Makan Di Kedai Makan Tepian Pantai Kak Ani Pak Lah Tanjung Dawai Kedah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, nampak gayanya kita semakin menghampiri penghujung tahun 2023 masihi. Bagaimana dengan azam tahun 2023 anda? Sudah tercapai atau belum
Baiklah, tanpa membuang masa kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dan keluarga jalan-jalan dan makan di Tanjung Dawai, Kedah. Kalau diikutkan memang banyak juga artikel yang aku tulis tentang Tanjung Dawai ni. Antaranya :
a) https://www.aerill.com/2023/02/berkelah-bersama-keluarga-di-pantai.htmlb) https://www.aerill.com/2018/04/gerai-terbaik-di-kompleks-tanjung-dawai.htmlc) https://www.aerill.com/2018/04/sehari-di-tanjung-dawai-kedah-darul-aman.html
Untuk artikel ke sekian kalinya ini aku nak kongsikan pula satu tempat makan yang ada di Pantai Rhu, Tanjung Dawai, Kedah
{tocify} $title={KANDUNGAN}
MAKAN DI KEDAI MAKAN TEPIAN PANTAI KAK ANI & PAK LAH, TANJUNG DAWAI, KEDAH
Baiklah, baru-baru ini aku dan keluarga berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk membeli beberapa makanan laut kering dan sebagainya. Sebelum membeli barangan dan makanan kering tersebut, kami pun singgahlah di Pantai Rhu, Tanjung Dawai
Dalam artikel sebelum-sebelum ini, aku pernah kongsikan tentang berkelah di Pantai Rhu bersama keluarga. Ketika itu masih tiada sebarang kedai makan di kawasan sekitar Pantai Rhu ini kerana semuanya masih dalam proses pembangunan
Mungkin kerana melihat kepada jumlah pengunjung yang semakin ramai dan pantai ini semakin popular, maka begitu banyak pembangunan dinaikkan seperti kedai makan, kiosk dan sebagainya.
Sampai sahaja kami ke restoran yang diberi nama Kedai Makan Tepian Pantai Kak Ani & Pak Lah ini memang ramai sungguh pelanggan walaupun kami datang pada hari bekerja
Bila pelanggan ramai dan penuh macam ni, tempat duduk pun agak terhad dan alhamdulillah, kami jumpa tempat duduk muat untuk 5 orang di bahagian luar. Tanpa melengahkan masa, jom aku kongsi apa menu yang kami sekeluarga makan
MENU YANG DICUBA DI KEDAI MAKAN TEPIAN PANTAI KAK ANI & PAK LAH
LAKSA KEDAH : Menu laksa ini adalah untuk ayah aku. Saiz hidangan yang besar & kuah pun sedap
KUETIAW GORENG SOTONG : Menu ini pula untuk adik bongsu aku. Sebenarnya ada beberapa jenis lagi kuetiaw goreng macam goreng udang, seafood dan sebagainya
MEE KUAH UDANG : Menu ini pula untuk mak, aku sendiri dan adik aku. Sekali sekala mencuba mee udang. Ada tiga ekor udang bersaiz agak besar diletakkan bersama. Kuahnya memang sedap, saiz pun besar
LAICI KANG : Untuk laicikang ini pula sebenarnya tak jumpa pula laici di dalamnya. Ke nama je laici kang tapi memang tak ada laici dalam menu ini sebenarnnya? Konfiuslah
ABC : Ais Batu Campur ini pun seperti yang anda boleh dapatkan di mana-mana gerai lain, tiada yang istimewa melainkan warna warninya.
PISANG GORENG CHEESE + NUTELLA : Okay sebenarnya menu ini bukanlah dari kedai makan ni tetapi di kiosk yang terletak di sebelahnya. First time ya keluarga aku makan pisang goreng cheese ni, selalu makan pisang goreng tepi jalan yang biasa sahaja. HAHA
Secara keseluruhannnya, pengalaman makan di Kedai Makan Tepian Pantai Kak Ani & Pak Lah ini memuaskan. Disebabkan pelanggan yang ramai, masa yang diambil untuk makanan dan minuman sampai agak lama, tetapi aku dan keluarga faham akan permasalahan itu
Ada beberapa menu yang sedap, dan ada yang memuaskan. In shaa Allah mungkin selepas ini aku dan keluarga akan datang lagi untuk mencuba menu lain pula di sini
PANTAI RHU, TANJUNG DAWAI, KEDAH
Selepas makan, aku dan adik aku cadangnya nak ke pantailah, melihat matahari terbenam, bergambar dan sebagainya. Tak sampai 5 minit, hujan turun selebat-lebatnya. Jadi tak sempatlah nak ambil gambar yang banyak
Hujan turun sahaja, aku dan orang ramai yang lain lari bertempiaran mencari tempat berteduh. In shaa Allah mungkin lain kali dapatlah berehat dan lepak lebih lama di pantai ini
KEDAI MAKAN TEPIAN PANTAI KAK ANI & PAK LAH
LOKASI : Pantai Rhu, Tanjung Dawai, 08110 Bedong, Kedah
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2023/12/makan-di-kedai-makan-tepian-pantai-kak.html