Makan Berat Atau Solat Maghrib Dahulu



Soalan:
Saya ingin bertanyakan tentang suatu situasi yang berlaku di kebanyakan Masjid semasa bulan Ramadhan yang mana semasa berbuka puasa disediakan juadah ringan terlebih dahulu seperti segelas air dan buah kurma untuk berbuka. Kemudiannya mereka terus bersiap untuk solat maghrib berjemaah dan setelah itu barulah makan juadah berat. Soalan saya, adakah perkara ini lebih afdhal atau bolehkah kita makan berat dahulu semasa berbuka kemudian baru mendirikan solat?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa’d beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
“Sentiasalah manusia itu berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka.” [Riwayat Al-Bukhari (1957)]

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa antara amalan sunnah adalah menyegerakan berbuka puasa sebaik sahaja telah dipastikan bahawa matahari telah terbenam. Terdapat sebuah riwayat daripada Anab bin Malik R.A bahawa beliau menyatakan:

“Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji ruthab kemudian baginda mendirikan solat.”

Manakala berkenaan dengan isu mendirikan solat dalam keadaan makanan telah terhidang, terdapat beberapa riwayat yang menyebut berkaitan hal ini. Antaranya adalah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Atiq R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
“Tidak sempurna solat dengan keberadaan makanan (yang telah terhidang) dan begitu juga tidak sempurna solat bagi mereka yang menahan air kecil dan air besar.” [Riwayat Muslim (560)]

Berdasarkan hadis di atas, kalimah لاَ di situ adalah La Al-Naafiyah yang dalam konteks ini menafikan kesempurnaan solat. Implikasi hukumnya adalah makruh solat dalam keadaan makanan telah dihidangkan dan begitulah juga makruh solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan air besar.

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Hadis-hadis sebegini menunjukkan kepada kemakruhan solat dengan adanya makanan disediakan bagi mereka yang ingin makan. Ini disebabkan akan hilangnya kesempurnaan khusyuk serta hadirnya perkara-perkara yang menyibukkan hati.”

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ عَلَى الطَّعَامِ فَلاَ يَعْجَلْ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ، وَإِنْ أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ
“Apabila salah seorang kamu berada di hadapan hidangan makan maka janganlah dia bersegera sehinggalah dia menyelesaikan hajatnya dari makanan tersebut, meskipun solat telah didirikan.” [Riwayat Al-Bukhari (674)]

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا قُدِّمَ الْعَشَاءُ فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلاَةَ الْمَغْرِبِ، وَلاَ تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ
“Apabila makan malam telah disediakan maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat maghrib. Maka janganlah kamu tergopoh gapah dengan makan malam kamu.” [Riwayat Al-Bukhari (672)]

Imam Al-Bukhari menukilkan sebuah kata-kata dari Abu al-Darda’ yang mana beliau berkata: “Antara fiqh (kefahaman beragama) seseorang itu adalah dia mendahulukan hajat (keperluannya dengan makanan) kemudian barulah dia pergi ke arah solatnya dalam keadaan jantung hatinya kosong (tenang dari gangguan).”


Demikian juga Imam Abu Daud meriwayatkan dengan katanya:

وكان ابن عمر يوضع له الطعام ، وتقام الصلاة فلا يأتيها حتى يفرغ ، وإنه يسمع قراءة الإمام
“Adalah Ibn Umar dihidangkan kepadanya makanan, lalu didirikan solat dan beliau tidak mendatanginya (solat) sehinggalah beliau selesai makan. Dan sesungguhnya beliau mendengar bacaan imam.”

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain daripada Nafi’ beliau berkata:

وكان ابن عمر إذا حضر عشاؤه وسمع الإقامة وقراءة الإمام لم يقم حتى يفرغ
“Adalah Ibn Umar apabila telah terhidang makan malam dan beliau mendengar iqamah serta mendengar bacaan imam, beliau tidak bangun (untuk menunaikan solat) sehinggalah selesai makan.”

Demikian juga terdapat sebuah riwayat yang menceritakan berkenaan dengan Abu Hurairah dan juga Ibn Abbas R.Anhuma bahawa ketika keduanya sedang memakan hidangan lalu Muazzin hendak iqamah bagi mendirikan solat, maka Ibn Abbas berkata kepadanya:

لا تعجل لئلا نقوم وفي أنفسنا منه شيء
“Jangan kamu bersegera (untuk iqamah) supaya kita tidak berdiri dalam keadaan dalam diri kita ada memikirkan sedikit tentang makanan tersebut.” [Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (2/188)]

Kesimpulan

Sebagai penutup, setelah kami menekuni beberapa nas dan hujahan yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa sekiranya juadah berbuka puasa telah dihidangkan, hendaklah seseorang itu menyelesaikan makan berbuka terlebih dahulu dan kemudian barulah menunaikan solat maghrib. Hal ini adalah supaya jiwanya akan lebih tenang dan tidak terganggu untuk mendirikan solat Maghrib.

Justeru, mengambil kira kepada suasana di masjid-masjid pada hari ini yang berbuka puasa dengan juadah ringan terlebih dahulu, kami nyatakan bahawa ianya tidak bercanggah dengan syariat bahkan lebih afdhal kerana mengambil sunnah berbuka puasa segera dan dapat juga menunaikan solat secara berjemaah dalam tempoh yang awal.

Ini bertepatan dengan kata-kata Al-Hafiz Ibn Hajar:

لأنه يكون قد أخذ من الطعام ما دفع شغل البال به
“Ini kerana dia telah mengambil dari makanan dengan kadar yang dapat menghalang sibuknya fikiran dirinya dengan makanan tersebut.”

Kami juga menambah bahawa dalam berbuka puasa hendaklah seseorang itu tidak makan secara berlebihan. Ini kerana, keadaan perut yang amat penuh akan melemahkan badan seseorang untuk beribadah, lebih-lebih lagi untuk mendirikan solat Maghrib, Isyak dan juga solat tarawih. Bersederhanalah dalam makan dengan mengikut kadar yang perlu bagi membantu mencapai kekuatan untuk beribadah dan bukannya makan hingga menyebabkan bertambah malas dan culas dalam beribadah.

Akhir kalam, kami berdoa agar penjelasan ini dapat memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/makan-berat-atau-solat-maghrib-dahulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Michael Ang Baca Solat Dalam Bahasa Inggeris Sah Atau Tidak Ini Penjelasan Mufti Wp

Michael Ang Baca Solat Dalam Bahasa Inggeris Sah Atau Tidak Ini Penjelasan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 446 hits
Michael Ang baca solat dalam bahasa Inggeris Sah atau tidak Ini penjelasan Mufti WP
Anak Kurang Makan Berat Badan Tidak Bertambah

Anak Kurang Makan Berat Badan Tidak Bertambah

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 359 hits
Alkisah Puteri sulong kami kini sudah hampir berusia 2 tahun pada bulan November ini Nampaknya Nurhikmah masih mengekalkan bentuk badannya yang slim itu Masih juga mengekalkan pampers saiz M Berat terakhir yang pernah ditimbang masih lagi 9...
Maksud Atau Makna Bacaan Dalam Solat

Maksud Atau Makna Bacaan Dalam Solat

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 334 hits
Ada orang dah solat berpuluh tahun tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang Oleh itu marilah kita renung renungkan dan faham fahamkan setiap rangkap yang kit...
Anak Berat Mulut Atau Lambat Cakap Buat Teknik Ni Berulang Kali Mesti Jadi

Anak Berat Mulut Atau Lambat Cakap Buat Teknik Ni Berulang Kali Mesti Jadi

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 371 hits
Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak terutamanya bagi anak anak yang pasif ataupun ada agenda tersendiri Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi Komunikasi 2 hala mest...
Kelantan Arah Kedai Makan Tutup Sementara Galak Umat Islam Solat Terawih

Kelantan Arah Kedai Makan Tutup Sementara Galak Umat Islam Solat Terawih

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 516 hits
Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh Kelantan diarahkan menghentikan sementara perniagaan bermula jam 8 30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini Ia bagi menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang terawih berjemaah di...
Berbuka Puasa Bersama Anak Kecil Mudah Atau Sukar

Berbuka Puasa Bersama Anak Kecil Mudah Atau Sukar

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 685 hits
Berbuka Puasa Bersama Anak Kecil Mudah atau Sukar Allhamdulillaah dah masuk hari keempat kita menjalankan ibadah puasa Semoga puasa kita dan ibadah lain turut cemerlang Awal awal puasa dah buat hal bukan apa pun Hari puasa kedua bila sahaja...
Perhimpunan Sabtu Lalu Untuk Agama Atau Parti Politik

Perhimpunan Sabtu Lalu Untuk Agama Atau Parti Politik

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 366 hits
Nama Allah diguna untuk menghalalkan penolakan ajaran Islam bahawa mengkafir orang Islam tanpa sebab yang nyata Membuat dosa dengan melaku amalan yang dilarang oleh agama tidak sepatutnya disusuli dengan menyebut nama ALLAH Tun Dr Mahathir ...
Mendaulatkan Islam Atau Mendaulatkan Politik Parti

Mendaulatkan Islam Atau Mendaulatkan Politik Parti

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 309 hits
Saya mengalu alukan perhimpunan umat Islam yang bertujuan mempertahan kedaulatan Islam dan Perlembagaan Saya sokong penuh tujuan tujuan tersebut Tetapi saya tertanya tanya samada benar tujuan mendaulat Islam atau bertujuan mendapat sokongan...
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atau Sakit

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atau Sakit

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 4101 hits
Contoh surat rasmi tidak hadir sekolah adalah satu surat rasmi kepada pihak sekolah yang perlu murid hantar jika tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab sebab tertentu seperti sakit dan sebagainya Download dalam WORD Surat Tidak Hadir Sekol...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand