Jom Makan Thai Food 2023 Pesta Makanan Autentik Thailand Di Kelantan
PESTA MAKANAN AUTENTIK THAILAND DI KELANTAN | Makanan Thailand sangat terkenal di seluruh dunia karena citarasa uniknya. Kepopularan makanan citarasa Thailand ini tidak terkecuali bagi kita di Malaysia, oleh sebab yang demikian ianya mudah ditemukan di banyak tempat, dari restoran hingga kedai makanan pinggir jalan dan pasar-pasar malam
Bermula 4 Mei 2023, festival "JOM MAKAN THAI FOOD" telah diadakan di MYDIN Mall Tunjong, Kota Bharu sehingga 7 Mei 2023. Festival selama 4 hari ini merupakan anjuran bersama Konsulat Jeneral Diraja Thai di Kota Bharu, Jabatan Promosi
Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand (DITP Malaysia)
dan MYDIN
Semasa festival tersebut, pengunjung boleh merasai sendiri kepelbagaian hidangan makanan HALAL asli Thai serta pelbagai pencuci mulut dan minuman. Selain itu, terdapat juga barang-barang kraftangan dan aksesori Thai, serta persembahan kebudayaan Thai
Lebih menarik, di sini ada lebih kurang 240 pilihan makanan dan minuman halal Thai yang baru dilancarkan dibawakan khas untuk acara ini. Salah satu matlamat festival “Jom Makan Thai Food” ini adalah untuk mengukuhkan asas pelanggan bagi makanan dan minuman Thai, kraftangan dan aksesori di Pantai Timur Malaysia
@projektravel #SuasanoDiKelate Jom Makan Thai Food Belum berkesempatan untuk ke negara Thailand untuk jalan-jalan cari makan? Sekmu toksoh pening palo sebab loni sekmu buleh singgoh di MYDIN Mall, Tunjong untuk menikmati makanan HALAL Thai . Banyok tok banyok, ado lebih dari 240 pilihan makanan dan minuman halal Thai yang baru dilancarkan dibawakan khas untuk acara ini. Event : Jom Makan Thai Food Tarikh acara : 4 hingga 7 Mei, 2023 Masa : 10 pagi - 10 malam Lokasi : MYDIN Mall, Tunjong #JomMakanThaifood #DITPMalaysia #DITP #RoyalThaiConsulate #HalalThaiFood #StreetFood #FYP #Thaitradefair #ThaiProducts #Thaifair #Mydin #InspirasiRaya ♬ original sound - ProjekTravel
Untuk pengetahuan korang, acara ini telah dirasmikan oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan pada hari pertama festival iaitu pada 4 Mei 2023
Perasmian oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Abdul Rahman
Festival 'JOM MAKAN THAI FOOD' di Mydin Tunjong adalah peluang terbaik untuk pengunjung menerokai dan merasai sendiri hidangan masakan Thai di Malaysia. Dengan begitu banyak hidangan lazat yang disediakan, pastinya tidak akan ada pengunjung yang kecewa dan semua orang dapat menikmati hidangan yang disajikan dengan kualiti yang paling tinggi
#JomMakanThaifood #DITPMalaysia #DITP #RoyalThaiConsulate #HalalThaiFood #Thaitradefair #ThaiProducts #Thaifair #Mydin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2023/05/jom-makan-thai-food-2023-pesta-makanan.html