Makan Di Restoran Kai Tod Decha Hatyai Thailand


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan cerita tentang pengalaman aku makan di sebuah restoran terkenal di Hatyai, Thailand. Sebelum mengulas dan bercerita lebih lanjut, suka aku nak beritahu bahawa ini adalah cerita tahun lalu, sebelum PKP dilancarkan. Bila aku perasan balik, eh macam ada cerita yang tertinggal. Harapannya tiada siapalah yang akan pelik, kenapa tiba-tiba mamat ni boleh pergi Thailand pulak time PKP/PKPB /PKPP ni

Okay, untuk mereka yang belum tahu atau dah tahu, tapi lupa, aku pergi ke Thailand pada tahun lalu, awal bulan Mac 2020 sempena program MET Satun-Phatthalung-Hatyai anjuran Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur. Aku ada ceritakan sedikit tentang pengalaman makan direstoran yang aku nak cerita ni dalam artikel Travelogue Thailand Part 6, jadi untuk artikel ini aku akan ceritakan dengan penuh ya.

Ini merupakan kali pertama aku ke Hatyai dan aku diberitahu bahawa restoran in iaitu restoran Kai Tod Decha merupakan antara restoran popular di Hatyai. Dikatakan ramai pelancong dari Malaysia datang makan di sini. Mungkin kerana ini adalah antara restoran Halal yang ada di sini


Dari luar restoran, boleh nampak suasana restoran yang meriah. Banner warna merah menggamit mereka yang lapar. Serta, dari luar boleh bau ayam goreng. Menu masakan ayam memang kegemaran aku, boleh dikatakan tiap hari aku makan ayam di rumah

Suasana dalam restoran pun selesa, pengunjung yang datang makan pun tidaklah ramai sangat. Jadi tak adalah sesak sangat sewaktu makan dan juga masa yang diambil untuk makanan sampai ke meja pun tidaklah lama

AYAM SEDANG DIGORENG

Sementara menunggu makanan siap di masak, aku pun adalah melihat cara mereka menggoreng ayamnya. Memang nampak sedap ayamnya. Rakan-rakan yang ikut sekali program ni pun ada beritahu aku, ayam gorengnya juga popular. Mungkin sebab itulah restoran ini popular juga

SENARAI MENU YANG DIMAKAN 
Wah, memang terliur juga sewaktu nak menulis artikel ni. Yalah, dah hampir setahun tak pengalaman makan di restoran ni. Bila teringat balik, memang terliur. Sebelum itu, aku nak minta maaf sebab ada antara menu ini yang aku tak tahu namanya.🙏

The Famous Fried Chicken - Menu utama restoran ini sudah tentunya ayam goreng ini. Seperti biasa, ayam goreng memang menjadi kegemaran semua orang. Tapi tak semua ayam goreng itu sedap. Ayam goreng di Kai Tod Decha ini memang sedap. Sebab tu ia sangat popular. Alhamdulillah, dapat jugak aku rasa


Thai Glass Noodles Salad - Antara menu baru yang aku pernah makan. Sebenarnya kalau di Malaysia atau di rumah sendiri, nak makan salad ni macam jaranglah. Tapi yang ini berbeza. Sebab saladnya siap ada noodle lepas tu ada juga seafood dalamnya. Memang sedap.

Larb, spicy minced chicken salad - Ini pun antara menu yang sedap. Ayam cincang pedas. Pertama kali jugak aku makan menu ni. Tak pasti dekat Malaysia aku ada jumpa ke tak. Tapi memang sedap. Rasa spicy yang betul-betul sedap.

Spicy Papaya Salad With Blue Crab - atau nama lainya som tam dengan ketam. Rasanya som tam memang dah popular kan di Malaysia? Macam aku sendiri, berasal dari Kedah, memang selalu jumpa menu ni di restoran Thai dan kadang-kadang ada juga orang melayu yang jual. Tapi of course makan Som Tam dekat Thailand lebih seronok dan authentic


Tom Yam Soup With Seafood - Kalau tengok Tom Yam ini agak pedas. Boleh nampak ada banyak cili flakes. Tapi pedas-pedas pun masih sedap dan dapat diterima tekak. Apa je yang tak sedap dekat Hatyai ni kan? Seafood yang ada dalam sup ni pun banyak. 

Fried Fish With Mango Salad - Okay, yang ini pun sedap. Aku tak pasti ikan apa, tapi sedap bila digoreng lepas tu makan dengan kerabu mangga. Isi ikan tu memang banyaklah, bila bergabung dengan rasa mangga tu jadi sedap dan lain. Korang kena cuba kalau datang ke sini


Thailand Ice Milk Tea - Teh Ais Thailand, bagi aku rasanya sama saja seperti di Malaysia, tapi mungkin tahap manisnya lebih. Yang menariknya mestilah presentationnya, siap ada buih-buih ya. Tapi bagi aku kalau nak makan banyak-banyak macam ni, aku lebih prefer minum air kosong sahaja


Jadi inilah keseluruhan meja makan kami pada malam tersebut. Memang penuh ya! Bila bab makan ni, aku memang excited, tambah-tambah bila makanan yang kita makan tu dari awal lagi dah nampak sedap. Tapi seperti biasalah, kalau blogger atau influencer, sebelum makan mestilah kena tangkap gambar banyak-banyak. Dalam 5-10 minit jugalah bergambar barulah dapat menjamu selera

Secara keseluruhannya, bila aku dah makan disini arulah aku faham kenapa restoran Kai Tod Decha ini merupakan antara restoran popular di Hatyai, Thailand ini. Pelancong-pelancong dari Malaysia kalau datang ke Hatyai ni mestilah wajib untuk datang dan singgah di restoran ini. Memang puas hati makan disini dengan semua menu yang ada. Terima kasih kerana membaca artikel kali ini. ✌
RESTORAN KAI TOD DECHA, HATYAI
Lokasi :  93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, ThailandLaman Web : Kai Tod Decha – Kai Tod Decha Hatyai
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/03/makan-di-restoran-kai-tod-decha-hatyai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Tomyam Pekat Ala Restoran Thai Simple Tapi Padu Confirm Makan Bertambah

Resipi Tomyam Pekat Ala Restoran Thai Simple Tapi Padu Confirm Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 492 hits
Hidangan lauk ringkas seperti sup dan tomyam sememangnya menu pembuka selera bukan hanya untuk anak anak bahkan untuk kita dewasa Tomyam dengan ayam goreng atau ikan goreng panas pastinya buat makan bertambah Resipi Tomyam Ala Thai yang dik...
Video Gara Gara Tak Dapat Order Makan Sampai Melayang Kerusi Meja Restoran

Video Gara Gara Tak Dapat Order Makan Sampai Melayang Kerusi Meja Restoran

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 195 hits
972 total views 972 views today Tular video sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan semalam Insiden itu dipercayai berpunca kerana tidak sempat order makanan menyebabkab sekumpulan lelaki bertindak agresif ...
Pergi Kedai Nak Makan Kedai Tutup Sekumpulan Lelaki Kelaparan Mengamuk Di Restoran

Pergi Kedai Nak Makan Kedai Tutup Sekumpulan Lelaki Kelaparan Mengamuk Di Restoran

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 285 hits
Pergi kedai nak makan kedai tutup Sekumpulan lelaki kelaparan mengamuk di restoranMalam Ahad sekumpulan lelaki dirakam menjahanamkan sebuah premis di Jalan Tun Sambathan dengan membaling kerusi dan meja plastik dan video kejadian itu viral ...
Ibu Oyen Tarik Anak Dewasa Untuk Makan Kasih Ibu Sepanjang Masa

Ibu Oyen Tarik Anak Dewasa Untuk Makan Kasih Ibu Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 378 hits
Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama sebagai Strenjerr juga berkongsikan situasi itu kepada umum Ini jelas terbukti bahawa haiwan juga tidak mengenal usia anak untuk sayang akan anak anaknya apabila perkongsian tersebut menunjukkan...
Denny Sebut Oposisi Banyak Makan Duit Haram Dan Seperti Emak Emak

Denny Sebut Oposisi Banyak Makan Duit Haram Dan Seperti Emak Emak

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 195 hits
Pegiat media sosial Denny Siregar kemblai melemparkan sindiran tajam kepada para kelompok oposisi pemerintahan Presiden Joko Widodo atau Jokowi Menurutnya kelompok yang berseberangan dengan pemerintah itu adalah orang orang yang gagap tekno...
Beri Anak Makan Buah Delima Bagus Untuk Terang Hati Otak Jadi Bijak

Beri Anak Makan Buah Delima Bagus Untuk Terang Hati Otak Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 335 hits
Rupanya ada rahsia pemakanan untuk latih anak jadi pintar Secara umumnya setiap kanak kanak mempunyai perkembangan yang berbeza Justeru ibu bapa tidak boleh membandingkan keupayaan anaknya dengan anak orang lain Malah pada tahap ini otak ka...
Makan Aiskrim Di Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh Perak

Makan Aiskrim Di Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 736 hits
Makan Aiskrim di Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh Perak Awal Januari aritu mama ada pergi ke Ipoh bersama keluarga Maka sempat juga kami singgah Makan Aiskrim di Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh Perak Tempat ni antara tempat makan popular kat Ipoh ...
Buat Kuih Cara Manis Guna Acuan Takoyaki Mudah Dan Puas Makan

Buat Kuih Cara Manis Guna Acuan Takoyaki Mudah Dan Puas Makan

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 410 hits
Teringin nak makan kuih cara acuan pula tak ada Acuan takoyaki adalah tapi boleh saja kita olah cara kita Comel pula buat kuih cara manis guna acuan takoyaki ni makan pun senang Seketul tu sekali ngap je KUIH CARA MANISBAHAN BAHAN 2 cawan t...
Daim Dibidas Warlord Apa Bukan Semua Orang Kaya Tak Habis Makan Macam Daim Shahrir

Daim Dibidas Warlord Apa Bukan Semua Orang Kaya Tak Habis Makan Macam Daim Shahrir

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 251 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin veteran Umno mempersoalkan kenyataan veteran politik Daim Zainuddin bahawa Umno sarat dengan warlord atau panglima perang hingga tertarik untuk memperkatakannya di laman Facebook Ketua Umno Johor Bahru Shahrir...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life