Makan Kek Cheese Padu Di Cheeseu Bangi
First time dengar nama CheeseU kat Bangi, Kebetulan kedai ini baru bukat kat Bangi area seksyen 9 jadi tertanya-tanya pula apa yang dorang sediakan. kek je ke or ada makanan lain..
Google punya google CheeseU ni dah ada cawangan kira yang kat Bangi ni cawangan yang keempat baru buka.
Kedai ini agak tertutup sikit dengan banner kedai ni yang agak besar jadi nak lalu tengok pun tak boleh masa naik kereta. kot boleh usha.. kalau ramai orang boleh la join sekali masuk. haha.
Cheeseu Bistro & Dessert Bar Di Bangi
CheeseU di Seksyen 9 Bandar Baru BangiSelepas beberapa hari dok tengok je terus je lah masuk kebetulan haus jadi nak minum-minum je. Bila dah minum ternampak kek macam sedap plak ter-order kek plak..
Harga kek dorang sangat murah time promosi kan. Harganya RM5.90 je. Harga asal berbelas-belas ya.. paling tinggi harga tak silap RM11.90 macam tu. Jadi memang ambil peluang order 2 slice kek terus sementara masih harga promosi. Ini promosi sempena kedai baru buka ya..
Untuk minuman plak macam biasa orderr feveret coffee.. hehe.. order caramel latte coffee. Rasa aroma terbaik.
Oreo CheeseCakeAku oder oreo cheesecake dan Royal choclate. Kalau rasa oreo Cheesecake tu memang sedap kalau sejuk lagi mungkin lagi sedap padu. Untuk Royal choclate memang padu terbaik rasanya. Susah nak jumpa rasa choclate yang macam ni. Biasa rasa choclate biasa-biasa je.
Royal ChoclateUntuk menu lain aku tak try lagi sebab tak expect pun kedai ni ada menu lain.. antara menu yang aku nampak makanan barat dan makanan tradisional. Tengok menu dorang agak mengeliurkan. Siap ada makanan macam ikan bakar lagi. Next time boleh terjah sini rasa makanan lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adarain.com/2019/02/makan-kek-cheese-padu-di-cheeseu-bangi.html