Makan Di Third Junction Cafe


 Assalamualaikum...

SESUAI dengan kedudukannya di Simpang Tiga, kafe dengan gaya ala Roman ini dinamakan Third Junction Cafe. Kami makan di sini, beberapa minggu lepas semasa mencari tempat makan. Mood memasak memang meredum masa tu lebih-lebih lagi bila dah masuk hujung minggu, huhuhuhu


Mematuhi SOP, daftar masuk dahulu melalui MySejahtera, ambil suhu badan, barulah kami dibenarkan masuk. Kagum seketika melihat dekorasi dalaman kafe dengan binaan tingkap gaya Eropah seolah-olah kita berada di luar negeri. Jarak dari meja ke meja agak jauh membuatkan suasana begitu sunyi dan lengang walaupun sebenarnya setiap meja diduduki pelanggan


Sk memesan Kopi Vietnam. Sejujurnya Sk tak sukakan kopi yang telah suam tetapi sebab nak minum dalam cawan tu dengan tapis kopi masih di atasnya, kita layan ajelah. Bak kata Iman, minum sikit-sikit, feeling macam orang kaya minum di Coffee House, hahaha


Iman pesan satu set Sangkaya Pandan. Roti kukus dicelup dalam sos kaya berperisa pandan ni sebenarnya mengingatkan Sk dan Pak Inche peristiwa keracunan makanan gara-gara diberi roti yang mungkin sudah tamat tempoh ketika makan di sebuah kafe (nama dirahsiakan) tahun lepas. Sampai demam-demam, malas Sk nak tulis, huhu. Fobia jugak nak makan tapi Alhamdulillah, tak ada sakit perut esoknya lepas makan di sini. 

Selain roti, Iman pesan juga Nasi Putih bersama Salted Egg Squid. Sekarang ni Iman memang hantu betul dengan Sotong Telur Masin ni, kalau ada, mesti dia nak order.  Masakannya memang sedap, tak mengecewakan


Staf kedai ni offer kami order Buttermilk Salted Egg ni. Dia suruh cuba sebab ini adalah signature dish kat 3rd Junction Cafe. Kami cakap, dah order salted egg squid atas tu, tapi dia kata, tak sama.. yg ni buttermilk. Oh, memang lain, yang ni macam lebih gebu dan lemak, haha


Lepas masukkan order Buttermilk Salted Egg tu, dia datang lagi, bagitahu, bil kami kalau tambah lagi RM3, nanti dapat mangkuk tingkat. RM3 aje, kan.. jadi Pak Inche pesan semangkuk Ice Jelly ni, yang ni RM5.50 kot tak silap. Baik punya marketing budak tu, huhu


Sk macam biasalah, order makanan yang simple aje sebab nak tolong Iman makan Sangkaya tu jugak, kan. Kegemaran SK, Kek Lobak Goreng, tapi yang ni tak berapa sedap la.. sebab ia agak terlalu kering. Sedap lagi makan kat Budak Siew Mai tu


Sementara makanan belum sampai, belek-belek la handphone tu, kan. Eh, tapi kami borak-borak jugak tau, terutama kalau ada cerita pasal kucing, hahaha


Ops, bukan satu rupanya pesanan Sk tapi dua, hahaha. Ini Toast with Meat Loaf. Siap ada tumbuh pokok atas tu. Ni makan sama-sama ngan Pak Inche, tapi Sk la yang makan banyak pasal Pak Inche ada pesan nasi ngan lauk kari ayam jugak kot. Ada satu lagi makanan dia, SK pun lupa apo, huhu


Puuuuunyalah banyak menu yang ada di kafe ni. Dah macam baca buku sejarah pulak. Pelbagai sajian ada di sini, dari menu kopitiam, ice bowl, Mykori, western, siam... semuaaaaaaaaaaa ada. Tak pastilah adakah semua menu tu memang ada jika dipesan tapi semua apa yang kami pesan, sampai ke meja dengan cargas dan pantas

Lain kali kita datang lagi ya cuba menu lain pulak

Third Junction Cafe
181, Jalan Kenanga 29/4, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Telefon 07 6656507
Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/makan-di-third-junction-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Layanan Mesra Di The Third Letter Cafe

Layanan Mesra Di The Third Letter Cafe

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 541 hits
semalam aku bawa mak aku ke the third letter cafe kenapa bangang sangat tajuk the third letter tapi gambar pertama adalah one serambi cafe The Third Letter Cafecerita nya begini ya aku nak menggembirakan emak jadi aku nak bawa la emak aku k...
Puding Oreo Milo 4 Bahan Tak Renyah Nak Buat 2 Jam Dalam Peti Terus Makan

Puding Oreo Milo 4 Bahan Tak Renyah Nak Buat 2 Jam Dalam Peti Terus Makan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 628 hits
Sambil sambil siapkan menu utama untuk anak dan suami ibu bolehlah buatkan menu pencuci mulut yang sangat mudah Tak perlu nak guna bahan yang mahal pun semuanya memang ada di dapur je Bagi mama yang tak biasa buat puding ni pun boleh buat d...
Bila Ada Tukang Makan

Bila Ada Tukang Makan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 282 hits
masak dengan apa yang ada dalam fridge je bila ad a tukang makan request nak makan nasik for lunch tapi malas nak keluar maka tukang masak pun selongkar lah apa yang ada dalam peti ajaib doraemon tu actually macam2 ada dalam tu tapi bila ti...
Mata Berkaca Kaca Menahan Tangis Kasat Sabhara Blitar Istriku Kita Masih Bisa Makan Dengan Garam

Mata Berkaca Kaca Menahan Tangis Kasat Sabhara Blitar Istriku Kita Masih Bisa Makan Dengan Garam

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 224 hits
Sudah 27 tahun mengabdi di kepolisian Kepala Satuan Sabhara Polres Blitar AKP Agus Hendro Tri Susetyo memilih mundur dari instansinya Bahkan tak hanya meminta pensiun dini Agus juga tidak menuntut apapun dari Polri Hal itu ia lakukan lantar...
Hilangkan Lemak Di Perut Try Makan Makanan Pembakar Lemak Ini

Hilangkan Lemak Di Perut Try Makan Makanan Pembakar Lemak Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 372 hits
Korang tengok ada banyak lemak tak di perut Teringin tak nak kurangkan lemak di perut dengan cepat Jom kita cuba 7 makanan pembakar lemak yang dikatakan berupaya mengurangkan berat badan menstabilkan kadar kolesterol dan meningkatkan metabo...
Asik Nak Makan Jer

Asik Nak Makan Jer

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 525 hits
bila ada tukang makan lagi tukang masak pun ada sikit rajin lah walaupun cuma nasik goreng sempoi cam ni taruk udang banyak2 jadi lauk la dah kan nasik putih serve dengan kari ayam udang kertas goreng rangup dan sayur pak choy carrotnasi pu...
Foto Siap Suapkan Makan Dato M Daud Kilau Sebak Dapat Kunjungan Ustaz Ebit Lew

Foto Siap Suapkan Makan Dato M Daud Kilau Sebak Dapat Kunjungan Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 413 hits
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew meneruskan perjalanan misi bantuan beliau kepada rakyat yang memerlukan di luar sana Sebelum ini beliau turun padang membantu ramai rakyat yang mengalami kesempitan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan ...
Makan Lepak

Makan Lepak

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 387 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Malam semalam KK ada keluar nak jumpa Danial sambil sambil tu sambut hari lahir yang ke 26 tahunSambil sambil tu bincang sekali pasal program minggu depan ingatkan dah tak ada tapi tercicir satu lagi he...
Nasi Briyani Ayam Sorok Bahan Perapan Ringkas Tapi Sedap Makan Tak Cukup Sepinggan

Nasi Briyani Ayam Sorok Bahan Perapan Ringkas Tapi Sedap Makan Tak Cukup Sepinggan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 457 hits
Hujung minggu pastinya menjadi kewajipan untuk menyediakan sajian yang cukup lengkap buat keluarga Apa kata hujung minggu ini mama sediakan menu special Nasi Briyani Ayam Sorok yang cukup istimewa ini kepada anak anak dan suami Mudah kerana...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat