Ada Anai Anai Di Rumah Apa Yang Anda Perlu Lakukan Langkah Demi Langkah




Tahukah anda setiap tahun kerosakan harta benda bernilai RM400 juta berlaku disebabkan oleh serangan anai-anai. Bagi anda yang rumah pernah di makan anai-anai tentu berpengalaman dengan kerosakkan yang mampu dilakukan oleh serangga seperti semut berwarna putih itu.
Dalam artikel ini, saya berikan langkah demi langkah yang anda boleh lakukan jika terjumpa anai-anai di rumah anda.
1. Langkah pemastianIni langkah pertama yang anda perlu buat. Pastikan bahawa apa yang anda jumpa itu benar-benar anai-anai. Berikut beberapa tanda mudah untuk pastikannya.

Ketuk dengar bunyi - Tempat di mana anda rasa ada anai-anai itu biasanya ada bahan kayu. Samada bingkai pintu atau tingkap. Sekalipun ia kelihatan baik dari luar, cuba ketuk dengan bahan keras dan dengar bunyinya. Jika dengar macam kayu itu ada lompong di dalamnya, mungkin ia sudah habis dimakan anai-anai.Lorong garisan tanah - Anai-anai tak suka pada cahaya. Untuk elak dari cerah, mereka bina lorong dari tanah untuk bergerak di luar apabila tiada lorong di dalam rekahan lantai atau dinding rumah anda.Serpihan sayap - Kelkatu adalah anai-anai bersayap yang keluar dari sarang utamanya untuk membentuk koloni baru. Jika anda jumpa banyak serpihan sayap yang tertanggal dari badan anai-anai terutamanya berdekatan pintu atau tingkap, ertinya rumah anda berkemungkinan ada anai-anaiBiji halus berwarna kayu - Najis anai-anai boleh ditemui berkumpul di bawah bahan kayu dengan banyak. Ia berwarna coklat seperti kayu yang halus.Kayu melepuh - Terutamanya pada lantai kayu, kelihatan melepuh atau rosak dari bahagian luar. Mungkin sudah lopong d dalamnya di makan anai-anai.
Tentukan jenis anai-anai yang ada. Biasanya hanya ada 2 jenis anai-anai yang sering menyerang rumah anda. Pertamanya di panggil anai-anai kayu kering atau Drywood Termites. Anai-anai jenis ini duduk dalam kayu dan makan perlahan-lahan. Biasanya ada pada perabut. 
Jenis yang kedua yang paling banyak buat kerosakkan adalah anai-anai bawah tanah. Mereka tinggal di bawah tanah bawah rumah anda, atau di persekitaran bawah tanah rumah anda. Anai-anai ini yang biasanya merayau samada melalui celahan lantai atau dinding, atau melalui lorong tanah yang saya sebut di atas tadi.
2. Jangan kacau koloniSering berlaku, tuan rumah akan sembur racun aerosol pada anai-anai yang mereka jumpa. Elakkan dari berbuat begitu sebab mereka akan lari ke tempat lain yang tak diketahui nanti. Ini menyukarkan lagi proses untuk menghapuskan anai-anai tersebut.
Kuarantin tempat itu dan elakkan dari penggunaannya. Biar dia kekal di situ jangan kacau untuk memudahkan proses menghapuskan mereka nanti.
3. Periksa menyeluruhSegera buat pemeriksaan menyeluruh pada rumah anda di semua tempat untuk kenal pasti tahap serangan yang telah berlaku. Sering kali berlaku, apabila anda sudah temui anai-anai, ia sudah terlewat. Sudah banyak kerosakkan berlaku di banyak tempat lain. Ada pemilik rumah yang terkejut apabila buka almari yang lama tidak dijenguk di dalam rumahnya menjadi sarang penuh dengan tanah dan anai-anai.
Periksa di semua tempat ada struktur kayu, pintu dan tingkap, skirting, tangga, stor bawah tangga, bilik air, dapur di bawah singki dan lain-lain lagi tempat yang sejuk dan lembab terutamanya. Kalau ada ruang bawah tanah, periksa dengan menyeluruh semua bahagian di dalam ruang itu.
4. Hubungi syarikat hapus anai-anaiAnda boleh skip semua proses di atas dengan menghubungi syarikat pest control yang berlesen dan terlatih. Mereka jauh lebih cekap dengan pengalaman berhadapan dengan masalah -anai-anai sepanjang masa.
Minta mereka lakukan pemeriksaan menyeluruh, kenal pasti jenis anai-anai dan tahap kerosakkan yang telah berlaku.
Selalunya syarikat pest control terlatih berkan khidmat percuma untuk kerja pemeriksaan. Kalau ada yang kenakan bayaran, ia adalah sangat minima dan berbaloi untuk anda gunakan khidmat mereka.
Setelah selesai, minta cadangan rawatan dan sebut harga untuk hapuskan masalah anai-anai dari rumah anda.
5. Pilih cara rawatanAda 2 cara paling popular dalam urusan menghapuskan anai-anai bawah tanah yang menyerang rumah.
a, Bahan kimiaIni cara paling mudah dan sangat konvensional. Sembur saja dengan bahan kimia penghapus anai-anai pada kawasan serangan. Buat semburan pada siling kayu di struktur bumbung rumah untuk merawat kayu di atas bumbung rumah itu. Sembur juga di sekeliling rumah di semua tempat bertanah dengan mengorek lubang  agar tanah di sekeliling mendapat rawatan anai-anai. Ada yang hentikan rawatan takat ini saja untuk jimatkan kos, tapi tiada jaminan diberikan.
Untuk buat rawatan bahan kimia pada slab, lubang perlu ditebuk di sepanjang lantai berhampiran dinding. Jarak antara 2 lubang adalah dalam satu setengah kaki. Setiap lubang kemudiannya disuntik dengan bahan kimia supaya ia menyerap masuk merawat tanah di sekitar slab rumah. Tempoh masa untuk buat semua kerja itu lebih kurang separuh hari.
Kos boleh tahan juga bergantung kepada jumlah lubang yang ditebuk dan jenis bahan kimia yang digunakan. Selepas siap, lubanhg ditutup semula dengan simen dan akan tinggalkan kesan tompok sebesar duit siling pada setiap lubang. Ini membuatkan ada orang tidak gemar teknik ini. Lebih-lebih lagi jika tile semua dah cantik, akan jadi cacat sikit. Jaminan diberikan antara setahun ke 2 tahun. Ada syarikat yang berani berikan jaminan sampai 5 tahun. Jadi pastikan syarikat dipilih dah lama ada dalam pasaran jika anda diberi janji sampai 5 tahun.
b. Sistem umpanIni cara yang lebih mesra alam dan tidak menggunakan bahan kimia. Juga tidak perlu tebuk lubang di lantai rumah. Stesen umpan akan dipasang pada tempat yang sesuai di mana ada serangan anai-anai dan dipantau sehingga umpan di makan. 
Umpan akan ditambah dari masa ke masa sehingga keseluruhan anai-anai mati. Ada cara untuk ketahui samada anai-anai dah berjaya dihapuskan. Semua syarikat yang dilantik sebagai pemasang sistem umpan dilatih dengan baik untuk melaksanakan kerja profesional mereka.
Masa yang diperlukan untuk pastikan semua anai-anai berjaya dihapuskan antara 2 minggu ke sebulan atau 2 bulan. Tapi untuk pasang stesen ambil masa sekejap saja dan stesen akan dibiarkan di tempatnya tak boleh diganggu. Pekerja pest control akan datang dalam tempoh seminggu atau 2 minggu sekali untuk pantau.
Cara ini lebih digemari oleh pemilik rumah yang tak suba bahan kimia dan tak suka rumah mereka ditebuk penuh banyak lubang sekeliling dinding luar dan dalam. Harganya sangat berpatutan berbanding bahan kimia di atas tadi.
Anai-anai kayu keringRawatan untuk anai-anai jenis ini berbeza dari yang di atas tadi. Biasanya rawatan fumigasi dilakukan jika serangan ada pada perabut atau kayu lain yang boleh diubah. Kayu di bungkus dengan tarpan dan gas dimasukkan untuk membunuh anai-anai di dalam kayu tersebut.
Oleh kerana gas yang digunakan sangat bahaya, orang yang melakukan rawatan itu mesti ada lesen fumigasi yang sah.
Satu lagi cara adalah dengan melakukan rawatan haba. Kayu dipanaskan untuk mematikan anai-anai di dalamnya.
Anda perlu menilai semua alternatif yang ada yang diberikan oleh syarikat pest control berlesen dan buat keputusan untuk mengambil yang mana satu.
6. Melaksanakan rawatanSelepas dah buat keputusan, anda perlu bersedia untuk menerima kunjungan pekerja syarikat pest control untuk melakukan rawatan. Seperti yang saya sebut di atas tadi. Masa bergantung kepada jenis rawatan yang anda pilih.
Jika fumigasi, anda perlu keluar dari rumah dan ikut arahan syarikat pest control yang buat rawatan. Jika tebuk lubang juga, seeloknya anda keluar dari rtumah juga sebab bunyi bising kerja drill untuk tebuk lubang tu dan rumah agak berserakan, kecuali anda ada rumah 2 tingkat.
Untuk sistem umpan, anda boleh tengok cara pemasangan tak ada masalah. Mereka akan datang lagi untuk pemantauan dari masa ke masa.
7. Baiki & pencegahanBila dah selesai semua kerja menghapuskan nai-anai, anda boleh mula buat pembaikan pada mana-mana kayu yang sudah kena makan anai-anai. Tukar mana yang dah rosak teruk dengan yang baru.
Menggunakan bahan kimia dengan menyuntik nya sebagai penghalang di sekeliling rumah juga boleh dilakukan untuk menghalang serang di masa hadapan.
Anda juga boleh pasang stesen anai-anai In-Ground yang di tanam di sekeliling rumah sebagai usaha untuk mencegah anai-anai dan mematikan anai-anai dengan lebih mudah di masa depan. Stesen akan dipantau oleh syarikat pest control setiap sebulan atau 2 bulan sekali. Jika ada anai-anai, umpan akan dimasukkan ke dalam stesen.
Usaha melakukan pemeriksaan secara berkala juga dapat membantu pencegahan. Anda boleh ambil servis pest control umum merawat lipas, semua dan tikus dan masukkan sekali khidmat pemeriksaan anai-anai.
Pastikan rumah anda sentiasa kering. Jika ada paip bocor segera baiki supaya tidak membuatkan rumah jadi lembab dan menarik untuk anai-anai. Jangan rapatkan kayu atau bahan-bahan berkayu dengan dinding rumah anda kerana ini mengundang kehadiran anai-anai.
Satu lagi usaha terbaik adalah untuk pertimbangkan bahan-bahan yang anti anai-anai dalam rumah anda sebagai pilihan utama.
Moga langkah yang dikongsikan di atas bermanfaat untuk pembaca.

Jika anda perlukan khidmat pest control, boleh berhubung dengan syarikat Easelife Pest Control yang berlesen dan bertauliah sebagai pemasang sistem umpan anai-anai Exterminex. Call Athira 010-234 2542 atau wasap dengan klik di sini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mypestnews.com/2024/10/ada-anai-anai-di-rumah-apa-yang-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Langkah Berkesan Berhadapan Dengan Pelanggan Tak Puas Hati Yang Sedang Marah

5 Langkah Berkesan Berhadapan Dengan Pelanggan Tak Puas Hati Yang Sedang Marah

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 231 hits
Dalam perniagaan berlaku 4 proses asas seperti berikut Pemasaran Jualan Tunaikan Jualan Selepas JualanJika proses pemasaran gagal maka tiada prospek akan hadir dalam syarikat Jika berjaya prospek akan masuk proses jualan yang mana jika juru...
Azman Dipenjara 24 Tahun Dua Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Azman Dipenjara 24 Tahun Dua Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 192 hits
KLANG 27 Sept Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang r...
Pekerja Terjatuh Semasa Lakukan Kerja Penyelenggaraan Kereta Kabel Langkawi

Pekerja Terjatuh Semasa Lakukan Kerja Penyelenggaraan Kereta Kabel Langkawi

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 159 hits
ALOR SETAR Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini Ketua Zon 4 Langkawi JBPM ...
Akta 852 Penting Untuk Negara Langkah Bagi Membentuk Tingkah Laku Dan Pemikiran Masyarakat

Akta 852 Penting Untuk Negara Langkah Bagi Membentuk Tingkah Laku Dan Pemikiran Masyarakat

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang mula berkuat kuasa semalam adalah langkah dinantikan dan penting untuk negara Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Prof Dr Jamalludin Ab Rahman berkata pali...
Langkah Penting Dalam Belanjawan 2025

Langkah Penting Dalam Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 336 hits
Belanjawan 2025 kerajaan Madani yang akan diumumkan pada 18 Oktober ini diharapkan terus memberi tumpuan kepada langkah langkah dalam meningkatkan daya saing negara untuk menarik pelaburan Ini termasuklah mempercepatkan reformasi fiskal yan...
Atuk Buat Aksi Lagak Ngeri Demi Content

Atuk Buat Aksi Lagak Ngeri Demi Content

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 158 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan warga emas itu melakukan aksi lagak ngeri InstagramNEW DELHI Perbuatan seorang warga emas di India berpaut pada palang gerabak kereta api yang bergerak laju demi kandungan di laman sosial mengundang kecaman or...
Kenapa Perlu Mulakan Hari Dengan Langkah Kaki Yang Hebat

Kenapa Perlu Mulakan Hari Dengan Langkah Kaki Yang Hebat

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 210 hits
Berlari pagi memang nampak macam aktiviti yang mudah tapi sebenarnya ada banyak manfaat tersembunyi yang boleh dinikmati Nak tahu apa yang best sangat pasal berlari pagi ni Jom kita tengok apakah manfaat hebat yang boleh buat korang bersema...
Wanita Kongsi Resipi Mac Amp Cheese Guna 3 Langkah Sahaja

Wanita Kongsi Resipi Mac Amp Cheese Guna 3 Langkah Sahaja

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 200 hits
Kalau pergi ke kedai makan atau restoran biasanya makanan barat mesti harga RM10 dan ke atas Mungkin sebab bahan lebih mahal atau kerana kesukaran untuk membuatnya tapi selagi boleh jimat baik buat sahaja di rumah Ikuti perkongsian pengguna...
Tentera Israel As Lakukan Persiapan Serang Iran

Tentera Israel As Lakukan Persiapan Serang Iran

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 199 hits
NABIL AIMAN NOR AZWAN nbsp Pada Selasa Iran melancarkan sekurang kurangnya 180 peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah TENTERA Israel sedang bers...
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue