Makan Bersama Keluarga Di Tiga Budak Gemok Cawangan Perlis
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Kali ini aku nak kongsikan tentang tempat makan yang pastinya ramai yang dah kenal, dan kali ini mereka membuka cawangannya di utara tanah air pula! Nama bagi tempat makan ini adalah Restoran Tiga Budak Gemok
MAKAN BERSAMA FAMILY DI TIGA BUDAK GEMOK CAWANGAN PERLIS
Baru-baru ini aku bersama keluarga menziarahi keluarga sebelah ayah aku di Jitra dan seterusnya merancang untuk membeli belah sedikit barang di Padang Besar, Perlis. Dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak di Kulim, kami sempat singgah dan cuba makan di Restoran Tiga Budak Gemok yang terletak di negeri Perlis.
Nasi Ayam Kicap Sambal GesekOri Yang Pertama di Malaysia!Lebih 15 Cawangan Di Lembah Klang, Melaka, Johor, dan Penang!
Rasanya bagi mereka yang sering berkunjung ke Lembah Klang pastinya kenal dengan nama Tiga Budak Gemok kan? Antara salah satu jenama yang dikenali ramai sebenarnya. Walaupun begitu, aku sendiri sehingga pada hari aku ke restoran tersebut di Perlis, belum sempat lagi untuk mencuba makanan yang ada di restoran Tiga Budak Gemok ini
Untuk makluman anda, cawangan baru di Perlis ini baru sahaja dibuka pada awal November yang lalu. Manakala antara lokasi-lokasi lain bagi cawangan Tiga Budak Gemok adalah di Kuala Lumpur & Selangor sudah tentunya, Johor, Penang dan juga Melaka. Bila agaknya akan buka di Kedah ya
TENTANG TIGA BUDAK GEMOK
Berikut adalah sedikit info mengenai Tiga budak Gemok. Kenapa "Tiga Budak Gemok"? Nama ini merupakan gelaran yang diberikan kepada kami tiga beradik yang berbadan comel sikit, iaitu Abang, Kakak dan Adek yang suka sangat makan nasi ayam kicap dengan sambal gesek
"Masa kami kecik-kecik dulu, kami memang suka sangat makan nasi ayam kicap dengan sambal gesek masakan mama. Sampai satu hari tu, kami terfikir “Kalau dapat jual ayam kicap ni, mesti best!” kakak pun ajak kami tiga beradik jual lauk favourite kami ni untuk kongsi kehebatannya dengan semua
Segalanya bermula pada Disember 2017, masa first time kami meniaga Nasi Ayam Kicap guna payung bawah pokok dekat Wangsa Maju."
Aku makan di Restoran Tiga Budak Gemok bersama keluarga aku tetapi tidak cukup sebenarnya. Kakak aku, suami dan anak-anaknya tak dapat ikut manakala adik bongsu aku pulak bersekolah. Tak dapatlah mereka nak cuba makan makanan yang viral ni kan? 😅
SENARAI MENU YANG DICUBA DI TIGA BUDAK GEMOK
Sebelum cerita tentang menu, restoran ini menawarkan servis layan diri dimana selepas anda membuat pilihan makanan dan membayarnya, anda perlu menunggu nama anda dipanggil setelah makanan siap disediakan untuk mengambilnya. Anda hanya perlu tunggu di tempat duduk sementara makanan disiapkan
Baiklah, menu yang aku dan keluarga cuba adalah set Nasi Tiga Budak Gemok Ayam, set Nasi Tiga Budak Gemok Daging, Lala Masak Lemak Cili Padi, Sup Kaki Ayam Kusssssemangat dan juga Bihun Sup Nat
SET NASI AYAM + TELUR + TEMPE
Untuk nasi ayam / daging ni, anda boleh pilih sama ada nak makan ala carte atau set. Kalau untuk set boleh pilih sama ada nak tambah telur + tempe atau Lala Masak Lemak Cili Padi berserta air Sirap
Sambal Powernya yang cukup terkenal memang sangat padu! Rasa pedas yang menyengat dan memang sepadan dimakan dengan ayam kicap dan juga dagingnya! Untuk tempe pula aku suka tempe yang digoreng sebegini, rasanya memang agak rangup dan satu menu tambahan yang sesuai
SAMBAL POWER!
SET NASI DAGING + TELUR + TEMPE
SUP KAKI AYAM KUSSSSSSEMANGAT
Peminat kaki ayam pula mesti cuba sup kakinya sebab memang lembut dan tambahan pulak khasiatnya yang memang diketahui ramai
LALA MASAK LEMAK CILI PADI
Antara yang menjadi kegemaran aku termasuklah mak aku, Lala Masak Lemak Cili Padinya yang cukup lazat. Kuahnya yang pekat dengan jumlah lala yang banyak memang sangat menyelerakan! Makan dengan nasi pula memang ngam
BIHUN SUP NAT
Oh ya, di Restoran Tiga Budak Gemok Cawangan Perlis juga anda boleh cuba Bihun Sup Nat yang popular! Anda boleh cuba dengan pelbagai pilihan yang ada seperti daging, lidah, usus dan sebagainya yang memang sedap!
Suasana di Restoran Tiga Budak Gemok cawangan Perlis ini pula memang aman dan tenang. Walaupun aku dan keluarga datang di waktu tengah hari, memang ramai orang yang datang dan hampir penuh tempat duduknya, tetapi makanan dapat dihidangkan tanpa masa menunggu yang lama. Warna dan dekorasi dalam restoran yang ceria juga adalah sesuatu yang menarik
Untuk anda yang berada di utara iaitu sekitar Perlis, Alor Setar dan sebagainya dan belum pernah cuba menu Tiga Budak Gemok bolehlah ke cawangan Perlis ini. Anda boleh cuba semua menu yang terdapat di sini pada harga yang berpatutan.
TIGA BUDAK GEMOK PERLIS
Alamat : 5-G, Jalan 1, Taman Pertiwi Indah, Seriab, Kangar, 01000 PerlisWaktu Operasi : Isnin – Ahad (11 AM – 10.00 PM)Hubungi : 019 240 0420
Facebook : https://www.facebook.com/tigabudakgemok/Instagram : https://www.instagram.com/tigabudakgemok/
https://bit.ly/TBGPerlisWaze
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2022/11/makan-bersama-keluarga-di-tiga-budak.html