Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus Tapi Awas Bukan Semua Boleh Makan 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan


Pemakanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi memang digalakkan buat ibu-ibu yang sedang hamil. Makanan laut seperti ikan antara makanan yang disarankan untuk diambil oleh wanita yang sedang mengandung.
Makanan laut memang kaya dengan sumber protein zat besi dan zink. Nutrien yang terkandung di dalamnya penting untuk perkembangan bayi anda.
Asid Omega-3 termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) boleh didapati dalam banyak jenis ikan dan ia mendorong pembentukan dan perkembangan otak si kecil, jadi baik untuk dimasukkan dalam rutin diet ibu hamil.
Namun, terdapat beberapa jenis ikan pemangsa yang besar harus dielakkan oleh ibu hamil kerana mengandungi kadar merkuri yang tinggi.
Walaupun makanan laut yang mengandungi merkuri tidak merisaukan orang dewasa, namun berhati-hatilah jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil.
Makanan hamil tidak seharusnya mempunyai kadar merkuri yang tinggi kerana ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda.

Isu merkuri, bahaya ke untuk si kecil saya?
Merkuri ialah sejenis logam yang boleh dijumpai secara semula jadi dalam persekitaran.
Namun, kadar merkuri semakin tinggi dek kerana pencemaran oleh industri-industri yang berkembang pesat dan menjejaskan makanan laut.
Kajian mendedahkan merkuri yang tinggi dalam diet ibu hamil boleh memberi kesan negatif kepada bayi anda walaupun ibu tidak menunjukkan simptom.
Sistem saraf janin mudah terjejas ketika tempoh perkembangan yang cepat. Oleh itu, diet ibu hamil yang selamat sangat penting untuk bayi anda.
Kesan negatif pengambilan merkuri oleh ibu hamil terhadap bayi adalah:
Masalah berkaitan dengan saraf Kerencatan mental Ataksia dan palsi serebrum Sawan Hilang deria pendengaran dan penglihatan Melambatkan pembangunan bayi Kecelaruan bahasa Masalah fungsi motor, keupayaan ruang visual dan daya ingatan Masalah jantung Tekanan darah tinggi Degupan jantung lemah Jumlah makanan laut dalam diet ibu hamil yang dicadangkan
Beberapa cadangan hidangan untuk diet ibu hamil telah dikeluarkan oleh Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) di Amerika Syarikat termasuklah :
Jumlah hidangan ikan tidak sepatutnya melebihi 340 gram seminggu. Beberapa jenis ikan seperti ikan tuna putih dan ikan-ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi hanya boleh dimakan sebanyak satu hidangan seminggu, seberat 170 gram sahaja. Elakkan ikan bermerkuri tinggi. Jika mendapat ikan tangkapan keluarga atau kawan-kawan, dapatkan nasihat daripada doktor mengenai jenis ikan tersebut. Jika tidak berkesempatan, hadkan pemakanan ikan tersebut kepada satu hidangan seminggu sahaja dan jangan makan ikan lain untuk minggu tersebut.
Jenis ikan yang selamat untuk dimakan
Ikan yang mempunyai tahap merkuri rendah tapi kaya dengan omega-3 ialah:
Salmon Ikan bilis Hering Sardin Trout air tawar Tenggiri Makanan laut lain yang boleh dimakan ibu hamil termasuklah :
Udang dan udang galah Ketam Sotong Tiram Ikan keli Tilapia Tuna dalam tin Ikan pollock Siakap hitam Ibu hamil, elakkan pilihan ini! Jenis ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggu selalunya ikan pemangsa yang besar seperti :
Ikan marlin Ikan todak King mackerel Ikan yu Ikan orange roughy Ikan tilefish Panduan makanan laut lain untuk ibu hamil
Langkah berjaga-jaga harus diambil jika masih inginkan makanan laut dalam diet ibu hamil.

1. Elakkan makanan laut mentah Untuk mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan kuman atau virus yang berbahaya, janganlah mengambil makanan laut yang mentah seperti sushi, sashimi dan tiram.
Makanan laut yang disalai juga sebaiknya dielakkan.
2. Masak makanan laut sepenuhnya Kebanyakan makanan laut sepatutnya dimasak dengan suhu melebihi 63°C.
Ikan masak sepenuhnya apabila isi nampak seperti serpihan dan kelihatan gelap. Udang dan udang galah akan menjadi kemerahan dan isinya tampak berkilau dan gelap.
Kerang dan tiram seharusnya dimasak sehingga terbuka kerangnya. Jika ada yang tidak dibuka, buangkan kerang atau tiram tersebut.
Makanan laut baik untuk diet ibu hamil jika anda peka akan jenis ikan yang diambil. Hati-hatilah dengan pilihan ikan anda kerana ia boleh memberi komplikasi kepada si manja. Sumber: Hello Doktor
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Adakah anda sudah bergelar papa & mama? Atau baru disahkan hamil atau juga sedang menyusukan anak? Jika ya, anda layak join kelab komuniti keibubapaan terbesar di bawah jenama Pa&Ma.
Pa&Ma Club mengalu-alukan semua ibu bapa, ibu hamil dan ibu menyusukan anak mendaftar sebagai ahli kelab.

Anda berpeluang mendapat :
* Voucher & sample produk percuma
* Hadiah cabutan bertuah
* Info terkini setiap hari dan banyak lagi
Klik https://www.majalahpama.my/pendaftaran/untuk join sekarang!!
The post Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus, Tapi Awas, Bukan Semua Boleh Makan. 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makan-ikan-masa-hamil-memang-bagus-tapi-awas-bukan-semua-boleh-makan-6-jenis-ikan-ini-sila-elakkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Elak Covid Memang Kena Pakai Face Mask Tapi Awas Jangan Sampai Jadi Punca Anak Jatuh Sakit

Nak Elak Covid Memang Kena Pakai Face Mask Tapi Awas Jangan Sampai Jadi Punca Anak Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 362 hits
Pemakaian pelitup separuh muka atau face mask kini diwajibkan jika berkunjung ke tempat tempat awam atau tempat yang sesak Ia bertujuan untuk mencegah penularan virus Covid 19 yang meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia Namun pemakaian...
Pancut Dalam Masa Hamil Baik Untuk Ibu Hamil Ia Boleh Kurangkan Morning Sickness

Pancut Dalam Masa Hamil Baik Untuk Ibu Hamil Ia Boleh Kurangkan Morning Sickness

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 552 hits
Melakukan seks ketika hamil mungkin antara perkara yang jarang dibincangkan ibu mengandung sedangkan ia antara perkara penting yang wajib kita ambil tahu dan beri perhatian Tidak kira anda ibu hamil yang berisiko tinggi atau sebaliknya seks...
Jangan Terlalu Excited Bagi Anak Makan Ada Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Bahayakan Nyawa Anak

Jangan Terlalu Excited Bagi Anak Makan Ada Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Bahayakan Nyawa Anak

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 456 hits
Fiona kau dah ada dua orang anak kan Ajarlah aku resipi makanan bayi nak cuba bagi dekat Adam nanti tanya Nadia dalam keadaan teruja Kedatangan si comel dalam keluarga memang memberi banyak perasaan positif Semua ibu bapa mahukan yang terba...
Rasa Seb4k Pulak Tengok Video Lagu Negaraku Tiba Tiba Berkumandang Semua Berdiri Tunjuk H0rmat Masa Tengah Makan

Rasa Seb4k Pulak Tengok Video Lagu Negaraku Tiba Tiba Berkumandang Semua Berdiri Tunjuk H0rmat Masa Tengah Makan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 323 hits
Macam macam yang dah berlaku pada tahun 2020 ni pandemlk kemelvt p0litik pertukaran ker4jaan dan macam macam lagilah
Sedap Tapi Tak Boleh Makan Betul Ke Ibu Mengandung Dilarang Makan Tapai Ini Pencerahan Doktor

Sedap Tapi Tak Boleh Makan Betul Ke Ibu Mengandung Dilarang Makan Tapai Ini Pencerahan Doktor

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 362 hits
Mengidam wanita mengandung tidak dirancang Ada waktunya inginkan makanan masam ada waktunya inginkan yang manis Begitu juga dengan makanan makanan yang begitu sukar untuk diperolehi Tapai antara salah satu makanan yang begitu diinginkan set...
Hanya Rm55 Untuk 5 Orang Makan Boleh La Open Table Di Mcd

Hanya Rm55 Untuk 5 Orang Makan Boleh La Open Table Di Mcd

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 323 hits
Korang selalu pergi McDonald s nbsp dengan family kan Belanja la adik adik atau ajak anak buah korang boleh order sekali kalau ambil nbsp McDonald s Family Meal Baru syok makan dengan satu keluarga atau kawan kawan Sekarang McDonald s ada t...
Ph Sudah Boleh Lupakan Tun Mahathir Jika Mahu Semua Kaum Menyokong Kita

Ph Sudah Boleh Lupakan Tun Mahathir Jika Mahu Semua Kaum Menyokong Kita

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 308 hits
Penolakan rakyat bukan sahaja orang orang Melayu bahkan kaum kaum lain juga berlaku terhadap Mahathir Bermula dari PRK Tg Piai lagi kita telah beri amaran kepada Mahathir betapa penyokong penyokong PH dan juga mereka di atas pagar majoritin...
Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar

Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan masih lagi melaksanakan peraturan larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka termasuk menggiatkan aspek penguatkuasaannya Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata sehubungan itu orang ram...
Memang Hampir Semua Dari Era Bn Ph Bukan Issue Projek Baru Sbb Rakyat Dalam Industri Binaan Diminta Ikat Perut 2 Tahun

Memang Hampir Semua Dari Era Bn Ph Bukan Issue Projek Baru Sbb Rakyat Dalam Industri Binaan Diminta Ikat Perut 2 Tahun

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 261 hits
ZUBAIDI SUDINTakkan lupa Kami dalam industri pembangunan dan binaan diminta ikat perut 2 tahun sejak 2018 selepastu PH ghuyub haha Memg terbaik pembongkaran ini dan memg ia legasi BN dan PH hanya teruskan dan kebykannya dapat kpd kontraktor...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025