Makan Nasi Arab Di Restoran Abu Khalid Al Makawwi Kulim Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini seperti biasa aku nak ceritakan pengalaman aku makan di sebuah restoran nasi arab yang terletak di Kulim. Sebenarnya sudah agak lama sebenarnya cerita ini terperap dan alhamdulillah akhirnya aku dapat menulis dan mereview restoran ini dalam blog

MAKAN DI RESTORAN NASI ARAB ABU KHALIS AL-MAKAWWI
Aku pasti ramai yang tahu bahawa aku berasal dari Kulim, Kedah. Pada bulan puasa yang lalu yakni beberapa hari sebelum hari raya aidilfitri, aku dan keluarga membuat tempahan berbuka puasa di salah sebuah restoran nasi arab terkenal di bandar Kulim iaitu Restoran Abu Khalid Al-Makawwi

Ini merupakan kali pertama aku makan di sini manakala untuk keluarga aku pula sudah banyak kali mereka makan di sini. Dengan membuat tempahan melalui WhatsApp dua hari sebelum tarikh berbuka puasa, alhamdulillah, tempahan berjaya dibuat dengan pilihan untuk makan di ruang berpendingin hawa


Ahli keluarga yang ada pada hari tersebut adalah aku sendiri, dua orang adik aku, mak dan juga ayah aku. Kakak sulung aku tak dapat ikut sebab dia berbuka bersama keluarga mertuanya. Alhamdulillah, sebelum nak ke restoran ini sempat kali sekeluarga membeli belah sedikit barangan untuk perayaan di TF Mart, Kulim berhadapan McDonald Kulim. 
Yang lawaknya, selesai membeli belah di TF Mart, kami merancang nak jalan-jalan pula ke Landmark Central, Kulim sebab masih berbaki satu jam. Masuk sahaja ke kawasan meletak kenderaan, nah, sesak pulak, kenderaan tak bergerak langsung. Kalau bergerak pun memang sangat perlahan dan akhirnya kami habiskan masa selama 45 minit hanya untuk mencari tempat letak kereta. Disebabkan masa yang dihabiskan disitu terlampau lama, kami terus ke lokasi restoran ini sahaja. 


Okay, berbalik kepada cerita di restoran ini, kami sekeluarga memilih Set Talam A. Apa yang ada dalam set talam ini? Dalam set ini, anda akan dapat, nasi arab 1 kilogram, ayam, daging, kambing, kabab, paha kambing dan juga 1 air jug. Air itu ada tiga pilihan sama ada air oren, epal atau teh lemon. Set ini berhagra RM93.00 sahaja



CUKUP KE MAKANAN UNTUK 5 ORANG? - Okay bagi aku untuk set ini sememangnya sangat cukup. Memandangkan nasinya memang sangat mengenyangkan ditambah lagi dengan pelbagai hidangan tambahan diatasnya yang memang bersaiz besar. Tetapi untuk keluarga aku yang mungkin makan banyak, aku rasa kami perlu pesan menu berasingan dan juga nasi tambah

Nasinya memang sedap, ayam dan kambing serta dagingnya pula dimasak dengan begitu baik. Manakala sambal salatah harrahnya pula memang kick dan menambah selera dalam setiap suapan


Ruangan di restoran ini juga memang selesa, anda boleh pilih sama ada mahu makan di ruangan luar atau di dalam yang lebih selesa dengan pendingin hawa. Untuk anda yang nak datang ke restoran ini, lokasinya terletak berdekatan dengan stesen bas kulim. Senang sahaja nak parking dan sebagainya memang banyak juga tempat meletak kenderaan

Mungkin sedikit penambahbaikan adalah dari segi saiz jug airnya yang mana bagi aku agak kecil dan sangat tidak cukup untuk 5 orang makan, tambahan pula untuk keluarga bersaiz besar dan berselera besar seperti keluarga aku. Untuk servis pula, aku memahami ada sedikit kelewatan dan sebagainya memandangkan waktu berbuka puasa memang penuh pelanggan. 

ADAKAH AKAN DATANG LAGI KE RESTORAN INI? - Of course aku akan datang lagi, dan aku akan mencuba menu-menu lain pula yang ada disini. Kalau sebelum ini agak sukar untuk aku cari restoran arab dengan makanan  yang sedap di Kulim kerana pernah kecewa sebelum ini ( baca ; nasi arab puji arabian kulim )

Kepada anda yang berada di daerah Kulim, atau saja-saja nak berjalan di Kulim, dan teringin nak makan nasi arab bolehlah ke Restoran Abu Khalid Al-Makawwi ini



RESTORAN NASI ARAB ABU KHALIS AL MAKAWWI 

Lokasi : No. 1190, Lorong Belibis 1/1, Taman Tunku Putra , Kulim, Malaysia
Hubungi : 014-6011953Instagram : https://www.instagram.com/restoran_abu_khalid/Facebook : https://www.facebook.com/abukhalidkulim/
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/05/makan-nasi-arab-di-restoran-abu-khalid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Goreng Thai Stail Ibu Sedap Makan Dengan Nasi Putih

Daging Goreng Thai Stail Ibu Sedap Makan Dengan Nasi Putih

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 245 hits
Daging goreng Thai stail ibu ini memang sedap Seperti kebanyakan masakan Thai lain ia penuh aroma dan ada rasa masam dan pedasnya yang amat membuka selera Nak memasaknya bukan susah sangat Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan ini ye...
Telur Kukus Simple Sangat Sedap Rasanya Makan Dengan Nasi Panas Panas Ini Resipinya

Telur Kukus Simple Sangat Sedap Rasanya Makan Dengan Nasi Panas Panas Ini Resipinya

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 182 hits
Hari ini Pa Ma akan kongsikan satu menu sihat yang mudah untuk dimasak dan juga sedap di makan dengan nasi panas Resipi ini dikongsikan oleh di Instagram Bahan bahan 2 biji telur Garam secukup ras 1 2 cawan air Daun bawang Lada putih Udang ...
Terasa Nak Makan Nasi Kandar Ibu Ini Kongsikan Resipi Ekspres Boleh Cuba Terangkat Baq Ang

Terasa Nak Makan Nasi Kandar Ibu Ini Kongsikan Resipi Ekspres Boleh Cuba Terangkat Baq Ang

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 301 hits
Musim musim raya ni memang biasa sangat orang buat rumah terbuka Banyak juadah yang dihidangkan buat para tetamu dan semuanya sedap sedap belaka Rendang lemang kuah kacang dan masak lodeh adalah antara menu popular yang akan disediakan oleh...
Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Halimah Tomyam 2 Seri Manjung Perak

Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Halimah Tomyam 2 Seri Manjung Perak

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 286 hits
Restoran Halimah Tomyam 2 Seri ManjungOn the way aku nak ke selatan ikut jalan dalam ataupun kalau korang guna highway WCE terasa lapar la pulak rasa nak makan petang Kebetulan aku lalu di area Manjung ni jadi aku cari la restoran yang semp...
Superdaddy Kongsi Resipi Kambing Yogurt Terlajak Senang Makan Dengan Nasi Atau Cicah Roti Terbaik

Superdaddy Kongsi Resipi Kambing Yogurt Terlajak Senang Makan Dengan Nasi Atau Cicah Roti Terbaik

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 231 hits
Kalau anda sekeluarga gemarkan kambing resipi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah ini mesti dicuba Bukan saja enak dijadikan lauk untuk nasi minyak atau nasi beriani tapi sesuai juga dimakan bersama roti Musim musim raya kalau dah bosan ...
Resipi Bubur Nasi 2 Bahan Mudah Masak Makan Dengan Lauk Simple Bertambah Tak Cukup Semangkuk

Resipi Bubur Nasi 2 Bahan Mudah Masak Makan Dengan Lauk Simple Bertambah Tak Cukup Semangkuk

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 197 hits
Dah masuk beberapa hari beraya ni nak rehat sekejap dari menikmati juadah berat seperti rendang dan lemang Kalau boleh nak makan yang rigkas je panas panas untuk buat tekak rasa selesa Salah satu menu yang sesuai adalah bubur nasi Ada banya...
Sambal Mangga Kelapa Gerenti Makan Nasi Bertambah

Sambal Mangga Kelapa Gerenti Makan Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 418 hits
Sambal mangga kelapa ini gerenti buat makan nasi bertambah tambah Bayangkan di celah celah rendang dan aneka lauk pauk hari raya lain terselit sambal mangga ini Gerenti ini yang akan jadi tumpuan Dapat pulak makan dengan nasi panas panas Me...
Photoshoot Raya Kulim 2023 The White Diary Studio

Photoshoot Raya Kulim 2023 The White Diary Studio

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 435 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Salam Aidilfitri semua buat kawan kawan alam maya CCL Masih bulan Syawal lagi kan So sempat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri hari ni baru ada kesempatan nak luang masa cuci cuci sawang blog sete...
Umno K Tan Sedia Putus Hubungan Dengan Amanah Jika Khalid Tak Mohon Maaf

Umno K Tan Sedia Putus Hubungan Dengan Amanah Jika Khalid Tak Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 393 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 29 2023 4 34 PMUmno Kelantan pertimbang untuk memutuskan hubungan dengan Amanah sekiranya Pengarah Komunikasi parti itu Khalid Samad tidak memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan mengenai permohonan pen...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online