Makan Di Nippon Sushi Taman Setia Tropika
Assalamualaikum WBT
SELEPAS menonton filem Malbatt - Misi Bakara tu, ngam-ngam masuk waktu makan tengahari. Iman mengajak makan di Dari Korea (kot la namanya) di Taman Setia Tropika. Hurmmm.. baru jer tengok filem Patriotik, tapi tekak nak makan makanan orang Korea pulak 😆. Sampai Taman Setia Tropika, hujan sedang turun lebat, mujur ada parkir kosong berhampiran restoran. Dah turun kereta, cari restorannya tak nampak pulak, biar betul!
Iman langkah kaki keluar dari kaki lima nak tengok papan tanda kedai. Eh, betul dah ini restorannya. Tengok, cuma sebelah shuttle door dibuka, itupun separuh. Jenguk dalam restoran, ada staf. Beliau menoleh apabila menyedari kehadiran kami dan cepat-cepat keluar. Rupa-rupanya, Dari Korea tidak lagi beroperasi dan mereka akan menukar tema makanan barat pulak. Beliau minta maaf dan minta kami datang apabila restoran baharunya siap tidak lama lagi.
Iman menunjukkan restoran Nippon Sushi di seberang jalan yang lagi satu. Kita pergi sanalah bonda. Perut memang tengah lapar beno, sushi pun sushi la.. kalau rasa tak nak makan sushi, nak makan nasi atau mee, boleh pesan jer dengan adik-beradiknya di sebelah iaitu Restoran MyViets 😆. Tapi, di Nippon Sushi pun ada juga nasi dan mee cuma Japanese Cuisine. Eh, cemana Jepun dengan Vietnam ni boleh jadi adik-beradik pulak ek, hahahaha
Memasing memutuskan untuk makan nasi berbanding sushi. Kalau tak dapat nasi tengah-tengahari tu, mahu naik angin pus pus Sk nanti. Iman pesa Seafood Combo RM28.30. Set ni lengkap nasi, sayuran dan miso soup, lauknya makanan laut, ada ikan, sotong dan udang, sedap 😋
Tuan Tanah Kedaung ambil Beef Teppanyaki RM23.90. Tak ada pulak close up gambar makanan Sk. Daging lembu masak teppanyaki tu memang sedap dan muai betul. Sama dengan Seafood Combo, ia dilengkapi dengan sayuran (kubis panjang) dan miso soup. Selain nasi, kami ambil sepiring Inari (2's) RM5.40, makan sorang seketul.
Yang depan warna biru tu minuman Iman, Popping Blue Lagoon RM9.80. Di dalamnya ada pearl yang meletup bila masuk dalam mulut. Ada kawan pejabat Sk tanya, macam mana Sk jaga badan tapi makan banyak? Sk minum ais kosong jer la makan banyak mana pun. Nak kata kurus tu tidak ya, BMI masih tinggi tapi mungkin sebab Sk tinggi jadi nampak macam tak gemuk, padahal masih obes lagi
Penutupnya, ambil sepiring mochi (3's) RM5.40. Gigit seorang separuh sebab intinya lain-lain. Tapi jangan tanya, Sk dah lupa inti apa setiap satu tu 😆. Mochi ni kalau ikutkan sama jer bahannya dengan kuih koci cuma kuih koci tu, dikukus sekali sahaja tapi mochi ni dikukus dua kali. Sekali selepas siap diadun dan diuli. Kali kedua selepas sipa diletak inti dan dibulatkan. Tu yang hasilnya lembut sungguh, itu pun bergantung pada kualiti dan kuantiti tepung dan air jugak serta intinya
Dekat sini, pesanan makanan dibuat dengan cara mengimbas QR Code yang diletakkan di meja. Selain tu, mereka juga bagi buku menu, cuma nak pesan tu, kena guna aplikasi Nippon Sushi yang kita muat turun melalui QR code. Memang teknologi ni lebih pantas kan sekarang selepas zaman pandemik bagi mengurangkan risiko bersentuhan dengan orang lain. Cuma kesiannya, kot ada warga emas yang kurang mahir menggunakan aplikasi di telefon pintar. Haaaa.. kalau rasa tak kenyang, boleh jer buat pesanan berulang-ulang pun tak payah segan-segan. Paling senang, capai jer sushi yang lalu-lalang tepi meja tu 😆
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/09/makan-di-nippon-sushi-taman-setia.html