Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


 Assalamualaikum WBT
WALAUPUN selalu sahaja Sk sekeluarga ke Pahang, banyak sebenarnya daerah-daerah atau tempat di negeri ini yang belum pernah Sk jejaki. Antaranya, Kuala Lipis, Raub, Temerloh, Jerantut, Kuala Gandah dan... ah.. banyak lagilah tempat menarik yang tidak tersebut. Balik-balik.. asyik ke Kuantan. Singgah Rompin dan Pekan tu pun agaknya sebab dah memang laluan menaiki kenderaan darat.

Dari Janda Baik, Pak Inche mengajak makan tengahari di Restoran Lemang To'ki yang terletak di Bentong. Buka aplikasi waze, jauhnya cuma 25 kilometer dari Kampung Janda Baik tapi rupa-rupanya waze membawa kami  mengikut jalan lama yang ibarat ular dipalu 🐍🐍🐍🐍🐍. 

Jika memandu di lebuhraya, 25 kilometer tu cuma mengambil masa tidak sampai 15 minit, tapi, apabila melalui jalan lama yang sempit dan berliku-liku, ia mengambil masa sejam dari 101 Resort & Spa Janda Baik yang kami inap. Sepanjang perjalanan banyak selekoh tajam tapi mujurlah tidak banyak kenderaan. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan, cuma sebuah dua kereta sahaja yang lalu termasuk kereta kami. Risau jugaklah jika berlaku kejadian tidak diingini, bagaimana nak mendapatkan bantuan. Ada satu ketika, kami terserempak dengan sebuah trailer di satu selekoh tajam sehingga Pak Inche terpaksa berundur bagi memberi laluan pada tubuh trailer melepasi selekoh tersebut, ahhh.. serammmm bila diingatkan

Syukurlah, semuanya selamat apabila kami tiba di persimpangan utama Bentong. Nampak ada laluan keluar dari Plaza Tol, memang patut pun tak ada kenderaan lain, orang lain semua ikut highway 😆. Bila dah sampai Bentong ni, nampaklah papan tanda ke Raub dan Kuala Lipis.

Perjalanan sejam rasa sungguh berbaloi apabila tiba di Restoran Lemang To'ki. Sk tak pasti ada berapa buah cawangan restoran ini tapi dalam perjalanan balik selepas makan, Sk nampak ada sebuah lagi restorannya juga di Bentong. 

Teringat Blogger Anak Omak juga pernah ke sini tahun lepas dalam hujan, betul tak, Ret? 😆

Banyak sudut yang menempatkan barang lama di sini. Memang rare dan sukar ditemui di tempat lain


Ada beberapa kaunter makanan dan minuman di sini ya, Sk senaraikan antaranya kaunter lemang, kaunter nasi campur, kaunter goreng pisang, kaunter minuman dan kaunter durian. Yang menjadi tumpuan dan berbaris panjang, tentulah kaunter lemang


Jadi, pada siapa yang pertama kali sampai dan tak tahu mana nak tuju, carilah kaunter lemang ni dulu. Pastikan juga ada ahli rombongan yang dapatkan meja dan tunggu di meja. Di sini semua sistem secara layan diri dan bayar sebelum makan dan minum


Di kaunter lemang ni, mereka letak siap-siap set lemang dan rendang daging atau rendang ayam dalam satu piring. Ambil dulang di situ juga dan pilihlah set mana yang anda gemari. Di belakang kaunter ni juga tempat mereka membakar lemang, memang agak berbahang jugaklah. Jika nak tapau pun, beratur di sini jugak ya. Ada lemang sebatang-sebatang jugak yang dah siap balut suratkhabar jika nak beli bawa balik, Sk nak tapau tapi risau kalau lambat sampai ke Johor


Selain lemang dan rendang, di kaunter ni juga ada Ayam Bakar Air Asam dan durian yang telah siap dipek dalam tipuware. Terdapat dua jenis durian masa tu iaitu Musang King RM70 sekotak dan IOI RM38 sekotak. Sk terlupa nak ambil gambar durian-durian tu sebab sibuk dengan dulang 🤣. 

Ambil durian IOI sekotak sebab sepanjang jalan tu memang geram banyak gerai durian kiri kanan jalan. Kalau ikutkan nak aje ambil Musang King tu tapi tak sampai hati la pulak. 

Lemang Rendang Daging 3 setAyam Bakar Air Asam 2 setDurian IOI sekotak
Jumlah RM77.50 (lebih kurang la.. lupa sebab tak dapat resit)
Murahnya, kalau tahu ambil Musang King!



Jika anda kurang gemar makan lemang atau pulut macam Iman, jangan risau sebab selain lemang, di sini juga menjual nasi campur yang berlainan kaunter. Iman beli nasi aje, sepinggan RM2.50


Di sini ada dua kaunter minuman iaitu air balang dan ABC. Air Balang, RM3 secawan, ABC RM5

Waktu makan tengahari, orang berpusu-pusu dan barisan semakin panjang. Tengah-tengah makan durian, ada seorang chinese brother ni tegur dan tanya, okey tak durian? Mungkin dia pun baru pertama kali jugak sampai ke sini. Ramai sangat ya chinese kat sini makan lemang dengan rendang. Mula pelik jugak lepas tu teringat mereka pun ada makanan berupa pulut yang dipanggil Bak Chang


Cara ke sini, guna waze aje la senang. Restoran buka setiap hari kecuali Isnin, dari 8 pagi hingga 8 malam

Lemang dan Ayam Bakar Air Asam dia sedapppppp!!! Rendang tu sebagai pelengkap aje la.. sebab nak makan lemang wajib ada rendang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/09/makan-di-restoran-lemang-toki-bentong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
23 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya Restoran Paling Best

23 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 395 hits
Wilayah yang dikatakan salah satu bandar terindah di dunia bukan sahaja menjadi destinasi pilihan ramai di hujung minggu untuk melawat lokasi lokasi menariknya tapi juga kerana ingin mencuba pelbagai kedai makan best yang ada di sini Dari k...
Restoran Gerak 23 Antara Tempat Tumpuan Makan Tengahari Di Kampung Baru Kuala Lumpur

Restoran Gerak 23 Antara Tempat Tumpuan Makan Tengahari Di Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 353 hits
Restoran Gerak 23 Kampung Baru KLRestoran Gerak 23 Kampung Baru KLRestoran Gerak 23 ni terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur Waktu tengahari restoran Gerak 23 memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini Ni kira kali ked...
Makan Di Restoran Kepayang Kampung Janda Baik

Makan Di Restoran Kepayang Kampung Janda Baik

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum WBT RASA malas betul ya nak keluar makan malam semasa kami menginap di 101 Resort Janda Baik tu Rasa macam nak makan biskut dan bancuh teh saja Kebetulan maggi cup pun memang dibawa jadi kami bercadang nak makan maggi aje ma...
Tak Yah Pi Temerloh Nak Makan Patin Tempoyak Datang Je Ke Restoran Temerloh Catering Ikan Patin Wangsa Maju

Tak Yah Pi Temerloh Nak Makan Patin Tempoyak Datang Je Ke Restoran Temerloh Catering Ikan Patin Wangsa Maju

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 371 hits
Lama sungguh rasa mengidam nak makan patin tempoyak yang sedap citarasa patin Temerloh Rasa sejak lepas raya puasa lagi duk cari Kalau kat kediaman kak ana paling dekat boleh makan patin tempoyak yang sedap ala ala Temerloh kat gerai Mee Ku...
Makan Di Restoran Western House Kulim Kedah

Makan Di Restoran Western House Kulim Kedah

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 448 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah sebenarnya sudah lama terperap artikel ini untuk ditulis akhirnya dapat pun berkongsi dan bercerita panjang dalam blog Baru baru ini iaitu sekitar ...
Jangan Membazir Lauk Makan Kenduri

Jangan Membazir Lauk Makan Kenduri

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 331 hits
Perkongsian yang baik ni iaitu amalan sesetengah kita ketika datang ke majlis makan makan kenduri Ada betulnya perkongsian ni yang diambil dari facebook dan kredit kepada penulis asalnya Jom kita baca dan ambil pengajaran Yang dinamakan man...
Nasi Goreng Melimpah Viral Wajib Cuba Makan Sampai Tersandar Weh

Nasi Goreng Melimpah Viral Wajib Cuba Makan Sampai Tersandar Weh

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 278 hits
Memang tak dinafikan kedai Nasi Goreng Melimpah Viral memang dah lama dikenali ramai Cuma peluang cikla nak mencubanya sendiri tu datang lambat sikit Hihi Kebetulan memang tengah lapar apa lagi Bak kata pepatah orang mengantuk disorongkan b...
Prabowo Siapkan Makan Gratis Anak Sekolah Ibu Hamil Jika Jadi Presiden Ppp Asalkan Realistis

Prabowo Siapkan Makan Gratis Anak Sekolah Ibu Hamil Jika Jadi Presiden Ppp Asalkan Realistis

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 281 hits
Setiap calon tidak haram membuat rencana program apapun Asalkan realistis dan tidak memberatkan APBN kata Awiek
Makan Di Nippon Sushi Taman Setia Tropika

Makan Di Nippon Sushi Taman Setia Tropika

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum WBTtu ngam ngam masuk waktu makan tengahari Iman mengajak makan di Dari Korea di Taman Setia Tropika Hurmmm baru jer tengok filem Patriotik tapi tekak nak makan makanan orang Korea pulak Sampai Taman Setia Tropika hujan seda...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil