Makan Ikan Bakar Dan Sotong Bakar Di Abbu Bakar


 Assalamualaikum...
DAH beberapa minggu perasan tentang kewujudan bangunan restoran yang tersergam di hadapan Menara Jati selepas Angsana Mall. Tak silap Sk, dulunya di situ merupakan tapak jualan kereta terpakai. Baik punya idea, dah dijadikan restoran ala kayangan.. Tengok pintu masuk pun dah kagum bebeno, siapa yang memandang pasti teruja untuk masuk ke dalam.
Kami anak beranak sampai dalam hujan lebat. Sebenarnya dah sampai lebih awal rupanya salah timing daaa. Restoran ini dibuka dalam dua sessi iaitu sesi makan tengahari dan sesi makan malam. Jadi, kami pergilah lepak-lepak dalam taman dulu sebelum ke sini. Sebelum tu pergi JBCC sekejap, masa tu la hujan turun selebat tidak, nasib baik dah balik dari taman tu, hihi. Aduh, kesian pulak ingatkan nasib peniaga Paso Minggu tu.

Kerlassss giler la Abbu Bakar ni. Sampai-sampai sahaja dah disambut dengan payung, hujan kan. Mujur dapat parking betul-betul depan beranda jadi taklah berhujan sangat. Seperti biasa, patuhi SOP, imbas MySejahtera dahulu sementara staf AB menghubungi staf di bahagian dalam menggunakan walkie talkie untuk mendapatkan meja. Bila dibenarkan masuk, periksa suhu badan dulu, nak masuk ruangan makan tu, ada lagi staf yang sambut dengan ucapan Selamat Datang. Kami diberikan meja untuk lapan orang, meja empat orang semua dah penuh. Mungkin tak mahu kami menunggu terlalu lama di luar. Sk diberitahu bahawa pengurusan Abbu Bakar ni mengutamakan 70 peratus pelanggan yang walk-in. Hanya 30 peratus sahaja dibuka untuk tempahan.

Tidak lama menunggu, seorang staf datang membawakan buku sejarah menu. Kami meminta masa untuk membaca menu dahulu sebelum membuat keputusan, maklumlah pertama kali sampai. Pak Inche awal-awal lagi dah cakap, dia nak makan ikan bakar kosong cicah kicap atau air asam. Dia ingat kita kat Melaka????
Tak ada ya ikan bakar kosong. Semua ikan bakar berempah, katanya. Cicahannya sos istimewa. Pak Inche minta pulak sambal belacan. Sambal belacan pun tak ado. Pak Inche dah buat muka 😝😝😝

Kalau kebanyakan restoran yang menghidangkan makanan laut, harganya mengikut pasaran tapi di AB kalau tengok pada menu tu harganya telah ditetapkan. Masa hari kami datang tu, pesanan minima bagi Sotong Bakar adalah 300 gm. Sotong sedikit liat tapi masih boleh lumat dikunyah, hihi. Sotong dibakar berempah, bagi Sk tidak mengecewakan


Staf offer untuk mencuba ikan bawal emas atau ikan merah (kot) yang cuma berharga RM60 dari RM95. Tapi, tetaplah siakap yang menjadi pilihan. Juga dibakar berempah dengan cicahan sos seperti dalam gambar sos di sebelah kiri. sedap jugak sosnya, tapi bagi mereka yang lidah konvensional macam Pak Inche mungkin sukar menerima perubahan. Masih di takuk lama, nak jugak cicah ikan bakar dengan kicap atau air asam, adoi 😜
Sambal tu, macam sambal tumis, terlalu kental dan manis ya, Sk cuma rasa sahaja. Sebelum makan ikan, haruslah perah dulu jus limau kastruri. Bagi Sk, sedap ikan bakarnya, boleh repeat lagi, pesan siakap sahaja, aci tak? Sebab?


Misteri sungguh menu ini semisteri namanya dalam menu, Ayam Misteri. Kami bertanyakan kepada staf tersebut, masakan apa ayam misteri ni? 
Jawapannya, Ayam sama *&^%$#* sama rempahhh. 
Apa dia??? 
Ayam sama *&^%$#* sama rempahhh

Sk tengok Iman, Iman tengok Sk. Lepas tu, Sk pandang Pak Inche. Muka dia be like 😈😇😇😇😖😖😖😖😖
Kerana tak mahu terus diselubungi misteri, kami pun pesan sepinggan Ayam Misteri... ohoiii.. misteri betullah, secoet cam tu RM14??? Boleh dapat ayam mentah seekor, huwa huwa huwa. Rasa dia macam Chicken Kung Pao sikit la.. ada juga Sk terjumpa biji pelaga dan bunga cengkih dalam ayam misteri ni


Disebabkan semua masakan agak kering, kami bertanyakan jika ada menu yang berkuah. Sebab ada orang tu tak boleh telan makanan kalau tak ada gulai kan. Kami dicadangkan menu Pucuk Keledek. Sk terus setuju, Sk memang penggemar pucuk keledek. Ingatkan masak lemak, tapi Sk pun tak tahu nak definasikan masak apa. Kuahnya pekat, memang Sk sorang jer la yang makan. Bukan pasal tak cerewet tapi benda dah ada depan mata. Seploh hengget pulak tu, huhu


Bagi Sk, masakan di AB ni lebih mirip kepada masakan bakar ala Indonesia. Macam Kampung Daun di Bandung tu la kot agaknya. Ala-ala masakan di Bali pun iya juga. Jangan bayangkan Ikan Bakar Sambal ala Johor atau Ikan Bakar Kosong makan dengan nasi lemak macam di Melaka ya. Seafood Restaurant atau Chinese Seafood Restaurant pun jauh nak dibandingkan. Boleh dikatakan Abbu Bakar ini ada identiti yang tersendiri tapi originaliti tu Sk tak nampak la. Kalau di Johor ni, Sk belum jumpa mana-mana restoran yang menghidangkan makanan bakar berempah dengan gaya ini


Daripada pintu masuk sehingga pintu keluar, layanannya memang tip top dengan staf yang terlatih dan sentiasa bersedia memenuhi permintaan pelanggan. Suasana dalam restoran jugak bukan biashe-biashe, semuanya luar biasa. Begitu juga pinggan makan, pinggan hidang, mangkuk nasi, semuanya unik. Ini bukan calang-calang restoran ikan bakar, okeh! Seperti tagline-nya 'Cita Rasa Lagenda'
RESTORAN ABBU BAKAR
📍 No. 50, Jalan Tampoi, Tampoi New Village, Johor Bahru🚩 Berdekatan dengan Angsana / Pejabat Hasil LHDN
Buka setiap hari kecuali Isnin
12 pm - 3 pm & 6 pm - 10 pm
☎️ 013 443 6969 / 07 236 6776
Facebook Page abbubakar_uda,https://www.facebook.com/abbubakaruda
Instagram Abbu Bakar,https://www.instagram.com/abbubakar_uda/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/03/makan-ikan-bakar-dan-sotong-bakar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Selar Bakar Sambal Sedap

Ikan Selar Bakar Sambal Sedap

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 296 hits
Ikan Selar Bakar Sambal Paling sedap Dengan sambal pekat perahan limau kasturi di atasnya Dengan bau serai lagi sedapnya Nak sediakan ikan bakar sambal tak la susah sangat cuma nak sediakan benda nya tu yang malas Betul tak Kalau bulan rama...
Minyak Ikan Makanan Otak Untuk Anak Boleh Tingkatkan Sistem Imun Beri Pada Waktu Makan

Minyak Ikan Makanan Otak Untuk Anak Boleh Tingkatkan Sistem Imun Beri Pada Waktu Makan

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 349 hits
Anda pasti pernah mendengar tentang kebaikan mengambil minyak ikan dalam diet pemakanan seharian bukan Tetapi adakah anda benar benar memahami apa itu minyak ikan dan apakah manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya Artikel ini...
Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 703 hits
Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Dengan rasa manis yang berjus ditambah pula bau asap hasil sos lada hitam yang melekat pada dagingnya Nasi Kukus Kambing Bakar Sotong BesarJika anda seorang penggemar menu kambing bakar melalui gambaran di at...
Restoran Kak Cik Ikan Bakar Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Kak Cik Ikan Bakar Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 865 hits
Restoran Kak Cik Ikan Bakar ni terletak di Kepala Batas Pulau Pinang bersebelahan dengan Jalan Butterworth Jalan Butterworth ni kalau straight ke arah utara korang akan sampai ke Sungai Petani Alamat Restoran ni adalah No 1 Lorong Aman Pute...
Berapakah Kalori Kena Bakar Selepas Makan Kentang Goreng

Berapakah Kalori Kena Bakar Selepas Makan Kentang Goreng

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 447 hits
Berapakah kalori kena bakar selepas makan kentang goreng Berapa agaknya Adakah kita kena berlari selama 1 jam untuk bakar kalori yang terhasil selepas makan kentang goreng Bila dah tahu susahnya nak buang kalori tu rasa rasa nak berhenti ke...
Nak Sangat Makan Ekor Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

Nak Sangat Makan Ekor Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 431 hits
Assalamualaikum BANYAK betul gambar makanan yang terakam dalam memori handphone kesayangan Sk ni Maknanya banyak yang perlu diceritakan dalam blog Alam Sari ni Harap jangan ada yang bosan la Sk ni asyik cerita pasal makan makan makan hahaha...
Selalu Sakit Kaki Bangun Tidur Cuba Makan 3 Biji Bawang Putih Bakar Sebelum Sarapan

Selalu Sakit Kaki Bangun Tidur Cuba Makan 3 Biji Bawang Putih Bakar Sebelum Sarapan

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 347 hits
Masalah sakit kaki atau tumit bila bangun tidur biasa akan berlaku bagi yang aktif bekerja siang hari atau pun yang ada masalah berat badan Termasuk juga surirumah yang tak duduk diam uruskan rumah tangga Bila malam dapat berehat dan berlun...
Sotong Bakar Air Asam

Sotong Bakar Air Asam

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 453 hits
Assalamualaikum dan Selamat SejahteraBila diajak ke CKT KK tak terasa sangat nak makan tapi disebabkan orang ajak KK kan pantang diajak makan hahaBila terfikir kat situ ada jual ikan bakar KK terus semangat nak makan sebab terfikir ada soto...
Pelancaran Logo Isd Dan Singgah Di Ikan Bakar Sri Tanjong

Pelancaran Logo Isd Dan Singgah Di Ikan Bakar Sri Tanjong

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 534 hits
Pelancaran Logo Jabatan MasterHari ini merupakan satu sejarah bagi jabatan di mana Master bekerja kerana mereka melancarkan logo jabatan mereka buat pertama kali Logo ini direka oleh kawan sepasukan Master dan terpilih untuk memenangi perta...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti