Makan Di Restoran Budak Siew Mai


 Assalamualaikum WBT 


BERTEMU lagi di hari Jumaat. Hari me time. Hari melepak. Hari melepek jugak 😄. Penat jugak sebenarnya kalau duduk jer, jadi marilah kita buat kerja apa yang patut.



Lama dah rasanya tak makan di Restoran Budak Siew Mai. Hari tu, nak pergi makan di kedai kipas susah mati Pak Inche, restoran mana lagi jika bukan Al-Anisah, tapi masa sampai tu tengok shuttle door dah turun separuh. Rupa-rupanya mereka dah ubah waktu operasi, sampai jam 8 malam je. Jadi, kami ke Restoran Budak Siew Mai, dekat-dekat situ jugak


Pak Inche makan Cantonese Kueyteow. Dekat sini tak ada masakan hailam kegemaran PI dalam menu. Yang tak logiknya, minta lada sulah, staf kata, dekat situ tak ada lada sulah. Kalau cili potong ada. Sk kata, lada sulah.. White Pepper,  kot la dia tak faham lada sulah, kan. Tak ada jugak jawapannya. Macam mustahil la kan kat restoran tak ada lada sulah. Sk sebut merica halus, merica bubuk, kot la dia faham Bahasa Indonesia (Dia Malaysian)


Hari tu Sk tak makan nasi sebab bawa bekal Mee Goreng tapau dari Restoran Assalam The Kedai Mamak malam sebelumnya yang Sk ceritakan DI SINI. Sk makan tu waktu sarapan, punyalah kenyang sebab ada nasi sekali, hihi. Dah macam makan nasi ambang. Jadi, tengahari tak pergi beli nasi campur. Teringin la pulak nak makan nasi kat RBSM. 
Sk pilih Wok Fried Chicken Kung Pao. Banyak pilihan masakan wok fried berasaskan ayam, lembu, udang dan sotong yang dihidangkan bersama nasi putih. Sk tengok dalam menu, kebanyakan harganya telah dinaikkan. Mereka tampal sticker pada harga lama dan tulis harga baru. Masakan wok fried menggunakan daging lembu mencecah sehingga RM20 sepinggan. Tentu mereka terpaksa jugak menaikkan harga kerana harga barang mentah memang mencanak-canak naiknya. Ayam Kung Pao ni antara yang agak murah iaitu RM13

Minta jugak Chee Cheong Fun tapi dah habis. Fried Carrot Cake pun habis juga. Masa mengambil pesanan, staf beritahu akan ambil masa 20 minit. Aaa.. memang faham kat sini lambat, sebab tu PI tak minat sangat nak makan di sini. Tambah lagi, Mee Hailam tak ada dalam menu. Harga pun boleh tahan. Tapi bagi Sk, berpatutan harga yang ditawarkan dengan persembahan hidangannya yang berada dalam kelas tersendiri




Disebabkan tak makan tengahari, bekalan Green Tea yang Sk bawa ke pejabat tidak diminum la. Jadi, bawalah keluar makan malam. Termos ni bagus, sampai malam pun airnya masih panas lagi. Kalau dah sejuk selap, memang tak sanggup lah Sk nak minum,  kembang tekak jadinya nanti, hahahaha. 
Cakap dengan PI, restoran kegemaran dia dah tutup awal, esok kenalah kita masak sebab dah tak tahu kat mana nak makan. Tahulah PI tu, cerewet bukan main, semua tak kena dengan selera dan cara dia. Nasib baiklah ada bini yang tak cerewet, kalau sama-sama cerewet, lu fikirlah sendiri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/06/makan-di-restoran-budak-siew-mai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syl Kerap Makan Di Restoran Bareng Keluarga Pakai Duit Kementan Tagihan Biasanya Rp10 Juta

Syl Kerap Makan Di Restoran Bareng Keluarga Pakai Duit Kementan Tagihan Biasanya Rp10 Juta

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 216 hits
Oki menyebut sumber uang untuk membayar makan di restoran itu dari ATM ruangan operasional
Makan Ala Thai Di Restoran Nurlaila Danok Thailand

Makan Ala Thai Di Restoran Nurlaila Danok Thailand

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 363 hits
Restoran Nurlaila Danok thailand Restoran Nurlaila Danok thailandRestoran Nurlaila ni dekat je dengan border Bukit Kayu Hitam Lepas korang cop passport boleh terus datang sini Masuk ke Danok makan masakan ala thai baru la feel nak makan den...
Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 371 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kalau sebut sahaja Sekinchan apa yang pertama terbayang dalam fikiran korang Sawah padi luas yang menguning Atau Homestay ...
53 Tempat Makan Menarik Di Melaka Restoran Sedap Best

53 Tempat Makan Menarik Di Melaka Restoran Sedap Best

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 667 hits
Tahukah anda bukan sekadar destinasi bercuti yang best semata mata hanya kerana peninggalan klasik hasil jajahan yang dah berdekad lamanya tapi juga disebabkan kewujudan terlampau banyak kedai makan yang menarik untuk dicuba Sama ada sarapa...
30 Tempat Makan Menarik Di Langkawi Restoran Paling Best

30 Tempat Makan Menarik Di Langkawi Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 497 hits
Setuju tak kalau admin katakan bahawa destinasi pelancongan paling best adalah yang paling banyak menawarkan tempat makan menarik Kalau anda setuju Langkawi bakal menjadi salah satu destinasi paling menakjubkan yang pernah dikunjungi Pulau ...
Makan Di Restoran Masakan Cina Muslim Tanjung Malim

Makan Di Restoran Masakan Cina Muslim Tanjung Malim

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum WBT SEMASA dalam perjalanan ke Pulau Pinang kami singgah ke Tanjung Malim Tujuannya untuk memadamkan kelaparan Pagi tu Pak Inche cuma lapis alas perut dengan sebungkus nasi lemak daun pisang Sk yang makan dua bungkus pun lap...
Adira Suhaimi Jawab Tuduhan Langgar Idah Anak 4 Orang Tu Siapa Nak Beri Makan

Adira Suhaimi Jawab Tuduhan Langgar Idah Anak 4 Orang Tu Siapa Nak Beri Makan

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 367 hits
Penyanyi Adira Suhaimi jawab tuduhan langgar idah susulan ada netizen mempersoalkan tindakannya yang masih keluar dan berdandan sedangkan baru sahaja berpisah dengan usahawan Datuk Red Mencari rezeki tanggung diri amp anak2 Menerusi posting...
Restoran Bekas Adun Jeram Disimbah Cat Merah

Restoran Bekas Adun Jeram Disimbah Cat Merah

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 190 hits
KUALA SELANGOR Sebuah restoran milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram di Puncak Bestari Bandar Puncak Alam di sini disimbah cat merah dipercayai oleh ceti haram atau ah long hari ini Kejadian kira kira pukul 2 53 pagi tadi itu disedar...
Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Baju Raya Haji 2025

Kurma Muda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

Anwar Warns Against New Geopolitical Orthodoxy Reaffirms Asean Centrality

Has Malaysia Ever Seen Ministers Resign When They Lose Support