30 Tempat Makan Menarik Di Langkawi Restoran Paling Best


Setuju tak kalau admin katakan bahawa destinasi pelancongan paling best adalah yang paling banyak menawarkan tempat makan menarik? Kalau anda setuju, Langkawi bakal menjadi salah satu destinasi paling menakjubkan yang pernah dikunjungi.
Pulau ini sememangnya tidak lokek dengan kehadiran restoran, terlampau banyak pilihan yang ditawarkan untuk menampung keperluan ramai pelancong yang datang.
Namun begitu, bukan semua restoran menjanjikan kualiti makanan yang diidamkan.
Untuk mengelakkan kekecewaan disaat menyuap makanan ke dalam mulut, Mai Singgah menyenaraikan 30 tempat makan menarik di Langkawi yang best.
Nak tahu di mana? Teruskan membaca untuk mencari tempat makan yang berjaya menaikkan selera anda.
01. Nasi Dagang Pak Malau Sumber: Nasi Dagang Pak Malau Nikmati perasaan penuh nostalgia apabila anda singgah makan di restoran Nasi Dagang Pak Malau.
Di restoran yang terletak berdekatan dengan Masjid Kampung Bukit Temin ini, anda dapat menikmati nasi dagang Terengganu yang cukup enak berlemak rasanya.
Anda boleh memilih sama ada ingin berlaukkan daging lembu, ayam, ikan atau kambing. Tapi sejujurnya, tiada gabungan yang lebih sempurna dengan nasi dagang daripada gulai ikan tongkol.
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (8.00 am – 2.00 pm) | Selasa (Tutup)
02. The Kasbah Sumber: The Kasbah Langkawi The Kasbah adalah salah satu khazanah tersembunyi di Langkawi kerana kedudukannya yang jauh dari kesibukan kota dan agak tersorok.
Untuk memudahkan anda mencari lokasinya, gunakanlah Google Map. Walaupun agak tersembunyi, percayalah, selepas merasai hidangan di restoran ni, lokasi restoran ini pasti akan terus tersemat di ingatan.
Baca: 62 Destinasi Menarik Di Langkawi
The Kasbah menawarkan beraneka menu yang mengiurkan daripada masakan tempatan hinggalah kepada masakan barat. Mana satu selera yang anda ingin puaskan?
Salah satu makanan yang boleh dicuba di sini adalah Phat Boy Cheese iaitu burger daging yang diselaputi oleh keju yang meleleh, jeruk bawang, tomato, salad dan juga mustard.
Dalam setiap hidangan burger ini juga turut lengkap dengan french fries dan sos tartar yang dihasilkan sendiri oleh chef restoran.
Sambil menikmati makanan yang dihidangkan, anda akan dihiburkan dengan alunan muzik retro / reggie. Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat menyaksikan persembahan muzik yang diadakan secara live.
Alamat: Lorong HJ Salleh Lot 1301, Kampung Bohor Tempoyak, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 11.00 pm)
03. Restoran Orkid Ria Sumber: zarulsukri Bukan senang nak jumpa tempat makan menarik di Langkawi yang sentiasa dipenuhi pelanggan tapi dalam masa yang sama dapat memberikan layanan pantas kan? Tapi beginilah layanan pelanggan di Restoran Orkid Ria, memang tip-top!
Terletak di Pantai Cenang, sebuah kawasan pantai yang indah, anda boleh menjangkakan hidangan makanan laut yang cukup segar.
Apa yang anda ingin merasa? Udang karang? Udang galah? Tiram? Ketam? Atau bermacam-macam lagi, anda boleh memilih makanan laut yang diinginkan melalui akuarium gergasi yang diletakkan di ruang masuk restoran.
Antara hidangan yang terkenal di sini adalah seperti udang harimau masak lada hitam, ketam masak cili dan ketam yang dibakar bersama keju.
Alamat: Lot 1225, Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 3.00 pm, 6.00 pm – 11.00 pm)
04. Kak Yan Nasi Campur Langkawi Sumber: Restoran Kak Yan Ulu Melaka Murah semacam! Bagi sesiapa yang ingin berjimat tapi tak rela membiarkan lidah merasai masakan yang tak mencapai standard, mai singgah ke restoran Kak Yan Nasi Campur Langkawi.
Betapa murahnya masakan yang dihidangkan di sini sehinggakan ada yang mengatakan jumlah bayaran yang dikenakan untuk hidangan lengkap yang penuh dengan lauk bagi 7 orang pun masih tidak lebih dari RM90!
Bagi anda yang datang bersama keluarga, tidak perlu lagi memandang restoran lain kalau anda ingin menyelamatkan poket dari kebocoran.
Apa hidangan yang ada di sini? Terlalu banyak, mencecah sehingga 50 jenis masakan berbeza. Selain nasi campur, makanan lain yang patut dicuba adalah laksa utara, bubur kacang dan juga bubur jagungnya.
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (8.30 am – 4.00 pm) | Isnin (Tutup)
05. Restoran Wan Thai Sumber: Restoran Wan Thai Restoran Wan Thai adalah sebuah restoran yang cukup luas, mampu memuatkan sehingga 300 orang pelanggan.
Dengan saiz seluas ini, tak mustahil kalau dikatakan pihak restoran mengambil langkah ini kerana mereka sendiri yakin dengan kualiti hidangan yang disediakan.
Seperti namanya, restoran ini menghidangkan masakan Thai dengan keenakan yang sukar ditandingi restoran lain.
Dalam banyak-banyak hidangan yang ada, menu yang menjadi kegilaan orang ramai adalah pulut mangga dan juga pulut duriannya.
Selain ini semua, turut patut dicuba adalah otak-otak, udang Wan Thai, tom yam, lompang dan banyak lagi!
Alamat: 80-82, Langkawi Mall, Kuah (Jalan Pokok Asam), Langkawi, Kedah 07000
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00am–03.00pm & 06.30pm – 10.00pm)
06. My French Factory Sumber: MY French Factory Langkawi Dah puas makan masakan tempatan? Jom bawa deria rasa anda bercuti ke Paris dengan merasai hidangan kota romantik ini daripada sebuah restoran yang dimiliki orang Perancis sendiri iaitu My French Factory.
Salah satu hidangan yang tidak akan mengecewakan anda adalah salty crepe dengan telur, cheese dan ayam bakar.
Gabungan telur dan cheese bersama ayam bakar ini menghasilkan rasa yang sungguh menyelerakan! Atau rasa yang bak kata orang Perancis “Superbe!”
Hidangan lain yang terdapat di sini adalah waffle yang rangup dengan ais krim kelapa, crepe dengan nutella + ais krim vanilla dan banyak lagi. Boleh kecur air liur mendengarnya.
Alamat: Ground Floor, Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00 am – 11.00 pm) | Jumaat (Tutup)
07. Halim GP Gulai Panas Airport Sumber: Halim GP Gulai Panas Peminat gulai atau kari? Restoran Halim GP Gulai Panas Airport boleh jadi tempat paling heaven bagi deria rasa anda.
Salah satu feedback daripada mereka yang pernah mengunjungi kedai ni adalah “Orang yang tak minat kari pun akan hirup sampai licin!”
Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih daripada pelbagai  jenis masakan laut yang ditawarkan, sama ada ikan, ketam, sotong atau udang yang segar-segar belaka.
Lepas tu, anda boleh “tepuk dada, tanya selera” masakan apa yang nak dicuba? Sekadar digoreng celup tepung? Dijadikan gulai? Atau macam-macam lagi masakan lain yang terlintas di fikiran, pekena pula dengan sambal belacan dan ulam, rasanya memang meletop!
Alamat: No 4, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 pm – 12.00 pm)
08. Restoran Pak Haji Ya Nasi Ayam Sumber: Eylizar Homestay Langkawi Penggemar nasi ayam? Bila dah cuba Restoran Pak Haji Ya Nasi Ayam, anda tak akan jumpa lagi nasi ayam lain yang dapat mengalahkan keenakan di restoran ni.
Dikatakan, kicapnya lain daripada yang biasa kita nikmati, tapi yang penting, kelainan rasanya adalah jauh lebih sedap daripada biasa.
Buktinya, boleh dilihat kedai ni jarang sekali lengang daripada kedatangan pelanggan terutama sekali pada waktu tengah hari.
Untuk mendapat makanan dengan cepat, elakkan daripada datang pada waktu kemuncak ini.
Alamat: 82-98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (Tutup)
09. Restoran Siti Fatimah Sumber: RESTORAN SITI FATIMAH Juga menjadi port makan yang sibuk pada waktu tengahari adalah restoran masakan kampung, Restoran Siti Fatimah.
Antara yang boleh dinikmati di sini adalah masakan petai, tempe, bronok, ikan bakar, kari dan banyak lagi! Untuk pencuci mulut pula, anda boleh mencuba jeli ais bandung specialnya, lega tekak lepas berpanas-panasan di bawah matahari.
Seperti yang dikatakan tadi, kedai makan ini menjadi pilihan ramai pada waktu tengahari, oleh sebab itu, kalau anda teringin untuk merasa masakannya, seboleh-bolehnya datanglah sebelum pukul 2 petang.
Kalau lebih dari itu, banyak lauk yang dah licin. Harganya? Bakal membuat anda tersenyum puas hati.
Alamat: Batu 5 ¼, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air, Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 4.00 pm)
10. Tanjung Tirai View Café Sumber: Tanjung Tirai View Cafe Bukan sekadar menghidangkan makanan yang menyelerakan, lanskap di sekitar Tanjung Tirai View Café ini juga menjadikan pengalaman bersantapan di sini sebuah memori yang sukar untuk dilupakan.
Masakan utama ataupun signature dish di Tanjung Tirai View Café ini adalah ikan jenahak masak asam jawa dan juga sotong goreng tepung.
Masakan lain seperti ketam kari powder juga tak kurang mantap rasanya, sungguh enak!
Sambil makan, nantikan saat matahari terbenam, keindahannya wajib diabadikan di dalam foto.
Alamat: Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap Hari (05.00am–12.00am)
11. Santai @ Kuza & Luke Café Sumber: Santai Café Kafe yang sungguh selesa dengan tempat duduk yang lengkap dengan bantal  sofa empuk, Santai @ Kuza & Luke Café adalah kedai makan yang patut anda jadikan pilihan utama setelah kepenatan makan angin di sekitar pulau.
Aura kafe ini sungguh cosy dengan dekorasi dalaman yang sedap dipandang mata, cukup relaks.
Mengenai hidangannya, anda boleh mencuba masakan seperti tom yam seafood, seafood aglio e olio pedas, steak, pisang goreng cheese, kari hijau Thai, asam pedas, nasi goreng seafood, lamb chop dan banyak lagi.
Dari masakan Thai, western hinggalah tempatan, macam-macam ada. Nak cuba semua sekali pun boleh, percayalah, tiada satu pun yang mengecewakan.
Sambil menikmati makanan yang dihidangkan, anda akan dihiburkan dengan alunan muzik yang sedap didengar.
Alamat: 132, Jalan Pantai Kok, Kg. Batu Ara, Kampung Batu Ara, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (5.30 pm – 11.30 pm) | Selasa (Tutup)
12. Desa Permata Ikan Bakar Seafood Sumber: Restoran Desa Permata Ikan Bakar Desa Permata Ikan Bakar Seafood adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan selera tempatan dalam harga yang lebih murah daripada kebanyakan kedai seafood lain.
Seperti nama kedai, menu utama di sini adalah ikan bakarnya yang disertakan dengan sos istimewa yang akan membuat anda makan sambil menjilat jari.
Selain ini, sebenarnya terdapat banyak lagi makanan seafood yang boleh dipilih.
Anda boleh menikmati seafood yang diingini dengan pelbagai jenis masakan ala kampung yang ditawarkan seperti asam pedas, masak lemak, gulai panas dan sebagainya.
Alamat: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (5.00 pm – 12.00 am) | Selasa (Tutup)
13. Arang Langkawi Sumber: Arang Langkawi Selalunya bila berada di Langkawi, anda akan disajikan dengan hidangan-hidangan makanan laut yang cukup mantap.
Tetapi, ada satu restoran di sini yang cukup istimewa. Arang BBQ & Grill yang terletak di Jalan Teluk Baru membawakan hidangan makanan grill dan BBQ ke warga Langkawi.
Dengan suasana dan sekelilingnya yang nyaman dan relaxing, berdekatan dengan tepian laut, digandingkan pula dengan hiasan dalaman kedai yang menawan, Arang Langkawi memang antara restoran pilihan untuk menikmati makanan sedap dalam suasana yang santai.
Ruang makan outdoor mereka juga sangat menarik.
Sumber: Kolja Oswald, sarlyadre, Husaini Majid Menu yang mereka bawakan fokus kepada makanan yang dimasak secara grill. Antara yang popular di sini ialah Grilled fish atau senang cakap, ikan bakar lah.
Ikan yang dibakar adalah mengikut catch of the day atau hasil tangkapan yang terbaik pada hari itu. Kiranya, lain hari, lain ikan lah. Dihidangkan bersama salad, harissa dan nasi Mediterranean, memang ramai yang menggemari hidangan ini.
Baca: 9 Villa Di Langkawi Dengan Kolam Renang Peribadi
Selain itu, anda juga boleh dapatkan makanan laut bakar yang lain seperti udang bakar dan sotong bakar. Aneka jenis burger yang mereka tawarkan juga adalah antara menu popular di sini.
Tentunya daging patti yang mereka sediakan sendiri dibakar atas arang, jadi rasanya memang sedap.
Makanan western lain seperti lamb chop, Mediterranean chicken dan lain-lain juga mesti dicuba. Jangan lupa cuba Arang Langkawi bila berada di sini.
Alamat: Jl. Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari – (02:00pm-12:00am)
14. Yasmin Syrian Restaurant Sumber: @yasmin123.86 Ramai yang tentu terkejut bila tahu yang terdapat sebuah restoran Arab di Pantai Chenang. Tetapi, Yasmin Syrian Restaurant sedia menanti anda.
Restoran yang simple dan santai ini sangat berbeza dari restoran Arab yang sering kita kunjungi di kota. Dengan lokasinya yang berdekatan dengan tepi pantai, ia membawa vibe yang lebih santai dan selesa.
Sumber: @yasmin123.86, Moatassem Medhat, Clara Lam Balfour, Laila Essa, Menu mereka tentulah makanan berunsurkan masakan Timur tengah dan Arab. Tetapi penampilannya juga lebih bergaya dan modern.
Anda boleh dapatkan nasi Arab kegemaran anda seperti nasi mandi, nasi kabsah, maqluba dan sebagainya.
Tetapi mereka turut menyediakan makanan grill dan sandwich seperti shish tawook, kebab dan shawarma.
Makanan ringan mereka seperti falafel, mousakka, hummus dan fattoush juga menjadi pilihan ramai untuk dinikmati pada waktu minum petang.
Digandingkan pula dengan kopi Turki atau teh pudina Arab, memang terbaik. Jangan lupa singgah ke sini bila anda teringin makanan arab ketika bercuti nanti.
Alamat: Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (12:00pm-12:00am)
15. Alhamdulillah Restaurant Sumber: aini fakharuddin Sebuah lagi restoran makanan Arab dan Timur tengah yang perlu anda cuba ialah Alhamdulillah Restaurant yang terletak di Pekan Rabu.
Kedai ini lebih kepada look dan vibe Arabic. Hiasan dalaman yang terinspirasi dari budaya Arab, dengan warna biru azure yang cukup menarik, suasana di sini lebih authentic.
Sumber: Roderick Evan, Ziyad Alharbi, LL Bontigao, Rosa Hase Menu mereka tentunya fokus kepada masakan Arab dan Timur tengah, tetapi masih menyelitkan sedikit masakan western dalam menu mereka.
Nasi Arab kegemaran anda seperti nasi Mandi, nasi kabsah dan lain-lain tentulah antara menu utama. Selain itu, hidangan lain turut disertakan bersama nasi.
Contohnya shawarma mereka boleh dipilih untuk dihidangkan bersama nasi Arab. Selain itu, restoran masakan Syria ini juga agak popular dengan hidangan grilled fish mereka.
Masakan western yang kami nyatakan tadi termasuk chicken chop, whole chicken, lamb dan burger. Buat pengetahuan anda, mereka turut menyediakan perkhidmatan shisha di sini. Memang mesti try apabila anda berada di Langkawi.
Alamat: Lot 5, Persiaran dayang Pekan Rabu – baru Baron Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (02:00pm-10:00pm)
16. The Argan Trees Restaurant Sumber: @argantrees Pernahkah anda mencuba makanan Mediterranean dan Morocco? Jika ingin tahu serba sedikit tentang budaya dan makanan di sana, marilah ke The Argan Trees Restaurant.
Terletak di Jalan Pantai Tengah, The Argan Trees Restaurant ini seakan-akan membawa sebuah dunia rahsia dalam restorannya. Restoran ini dihias seperti berada di Kepulauan Mediterranean.
Dengan pokok-pokok dan pilihan warna yang chill seperti biru muda dan putih, suasana di sini memang best.
Sumber: Clara Lam Balfour, Benjamin Salcedo, Mohammed A_AL-3lwan Buat pengetahuan anda makanan dari Kepulauan Mediterranean dan Morocco ini adalah seperti gandingan antara masakan western dengan masakan Timur tengah.
Terdapat unsur-unsur Arabic sedikit, dan ada unsur-unsur eropah sedikit. Yang popular di sini ialah lamb and veggie tagine, couscous dan zaalouk.
Mereka juga menyediakan pelbagai jenis sup seperti Bouillabaisse Dan chicken sup yang dihidang bersama roti bun.
Anda juga boleh mencuba kebab, seafood kebab, Moroccan salad dan macam-macam lagi yang membawa rasa yang sangat unik dan berbeza.
Lengkapkan pengalaman makan anda di sini dengan Moroccan tea. Barulah best.
Alamat: Sunblock, Jl. Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Selasa (05:00pm-10:30pm) | Rabu-Ahad (02:00pm-10:00pm) | Isnin (Tutup)
17. Telaga Seafood Restaurant Sumber: Suhair Affash Bila dah sampai ke Langkawi, tentulah nak makan makanan laut, bukan? Anda boleh datang ke Telaga Seafood Restaurant yang menghidangkan pelbagai jenis makanan laut.
Terletak di Pantai Chenang, restoran ini membawa konsep ala kampung dengan struktur restoran yang banyak menggunakan kayu dan dihiasi dengan atap yang berukir. Suasananya ceria dan dalam masa yang sama, sangat aman.
Sumber: Svetlana Prokhorova, Jason Abel ray, Bob afshar, telagarestaurant Menu utama di sini ialah masakan makanan laut. Malah, ikan, udang, lobster, ketam dan lain-lain boleh dipilih fresh dari dalam akuarium mereka. Betul-betul fresh ya makanan laut di sini.
Hidangan seafood ini bertambah memuaskan apabila dipadankan dengan nasi goreng mereka.
Jadi bila anda makan beramai-ramai, bolehlah pesan macam-macam makanan laut seperti sotong goreng tepung, ikan goreng Thai atau stim, ketam dimasak dengan kari, macam-macam lagi.
Terdapat juga masakan a-la carte seperti makanan laut ala western, masakan Arab, masakan panas dan goreng-goreng dan sebagainya. Selepas menjamu selera, pastikan anda cuba juga aiskrim atau gelato mereka, barulah lengkap.
Alamat: Telaga Seafood Restaurant, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 4pm-12am (setiap hari)
18. Pia’s the Padi Sumber: pia’s the padi Miliki lidah yang sensitif seperti seorang chef? Anda tak akan kecewa dengan hidangan di Pia’s the Padi, rating untuk rasanya adalah 10/10!
Tapi untuk menikmati masakan yang sesempurna ini, kadar caj yang dikenakan juga bersesuaian dengan usaha tukang masak restoran ini untuk menghasilkan rasa yang semewah ini.
Menu yang ditawarkan bukan sahaja masakan Melayu, tapi juga barat dan India.
Hidangan-hidangan yang boleh anda cuba kalau singgah ke sini adalah pasta bolognese, sayur masak butter masala, ayam masak kurma, rendang daging, steak ikan, ayam berkeju dan banyak lagi.
Untuk masakan berdaging, dagingnya cukup empuk, mudah digigit dengan kesegaran yang jelas terasa. Kuah-kuah yang dihidangkan juga secukup rasa, sangat kaw!
Anda juga pasti akan berpuas hati dengan saiz hidangannya yang begitu mengenyangkan.
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00pm–03.00pm & 06.00pm–09.00pm)
19. Artisan Pizza Sumber: Artisans Pizza Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan Pantai Cenang sudah cukup menarik perhatian ramai orang untuk singgah.
Tapi ini bukanlah daya tarikan sebenar Artisan Pizza, kerana sebab utama ianya dibanjiri pelanggan adalah kerana kualiti pizzanya yang super-duper sedap!
Ini adalah berdasarkan banyak review yang pernah dikongsikang oleh mereka yang pernah datang ke restoran ini.
Yang hebatnya, pujian ini diberikan oleh mat saleh sendiri yang menjadikan pizza sebagai makanan ruji mereka, power tak power?
Tidak hanya menghidangkan pelbagai variasi pizza, restoran ini turut menawarkan fish & chips, seafood pasta, cheeseburger, sandwich, ais krim dan juga pelbagai jenis masakan India.
Harganya? Sangat berpatutan. Wajib singgah tau! Tak larat nak bergerak ke restoran? Artisan Pizza turut menyediakan khidmat delivery terus ke muka pintu secara percuma dari pukul 9 hingga 12 malam.
Alamat: Bandar Baru Baron Kuah, Perdana Quay, Telaga Harbour Park, Pantai, Kok, Langkawi, Kedah
20. HBL Food Corner Sumber: Langkawi Permata Kedah Ini adalah salah satu restoran masakan tempatan yang paling best di Langkawi. Apa yang anda terbayang nak makan?
Pelbagai masakan sayur, kari, ikan bakar, atau bermacam lagi masakan ala kampung lain, boleh didapati di HBL Food Corner.
Walau apa pun lauk yang diambil untuk dimakan bersama nasi, gandingan paling penting untuk melengkapkan rasanya adalah kerabu bronok dan air asam, wajib!
Sambil menikmati makanan ini, anda boleh menyaksikan pemandangan Gunung Raya yang terbentang di depan mata.
Alamat: HBL Food Corner, Kampung Lubok Dalam, Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 10.00am–04.00pm
21. Warung Jati Aisya Sumber: Warung Jati Aisya “Kalau boleh nak makan di sini setiap hari!” Inilah salah satu komen yang diberikan mereka yang pernah datang ke Warung Jati Aisya.
Pelbagai pilihan lauk-pauk beraneka rasa ditawarkan dalam harga yang  sangat berpatutan. Sekali cuba, anda akan ringan kaki untuk singgah ke kedai ini lagi.
Setiap kali datang, anda boleh merasa pelbagai menu yang berbeza memandangkan jenis lauk yang dihidangkan cukup banyak.
Anda boleh memilih lauk-pauk yang terdiri daripada pelbagai masakan ikan, ayam, daging, sayur dan kuah.
Alamat: 5, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (07.00am–05.30pm)
22. EE Burger Trimula Cafe ( Pekan Kuah Langkawi ) Sumber: Langkawi Permata Kedah Jangan tertipu dengan nama kafe ini, EE Burger Trimula Cafe, kerana kafe ini bukan hanya menghidangkan burger, tapi juga banyak lagi makanan lain seperti masakan grill, pasta, steak dan masakan tempatan lain.
Berkaitan dengan harganya, jangan terkejut, kerana ada hidangan yang lebih murah daripada gerai-gerai di jalanan.
Saiz hidangannya juga cukup mengenyangkan.
Alamat: 1, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (05.00pm–12.00am) | Rabu (Tutup)
23. Kaki Gunung Café Sumber: Gary Siapa sangka daripada sebuah gerai kecil dengan jualan air kelapa dan rempeyek, kini makin terkenal dalam kalangan pemburu makanan sebagai salah satu kedai makan yang menarik.
Kalau anda giankan nasi Arab berlaukkan kambing yang enak dalam harga bajet, anda boleh singgah ke Kaki Gunung Cafe yang terletak hanyalah 10 minit sahaja dari tarikan Lafarge Langkawi Plant.
Selain nasi Arab, makanan lain yang boleh anda cuba adalah seperti chicken wrap yang kaya dengan rasa, roti leleh, burger yang padu dengan keju, kebab kambing dan banyak lagi.
Sumber: Nasi Arab Kaki Gunung Café Bukan sekadar terkenal dengan nasi Arab, kedai makan ini turut menghidangkan masakan barat, Melayu dan Cina.
Apa sahaja selera anda, semuanya akan dihidangkan di depan mata dalam saiz hidangan yang sangat mengenyangkan.
Sebagai pencuci mulut, anda boleh menikmati coconut shakenya yang cukup enak.
Lebih sebab untuk anda mengunjungi kafe ini adalah kerana ia turut lengkap dengan kemudahan seperti tandas dan surau yang selesa untuk para pengunjung.
Alamat: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00am–11.00pm) | Jumaat (Tutup)
24. Veena Restaurant Thai Seafood Sumber: Veena Thai Restaurant Pejamkan mata semasa menghirup kuah tom yam yang dihidangkan di sini, fikiran anda akan mula melayang seolah-olah betul-betul berada di Thailand.
Padat dengan rasa, pekat, pedas dan masam, mustahil untuk anda berhenti menghirup.
Baca: 27 Hotel Istimewa Di Langkawi
Ingin merasai pengalaman seindah ini? Anda boleh singgah ke Veena Restaurant Thai Seafood.
Hidangan di restoran ini bukan sahaja dapat membuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di Thailand, tapi harganya juga sangat berpatutan.
Dicadangkan untuk datang ke sini sebelum pukul 8 malam untuk mengelakkan masalah meja penuh.
Alamat: 3, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (05.00 pm–11.30pm)
25. Laksa Power Sumber: Des Mond Saksikan pemandangan kapal terbang berlepas serta lautan biru yang tenang sambil menikmati laksa yang paling power pernah dirasai.
Pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti ini boleh anda lalui di kedai Laksa Power yang mana keseimbangan rasa masam, masin dan manis laksanya membuatkan anda nak tambah lagi dan lagi.
Setelah puas menghargai rasa laksa, anda boleh menikmati cendol yang turut dijual di sini untuk dijadikan pencuci mulut sambil menanti saat matahari terbenam ketika mana keindahan pemandangannya sukar diungkap dengan kata-kata.
Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (09.00am–08.00pm)
26. Jom Ikan Bakar Sumber: jom ikan bakar langkawi Kempunan hidangan ala kampung yang simple? Jom makan di Jom Ikan Bakar yang berlokasi di Padang Matsirat.
Gabungan nasi putih, ikan bakar yang berperencah secukup rasa, dimakan bersama dengan ulam dan sambal belacan, baunya saja sudah menarik selera.
Tempat makannya juga agak selesa untuk anda datang menikmati hidangan bersama keluarga. Sebelum pulang, anda boleh singgah ke gerai di sebelah untuk menyegarkan tekak dengan air coconut shake.
Alamat: Jom Ikan Bakar Masakan Ala-Kampung, Jalan Lapangan Terbang, Langkawi 07000
Waktu Operasi: Setiap Hari (09.00 am–05.00 pm)
27. Restoran Padang Pasir Sumber: Restoran Padang Pasir Perut berbunyi pada pukul 2, 3 pagi? Mai singgah ke tempat makan yang dibuka 24 jam ni iaitu Restoran Padang Pasir.
Bermacam masakan mamak boleh anda cuba, antaranya adalah roti paratha, chapati, thosei, dosa, roti canai, ayam tandoori, kari, mee goreng dan macam-macam lagi!
Daripada kesemua menu yang ditawarkan, makanan paling penting untuk anda cuba di restoran ni adalah nasi kandar dan juga apom lenggangnya yang sungguh enak lebih-lebih kalau dinikmati semasa masih panas. Kadar harganya juga sangat berpatutan.
Alamat: 121, Jalan Padang Matsirat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 24 Jam
28. Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi Sumber: Selera Lubuk Buaya Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi adalah sebuah restoran yang sesuai untuk disinggahi bagi anda yang bercuti dalam bajet kerana restoran ini sangat terkenal dengan harganya yang begitu murah.
Bukan itu sahaja, kualiti rasa lauk-pauk yang dihidangkan juga sangat mantap!
Nak lebih sempurna? Anda boleh menikmati makanan ini bersama dengan aneka jus buah yang ditawarkan. Harga dah murah, apa salahnya tempah jus buahkan?
Lokasinya, hanyalah beberapa tapak dari Pantai Cenang. Dah hilang rasa lapar, bolehlah anda terus ke pantai untuk menikmati bayu laut dan pemandangan matahari terbenam.
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
29. Restoran Seashell Sumber: Spa Jelai Terletak di tengah-tengah bentangan sawah padi, suasana yang nyaman dapat anda rasai sebaik menjejakkan kaki ke lantai kayu Restoran Seashell.
Lokasinya, terletak tidak jauh dari Muzium Laman Padi. Alang-alang melawat muzium, jangan lupa untuk singgah ke restoran bergaya kampung ni ya?
Bukan hanya sedap dipandang mata, masakan Melayu yang ditawarkan restoran ini juga sungguh enak.
Kesemuanya dihidangkan dalam saiz yang besar dengan kadar harga yang cukup berpatutan. Tiada sebab untuk tak singgah ke sini kan?
Alamat: Seashells Restaurant, Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (02.00pm–12.00am) | Rabu (Tutup)
30. Unkaizan Japanese Restaurant Langkawi Sumber: Unkaizan Japanese Restaurant Bawa deria rasa anda terbang ke Jepun pula dengan menikmati hidangan di Unkaizan Japanese Restaurant Langkawi.
Dimiliki oleh keluarga Jepun, anda boleh menjangkakan makanan dengan rasa Jepun yang betul-betul asli, bukannya dibuat-buat.
Betapa sedapnya masakan di kedai ini sehingga salah seorang pengunjungnya yang berasal daripada New York mengatakan bahawa ini adalah restoran Jepun yang paling best pernah dicuba. Ini reviewnya:
“Kedai makan Jepun paling best saya pernah cuba (dan di NYC terdapat banyak pilihan restoran Jepun yang menarik).
Saiz hidangan yang besar, servis yang berkualiti tinggi, dan ikannya juga sangat segar sehingga membuatkan saya rasa seperti tidak pernah merasai sushi ikan sebenar sebelum ini.” – Dylan Rapoport
Macam mana? Tergoda nak cuba? Sebelum itu, ingin Mai Singgah kongsikan antara hidangan yang patut anda cuba di sini seperti yang dicadangkan orang ramai iaitu tiram bakar, sup miso, belut bakar, sushi dan set salmon. Jom serbu!
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (06.00 pm–11.00 pm) | Rabu (Tutup)
Kesemua 25 destinasi makan menarik ini hanyalah sebahagian daripada banyak lagi kedai makan yang ada di Pulau Lagenda ini.
Walaupun hanya di Langkawi, deria rasa anda dapat ‘melancong’ ke serata dunia, daripada Thailand hinggalah ke Perancis, inilah pengalaman menjamu selera yang dapat anda rasai di Langkawi.
Baca: 64 Destinasi Menarik Di Kedah
Oleh sebab itu, tangguhkan dulu cita-cita anda untuk berdiet sebelum bercuti ke Langkawi, kerana pulang sahaja daripada Langkawi nanti, berkemungkinan besar berat badan anda akan bertambah berkali ganda.
Jangan buang masa lagi, rancang perjalanan anda sekarang! Selamat bercuti dan menjamu selera di Langkawi!
The post 30 Tempat Makan Menarik Di Langkawi (2024) | Restoran Paling Best appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-langkawi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
53 Tempat Makan Menarik Di Melaka Restoran Sedap Best

53 Tempat Makan Menarik Di Melaka Restoran Sedap Best

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 338 hits
Tahukah anda bukan sekadar destinasi bercuti yang best semata mata hanya kerana peninggalan klasik hasil jajahan yang dah berdekad lamanya tapi juga disebabkan kewujudan terlampau banyak kedai makan yang menarik untuk dicuba Sama ada sarapa...
36 Tempat Makan Menarik Di Kajang Syurga Makanan Best Untuk Foodie

36 Tempat Makan Menarik Di Kajang Syurga Makanan Best Untuk Foodie

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 357 hits
Setelah berhari hari bekerja sebaik tiba hujung minggu mesti ramai yang tak sabar sabar untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri atau ingin meluangkan masa bersama keluarga Salah satu cara terbaik untuk melakukan semua ini adalah denga...
Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 238 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kalau sebut sahaja Sekinchan apa yang pertama terbayang dalam fikiran korang Sawah padi luas yang menguning Atau Homestay ...
9 Tempat Menarik Di Golok Wajib Pergi 2024

9 Tempat Menarik Di Golok Wajib Pergi 2024

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 334 hits
Kalau dalam artikel sebelum ini saya dah kongsikan lebih 30 kali ini saya senaraikan pula tempat menarik di Golok Thailand untuk rujukan percutian anda Rakyat Malaysia ni suka betul bercuti di Selatan Thai kan Mana tidaknya lokasinya dekat ...
Shedazz Ayam Goreng Kunyit Tempat Makan Tersembunyi Di Bukit Bintang Kl

Shedazz Ayam Goreng Kunyit Tempat Makan Tersembunyi Di Bukit Bintang Kl

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 301 hits
tangga ke 33 food court33 food court berada di tingkat 2Kalau korang jalan jalan di Bukit Bintang KL nak cari makan yang bajet dan sedap korang boleh cari Shedazz ayam goreng kunyit Gerai ni terletak di food court yang agak tersorok dari la...
Tempat Menarik Di Betong Thailand Yang Korang Boleh Cover Dalam 1 Hari Je

Tempat Menarik Di Betong Thailand Yang Korang Boleh Cover Dalam 1 Hari Je

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum Hari kedua di Betong Untuk pengetahuan pembaca kami tak menginap di Betong kami menginap kat hotel di Baling Kedah Tak jauh pun Kalau nak tahu kisah hotel macam mana nak ke Betong ikut Pengkalan Hulu Perak boleh cari entry s...
Makan Di Restoran Budak Siew Mai

Makan Di Restoran Budak Siew Mai

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum WBT BERTEMU lagi di hari Jumaat Hari me time Hari melepak Hari melepek jugak Penat jugak sebenarnya kalau duduk jer jadi marilah kita buat kerja apa yang patut Lama dah rasanya tak makan di Restoran Budak Siew Mai Hari tu na...
Restoran Bekas Adun Jeram Disimbah Cat Merah

Restoran Bekas Adun Jeram Disimbah Cat Merah

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 136 hits
KUALA SELANGOR Sebuah restoran milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram di Puncak Bestari Bandar Puncak Alam di sini disimbah cat merah dipercayai oleh ceti haram atau ah long hari ini Kejadian kira kira pukul 2 53 pagi tadi itu disedar...
Decision For Langkawi Underground Dam Made After Thorough Study Sanusi

Decision For Langkawi Underground Dam Made After Thorough Study Sanusi

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 193 hits
The decision to build an underground dam in Langkawi was made after federal government agencies conducted an intensive study said Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor The construction of the underground dam was one of the initiatives ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023