Makan Di Dip N Dip Pulak
Assalamualaikum WBT
WALAUPUN dah potong kek hari jadi masa BERAYA KE RUMAH KAK SHIDA, rasa macam tak best aje sebab potong keknya awal sangat. Masa makan-makan sempena Hari Jadi Pak Inche di Madam Kwan's, ingatkan ada la dessert yang kita boleh pacak lilin, tak ado ya. Dulu-dulu, pernah buat pasal, pacak lilin kat ikan, kat cekodok, sempena hari jadi Pak Inche. Hurmm, rasa tak lengkap pulak, sambil jalan-jalan kat Midvalley tu, teringat pulak dah lama nau nau tak makan kat dipndip. Last makan kat Paradigm Mall dengan Cikwa dan Indah.
Kami pesan Set Combo untuk dua orang yang bernilai RM69.90. Set combo ni mengandungi dua dessert dan dua minuman. Dessert dah set dalam combo ialah Crunchy Speculoos Waffle dan Banana Wrap Crepe
Nanti nak cubalah buat Banana Wrap Crepe ni kat rumah. Macam mudah jer cara dia cuma kena beli coklat dan pisang jer la. Crepe tu kita buat jer la lempeng cair, hahahaha
Birthday Boy mintak suap pulak. Tak sedar angkat tangan tinggi sebab nak imbang lengan baju tu panjang sangat nanti kena coklat, hahaha
Pilih mojito dan soda. Iman pilih Mojito Berry dan Soda Lemon. Memang sekarang ni soh dia yang buat pesanan. Harap lagi empat tahun nanti dia boleh bayar sekali, hihihi
Penuh manusia kat dip n dip Midvalley ni. Sk lagi suka dip n dip cawangan Paradigm Mall yang lebih luas dan tidak berhimpit dengan pelanggan lain. Kat sini meja semua rapat-rapat, dahlah full house
Nama jer combo jimat, RM69.90, tapi bila bayar, jadi RM81.08. Banyak ya cukai kat dip n dip ni, cukai perkhidmatan lain, SST lain. RM11 bayar cukai aje. RM11 tu, boleh dapat dua bungkus makanan harga rahmah kat kafe Kak Sab tauuuu
Bawa bekal la nampaknya sampai cukup bulan 😂😂😂😂😂
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/05/makan-di-dip-n-dip-pulak.html