Peniaga Nak Cari Makan Ko Kompaun Sampai Rm3 000 Langgar Sop 2 Orang Dalam Kereta Peniaga Gerai Nasi Ayam Dikompaun


Sebuah gerai nasi ayam yang popular di USJ4, Subang Jaya berkemungkinan terpaksa ditutup setiap kali kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Ini kerana, prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan bagi PKPB menetapkan, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan berada dalam sebuah kenderaan, di kawasan yang dilaksanakan PKPB. Hal itu membuatkan pengusaha gerai nasi ayam ini berada dalam dilema dan baru-baru ini dia telah dikenakan 3 kompaun bernilai RM3,000 dalam satu masa. 


Menurut Seow Boon Keong yang sudah 20 tahun menjalankan perniagaan nasi ayam di USJ4 itu berkata, pada hari kejadian iaitu 14 Oktober 2020 dia bersama dengan dua ahli keluarganya  iaitu adik perempuan dan anak saudara dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki keretanya.


Setelah selesai, mereka pulang ke rumah kira-kira jam 3.30 petang sebelum ditahan polis ketika melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), berhampiran Plaza Tol USJ dan dikenakan tiga kompaun berasingan setiap satunya bernilai RM1,000. 


"Kami melakukan perjalanan dari Jenjarom ke USJ4 setiap hari agar perniagaan nasi ayam kami dapat dijalankan. Jarak perjalanan dari Jenjarom ke USJ4 adalah 30 kilometer. Disebabkan jarak jauh dan dua yang lain tidak mempunyai lesen memandu maka kami menaiki kereta yang sama untuk pergi ke tempat kerja. 


"Itu adalah rutin seharian kami dan kami tidak pergi ke mana-mana selepas selesai bekerja. 


"SOP dua orang dalam satu kenderaan adalah tidak sesuai untuk orang seperti kami yang mengusahakan perniagaan. Bahkan, kami mempunyai surat yang mengesahkan bahawa kami bekerja dan menjalankan perniagaan di USJ4. 


"Bagaimana nak meraih pendapatan di waktu yang sukar, kalau perkara seperti ini (kompaun tak munsabah) berterusan? Jarak dari Jenjarom ke USJ4 jauh dan jika menggunakan perkhidmatan Grab, ia akan menelan kos RM40 bagi satu perjalanan untuk dua penumpang. 




Seow berkata, peniagaannya mungkin terpaksa ditutup dan dia akan hilang satu-satunya sumber pendapatan bagi menyara keluarga. 


Difahamkan, Seow diberi tempoh sehingga 26 Oktober ini untuk membuat rayuan pengurangan harga kompaun yang dikenakan. 


"Saya berharap pihak berkuasa bertimbang rasa terhadap golongan peniaga yang perlu mencari rezeki terutamanya pada waktu begini," katanya. 


Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, tindakan memberi kompaun itu tidak sepatutnya berlaku. Sebaliknya anggota berkenaan memberikan amaran awal kepada peniaga berkenaan. 


Dalam pada itu, Wong Chen menasihatkan peniaga berkenaan membuat rayuan berdasarkan dua perkara penting.


"Terdapat dua alasan untuk mengemukakan rayuan. Pertama, peniaga dan dua penumpangnya adalah keluarga dan tinggal bersama. Oleh itu, berada dalam kenderaan yang sama tidak meningkatkan risiko penyebaran wabak itu. 


"Kedua, mereka bukannya melakukan perjalanan suka-suka, tetapi dalam perjalanan ke tempat kerja yang jelas sekali bukanlah aktiviti yang dilarang dalam PKPB," katanya. 


ADUN Subang Jaya, Michelle Ng, dan ADUN Banting, Lau Weng San, turut tampil menawarkan diri untukmembantu peniaga berkenaan. 


"Lau Weng San dan saya akan meneliti kes ini dan akan membantu peniaga berkenaan membuat rayuan serta meminta pihak kementerian terbabit memperbaiki SOP berkaitan pengangkutan untuk keluarga yang mengusahakan perniagaan," katanya. 


REAKSI NETIZEN


Panas siot hati aku baca. Org cari makan sial. Ko nak kompoun pegi la cari menteri. Takde budi bicara ke?? Org cari makan sial. Bukan travel sibok nak beli kuasa. Please sesapa tolong this uncle. This is not fair.
— 🇲🇾ن (@Enon28) October 16, 2020kalau org nak rentas daerah nak urus kedai cari makan, kena saman ribu2.

tapi kalau org besar rentas daerah makan angin berkempen, kena kuarantin, teda saman.

patutlah semua org berebut mau jadi menteri.
— g l o w s q u i d (@Crandie_CMYK) October 16, 2020Bodoh tak ada limit.
Dia nak suruh kawan tu ulang alik jenjarom 6x sehari baru puas hati?
Bangang tak ada batasan.@IsmailSabri60 terima kasih.
Elok sgt.
— Jangan Gila Kuasa 🇲🇾 (@PittKF) October 16, 2020Rakyat yang susah dengan sop mengarut ni. Kenapa nak limitkan orang dalam kereta. Sama juga kau still contact dengan family kau kat rumah. Sop ni tak adil untuk rakyat.
— Cahaya Cendekiawan (@nabihahnurul2) October 16, 2020Hmmm... tinggql satu rumah boleh nak kluar tak boleh satu kereta lebih dua orang tak faham aku . This government made SOP without proper thinking and plan. Lepas viral ubah SOP tapi selepas ramai kena saman
— Sosej&burger (@jckdaniell) October 16, 2020Kereta 2 orang tu kalau tak kenal satu sama lain takpe jugak. Ni dah duduk serumah berguling dengan anak2 n bini atas katil tiba2 kt luar kena jauh2 pulak. Buat law atau sop tu biar berlandaskan logik jgk 👌

Untuk bro ni harap sabar je la. Peniaga memang paling terkesan kali ni.
— Faizul Shar (@faizulshar) October 16, 2020Sebab tu sop ni kene details. Penguatkuasa kene tahu dan fahami SOP. Baru buleh kuatkuasa. Banyk arahan keluar yg bercanggah dri sejak pkp sampai pkpp.
.
Dan paling penting, penguatkuasa kene ad budi bicara. Sian org len
— ميور (@BosMeor) October 16, 2020Sumber: SJ Echo


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/peniaga-nak-cari-makan-ko-kompaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Dadah 34 Lelaki 8 Cinggey Ditahan Dikompaun Rm1 000 Kerana Langgar Sop

Parti Dadah 34 Lelaki 8 Cinggey Ditahan Dikompaun Rm1 000 Kerana Langgar Sop

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 438 hits
Parti dadah 34 lelaki 8 cinggey ditahan dikompaun RM1 000 kerana langgar SOPSeramai 34 lelaki dan lapan wanita ditahan kerana menyertai parti liar termasuk berpesta dadah di sebuah banglo mewah yang disewa di Batu Feringghi dekat sini Sabtu...
Fetch Mamat Ni Bawa Jumpa Saya Syamsul Yusof Nak Bayar Rm10 000 Cari Khidmat Grab

Fetch Mamat Ni Bawa Jumpa Saya Syamsul Yusof Nak Bayar Rm10 000 Cari Khidmat Grab

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 505 hits
Menerusi satu entri di laman Instagram pelakon dan pengarah Syamsul Yusof telah memuat naik sekeping foto seorang lelaki yang didakwa sedang dicarinya source
Abah Nak Rotan Rakyat Rotan Dulu Menteri Yang Langgar Sop

Abah Nak Rotan Rakyat Rotan Dulu Menteri Yang Langgar Sop

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 316 hits
Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menggunakan rotan kepada individu yang melanggar tempoh kuarantin dan gagal mematuhi prosedur operasi standard bagi menangani COVID 19 mengundang kritikan pelbagai pihak Bukan itu...
Dah Mula Cari Bapa Baju Arwah Ubat Rindu Anak Tiap Kali Nak Tidur Menangis

Dah Mula Cari Bapa Baju Arwah Ubat Rindu Anak Tiap Kali Nak Tidur Menangis

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 704 hits
Baju arwah kini pengubat rindu buat anak setelah pemergian bapa dalam kemalangan yang cukup tragis akibat kecuaian orang lain baru baru hari ini Itu yang dilalui oleh anak sulung Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri 31 yang meninggal dunia selepa...
Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 612 hits
Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul betul power Dimasak panas panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la restoran pen mut...
Simpan Ubat Di Rumah Ikut Tip Ni Senang Mama Cari Bila Nak Guna

Simpan Ubat Di Rumah Ikut Tip Ni Senang Mama Cari Bila Nak Guna

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 569 hits
Setiap rumah mesti akan ada stok ubat Bukan apa untuk persediaan jika ada emergency sebelum jumpa doktor Bukan itu saja kebanyakan rumah yang ada anak kecil pun mesti akan ada stok ubat Apabila dah ada stok ubat kadang ibu jadi keliru mana ...
Rekaan Topeng Muka Ditiru Jovian Tak Mahu Saman Depa Pun Tengah Susah Nak Cari Income

Rekaan Topeng Muka Ditiru Jovian Tak Mahu Saman Depa Pun Tengah Susah Nak Cari Income

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 405 hits
Daripada I sibuk saman menyaman musim PKPB ni baik I kayuh basikal dan fikirkan nak keluarkan produk baru apa untuk Jovianista Worth my time and energy source
180 Pengunjung Pusat Hiburan Dikompaun Ingkar Sop

180 Pengunjung Pusat Hiburan Dikompaun Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 239 hits
Seramai 180 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Pudu di Kuala Lumpur dikompaun RM1 000 seorang kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan malam tadi Dalam serbuan Op Noda po...
Dua Belas Di Kompaun Kerana Langgar Pkpp Di Sebuah Pusat Snuker Di Jaya Gading

Dua Belas Di Kompaun Kerana Langgar Pkpp Di Sebuah Pusat Snuker Di Jaya Gading

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 307 hits
KUANTAN Dua belas individu dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di sebuah pusat snuker di Jaya Gading di sini kelmarin Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata kompaun itu dike...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba