Makan Di Cookies Ginger Restaurant


 Assalamualaikum WBT
        
DAH bertahun-tahun tak makan di Cookies & Ginger Restaurant. Dulu, agak sukar nak jumpa restoran makanan barat yang dimiliki oleh orang melayu (pastinya muslim). Cookies & Ginger antara yang ada, tapi, sejak dah banyak pilihan kami dah jarang ke sana tambahan lagi PKP selama dua tahun. Baru-baru ni, nampak lalu di Tik Tok, Cookies & Ginger telah membuka restoran di tempat baharu iaitu di Taman Nusa Sentral. Uish, setaman dengan Cik Ani rupanya.
        
Punyalah sempoi dengan muka tak berbedak. Ingatkan nak pergi makan kedai mamak aje, sekali Pak Inche kata, jom pergi Cookies & Ginger! Kali terakhir makan kat C & G, masa buat sambutan hari jadi nenek budak-budak ni, hahaha.
        
Sk pasang waze sebab masa tu tak pasti lagi lokasi C & G, ni. Waze bawa masuk highway dan keluar di Iskandar Puteri. C & G beroperasi di aras bawah apartment dan kali ini mengambil dua lot kedai. Satu lot tu, memang dapur semata, kemahen besar dapurnya. Bahagian dalam restoran menampilkan ciri rekaan dalaman yang cozy dan memukau mata serta menambah selera.
       
Starter, macam selalu la.. pilih Nachos dan Mushroom Soup kegemaran Pak Inche. Nachos (RM15) disajikan bersama sos daging cincang yang sedap serta taburan cili jeruk dan chili mayo. Mushroom Soup (RM15) terlalu pekat, macam ngelat la, rasa tepung sungguh, hahaha. Menariknya, ia dihidangkan bersama sepotong croissant dan mentega.

Pilihan Sk, Pasta C&G Garlic Cream bersama ayam. Ia merupakan spaghetti yang digaul bersama sos bawang putih yang berkrim dengan taburan chili flakes dan lada hitam serta Fried Chicken Chop yang sedap ramuannya. Porsinya sangatlah besar sampai tak daya Sk nak melicinkannya, hahaha. Yang ni harganya RM25


Ini Iman punya, Mushroom Fillet Steak RM29. Iman cakap, sedap giler. Ia disajikan bersama Sauteed Vege, kentang yang dipanggang dan sepotong croissant

 
Pak Inche pilih Sirloin Steak, RM44. Sedap, tapi sayangnya, ada sikit lagi tu, mungkin kena guna gergaji elektrik untuk potong, hahaha. Dah macam nak gergaji papan gayanya Pak Inche, Sk fikir, takkanlah tak pandai potong pulak, sekali Sk cuba nak hiriskan memang tak boleh ya. Mujurlah Pak Inche pun dah kenyang makan nachos dan mushroom soup dengan croissant tu. Dua beranak ni tak suka sangat Sauteed Vege tu sebab semua sayur yang dorang tak suka iaitu timun, carrot dan terung. Sk la yang makan sayur dorang semua.. hurmmm.. patutlah rasa kenyang nau nau, burpppp


Pak Inche kata total RM160+, mahal! Hahahaha. Ialah, selalu kan makan kedai tomyam baru RM80, hahahahahahahah


Terima kasih tau, Pak Inche

Cookies & Ginger Restaurant
 LG-21, One Sentral Apartment, Jalan Sentral 1, Taman Nusa Sentral, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Buka setiap hari kecuali Rabu3 petang hingga 9 malam
No Telefon : 010-543 3881

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/12/makan-di-cookies-ginger-restaurant.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Makan Lamb Pizza Jom Try Kat Paradise Reyan Restaurant

Nak Makan Lamb Pizza Jom Try Kat Paradise Reyan Restaurant

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 352 hits
Assalamualaikum Ingatkan hari nie boleh la cuti kan lepas mengundi nampaknya tak kena la kerja macam biasa Korang mengundi tak Untuk PRU15 kali ini Fiza memilih untuk menunaikan tanggungjawab di Sek Men Keb Bentong Datang mengundi sambil te...
Makan Bersama Keluarga Di Tiga Budak Gemok Cawangan Perlis

Makan Bersama Keluarga Di Tiga Budak Gemok Cawangan Perlis

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera Kali ini aku nak kongsikan tentang tempat makan yang pastinya ramai yang dah kenal dan ...
Makan Di Ikan Bakar Muara Anjung Batu

Makan Di Ikan Bakar Muara Anjung Batu

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum WBTSELEPAS menghadiri kami terus bergerak ke Melaka Ramai yang ingat Pak Inche akan ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia kan tapi tak ya Pak Inche kata kali ni dia nak tengok sambil rilek ...
Elok Makan Panadol

Elok Makan Panadol

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 302 hits
Berkat makan kismis minda ingatan pemimpin PAS dah kembali pulih Tapi sayangnya terlewat sedikit Dah lepas PRU baru nak makan kismis minda tu Masa 33 bulan dalam kerajaan langsung tak sentuh pasal RUU355 ni Tiba tiba jadi pembangkang baru n...
Makan Pisang Kembar Akan Dapat Anak Kembar

Makan Pisang Kembar Akan Dapat Anak Kembar

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 236 hits
PISANG KEMBAR Buah pisang dari jiran sebelah rumah DULU Mitos Kalau makan dapat anak kembar Orang tua Tak elok makan pisang kembar SEKARANG Bukan Mitos Kalau takde gen keturunan kembar tak usah berangan Hanya DIA yang menentukan Orang tua C...
Cara Kenali Fizikal Ikan Tidak Segar Bahaya Untuk Di Makan

Cara Kenali Fizikal Ikan Tidak Segar Bahaya Untuk Di Makan

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 421 hits
Ikan adalah sumber protein yang kaya dengan zat Apalagi untuk kecerdasan dan banyak khasiat dari protein jenis daging putih ini Ciri Fizikal Ikan Tidak Segar DimakanDalam banyaknya zat ikan akan ada tempoh luputnya juga jika tidak dimakan d...
Resipi Koktail Buah Padu Sukatan Banyak Untuk Anak Ramai Puas Anak Makan

Resipi Koktail Buah Padu Sukatan Banyak Untuk Anak Ramai Puas Anak Makan

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 198 hits
Jika membeli sebekas koktail buah berebut rebut anak makan Memang tak pernah cukup bila dikongsi bersama Apa kata kali ini kita sediakan sendiri di rumah dan mewahkan koktail dengan buah buahan Tak perlu berebut buat sekali banyak seperti r...
Meriah Makan Malam Di The Flavourist Bluesmoke Bila Cukup Korum

Meriah Makan Malam Di The Flavourist Bluesmoke Bila Cukup Korum

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 257 hits
Meriah Makan Malam Di The Flavourist Bluesmoke Bila Cukup Korum Memang seronok bila ada kesempatan untuk makan beramai ramai dengan anak anak Dah lama kami tak makan dengan cukup bilangan ahli keluarga sebabnya kadang kala kami makan kat lu...
Belum Terlewat Untuk Cebur Kerjaya Politik Makan Tak Habis

Belum Terlewat Untuk Cebur Kerjaya Politik Makan Tak Habis

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 246 hits
Best kalau anak beranak turut diangkut bersama Dalam keadaan seperti tikus jatuh ke beras masih ada yang tamak haloba untuk terus korup sangat jijik dan Hina
Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kumpulan Ceramah Ramadhan 2025

Cadangan Baik Dari Dap

Balancing Security And Civil Liberties Why Malaysia Should Retain Sosma

Reverting To 1 Year Housemanship Not To Solve Shortage Says Ministry

Anwar Pledges Aid For Al Quds University Madrasahs In Jerusalem

Lunch Date Dengan Team Mate Di The Light Hotel Penang