Selalu Sakit Kaki Bangun Tidur Cuba Makan 3 Biji Bawang Putih Bakar Sebelum Sarapan


Masalah sakit kaki atau tumit bila bangun tidur biasa akan berlaku bagi yang aktif bekerja siang hari atau pun yang ada masalah berat badan. Termasuk juga surirumah yang tak duduk diam uruskan rumah tangga. Bila malam dapat berehat dan berlunjur rasa nikmat.
Cuma apabila bangun pagi, bila nak pijak lantai, terasa sakitnya kaki sampai terpaksa berjalan perlahan-lahan sebelum kembali ok. Bagi yang mengalami situasi ini, boleh cuba petua bawang putih bakar.
Petua Hilangkan Sakit Kaki Bangun Tidur
Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang.
Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan perlahan-lahan dulu baru ok.
Tapi sekarang bangun je.. terus boleh jalan laju. Petua ni ada seorang kakak bagitahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik, perut pun kempis je.
Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu bawang putih ni dapat mencegah sel-sel kanser. Kalau nak tahu boleh google apa lagi khasiatnya.

Cara-Caranya:
Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil. Lepas tu makan terus isinya saja. Makanlah hari-hari untuk kesihatan kita.

INFO: 10 Khasiat Bawang Putih 
1. Mengandungi komponen yang bersifat perubatan
Bawang putih telah digunakan secara meluas dalam masakan kerana bau dan rasanya yang kuat. Pada zaman dahulu, kegunaan utama bawang putih adalah bagi tujuan perubatan dan kesihatan. Para saintis telah mendapati bahawa khasiat bawang putih datangnya daripada komponen sulfur yang terbentuk sewaktu memotong atau mengunyah bawang putih. Selain itu, bawang putih mengandungi allicin. Allicin merupakan satu komponen yang kurang stabil dan hanya akan mencul apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan. Allicin dapat mengawal tekanan darah dan juga mencegah penyakit kardiovaskular.
2. Mengurangkan Simptom Selsema
Bawang putih dapat meningkatkan sistem imun. Satu kajian besar dijalankan selama 12 minggu mendapati bahawa suplemen bawang putih dapat mengurangkan masalah selsema sebanyak 63% berbanding dengan placebo. Selain itu, ada satu kajian mendapati bahawa dos ekstrak bawang putih yang tinggi (2.56 gram sehari) dapat mengurangkan jumlah hari selsema sebanyak 61%.
3. Mengawal tekanan darah tinggi
Penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung merupakan pembunuh dalam diam di seluruh negara.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu faktor utama menyumbang kepada penyakit ini. Kajian terhadap manusia mendapati bahawa bawang putih mengandungi komponen yang dapat mengawal tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
4. Mengawal paras kolesterol
Selain mengawal tekanan darah, bawang putih juga berperanan dalam mengawal paras kolesterol dalam darah. Dengan ini, risiko penyakit jantung dapat dicegah. Bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, suplemen bawang putih dapat mengurangkan 10-15% kadar kolesterol jahat. Namun, bawang putih tidak memberi kesan kepada paras kolesterol baik (HDL) dan juga trigeliserida.

5. Mengandungi antioksida yang membantu mencegah penyakit Alzheimer dan demensia
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakkan oksidatif dan seterusnya akan menyumbang kepada proses penuaan. Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat melindungi badan daripada kerosakan oksidatif tersebut. Kesan daripada gabungan pengurangan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksidan yang terdapat pada bawang putih dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saraf otak seperti Alzheimer dan demensia.
6. Mencegah kanser
Satu kajian yang dijalankan oleh Jiangsu Provincial Center for Disease Control and Prevention di China mendapati bahawa individu yang makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tujuh tahun dapat mengurangkan sebanyak 44% risiko kanser paru-paru.
Selain itu, komponen organo-sulfur yang terdapat dalam bawang putih berkesan untuk menghapuskan sel yang berkaitan dengan barah otak.
7. Kesihatan rambut dan kulit kepala
Bawang putih dapat membantu pertumbuhan rambut. Ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium. Kesemua vitamin dan mineral ini berperanan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Tambahan pula, sifat antibakteria dan antifungas yang terdapat dalam bawang putih juga menyumbang kepada kesihatan rambut kerana sifat-sifat ini membantu untuk membunuh kuman dan menjadikan kulit kepala lebih sihat.
8. Merawat jerawat
Jerawat merupakan masalah kulit yang disebabkan oleh pelbagai jenis benjolan yang terbentuk di permukaan kulit. Bawang putih mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-septik daripada allicin. Allicin membantu untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah jerawat. Ia juga dapat mengurangkan keradangan dan memperbaiki peredaran darah. Kesemua khasiat ini dapat memberi ruang kepada kulit untuk menerima lebih banyak nutrien seterusnya mengurangkan risiko masalah jerawat.

9. Mengurangkan Risiko Keradangan Sendi
Atritis merupakan penyakit yang disebabkan sakit dan bengkak pada sendi. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur, jantina dan latar belakang etnik.
Sifat anti-radang dalam bawang putih dapat mengurangkan simptom atritis. Dalam satu kajian tabung uji mendapati bahawa terdapat komponen spesifik dalam bawang putih yang dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan atritis.
10. Mengawal paras gula
Selain membantu untuk mengawal tekanan darah dan paras kolesterol, bawang putih juga terbukti dalam beberapa kajian dapat mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis. Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 dan C. Vitamin B6 terlibat dalam proses metabolisma karbohidrat manakala vitamin C pula berperanan bagi mengekalkan paras gula dalam darah.
Kesimpulan
Bawang putih merupakan salah satu bahan utama dalam masakan. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengawal paras gula, kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta mengekalkan kesihatan rambut.
Semoga perkongsian berkenaan khasiat bawang putih ini memberi manfaat kepada semua.
Kredit: Siti Raudzah via MAHN & Root Of Science

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Selalu Sakit Kaki Bangun Tidur, Cuba Makan 3 Biji Bawang Putih Bakar Sebelum Sarapan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selalu-sakit-kaki-bangun-tidur-cuba-makan-3-biji-bawang-putih-bakar-sebelum-sarapan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orange Muffin Tak Muak Makan Adunan Ini Boleh Dapat 14 Biji

Orange Muffin Tak Muak Makan Adunan Ini Boleh Dapat 14 Biji

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 338 hits
Hari ini terlebih rajin nak baking Orange Muffins Muffin perisa oren ni gerenti makan tak kan muak Agar nampak lebih meriah di atasnya taburkan buah buahan kering untuk nampak lebih menarik Bahan bahan 1 biji telur 1 2 cawan gula kastor200m...
Makan Ikan Bakar Dan Sotong Bakar Di Abbu Bakar

Makan Ikan Bakar Dan Sotong Bakar Di Abbu Bakar

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 595 hits
Assalamualaikum DAH beberapa minggu perasan tentang kewujudan bangunan restoran yang tersergam di hadapan Menara Jati selepas Angsana Mall Tak silap Sk dulunya di situ merupakan tapak jualan kereta terpakai Baik punya idea dah dijadikan res...
Al Fatihah Pelajar Sempat Minta Halalkan Makan Minum Sebelum Ajal

Al Fatihah Pelajar Sempat Minta Halalkan Makan Minum Sebelum Ajal

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 254 hits
SEGAMAT Seorang pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 67 Jalan Muar Segamat berhampiran sebuah universiti awam di sini petang semalam Dalam kejadian kira kira pukul 5 50 petang itu mangsa Jamal Farhan Jaafar 1...
Kes Lemas Kereta Masuk Tasik Bapa Sakit Lupa Masih Cuba Hubungi Anak Yang Sudah Tiada

Kes Lemas Kereta Masuk Tasik Bapa Sakit Lupa Masih Cuba Hubungi Anak Yang Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 558 hits
Baru baru ini kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati dimana seorang wanita bersama ibunya lemas selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang Bandar Baharu Menerusi laporan m...
Sebelum Tidur

Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 264 hits
Assalammualaikum wbtSEBELUM TIDURJadikan tabiatSelain doa doa dan selawatSelain zikir dan istighfarSelain hadiahkan Al Fatihah Tidak kurang pentingnya MAAFKAN ORANG LAIN JUGAYa sebelum tidurTerpaksa Tidak mengapaMaafkan jugaSia sia Itu cuma...
Berapakah Kalori Kena Bakar Selepas Makan Kentang Goreng

Berapakah Kalori Kena Bakar Selepas Makan Kentang Goreng

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 447 hits
Berapakah kalori kena bakar selepas makan kentang goreng Berapa agaknya Adakah kita kena berlari selama 1 jam untuk bakar kalori yang terhasil selepas makan kentang goreng Bila dah tahu susahnya nak buang kalori tu rasa rasa nak berhenti ke...
Tragedi Lemas Kereta Terjunam Ke Tasik Bapa Sakit Lupa Masih Cuba Call Anak

Tragedi Lemas Kereta Terjunam Ke Tasik Bapa Sakit Lupa Masih Cuba Call Anak

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 330 hits
Tragedi menyayat hati melibatkan seorang wanita dan ibunya yang meninggal dunia kerana kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai pada petang kelmarin benar benar menyayat hati Menerusi laporan berita wanita tersebut dikenali sebagai Nor ...
Ajar Anak Berwuduk Sebelum Tidur Kita Dodoi Dia Dengan Bacaan Al Quran Suara Sendiri

Ajar Anak Berwuduk Sebelum Tidur Kita Dodoi Dia Dengan Bacaan Al Quran Suara Sendiri

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 371 hits
Ada sesetengah anak sukar untuk tidur malam Biarpun pada siang hari mereka tidak tidur tapi tetap sukar nak lelapkan mata Anak anak tetap aktif walaupun badan sudah keletihan kerana mereka umpama menahan mata Jika kurang tidur ia akan mempe...
Desain Dapur Ruang Makan Minimalis

Desain Dapur Ruang Makan Minimalis

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 540 hits
Tampil minimalis dengan penghijauan dan dekorasi yang alami 4 Salah satu gaya desain yang sangat cocok dengan konsep minimalis adalah scandinavian Model Ruang Makan Minimalis Menyatu Dengan Dapur Populer 2017 Desain Ruang Makan Rumah Dapur ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation