Makan Indian Food Di Potala Restaurant Seoul Korea
Assalamualaikum Dan Selamat Malam,
Lepas berjalan-jalan dan berjimba-jimba dekat Everland Resort kami keluar ke lawatan seterunya.. Nasional Ginsheng Center dan Amethyst Factory.
MAKAN INDIAN FOOD DI POTALA RESTAURANT SEOUL KOREAMakan Indian food di sini, Kami dan ahli rombongan yang lain dibawa ke Restaurant ini untuk menikmati makan malam.. Malam ni Bonde makan Indian Food.. Memang senang nak cari makanan halal dan pelbagai jenis makanan ada. Anda kena rajin explore jer tempat makan halal di Korea ni.
DECORATION POTALA RESTAURANT SEOUL KOREASebelum makan Bonde nak kongsikan dengan anda semua decoration dalam Restoran ni. Memang ianya sangat menarik perhatian Bonde.. Decoration ala-ala Istanbul dan Moroco cantik sekali dan nampak mewah dengan warna-warna fabricnya.
Tempat makan juga selesa ada yang tertutup dan ada yang terbuka! Anda boleh pilih nak yang mana satu..
Open - selesa untuk yang datang beramai-ramai
Close - sesuai untuk yang datang dengan couple yang ingin privasi
DAPUR LAMA SEBAGAI HIASANDekat dalam Restoran ni ada diletakkan dapur lama sebagai hiasan. Bonde rasa ianya sejenis tempat membakar roti. Kalau dekat Malaysia ada juga dapur macam ni.. tapi bentuk tempayan.
MENU MAKANAN DI POTALA RESTAURANT SEOUL KOREAKami datang sini sebenarnya tour guide dah buat pesanan awal untuk menu yang kami makan. Jadi kami dihidangkan makanan panas-panas.
Menu yang dihidangankan untuk kami ialah Chicken Tikka, kentang goreng berempah, Butter Chiken Curry, roti nan dan nasi.
Anda boleh pilih nak makan lauk pauk dengan apa, samaada dengan nasi ataupun roti nan.
CHICKEN TIKKA
KENTANG GORENG BEREMPAH
Pinggan Bonde :) Chicken Tikka tu sedap macam Chicken pop corn, Roti nan sedap makan dengan butter curry.
POTALA RESTAURANT SEOUL KOREA Restoran ini adalah antara restoran halal di Seoul, jadi muslim bolehlah singgah makan dekat sini kalau bercuti di Korea.
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bondezaidalifah.com/2019/02/makan-indian-food-di-potala-restaurant.html