Jangan lepaskan peluang untuk singgah makan di Inara Cafe Putrajaya! Terletak di Presint 8, kafe ini adalah tempat yang sesuai untuk semua golongan yang menghargai makanan yang berkualiti tinggi dengan konsep kedai yang menarik.
Inara Cafe mempunyai pelbagai menu yang menawarkan cita rasa istimewa. Anda mesti mencuba Inara Tomyam Carbonara dan Nasi Kerabu Ayam Bakar yang memikat selera.
Sumber: mioskitchenputrajaya
Mios Kitchen Putrajaya adalah antara restoran yang gemar dikunjungi oleh warga Putrajaya. Bukan sahaja menunya yang pelbagai dan luas, Mios Kitchen Putrajaya juga mempunyai vibe yang sangat unik dan cool. Kedai yang berwarna kelabu hitam ini diceriakan lagi dengan mural kartun di salah satu dindingnya.
Sumber: Shamira Aziz, mioskitchenputrajaya, Syed Sofian Syed Hassan
Dari segi makanan, Mios Kitchen menyediakan menu yang luas. Dari masakan tempatan hingga ke masakan western, dan juga dessert, semuanya menarik belaka. Masakan tempatan seperti nasi kampung opah didatangkan dengan pilihan lauk ayam belado, udang masak lemak, ayam masak, dan banyak lagi.
Sumber: Rohisyam Roslan
Produk Ramly memang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Malah, orang dari negara jiran pon kenal dengan ramly burger. Tahukah anda, kini mereka juga telah mula beroperasi sebagai kedai/cafe? Kalau di Putrajaya ini, Ramly Halal Mart terletak di Presint Diplomatik. Kedainya sangat menarik dan dihias menggunakan warna tema mereka iaitu warna kuning.
Sumber: mohamad hafizodin, Khairul Anuar, Roszaimy Musa, OwO
Di sini, anda bukan sahaja dapat membeli produk-produk Ramly seperti burger ayam atau daging frozen, oblong, karipap dan macam-macam lagi produk sejuk beku atau frozen yang boleh anda bawa pulang dan masak sendiri. Tetapi, di kafe mereka, anda dapat menikmati produk-produk ini Dalam keadaan sedia.
Sumber: Umai Cafe
Di dalam Skyrides Festivals Park Putrajaya, terdapat sebuah kafe dan restoran yang cukup menarik. Umai Cafe menarik perhatian ramai kerana menu lokalnya yang membuatkan pelanggan cukup teruja.
Sumber: ida_johor, dapur_tokma, btrsyiaznl, mualifaizan, hshalimatussaadiah
Berbalik kepada makanan yang mereka sajikan, anda pasti teruja kerana mereka banyak memfokuskan menu ke arah makanan tradisi seperti lempeng, roti jala, cucur, cekodok, dan macam-macam lagi snek atau makanan ringan yang tidak sering orang tawarkan.
Sumber: nmey 92
Sebuah Bistro Di Galeria PjH iaitu Padi House adalah antara restoran yang perlu anda kunjungi. Suasananya yang sangat classy dan modern, membuatkan ia sesuai dijadikan tempat berkumpul bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Malah, ia juga sesuai untuk anda jadikan tempat makan mingguan sekeluarga yang santai.
Sumber: nadia zammil , HIRAWATI ABDUL RAHMAN, Nazrsyadid Kadri, Tla Subra Channel
Membawakan menu Kopitiam dan western, Padi House ini membawa sentuhan elegan dalam setiap hidangan. Menu starter dan salad mereka sangat menarik. Antara kegemaran ramai ialah Nachos with Beef Chilli.
Sumber: Vince Ng
Fenomena shell out bukan sesuatu yang baru. Namun, antara pioneer atau restoran terawal yang membawakan fenomena ini dalam dunia kulinari Malaysia ialah Restoran Shell Out®. Di Putrajaya, anda akan jumpa restoran Shell Out® ini di Presint 8.
Sumber: aliahnazamusa
Menu di sini berasaskan makanan laut dan protein yang dimasak bersama pilihan kuah spicy buttermilk atau buttermilk. Ia juga dihidangkan bersama sayuran seperti jagung dan brokoli menjadikan ia sebuah hidangan lengkap apabila dimakan bersama nasi.
Sumber: lclineclearcatering
Siapa saja yang tak pernah dengar Nasi Kandar Line Clear di Penang? Kalau anda nak tahu, Line Clear juga tersedia di Putrajaya. LC Restaurant terletak di Presint Diplomatik.
Sumber: lclineclearcatering, Wildan Firdaus Badaruddin, YanYon, shah rehan, Khairul Nizam Bakar
Menu utama mereka tentunya nasi kandar yang famous dan meletup. Dengan pilihan ayam, ikan, telur, sotong, udang dan sebagainya sebagai sampingan, nasi kandar Line Clear ini memang dah tidak disangkal lagi tentang keenakannya.
Sumber: restorangegey
Restoran Gegey di Putrajaya ini antara restoran yang unik bukan sahaja dari segi hiasannya, malah menunya juga sangat unik dan berbeza. Hiasan dalaman yang simple, modern dan rustic ini membuatkannya sangat selesa dan sesuai untuk datang bersama keluarga.
Sumber: Farhana Syahira, Izzuddin Rahman, Farhan DdGeam, Salehuddin Asdi, Saufi aka Opit
Terdapat juga mee Jepun iaitu ramen yang dihidangkan bersama chicken chop atau baby crab. Menu western mereka dikira mesra keluarga dengan hidangan seperti chicken fingers, meatballs, chicken wing, spaghetti, chicken chop, chikyza, lamb chop dan sebagainya juga disediakan di sini. Malah terdapat juga pilihan set yang mana makanan anda dihidang dalam talam. Bolehlah makan bersama-sama.
Sumber: nordiasmurni
Tentunya ramai sudah pun mencuba Suki-Ya, restoran Jepun yang berkonsep hotpot, bukan? Buat pengetahuan anda, Suki-Ya juga ada di Putrajaya dan terletak di iOi City Mall.
Sumber: wankhairilreza, Jayzelyn Joves, basyiri.asnan, nordiasmurni
Mengekalkan konsep dan menu yang sama, Suki-Ya membawa hidangan hotpot signature mereka. Dengan pilihan protein, sayuran dan lain-lain yang luas dan bervariasi, anda boleh nikmati bersama sup pilihan anda.
Sumber: Medan Selera Presint 9
Tidak jauh dari Putrajaya Sentral dan Hospital Putrajaya, adalah lokasi makan-makan yang menjadi kegemaran ramai warga putrajaya kerana kepelbagaian makanannya dan juga keenakannya. Lokasinya adalah di Medan Selera Presint 9.
Sumber: Medan Selera Presint 9
Apa yang anda cari? Dari masakan pantai timur, barat, utara, moden, tradisional semuanya ada di sini. Antara hidangan yang boleh ditemui adalah mee bandung, tempoyak ikan patin, nasi kerabu, nasi lemak, mee claypot, tom yam, nasi ayam penyet, apam balik, cucur udang dan banyak lagi.
Sumber: Restoran Thai Kung
Siapa yang tak suka masakan Thailand? Untuk nikmat sebenar masakan Thailand, anda wajib singgah ke Restoran Thai Kung yang terletak di Presint 8. Bukan sahaja terkenal dengan keenakan masakan mereka, tapi juga kerana keindahan kawasan sekitarnya.
Sumber: Restoran Thai Kung
Kembali kepada topik makanan, bila bercakap tentang masakan Thailand, sudah semestinya anda kena cuba hidangan tom yamnya, boleh terpejam mata merasai kesedapan rasa yang tidak terkata.
Sumber: K Fry Urban Korean IOI City Mall Putrajaya
Bagi para pencinta masakan Korea, mungkin ramai yang dah tahu tentang kewujudan kedai makan K Fry Urban Korean. Untuk yang masih dalam mood explore masakan Korea pula, sekali cuba makan di kedai ini pasti tak cukup! Percayalah, ini bakal menjadi kedai yang anda akan singgah setiap minggu.
Sumber: K Fry Urban Korean IOI City Mall Putrajaya
Antara menu yang mesti anda cuba di sini adalah seperti Nyangpa Blossom (bawang goreng tepung), K Fry Chicken Wings, Anchovies Tuna Rice Ball, Cheesy Fried Chicken Bumbuk dan banyak lagi. Yang penting, semuanya menggunakan resepi Korea yang asli, dengan rasa yang tip-top!
Sumber: Restoran Selera Kita
Didatangi ratusan pelanggan setiap hari, keenakan hidangan di Restoran Selera Kita bukanlah suatu perkara yang boleh dipertikaikan lagi.
Sumber: Restoran Selera Kita
Sebagai info sekiranya anda ingin mencuba masakan di sini, restoran ini menghidangkan buffet seawal jam 10.30 pagi. Manakala, masakan panas ataupun bergoreng pula mula disediakan pada jam 12.30 tengahari.
Sumber: Mr. Kabab & Biryani
Nak cuba masakan Arab dan Pakistan? Mr. Kabab & Biryani adalah kedai yang patut anda tuju! Kedai makannya cukup luas untuk keselesaan anda yang merancang untuk datang bersama keluarga. Bukan itu sahaja, taman permainan indoor untuk kanak-kanak juga disediakan.
Sumber: Mr. Kabab & Biryani
Kalau anda pernah merasa masakan timur tengah dan Pakistan yang sebenar, anda pasti akan terkejut dengan betapa ‘menjadi’nya rasa masakan di kedai ni, bak kata orang putih, memang ‘authentic!’. Cuba dulu, baru tahu.
Sumber: Padi House, Galleria, Putrajaya
Santai dan selesa, sesuai sekali dengan nama kedai makan ini ‘Padi House.’ Bila dibayangkan padi, pastinya dapat dibayangkan hamparan sawah padi menghijau yang mendamaikan jiwa bukan? Atmosfera yang mendamaikan ini cukup menarik untuk dijadikan tempat makan bersama keluarga.
Sumber: Padi House, Galleria, Putrajaya
Antara makanan yang menjadi kegemaran ramai di sini adalah seperti burrito dan nachosnya yang sungguh crunchy dengan limpahan keju yang mengiurkan. Selain itu, macadameia cheese cakenya boleh membawa anda terbang ke angkasa.
Sumber: Pasar Malam Presint 2 Putrajaya
Banyaknya kedai makan best di Putrajaya ni, tapi macam banyak yang mahal je? Jangan risau, bagi yang nak berjimat-cermat, anda boleh ke Pasar Malam Putrajaya ataupun Pasar Tani Putrajaya yang terletak di Presint 2 pada setiap hari Selasa dan Jumaat bermula dari jam 4 petang.
Sumber: Pasar Malam Presint 2 Putrajaya
Untuk makanannya, terlampau banyak pilihan yang ada, sampai pening kepala nak buat pilihan.
Sumber: Balqis Restaurant
Balqis Restaurant boleh dikatakan antara restoran masakan Arab atau mediterranean yang terbaik di Putrajaya. Selain masakan timur tengah, mereka turut menawarkan masakan barat dan Cina.
Sumber: Balqis Restaurant
Antara masakan yang boleh dicuba adalah seperti daging kambing fahsah, spicy chicken pizza, nasi mandy, bbq platter dan sebagainya. Mengenai pizzanya, memang tak rugi kalau anda cuba, terutama sekali kalau anda mudah cair dengan rasa keju, ya, pizzanya sangat padat dengan cheese!
Sumber: Jombali – Kegemaran Malaysia
Bila dengar nama kedai ini, Jombali, mesti anda menyangkakan hidangan Indonesia atau masakan Jawa bukan? Sebenarnya, Jombali ini menawarkan hidangan barat dan tempatan sahaja, maaflah kalau kebenarannya membuatkan anda rasa kecewa.
Sumber: Jombali – Kegemaran Malaysia
Tapi jangan tawar hati dulu! Cuba datang ke sini untuk merasa apa yang mereka tawarkan, pasti puas lidah anda dengan keenakan rasanya. Pilihan makanannya juga sangat banyak. Jom bawa keluarga makan di Jombali!
Sumber: hameed’s nasi kandar@putrajaya lakeside
Beruntungnya orang utara yang duduk di Putrajaya, tak kurang banyaknya kedai makan yang dapat memuaskan tekak utara di sini. Selain Nasi Lan Kedah, kedai masakan utara lain adalah Restoran Hameed Nasik Kandaq Asli Utara.
Sumber: hameed’s nasi kandar@putrajaya lakeside
Sambil menikmati hidangan, anda boleh menyaksikan pemandangan di luar yang sangat menarik dengan air tasik yang tenang. Kalau anda nak tahu, Restoran Hameed Nasik Kandaq Asli Utara ini terletak di bahagian food court di bawah Masjid Putra.
Sumber: Medan Selera Alamanda
Pening kepala mencari lokasi kedai-kedai makan di Putrajaya? Sebagai shortcut, apa kata kalau anda singgah sahaja ke Medan Selera Alamanda, hampir segala makanan menyelerakan boleh ditemui di medan selera ni.
Sumber: Medan Selera Alamanda
Nak makan masakan tempatan, barat, Jepun atau banyak lagi? Semuanya ada di sini. Dari yee mee, kuey teow, nasi ayam hinggalah kepada McD, boleh rambang mata melihat pilihan yang ada.
Sumber: Almaeda Restaurant
Almaeda Arabian Cuisine menghidangkan pelbagai menu menarik menggunakan resepi asli dari Yemen. Macam mana boleh tahu asli? Mana tidaknya, chef-chef yang menghasilkan segala hidangan yang anda tempah di restoran ini dikatakan berasal dari Yemen.
Sumber: Almaeda Restaurant
Antara menu yang ada di restoran ini adalah seperti mandy ayam, daging kambing, kabsa, fahsa saltah, lamb akdah bersama roti dan banyak lagi.
Sumber: Master Gardener Putrajaya
Bercadang untuk makan angin bersama keluarga hujung minggu nanti? Apa kata kalau anda bawa mereka ke Taman Warisan Pertanian.
Sumber: Master Gardener Putrajaya
Di medan selera ini terdapat dalam sekitar 15 buah gerai yang masing-masing menyediakan menu yang sangat menyelerakan.
Sumber: Restoran Nasi Lan Kedah – Putrajaya
Bagi orang utara yang bermastautin di Putrajaya, bergembiralah anda sekalian dengan kehadiran satu-satunya cawangan restoran terkenal Nasi Lan Kedah di kejauhan ini. Bagi orang bandar yang tak pernah cuba makan di restoran ni lagi, ni nak habaq sikit kenapa Nasi Lan Kedah ni terkenal sangat di Kedah.
Sumber: Restoran Nasi Lan Kedah – Putrajaya
Untuk lauknya, anda boleh menggabungkan dengan ayam goreng atau mencuba sotong goreng, telur sotong atau sebagainya, boleh terkejut deria rasa anda dengan keenakan gabungan lauk-pauk yang ada.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |