Makan Makan Di Hari Jadi Cikwa Di Citarasa Restaurant Ideas Kl


 Assalamualaikum WBT 



HARI ini merupakan hari lahir Cikwa yang ke dot dot dot. Cikwa muda 5 tahun dari Sk. Sebelum Cikwa, ibu ada mengalami keguguran, lepas tu lama baru Sk dapat adik, hahaha. Ingatkan dapatlah jadi anak bongsu tapi jadi anak busuk pulak, itulah selalunya usikan yang Sk dapat tapi tak pernah pulak ambil hati. Busuk pun busuk lah 🤣.




Rancangan nak meraikan hari jadi Cikwa ni ideanya dari Cik Ani dan Angah sejak awal bulan Jun. Sk beritahu Pak Inche dan PI setuju nak ikut, kebetulan bila tengok jadual liga, tak ada perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Disebabkan tarikhnya pulak jatuh pada hari bekerja, kami pilih untuk buat kejutan hari jadi pada hari Sabtu lepas. Bagi memastikan Cikwa duduk diam-diam tak pergi mana-mana, Cik Ani pun buat helah nak tumpang bermalam di rumah Cikwa sebab ada jemputan kenduri saudara Che Li di KL.




Sk dan Angah pula akan bermalam di hotel dan Angah menyerahkan pada Sk tugas menempah bilik. Sk teringat, Mak Cella selalu promot buffet di Ideas Hotel KL, jadi Sk rancang untuk ambil Hi Tea Buffet dan sekaligus bermalam di Ideas KL. Tapi... kalau ambil hi tea, berapa hari pulak nak stay di KL? Tentu-tentulah time hi tea tu selepas check out, kan. Lepas tu, Sk terfikir, lagi jimat kalau buat masa sarapan, dah jimat kat situ sebab harga bilik dah termasuk sarapan untuk 2 orang dan harga buffet breakfast juga lebih murah dari hi tea, hahaha. Sk minta pendapat PI, kita ganggu tetamu lain tak agaknya kalau buat birthday party kat cafe waktu sarapan, PI kata tak, jadi kita onz




Check in pada malam Sabtu lepas, eh.. tersuka pulak tengok penerapan warna hijau pada dinding dan fluted panel yang dipasang di kepala katil. Katil bertiang menghidupkan gaya klasik begitu juga corak hitam putih pada lantai di hadapan pintu masuk. Lain kali kalau ada urusan di KL boleh tidur sini lagi. Jalannya pun taklah sesak sangat berbanding jika menginap di Bukit Bintang. Yang terpaling best, hanya perlu menyeberang jalan sahaja untuk ke pusat beli-belah Sogo. Zaman remaja dulu, tak sah pergi KL jika tak ke Sogo ya, feeling sangat tengok air terjun kat dinding Sogo tu, tak tahulah sekarang masih ada tak, hahahaha




Malam tu, kami pergi Sogo sekejap, lepas tu jalan-jalan la sikit kat depan tu, tengok busking sekejap, kemudian tak tahu nak makan mana, PI kata ada kedai mamak situ tapi kami tersalah arah, patut belok kiri sampai hujung, barulah jumpa kedai mamak tapi kami belok kanan, yang banyak kedai kain, Muaz, Globes, haha. Sikiiiiiiit lagi Sk nak singgah, hahahaha. PI kata, kita pergi makan kat Chulia Kopitiam jer la, kat lot tepi dalam Sogo tu. PI pesan semangkuk Mee Udang, Sk macam kenyang jadi pesan karipap aje seketul tapi karipap nya habis pulak. Malas nak tukar dengan makanan lain, kita ngecek mee PI sudah




Sedaplah jugak Mee Udangnya, mangkuk pun lawa. Sk sukalah kalau makan dalam mangkuk lawa kan, hahaha. Bagi orang lain, apa ada pada mangkuk tapi bagi Sk, Sk sanggup bayar mahal untuk makan dalam pinggan dan gelas yang cantik. Sk fikir jugak, malam tu kot-kotlah PI ajak pergi Nasi Lemak 222 kan tapi lepas tu sama-sama malas nak keluar dan ditambah risau nanti balik parking penuh




Sudahnya, memang Sk tak makan apa-apa la malam tu dan ni la penyebab kenyang.. petang dalam perjalanan tu kami singgah makan Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari tapi Sk makan ayam la. Bagi Sk, kalau makan dengan kari kambing, rasa nasi arab tu tenggelam pulak. Lebih suka makan kosong aje macam tu



Kalau dah namanya birthday, mestilah nak kena ada kek, kan. Tapi, mana nak cari kek, bukannya tahu kedai kek yang ada kat KL ni jadi plan asal lepas check out baru beli kek dan bawa pergi rumah Cikwa. Sekali, ada  Secret Recipe sebelah kopitiam tu. Pun.. fikir 10x nak beli kek sebab tak ada tempat simpan. Peti ais hotel manalah dapat menampung kek SR, hahaha. Lepas tu, tengok, ada petit cake cuma agak mahal la, banding kalau ambil saiz 9" tu memang rasa berbaloi tapi setelah berfikir ini sahaja pun peluang yang ada nak beli kek, Sk beli jugak, dia tanya, nak tulis apa-apa, SK suruh tulis cam ni ajelah sebab ingat tak muat, rupanya dia tulis atas plastik tu, kemudian, tunjuk pada Sk dulu sebelum masuk dalam kotak. Comel betul




Legalah dah beli kek kecik, ingat kecik boleh muat peti ais, tak muat jugak, hahaha.  PI kata, keluarkan dari kotak.. haaaa.. baru muat. Kadang-kadang geliga jugak kepala otak PI tu, boleh buat batu cincin, hahaha. Sk ni jenuhlah nak sumbat kek dengan kotak dalam peti tu




Malam tu, singgah restoran sekejap nak booking meja untuk buffet sarapan, tapi staf kata, free seating. Aisehmannn... Jadi, esoknya, pagi-pagi Sk dah bersiap. Kalau selalu tu, pukul 8.30 ke atas baru nak keluar bilik tapi pagi tu, sebelum pukul 8 dah turun, hahaha. tetamu dah ramai tapi mujur masih ada banyak meja kosong di ruang tepi belakang, dapatlah siapkan meja, cantumkan bagi cukup. Sk keluarkan kek dan letak siap-siap atas meja sebelum Cikwa sampai. Cikwa memang tak tahu yang Sk dan Angah tidur kat KL malam tu, hahahah



Okey, semua dah ready cuma Angah belum turun. Cik Ani dah dalam perjalanan bawa Cikwa. Dia kelentong cakap kawan dia ajak sarapan, bagi voucher free. Sk ambil makanan dulu, pinggan pertama haruslah western. Dia punya menu setanding dengan hotel terkemuka tapi pinggan mangkuk dia mantap, macam kat hotel 6 bintang! 



Harga promo buffet sarapan bulan Julai, RM45 (dewasa), RM32 (warga emas) dan RM25 (kanak-kanak). Harga berubah setiap bulan, masa Mak Cella post dulu, Sk tengok RM40, dah naik RM5, huhuhuhu



Sk tubuhkan grup whatsapp baru supaya mudah nak bincangkan plan kitorang nanti tapi tahu tak, dua tiga kali Sk kantoi, yang kelakar, Cikwa tak perasan langsung plan kitorang ni






Orang kata, kalau adik-beradik tu rapat, maknanya mak ayah dia tak tinggalkan harta, betul ke


Ilham dan Cikwa






Seorang lagi yang terkena kejutan, Jeika. Ni kalau ada rahsia jangan cakap depan dia sebab suka tershasul, hahaha





Iman dan Izzat tak dapat join sebab dua-dua tengah periksa





Confetti Rainbow by SR
Kek 7 lapis warna pelangi berukuran 4.5". Setiap lapisan ada cream cheese dan topping dengan buttercream perisa vanilla, memang sedap



PI kata, nasi lemaknya sedap. Sk ambil nasi lemak sambal lebih dan kuey teow goreng. Pedas kuay teow tu, nasi lemak pun sedap cuma sambalnya macam tumpah gula, hahaha. PI sukalah tu sambal manis letting! Banyak lagilah makanan yang Sk tak ambil, ada mee sup, roti canai, bubur, pastriesss, semua tak ambil.. tahulah SK ni cepat kenyang dah remaja purba ni (tipu!)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/makan-makan-di-hari-jadi-cikwa-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kanak Kanak 3 Tahun Makan Keropok Beracun Dilaporkan Meninggal Dunia Hari Ini

Hiburan Kanak Kanak 3 Tahun Makan Keropok Beracun Dilaporkan Meninggal Dunia Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 204 hits
Seorang daripada yang tidak sengaja memakan keropok mengandungi racun tikus dilaporkan meninggal dunia hari ini Adik Muhammad Akil Syauqi 3 disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan setelah kritikal bersama sama adiknya Muhammad Luth...
Sean Lee Sambut Hari Jadi Isteri Bawa Lepak Makan Durian Di Raub

Sean Lee Sambut Hari Jadi Isteri Bawa Lepak Makan Durian Di Raub

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 87 hits
Selebriti terkenal Sean Lee sambut hari jadi isteri Bay Doucet dengan membawa wanita berkenaan ke Raub sambil menikmati durian Menerusi posting Sean atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern dia telah memaklumkan yang sebenarnya hari lahir iste...
Dpr Minta Pemerintah Perhatikan Lembaga Pendidikan Seni Budaya

Dpr Minta Pemerintah Perhatikan Lembaga Pendidikan Seni Budaya

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 571 hits
Menurut DPR lembaga pendidikan seni dan budaya masih jauh diperhatikan oleh pemerintah dibandingkan lembaga pendidikan seperti sains dan lainnya
Hari Terakhir Pendaftaran 170 Orang Daftar Capim Kpk Dan Dewas 130

Hari Terakhir Pendaftaran 170 Orang Daftar Capim Kpk Dan Dewas 130

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 240 hits
Ivan menyebut angka tersebut masih berpotensi bertambah Sebab penutupan baru dilakukan pada malam nanti pukul 23 59 WIB
Pmx Ucap Hari Kelahiran Sultan Brunei

Pmx Ucap Hari Kelahiran Sultan Brunei

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 114 hits
Merafak sembah salam takzim dan setinggi tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 78 Mendoakan agar Kebawah Duli Tuan...
Jurulatih Harimau Malaya Pan Gon Akan Mengumumkan Peletakan Jawatan Hari Ini

Jurulatih Harimau Malaya Pan Gon Akan Mengumumkan Peletakan Jawatan Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 119 hits
PETALING JAYA Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dijangka mengumumkan peletakan jawatannya hari ini di Wisma FAM Kelana Jaya kira kira pukul 2 petang Kim Pan Gon memutuskan kontraknya lebih awal dan Persatuan Bola Sepak Malaysia dijangka ...
Jelang Peringatan Ke 77 Hari Bakti Tni Au Wilayah Bandung Gelar Donor Darah

Jelang Peringatan Ke 77 Hari Bakti Tni Au Wilayah Bandung Gelar Donor Darah

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 97 hits
Donor darah digelar selama satu hari diikuti oleh Perwira Bintara Tamtama dan PNS TNI AU serta pengurus Pia Ardhya
Foto Antusiasme Murid Kelas 1 Sd Jawa Barat Di Hari Pertama Masuk Sekolah

Foto Antusiasme Murid Kelas 1 Sd Jawa Barat Di Hari Pertama Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 437 hits
Masa orientasi ini menjadi langkah awal yang penting dalam perjalanan pendidikan pelajar di SDN Anyelir 1 dan sekolah sekolah lainnya di wilayah Jawa Barat
Siang Hari Mendag Zulhas Temui Jaksa Agung Ternyata Bahas Soal Ini

Siang Hari Mendag Zulhas Temui Jaksa Agung Ternyata Bahas Soal Ini

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 95 hits
Zulhas mencontohkan misalnya impor dari negara asal dengan nilainya 360 juta dollar
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport