur
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur pula dengan korang semua. Sebenarnya Kak Sue dah pergi makan-makan di The Komunal Eco Grandeur nie tahun lepas dah, tapi baru sekarang nie ada masa nak kongsi kat sini..

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur
Makan-Makan di The Komunal Eco GrandeurKami sekeluarga sebenarnya memang suka 'food hunting' nie. Tambah kalau si Abang anak bujang Kak Sue tu, kalau ada tempat atau makanan viral Abang lah orang pertama dalam keluarga kami yang akan cuba dulu. Tapi untuk makan-makan di The Komunal Eco Grandeur nie Abang tak dapat nak ikut sebab kebetulan Abang bekerja hari tu jadi kami pergi empat beranak sahaja lah kali nie.

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur
Eco Grandeur nie tak jauh sangat pun dari rumah Kak Sue. Kalau ikut jalan belakang nie sekejapan dah sampai dah. Jadi kebetulan bila ada dengar ada tempat makan-makan baru macam The Komunal nie kami pun teringin lah nak cuba. Menu kat sini adalah makanan western dan pastry. Sekarang nie pula mana-mana restoran atau cafe harus ada kopi mesin kan. Jadi kat The Komunal nie pun sama juga tau.

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur
Untuk kali nie kami order kopi dan minuman sejuk juga. Kak Sue dah lupa nama mimuman yang kami order tu, maklum lah dah lama sangat pergi tu kan. Untuk makanan pula kami order pizza, spaghetti dan kentang goreng. Ada juga kami order kek untuk pencuci mulut. Memang santai sambil makan sambil layan udara segar kat luar. Suka sangat suasana restoran atau cafe yang ada buat 'open air' macam nie.

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur
Kalau ikut kan personal review Kak Sue, makanan dan minuman kat sini semua sedap. Suasana cafe nie pun cantik, selesa dan santai. Layanan baik dan mesra walaupun harga agak keras sikit. Tapi bagi Kak Sue sekeluarga kalau harga agak keras tapi makanan sedap dan layanan baik, rasanya agak berbaloi juga datang makan sini ditambahkan lagi dengan suasana cafe tu selesa dan cantik.

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur
Korang yang mana tinggal berdekatan Eco Grandeur atau sekitarnya, boleh cuba makan kat sini santai-santai dengan kawan-kawan atau keluarga tersayang. Ada beberapa cafe dan restoran sini pun menarik juga selain The Komunal nie. Ada juga restoran yang Kak Sue dah cuba juga sebelum nie. Pun sedap dan menarik

Makan-Makan di The Komunal Eco Grandeur
Akhir sekali, semoga apa yang Kak Sue kongsi nie memberi manfaat untuk korang semua ya. Jumpa lagi next entri, papai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2025/08/makan-makan-di-komunal-eco-grandeur.html