Makan Di Ikan Bakar Muara Anjung Batu


 Assalamualaikum WBT
SELEPAS menghadiri Majlis Perkahwinan Diana dan Shaharin, kami terus bergerak ke Melaka. Ramai yang ingat, Pak Inche akan ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, kan.. tapi tak ya. Pak Inche kata, kali ni dia nak tengok sambil rilek-rilek aje. Biarlah wartawan dari KL yang buat liputan pulak. Jadi, Pak Inche kata, lepas makan kena pastikan balik hotel sebelum pukul 9 (malam) 😆. Kami daftar masuk hotel dulu, mandi-manda dan sebagainyalah, baru segar, kali ni tak nak makan Asam Pedas tapi nak makan ikan bakar. 

Macam selalu, kami ke Ikan Bakar Muara Anjung Batu. Di kalangan regular customer, ia juga dikenali sebagai Ikan Bakar Cikgu. Sedikit masa dulu, lama kedai ni ditutup membuatkan kami pergi ke tempat-tempat lain seperti Muara Sungai Duyung, Alai, Mukmin dan beberapa lagi. 

Ikan dibakar secara tradisional iaitu hanya digaram semata-mata tanpa sambal atau ramuan lain. Dulu, mereka memang bakar guna arang, tapi sekarang dah guna gas. Pilih ikan dan seafood lain, kemudian buat pesanan minuman, nasi dan sayuran terus di kaunter ikan ni


Pembuka selera akan dihantar ke meja seperti Jeli Kelapa, Tapai Pulut, Pepes dan Otak-otak. Pak Inche pesan air tebu satu jug (RM10). Iman dan Pak Inche makan pepes tu semua, terkejut, harga semuanya RM10.20. Iman tak ingat berapa keping pepes tu tapi tengok gambar ni balik macam ada 6 ketul aje. Pepes seketul RM1.70??? Urut dada laaa.. hahah


Bergegas ya semua pekerja hantar hidangan ke meja. Tapi agak kecewa sikit kerana nasi lemak tidak lagi dibungkus macam dulu. Tahun 2022 ni, hak nasi lemak benar-benar dirampas. Mula-mula, rampas daun pisang, guna kertas lilin. Sekarang kertas lilin pun dah tak ada, guna pinggan. Ni nasib baik guna pinggan melamine plastik. Cuma, lain kali mungkin kena beritahu, hidangkan nasi lepas ikan bakar siap, sebab ada orang tu, tak menyabar nampak nasi lemak terus ngap! Siapa tahan ui tengok nasi lemak dah terhidang depan mata, hahaha


Air tebu dihantar bersama satu jug ais secara berasingan. Mungkin ada yang tak nak minum sejuk, tak yah campur ais, kan. Ni suruh Iman tuang jer semua air tebu dalam jug ais tu


Sk nak minum air kelapa, heheheh. 

Pilih dua ekor sotong minta buat goreng tepung. Oh, sotongnya macam dah tak segar, tapi itu saja yang ada, kan. Apalah erti makan seafood jika tak ada sotong, hahaha


Dua ekor lagi, minta bakar. Tataw kenapa sotong jika dibakar tinggal secoet, hahaha


Pilih ikan jenahak saiz sederhana, juga minta dibakar. Setiap kali makan ikan jenahak ni, Sk teringat kisah kami diperli tak pernah makan ikan jenahak ke.. gara-gara kami menegur dapat ikan tak elok semasa makan di sebuah kedai ikan bakar di Melaka


Pilih udang yang besar-besar enam ekor, pun minta bakar. Kalau di Ikan Bakar Cikgu ni, makan dengan kicap, cili dan bawang. Tapi kedekutnya letak cili dan bawang dalam kicap tu, hahaha. Dah balik, baru Pak Inche teringat, dorang tak bagi limau kasturi untuk perah jusnya dalam kicap. Patutlah macam kurang kick, dahlah tak guna kicap cap kipas udang, hahaha


Ini sahajalah yang kami pesan

Nasi Lemak 3 - RM4.50Udang 6 ekor - 350 gram - RM41.30Ikan Jenahak  seekor 700 gram - RM54.60Sotong 4 ekor - 540 gram - RM42.10Air Tebu 1 jug - RM10Air Kelapa sebiji - RM5Jumlah RM157
Sekarang ni rasanya penting untuk tulis harga makanan dan minuman dalam cerita. Ialah, siapa sangka blog ni dah bertahan selama 13 tahun. Tengok harga tahun lepas, macam sama jer lebih kurang tapi kalau tengok harga 8 tahun lepas, RM80 sahaja. Pasrahlah, harga barang dan makanan mustahil makin turun kan. Takkanlah masih boleh dapat harga 8 tahun lepas, hahaha


Nahhhh.. senyuman manis dari yang terpaling influencer. Masa balik kolej sekejap ambil barang mekap dan baju pasal nak ikut pergi Shah Alam tu, Iman kata, dah macam adegan nak lari dari rumah macam dalam drama tu. Kawan sebilik dia pun terkejut, tiba-tiba ni, nak pergi mana? Iman jawab nak pergi KL. Haaa... sedih betul dia hari tu siap paksa-paksa jangan pergi tinggalkan dia. Tapi, kalau dengan kengkawan, terus lupa bonda, pergi makan Sushi Bonanza pun tak ajak ko


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/11/makan-di-ikan-bakar-muara-anjung-batu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begini Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Homemade Lagi Naik Selera Anak Makan

Begini Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Homemade Lagi Naik Selera Anak Makan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 279 hits
Sesekali anak perlukan rasa dalam makanannya Barulah selera mereka makin bertambah Bukan garam atau gula dalam penambah rasa tetapi serbuk ikan bilis atau serbuk ayam sebagai perasa asli Memang sedapnya lain macam Macam mana cara nak membua...
Cara Kenali Fizikal Ikan Tidak Segar Bahaya Untuk Di Makan

Cara Kenali Fizikal Ikan Tidak Segar Bahaya Untuk Di Makan

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 622 hits
Ikan adalah sumber protein yang kaya dengan zat Apalagi untuk kecerdasan dan banyak khasiat dari protein jenis daging putih ini Ciri Fizikal Ikan Tidak Segar DimakanDalam banyaknya zat ikan akan ada tempoh luputnya juga jika tidak dimakan d...
Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis Menu Rare Begini Gerenti Bertambah Makan

Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis Menu Rare Begini Gerenti Bertambah Makan

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 318 hits
Apa menu yang membuka selera Bila ada peluang balik kampung sempena mengundi bolehlah buat menu rare sikit Kerabu bunga kantan ikan bilis ni makan dengan nasi panas panas memang tak cukup sepinggan nasi Bahan bahan pun tidak renyah untuk me...
Ikan Selar Sambal Yang Pasti Makan Menambah Nambah

Ikan Selar Sambal Yang Pasti Makan Menambah Nambah

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 417 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Ustaz Jafri berkenaan solat tahajjud Solat sunat tahajjud minimum 2 rakaat Wajah seseorang yang menunaikan solat tahajjud akan diberi nur Ada seri pada wajah Ianya adah amalan para nabi dan soleh Nak ...
Karipap Pak Bakar Makan Bersama Smoothies Mango

Karipap Pak Bakar Makan Bersama Smoothies Mango

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 259 hits
Baca GAMBAR LOKASI Karipap Pak Bakar Makan Bersama Smoothies Mango Haha sesaja letak tajuk panjang berjela Biar penat sesiapa yang bacanya sedap sangat karipap saiz besar inti penuh dan pedas kari nya kena dengan tekak Dalam minggu ni dah 2...
Macam Bagi Ikan Makan Individu Buat Tiktok Campak Duit Rm1k Di Mall Netizen Kecam Tak Hormat Rezeki

Macam Bagi Ikan Makan Individu Buat Tiktok Campak Duit Rm1k Di Mall Netizen Kecam Tak Hormat Rezeki

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 269 hits
Tular di media sosial TikTok apabila seorang individu dilihat merakam video dirinya sedang mencampak duit dari tingkat atas sebuah gedung membeli belah di Kuala Lumpur Difahamkan individu itu telah mengagih agihkan wang bernilai RM1 000 kep...
Nak Makan Ikan Pun Mahal

Nak Makan Ikan Pun Mahal

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum Hi korang Ni la kisahnya siang td kat Zemart Senawang xde pilihan ikan terus ke Zemart Sikamat dekat rumah SA baru la jumpa pun x banyak pilihan itu la 3 jenis ikan yang SA beli Ikan Mambong RM18 sekilo 6 ekor SA beli RM20 9...
Kari Ikan Sagai Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri

Kari Ikan Sagai Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 286 hits
Salah satu kegembiraan bagi kaki pancing adalah dapat menikmati hidangan ikan segar yang dimasak oleh isteri tercinta Walaupun ikan boleh dibeli di pasar namun berbeza perasaannya apabila menikmati ikan yang ditangkap sendiri Bagi kaki panc...
Mudahnya Buat Sendiri Serbuk Perasa Ikan Bilis Untuk Bayi Lebih Murah Jimat

Mudahnya Buat Sendiri Serbuk Perasa Ikan Bilis Untuk Bayi Lebih Murah Jimat

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 265 hits
Bila si kecil dan masuk fasa makan ni mummy kena rajin lah sikit masak macam macam nak bagi anak berselera untuk makan kan Tapi tak semestinya anak perlu makan plain sahaja mummy boleh perasakan makanan anak dengan perasa semulajadi menggun...
Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

Inara Rusli Perjalanan Cinta Dan Kehidupan Bersama Virgoun

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Iss Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Acg Base Creator Market Merupakan Destinasi Baharu Buat Peminat Anime Komik Dan Permainan Di Malaysia

Tell Me Your Birth Place Without Telling Me Your Birth Place

Aditya Zoni Kena Ganggu Di Hotel Selepas Penggambaran Menjelang Maghrib 2

Rosalia Indah Nl 319 New Marcopolo

Resepi Apam Nasi

Kecik Kecik Tapi Bau Power