Makan Kicap Parut Boleh Jadi Hitam


Pernah dengar tak ayat ni "Eh, jangan makan kicap nanti parut jadi hitam!". Nora percaya mesti pernah dengar kan? Lagipun memang ramai yang cakap macam tu. Tapi persoalannya sekarang, betul ke kalau makan kicap selalu boleh menyebabkan parut luka menjadi hitam pada kulit? Ke kicap buat parut luka jadi gelap dan hitam ni hanyalah sekadar mitos saja semata-mata? Untuk menjawab persoalannya ni, jom kita baca artikel ni. 

Kicap buat parut luka jadi gelap?


Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan. 


Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari. Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap. Mengapa? Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh. Senang kata, apa yang anda makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Anda makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan anda berwarna merah jambu. 
Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuhFungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood. Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu. Tubuh badan anda hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan anda lebih gelap. Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh anda kerana anda masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh. Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh anda tanpa pendedahan terhadap sinar UV.
Parut chicken pox bukan sebab kicap?Ya, kicap bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria. Sekiranya anda mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggarunya. Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.Secara logiknya, jika anda menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, anda mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan? Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare. 

Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya. Mengapa? Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini. Oleh itu, kongsikan artikel ini untuk bantu kami memecahkan mitos yang telah lama membelenggu masyarakat kita. Seiring kita bergerak menjadi anggota masyarakat yang lebih berilmu.


Sumber : Muhammad Wa’iz/Hello Doktor




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ummizarra.com/2019/12/makan-kicap-parut-boleh-jadi-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Lah Tidur Lewat Asyik Makan Je Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Anak Jatuh Sakit

Dah Lah Tidur Lewat Asyik Makan Je Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Anak Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 398 hits
Anak anak yang sering tidur lewat sebenarnya boleh menjejaskan tumbesaran mereka Paling menakutkan mereka berisiko untuk mendapat obesiti kerana tabiat makan tengah malam jika tidur lewat Sebagai ibu ayah kita suka anak selera makan Tetapi ...
Rupanya Makan Petai Boleh Buat Anda Awet Muda Disebabkan 9 Khasiat Ini

Rupanya Makan Petai Boleh Buat Anda Awet Muda Disebabkan 9 Khasiat Ini

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 335 hits
Orang luar memang akan anggap petai ini sebagai makanan yang paling buruk dan busuk sedangkan mereka langsung tidak tahu apa apa tentang khasiat petai Sama seperti sesetengah warga kota yang sudah terdedah kepada makanan moden yang kuranng ...
Puasa 6 Jam Sebelum Czer Jangan Curi Makan Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Waktu Dibius

Puasa 6 Jam Sebelum Czer Jangan Curi Makan Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Waktu Dibius

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 564 hits
Mungkin ada sesetengah wanita yang akan menjalani pembedahan untuk melahirkan merasa pelik kerana doktor menyuruh mereka untuk berpuasa sekurang kurangnya enam jam sebelum ke OT Saranan ini bukan diberikan untuk suka suka ada sebabnya dari ...
Nak Makan Nasi Lemak Pak Nasser Boleh Ke Restoran Santan Midvalley

Nak Makan Nasi Lemak Pak Nasser Boleh Ke Restoran Santan Midvalley

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 744 hits
Kalau la selepas ini anda teringin Nak Makan Nasi Lemak Pak Nasser Boleh Ke Restoran Santan Midvalley Ya untuk mereka yang tak terbang dengan AirAsia ini peluang anda untuk merasai menu menu sedap dalam penerbangan AirAsia cari lokasi Resto...
Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 479 hits
Bila mengandung rasa loya pada awal kehamilan adalah perkara biasa Malah setiap ibu hamil alahan mereka juga berbeza beza Ada sesetengah hanya mengalami loya atau alahan yang ringan namun ada juga yang alami loya atau alahan yang teruk dan ...
Kicap Buat Parut Luka Jadi Gelap

Kicap Buat Parut Luka Jadi Gelap

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 340 hits
Kicap Buat Parut Luka Jadi Gelap Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar makan kicap akan buatkan parut luka anda menjadi gelap Kata kata ini sudah lama berpindah dari mulut ke mulut tanpa wujudnya penerangan di sebalik mengapa ia boleh t...
Sekarang Sudah Boleh Makan

Sekarang Sudah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 328 hits
Masa kecik kecik dulu antara bahagian ayam yang menjadi rebutan selain peha dan kepak ialah kulit ayam Sedapnya kalau digoreng garing garing Kruk kruk kruk Tetapi kami tiga beradik perempuan kena beralah dengan abang Ahmad Fauzee Dia anak l...
Straw Boleh Rangsang Oral Motor Membantu Si Kecil Yang Cerewet Makan Atau Tiada Selera Makan

Straw Boleh Rangsang Oral Motor Membantu Si Kecil Yang Cerewet Makan Atau Tiada Selera Makan

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 463 hits
Apabila berpeluang makan di luar maka si kecil pun sibuklah untuk minum Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan terlalu manis atau terlalu panas Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada jadi an...
Hukum Jual Beli Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat Kira

Hukum Jual Beli Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat Kira

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 578 hits
Ramai antara kita pasti pernah makan dulu kemudian kira dan baru bayar pada tuan kedai Terutamanya jika kedai makan yang jenis ramai dan penuh sesak dengan pelanggan Makanan yang diambil pula biasanya tak sempat dilihat peniaga ramai pelang...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural