Pesta Jom Makan Thai Food Di Kota Bharu
Nikmati suasana dan haruman makanan Thai pada bulan Mei ini dengan festival “JOM MAKAN THAI FOOD” yang diadakan di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu dari 4 hingga 7 Mei 2023. Acara berkenaan adalah festival “Jom Makan Thai Food” terbesar di Kelantan.
Antara booth jualan yang ada di sini
Para pengunjung Jom Makan Thai Food di Mydin Mall Tunjung
Anjuran bersama Konsulat Jeneral Diraja Thai di Kota Bharu, Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand (DITP Malaysia) dan MYDIN, sedang menyatukan usaha untuk festival empat hari terbesar ini yang mempamerkan makanan terbaik Thai, makanan halal Thai yang lazat dan asli, kraftangan dan aksesori Thai, serta persembahan kebudayaan Thai yang mengagumkan pada 4, 6 dan 7 Mei 2023.
Lebih daripada 240 pilihan makanan dan minuman halal Thai yang baru dilancarkan dibawakan khas untuk acara ini. Salah satu matlamat festival “Jom Makan Thai Food” ini adalah untuk mengukuhkan asas pelanggan bagi makanan dan minuman Thai, kraftangan dan aksesori di Pantai Timur Malaysia.
YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.
Acara ini akan dirasmikan oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.
Puan Marisa Indramangala, Pemangku Konsul – Jeneral Thailand ke Kota Bharu
Puan Marisa Indramangala, Pemangku Konsul – Jeneral Thailand ke Kota Bharu, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan, dan YB. Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, kerana memberi sokongan kepada Konsulat Jeneral Diraja Thailand dalam penganjuran acara khas ini.
Beliau yakin festival itu bukan sahaja mendekatkan rasa masakan Thai kepada orang Kelantan untuk dinikmati, tetapi juga berfungsi sebagai jambatan budaya dalam merapatkan lagi hubungan rakyat Thai dan Malaysia.
Pengarah DITP Malaysia, Worawan Wanwil memberikan penerangan kepada YB Mejar dan pasangan mengenai produk Thailand
Menurut Pengarah DITP Malaysia, Worawan Wanwil, “Acara ini merupakan festival “Jom Makan Thai Food” yang terbesar di Kota Bharu. Saya sangat gembira melihat penerimaan yang menggalakkan terhadap makanan Thai, terutamanya makanan halal Thai, di Malaysia. Lebih banyak varieti akan diimport dari semasa ke semasa, dan DITP akan menyediakan semua sokongan yang diperlukan oleh pengedar Malaysia. Kerjasama antara DITP dan MYDIN, salah satu rangkaian runcit terbesar di Malaysia, sememangnya satu penghormatan.”
Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin berkata, “Kami terharu dapat bekerjasama dengan DITP Malaysia, menawarkan orang ramai pelbagai pilihan makanan halal Thai melalui festival unik ini di MYDIN. Untuk penggemar makanan Thai, ini adalah masanya untuk menikmati aneka pilihan
makanan halal Thai semuanya di tempat yang sama.”
“Secara strategik, makanan Thai sering menjadi tarikan untuk menggalakkan kehadiran pengunjung.
“Melalui kerjasama ini, saya berharap kita dapat membawa orang ramai dari pelbagai bangsa ke acara harmoni ini sambil menikmati juadah Thai yang asli. Kami berharap acara ini menjadi titik tolak untuk kerjasama akan datang dengan penganjuran festival sama di cawangan MYDIN yang lain.”
Menu terkenal Thailand, pulut mangga juga ada di pesta ini.
Produk wangian dari Thailand
Booth makanan tradisional
Antara kudapan tradisional yang terdapat di sini.
Keropok ikan dari Narathiwat Thailand
Produk Ready To Eat
Keropok lekor cheese warna warni. Menarik!
Tarikh acara: 4 hingga 7 Mei, 2023
Waktu perniagaan di Mydin Tunjong adalah dari 10 pagi – 10 malam
The post Pesta Jom Makan Thai Food di Kota Bharu appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/pesta-jom-makan-thai-food-di-kota-bharu/