Hutan Melintang Dan Zura Nasi Lemak Hijau


Petang semalam, saya dan encik suami bertolak dari rumah di PP ke Hutan Melintang, Perak atas urusan kerja encik suami. Kami memulakan perjalanan agak lewat, waktu sudah menghampiri pukul 4.30 petang. 
Kami berhenti menunaikan solat Asar di Hentian Sebelah Taiping sebelum keluar di Exit 146 - Changkat Jering/Taiping/Beruas. Di Changkat Jering ni ada Kuey Teow Theng, encik suami tanya kalau saya nak singgah makan di situ. Malas pula saya nak singgah sebab hari dah lewat, kalau boleh nak cepat sampai ke destinasi

Perjalanan kami diteruskan melalui jalan yang agak sempit dan berliku-liku melewati pekan Terong dan pekan Beruas. Memasuki Beruas, terpapar papan tanda ‘Selamat datang ke Beruas. Warisan Gangga Negara’. Gangga Negara dipercayai merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu lama yang berpusat di Beruas

Perjalanan seterusnya melalui laluan E32 - Lebuhraya Pantai Barat (WCE). Laluan yang tenang saja, tak banyak kenderaan di sini

Keindahan panorama mentari senja di WCE. Pukul 7.17 malam tetapi belum pun masuk waktu Maghrib. Sekarang ni waktu Subuh pun lewat, iaitu sekitar pukul 6.20 pagi. Pukul 7 pagi jenguk luar masih gelap

Alhamdulillah kami selamat tiba di Hutan Melintang sekitar pukul 8 malam. Pusing-pusing cari tempat makan, akhirnya pergi KFC je sebab mudah nampak dan mudah parkir. Tiga ketul ayam goreng dihidang atas pinggan makan, diberi juga satu pinggan kosong. Eh, rasa macam dah lama tak dapat pinggan kan? Biasanya dihidang atas kotak kertas tu je

Selesai makan sambil menahan mata mengantuk dan penat badan, kami menuju ke hotel penginapan. Kali ni cuba hotel lain pula, kunjungan lepas kami menginap di Hotel Lagenda. Di Hutan Melintang ni cuma ada beberapa hotel je, tak banyak pilihan

Bilik penginapan kami - Deluxe King Room di VVIP Hotel. Keluasan sederhana, dilengkapi dengan sofa 2 tempat duduk, peti sejuk mini dan tempat gantung baju. Sebuah bilik yang memuaskan. Bilik airnya juga bersih dan selesa digunakan. Rasa puas hati walaupun pada awalnya terasa mahal perlu membayar RM145

Hotel ni juga ada sediakan lif, mudahlah nak angkat beg. Cuma satu masalah di sini, waktu daftar masuknya pukul 3 petang dan perlu daftar keluar pukul 11 pagi. Encik suami minta sehingga pukul 12 tengah hari, sebab saya akan menunggu di bilik sementara encik suami pergi selesaikan urusan kerjanya. Jadinya dapatlah mengurangkan masa saya perlu melepak di lobi hotel jika urusan encik suami berlanjutan

Pemandangan dari jendela bilik penginapan kami. Foto diambil pada waktu pagi tadi

Ini pula foto hidangan sarapan pagi kami - nasi lemak hijau. Dah dua kali ke Hutan Melintang, dua kali juga bersarapan di tempat yang sama. Dalam entri terdahulu, saya ada menyebut berkenaan kedai makan ini tak ada sebarang papan tanda nama. Kali ini dah ada papan tanda nama di jalan masuk ke kawasan kedai - Zura Nasi Lemak Hijau

Selesai urusan kerja encik suami nanti, kami belum pasti lagi sama ada nak terus balik ke PP atau nak berjalan-jalan ke tempat lain. Kadang tu rasa malas nak berjalan-jalan, tapi alang-alang dah lalu tu rugi pula tak ambil kesempatan melihat tempat orang







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/02/hutan-melintang-dan-zura-nasi-lemak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keenakan Nasi Kerabu Lemak Bakar Di Melor Kelantan

Keenakan Nasi Kerabu Lemak Bakar Di Melor Kelantan

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 345 hits
Nasi Kerabu Lemak Lembu Bakar Nasi Kerabu merupakan satu hidangan tradisi di negeri Kelantan yang mempunyai banyak bahan bahan di dalamnya Selain dari kepelbagaian ulam ulaman di dalam menu itu sendiri ia juga lebih enak dimakan dengan gand...
Dah Nak Habis Sebungkus Nasi Lemak Baru Nampak Tunjuk Kat Penjual Dan Dia Pun Terkejut

Dah Nak Habis Sebungkus Nasi Lemak Baru Nampak Tunjuk Kat Penjual Dan Dia Pun Terkejut

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 206 hits
BAYANGKAN perut sudah kenyang selepas menjamah hidangan namun tiba tiba mata anda tertangkap satu bendasing pada pembungkus makanan tersebut
The Colours Of Life Sarap Nasi Lemak Nyonya Meleleh Limbongan Melaka

The Colours Of Life Sarap Nasi Lemak Nyonya Meleleh Limbongan Melaka

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 295 hits
The Colours of Life Sarap Nasi Lemak Nyonya Meleleh Limbongan Melaka Layan sarap kat sini Layan juga makan nasi lemak kat sini Yummy https youtube com shorts IW9HUyQ5a4M feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipid...
Nasi Lemak Krabster Bukan Nasi Lemak Biasa Biasa

Nasi Lemak Krabster Bukan Nasi Lemak Biasa Biasa

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 277 hits
Sebelum check in hotel di Kota Damansara perut nak kena di isi dulu Waktu makan malam dah terlajak jauh perut pun dah meminta minta Mana taknya dah pukul 9 lebih kot Kesana kesini layan jem jalan raya lagi Wajib makan nasi risau lapar nanti...
Nasi Lemak Rm1 Vs Nasi Lemak Rm3

Nasi Lemak Rm1 Vs Nasi Lemak Rm3

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 431 hits
Seorang lelaki dipercayai pengusaha kantin memarahi seorang wanita yang merupakan peniaga nasi lemak RM1 kerana didakwa menutup periuk nasinya Menerusi video yang tular di laman TikTok lelaki itu mendakwa mendakwa wanita itu menutup jalan u...
Sambal Nasi Lemak

Sambal Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 283 hits
Begitulah konten seorang surirumah ya masak masak makan makan anak anak Pokok pokok Itu ajelah yang Mama Yan mampu tulis Nak selalu tulis pasal masak masak pun Mama Yan masak benda yang sama aje pun bukannya reti masak sangat pun hahaha Oka...
Sarapan Nasi Lemak Kambing Bakar Di Dapur Tokma

Sarapan Nasi Lemak Kambing Bakar Di Dapur Tokma

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 501 hits
Assalamualaikum WBTSEJAK semalam dah berjanji dengan Fidah pagi ni nak sarapan di Dapur Tokma Ialah dah lama tak makan sama Siapa yang lama follow Sk tahulah kan yang Sk tak bersarapan di luar pada hari kerja Tengahari pun tapau makanan di ...
Akak Jual Nasi Lemak Seringgit Matilah Kami Peniaga Nasi Lemak Rm1 Dakwa Diserang Pengusaha Kantin

Akak Jual Nasi Lemak Seringgit Matilah Kami Peniaga Nasi Lemak Rm1 Dakwa Diserang Pengusaha Kantin

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 157 hits
Seorang peniaga nasi lemak RM1 berdekatan dengan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam mengakui dirinya terkilan selepas ditegur oleh pengusaha kantin berdekatan yang datang meluahkan rasa tidak puas hati dengannya Dalam penjelasan Aina mela...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Maksud Tanggungjawab

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Awis Spin Harapan Palsu Chord

Penyediaan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1