Lunch Menu Korea Kat Ojju K Food Nu Sentral
Assalamualaikum everybody!
Amboi seronok nampaknya. Yelah perut tengah kenyang lepas makan kat restoren Ojju K-Food NU Sentral, Kuala Lumpur. Siapa peminat K-Pop, K-Drama, K-Beauty? Ha ini ada satu tambahan senarai dalam checklist perlu korang cuba sendiri tahun 2019.
Ojju K-Food baru je beroperasi Oktober 2018 yang lalu. Menampilkan menu citarasa penduduk Korea Selatan. Kalu korang nak tahu, Ojju adalah nama tempat di Seoul. Lebih kurang datang sini boleh acah dah sampai ke sana la. So BBL nak suggest korang datang rasai sendiri bermacam makanan di sini. Isnin lepas lebih kurang waktu tengahari macam tu kitorang geng housemate sampai ke Ojju K-Food yang terletak di aras 4 NU Sentral.
First thing kita belek menu apa yang ada kat sini.
Part best waktu masuk kedai ni korang akan rasa seolah pergi kedai makan Korea bila staff Ojju menyambut dengan ucapan "An-nyeong-ha-se-yo! Welcome To Ojju" berjemaah dari pintu masuk sampailah ke kicthen. Meriah gituh. Kami sempat try beberapa menu hot selling iaitu Chicken Rolling Cheese, Chessy Korean Fried Rice, Bingsoo Tutti-Fruitti Generation dan Corn Tea.
- Corn Tea RM11.90 -
First dorang akan hidangkan Corn Tea sejuk. Lebih kurang macam green tea popular tetapi bila minum tu kat hujung lidah rasa jagung manis. Simple nice untuk basahkan anak tekak. Menu seterusnya mestilah Chicken Rolling Cheese dengan mozzarella cheese leleh. Fuh terliur tengok live cooking mozzarella cheese dipanaskan depan korang. Kemudian peha dan sayap ayam akan dibalut dengan cheese tu. Serius telan air liur tak sabar nak ngap ayam tu. Dapat pulak makan panas-panas memang terbaik. Side dish kentang goreng pun ranggup. Kruk-kruk bunyi kerak ayam.
- Chicken Rolling Cheese (chicken wings) RM43.90 -
Sebelum semua ayam tu habis, staff Ojju akan goreng Cheesy Korean Fried Rice sebagai hidangan sampingan secara live hadapan anda. Paling surprise, telur goreng berbentuk hati kat tengah-tengah nasi goreng tu. Sweet amat. Boleh makan bersama ayam goreng cheese tu. Kombinasi sempurna untuk perut tengah lapar. Oh ya set ini cukup untuk hidangan 2-3 orang makan. Ngam-ngam kami housemate datang bertiga.
Pelengkap sajian cubalah bingsoo Tutti-Fruiti Generation iaitu air batu kisar diperbuat dari susu bersama topping buah-buahan mangga, kiwi dan strawberi. Kemain kejap je dah habis kena ceduk sampai licin. Selain tu ada empat pilihan bingsu lain boleh korang cuba mengikut citarasa masing-masing. Kesemua nama bingsoo ni mengambil inspirasi nama-nama band k-pop dan k-drama. Ching!
Kalu still tak kenyang, boleh cuba pelbagai menu Ojju K-Food lain seperti steamboat, burger & side dish Mexico dengan selera Korea dan makanan original Korea - Seafood Pajeon, Teobokki & Eomuk Bokkeum, Japchae, Gyeran Jjim, Kimchi dan banyak lagi la.
Incase korang risau portion besar sangat dan takut tak habis, boleh pilih hidangan Dosirak atau ramyeon (sama ada daging, ayam atau seafood) yang cukup untuk sorang makan.
Overall satu pilihan cukup menarik jika korang mahu menikmati sajian citarasa Korea dengan harga berpatutan dalam kuantiti besar. Boleh gather beramai-ramai. Hari tu ramai customer datang dengan keluarga dan kawan-kawan.
BBL pun dah kenyang makan menu Korea untuk lunch. Sekarang turn anda untuk datang cuba sendiri menu-menu yang BBL mention kat atas tu. Jangan lupa upload ke Facebook dan Instagram, tag #OjjuMalaysia sekali. Biar kawan-kawan tahu anda dah ke Ojju K-Food.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/02/lunch-menu-korea-kat-ojju-k-food-nu.html