Jangan Terlalu Excited Bagi Anak Makan Ada Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Bahayakan Nyawa Anak


“Fiona, kau dah ada dua orang anak kan? Ajarlah aku resipi makanan bayi, nak cuba bagi dekat Adam nanti!”, tanya Nadia dalam keadaan teruja.

Kedatangan si comel dalam keluarga memang memberi banyak perasaan positif. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak kecil mereka, terutama sekali apabila bayi anda sudah mula makan makanan pepejal.
Namun, ibu bapa harus peka akan 5 makanan yang dilarang untuk diperkenalkan kepada si comel anda.
Usah perkenalkan makanan bayi ini dulu Terdapat beberapa jenis makanan yang belum sesuai untuk bayi kerana faktor umur mereka. Proses pencernaan mereka belum berkembang sepenuhnya seperti orang dewasa.
Oleh itu, penting untuk anda mengambil kira resipi makanan bayi yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Makanan tinggi kandungan garam Banyak makanan, terutama sekali makanan yang diproses mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Kandungan garam tinggi tidak baik untuk diet bayi anda kerana ia akan memberi efek terhadap buah pinggang mereka.
Tidak perlulah untuk letak garam, kiub stok atau kuah yang mengandungi garam ke dalam diet bayi anda.
Sebaliknya, anda boleh membuat broth sendiri daripada tulang atau kaki ayam tanpa garam. Ia lebih sihat dan membantu perkembangan antibodi bayi anda.
Contoh makanan tinggi kandungan garam ialah :
dendeng daging sosej kentang goreng bergaram kerepek makanan yang dibeli di luar Makanan tinggi kandungan gula Resipi makanan bayi anda tidak perlu kandungan gula yang banyak. Bukan makanan sahaja, namun ingatlah bahawa banyak minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat.
Jus buah dikaitkan dengan gaya hidup sihat bagi yang dewasa, tetapi ia tidak baik sama sekali untuk si comel anda. Walaupun tidak bergula, proses membuat jus tersebut telah menyingkirkan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda.
Kandungan gula tinggi juga menjejaskan tumbesaran gigi anak anda.
Beberapa makanan tinggi gula yang tidak digalakkan ialah:
Minuman berkarbonat Jus Biskut Agar-agar Makanan tinggi lemak tepu Makanan bayi anda tidak seharusnya mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Bacalah label nutrisi makanan sebelum membeli untuk si comel anda. Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak trans bawah 2 gram.
Lemak tepu berupaya untuk meningkatkan risiko masalah jantung kepada si kecil anda.
Ia senang dijumpai dalam kumpulan makanan ringan dan makanan segera.
Contohnya :
Biskut, kek, pai Manisan Burger diproses Sosej Nuget Seperti nuget dan juga burger, ia senang sekali untuk dibuat sendiri. Anda boleh dapatkan resipi yang lebih berkhasiat untuk makanan bayi anda dan cuba sendiri di rumah.

Madu, masalah untuk makanan bayi juga? Kadangkala, sesetengah madu mengandungi kuman yang boleh menghasilkan toksin dalam usus bayi, dikenali sebagai toksin botulinium.  Ia mampu menjejaskan kesihatan bayi anda dan menyebabkan penyakit infant botulism. 
Keadaan ini bahaya kerana toksin itu boleh menyerang sistem saraf bayi dan menyebabkan kelumpuhan.
Selain itu, ingatlah madu juga tinggi kandungan gulanya. Ia tidak bagus untuk diet bayi anda dan boleh merosakkan gigi si manja. Cuba elakkan beri madu kepada bayi anda sehingga mereka berumur setahun ke atas.
Kekacang – makanan bayi atau tidak? Jawapannya, tidak. Tunggulah sehingga si manja anda berumur 5 tahun ke atas kerana bayi berisiko tercekik jika makan kacang.
Namun begitu, jika kacang tersebut dikisar, ditumbuk atau dalam bentuk mentega kacang, anda boleh cuba untuk memberi kepada bayi anda.
Haruslah ingat bahawa jika bayi, anda atau ahli keluarga terdekat mempunyai alergi untuk sesetengah makanan,   lebih elok untuk anda berjumpa dengan doktor sebelum cuba memberinya kepada si manja.
Konklusi Terdapat banyak lagi resepi makanan bayi yang tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi anda. Resepi makanan bayi yang elok seharusnya semula jadi, dimasak sepenuhnya dan tidak mengandungi banyak bahan perasa.
Sememangnya sukar sama sekali untuk menidakkan kemahuan si comel anda, namun ingatlah sesetengah makanan yang diberikan terlalu awal mampu memudaratkan kesihatan mereka.
Sebelum memperkenalkan makanan baru kepada anak anda, silalah rujuk kepada pegawai perubatan atau pegawai dietetik untuk mendapat informasi lanjut yang tepat dan bermanfaat untuk si manja.
The post Jangan Terlalu ‘Excited’ Bagi Anak Makan, Ada Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Bahayakan Nyawa Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-terlalu-excited-bagi-anak-makan-ada-jenis-jenis-makanan-yang-boleh-bahayakan-nyawa-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Tak Habis Jangan Buang Boleh Buat 6 Resepi Mudah Kreatif Kudapan Anak Mama Baru Tak Membazir

Nasi Tak Habis Jangan Buang Boleh Buat 6 Resepi Mudah Kreatif Kudapan Anak Mama Baru Tak Membazir

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 499 hits
Nasi sebagai sajian ruji boleh dipelbagaikan resepinya Menggunakan bahan bahan yang berbeza dan cara masak yang berlainan melahirkan rasa dan bentuk hidangan yang berlainan Si kecil tidak bosan dan tentunya suka Ibu ini berkongsi tentang sa...
Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus Tapi Awas Bukan Semua Boleh Makan 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan

Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus Tapi Awas Bukan Semua Boleh Makan 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 424 hits
Pemakanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi memang digalakkan buat ibu ibu yang sedang hamil Makanan laut seperti ikan antara makanan yang disarankan untuk diambil oleh wanita yang sedang mengandung Makanan laut memang kaya dengan sumber pro...
Anak Baru Nak Makan Dah Kena Alergi Ini Saranan Dietitian Nak Elak Anak Alami Alahan Pada Makanan

Anak Baru Nak Makan Dah Kena Alergi Ini Saranan Dietitian Nak Elak Anak Alami Alahan Pada Makanan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 456 hits
Cukup enam bulan ibu biasanya akan mula memperkenalkan si kecil dengan makanan pejal Memang ada rules yang biasa disarankan oleh pakar pemakanan bagi mengelakkan si kecil alami alahan pada sesetengah makanan tertentu Untuk ketahui bagaimana...
Ustazah Asma Ingatkan Jangan Terlalu Marah Pukul Anak Lama Lama Keras Hatinya

Ustazah Asma Ingatkan Jangan Terlalu Marah Pukul Anak Lama Lama Keras Hatinya

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 430 hits
Percaya tak anak makin keras hatinya apabila kerap di marah Jangan pelik bila suatu hari nanti bila ibu bapa nak peluk mereka akan menjauhkan diri Kesan ini juga yang akan menyebabkan anak mula memberontak dalam diam dan menyebabkan hubunga...
Kalau Tak Yakin Nak Bagi Anak Air Susu Kultur Boleh Bagi Makanan Probiotik

Kalau Tak Yakin Nak Bagi Anak Air Susu Kultur Boleh Bagi Makanan Probiotik

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 392 hits
Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman Puan Nurbaidurah Bazid Pegawai Dietetik berkongsi bilak...
Jangan Banyak Makan Kismis Minda

Jangan Banyak Makan Kismis Minda

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 1060 hits
Assalamualaikum Dah makan kismis pagi ni Bagus tapi jangan lah korang ingat kerana kismis otak korang akan bergeliga Kena usaha dalam mencapai apa apa jua yang kamu cita citakan Akhirnya terserah jua kepada Qada dan Qadar Kini isu Kharuddin...
Chicken Cheesy Balls Ala Begedil Moden Tak Mahu Makan Nasi Pun Boleh Kenyang

Chicken Cheesy Balls Ala Begedil Moden Tak Mahu Makan Nasi Pun Boleh Kenyang

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 516 hits
Aneka bebola antara yang menjadi kesukaan anak anak sama ada yang digoreng atau dimasak dalam sup Berbeza dengan resipi kali ini ibu boleh mencubanya dengan menggunakan ubi kentang seperti membuat begedil dan dicampurkan dengan ayam kisar Y...
Jangan Sedih Kalau Anda Gugur Anda Juga Seorang Ibu Yang Lahirkan Anak Anak Syurga

Jangan Sedih Kalau Anda Gugur Anda Juga Seorang Ibu Yang Lahirkan Anak Anak Syurga

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 460 hits
Melalui facebook Tiffany dari US yang keguguran bayi dia telah memuatnaik gambar anaknya yang telah meninggal Apa tujuan dia sebenarnya Dia ingin menyampaikan pesanan kepada semua ibu diluar sana bahawa jangan bersedih sekiranya anda pernah...
Tak Makan Sayur Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur Sayuran

Tak Makan Sayur Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur Sayuran

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 321 hits
Sayur sayuran bukanlah kegemaran semua orang tetapi kerap kali dikaitkan dengan cara diet yang sihat Antara sebab sayur tidak digemari oleh ramai individu ialah rasa pahit pada sesetengah sayur malahan tekstur yang pelik seperti brokoli ata...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin