Makan Di Sanook Kitchen Lagi
Assalamualaikum WBT
AGAK lengang jalanraya pagi ini. Sk sengaja keluar lewat, pukul 7.05 baru gerak dari rumah, sekali, eh, pukul 7.43 dah clock in ya. Kalau hari biasa jangan harap la macam ni. Sk keluar lambat sebab yakin sangat hari ni bos bagi half day, tak payah berkejar waktu balik, hihi. Kemahen eh, pasal balik awal dia nombor shatu, hahahaha.

Kisah hari isnin, masa cuti Hari Keputeraan DYMM YDP Agong lepas, Iman beritahu, malam baru dia balik sebab ada kerja tak siap lagi. Dalam pukul 3 tu, PI ajak makan, ada restoran masakan Vietnam baru buka katanya kat Aeon Mall Tebrau. Halal ke? Tanya Sk. PI kata, kita tengok dulu. Sampai-sampai, Sk tengok tak ada pekerja melayu. Lepas tu tengok poster gambar makanan dia ada tulis pork, fuhhhh.. nasib belum masuk, huhu. Jadinya, kami ke Sanook Kitchen, restoran masakan Thai yang pernah Sk ceritakan DI SINI. Tengah duduk belek menu, Iman hantar whatsapp tanya kat mana, tu PI snap pic ni

Rupa-rupanya dia dah dalam perjalanan balik rumah. Huh, kata balik malam, kata PI. Dia dah susah hati la tu, anak balik tak makan. Padahal Iman sebelum tu dah hantar gambar tengah makan nasi kandar kat Restoran Al-Safa, hahaha

Sebelum ni, masa datang sini dengan Iman berdua aje, Sk cakap, lain kali kalau ada babah, kita order ni. Tapi, kali ni dah ada babahnya, Imannya pulak yang tak ada. Tiga kali dah makan kat sini, tiga kali tak cukup korum

Belek menu dulu la, tengok menu salad atau kita panggil kerabu. Kadang teringin jugaklah nak rasa salad lain selain kerabu mangga

Tapi, tetaplah ambil kerabu mangga juga. Mangganya masam betul, kalau dia letak gula sikit lagi, mesti lagi sedap, masam-masam manisss

Pelbagai masakan daging

Stir Fried Beef with Kailan ni kegemaran PI. Dua kali dah datang sini dengan PI, memang dia suka ni. Dua dalam satu, sayur dengan daging sekali. Jadi, tak payah pesan sayur lain. Sama banyak la daging dan sayurnya, tak ada mengelat letak daging. Daging pun empuk dikunyah

Tomyam dekat sini ada yang jernih dan yang merah

Sebelum ni, pernah rasa tomyam merah, kali ni pilih tomyam jernih

Seafood Tomyam, dalamnya ada udang, sotong dan isi ikan. Bagi Sk tomyamnya kurang masam. Bak kata kawan Sk, tomyamnya sampai ke Pahang aje, tak sampai Siam, hehehe

Berbelah bahagi jugak sama ada nak ambil Ikan Sweet Sour atau Ikan Stim Limau

Akhirnya pilih stim limau jugak. Pun kurang masam. Apa kedekut sangat letak limau kat sini, hihi

Ikan dia nampak kecik tapi gemuk. Banyak jugak isinya sampai mengah nak menghabiskannya. Sk paksa jugaklah PI habiskan bahagian dia

Susah betul nak keluar dari kebiasaan, asyik makan menu yang sama aje.

Bukan mati pun kalau tersalah pilih, cuma bimbang kecewa, hahaha

Oh, lupa nak cakap, Jus Roselle dia sungguh menyegarkan. Kalau datang sini, pesanlah Jus Roselle ni ya

Syukurrrr.. Alhamdulillah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/06/makan-di-sanook-kitchen-lagi.html