Tempat Makan Sedap Di Johor
Apabila kita bercerita tentang Tempat makan Sedap di Johor. Munkin ada yang berkata.
Makan untuk hidup atau hidup untuk makan. satu perkataan yang punyai makna berbeza.
Tetapi yang penting nya apa bila sudah cukup masanya, perut kita akan meminta – minta untuk diisi.
Jika dari Isnin hingga Jumaat bagi pekerja industri, perut kita seperti sudah diprogram untuk makan pada waktu yang telah ditetapkan.
Seperti sarapan pagi Jam 9.30 dan makan tengah hari Jam 12.00.
Okeh untuk tidak membuang masa saya kongsikan sedikit berberapa lokasi makan sedap di johor yang pernah saya ketahui.
Lokasi pilihan Taman megah Ria, Masai Johor.
Sebuah taman lama, yang berusia tidak kurang 35tahun. Tetapi ada tiga buah Restoran yang menyediakan hidangan Roti Canai yang boleh dikira kena dengan selera masyarat umum.
Tiga restoran ini dkenali sebagai restoran bayan, Restoran kuali emas. dan sebuah lagi dikenali sebagai Nurfaliqa Cafe.
Tempat makan Sedap di Johor
Lokasi sarapan pagi untuk pekerja swasta dan Kerajaan yang biasa berada di sekitar kawasan ini.
Tempat yang sama harga dan saiz yang berbeza. Pelangan tetap kekadang dapat harga istimewa, bergantung kepada Rezeki anda hari ini.
Restoran Kuali Emas juga terkenal dengan kesedapan Nasi Briyani nya. Menu istimewa ini haya ada pada Hari Khamis lebih kurang 10 pagi hingga 2 petang atau lebih awal dari biasa. Konsep layan diri. Anda ambil dan terus bayar. Hari lain lebih kepada nasi campur untuk menu tengah hari. Cuti setiap hari Jumaat.
Bergitu juga dengan Restoran Bayan menu nasi campur untuk juadah makan tenga hari. Cuti setiap hari selasa ataupun jika pemiliknya ada hal.
Manakala Restoran Nurfaliqa, Menu utama Aneka roti canai dan juga sarapan berat seperti Nasi lamak, Nasi goreng , mee goreng lontong dan juga soto. Kombinasi ayam goreng atau telur pilih sahaja. Hari cuti setiap hari selasa. Dan restoran ini juga menyediakan menu ala carte.
Nak rasa duduk dekat warong seperti di kampung anda boleh sahaja duduk di warung sebelah masjid. Menu utama Nasi ambang dan pelbagai juadah yang anda boleh pesan mengikut selera anda.
Jadi jika anda tersasar ke megah ria, kota putri masai anda boleh sahaja mencari restoran yang saya senaraikan disini.
.
The post Tempat makan Sedap di Johor appeared first on Onlajer.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://onlajer.com/blog/tempat-makan-sedap-di-johor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-makan-sedap-di-johor