Perhimpunan Sabtu Lalu Untuk Agama Atau Parti Politik



“Nama Allah diguna untuk menghalalkan penolakan ajaran Islam bahawa mengkafir orang Islam tanpa sebab yang nyata. Membuat dosa dengan melaku amalan yang dilarang oleh agama tidak sepatutnya disusuli dengan menyebut nama ALLAH”
(Bernama) – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan perhimpunan umat Islam di ibu negara Sabtu lalu bertujuan mempertahankan kedaulatan Islam dan Perlembagaan atau bertujuan mendapat sokongan bagi parti-parti politik tertentu.
“Saya mengalu-alukan perhimpunan umat Islam yang bertujuan mempertahan kedaulatan Islam dan Perlembagaan. Saya sokong penuh tujuan-tujuan tersebut.
“Tetapi saya tertanya-tanya sama ada benar tujuan mendaulat Islam atau bertujuan mendapat sokongan bagi parti-parti politik tertentu,” kata Perdana Menteri dalam blog beliau chedet.cc yang bertajuk ‘Mendaulatkan Islam’, malam ini.
Beliau berkata, majlis itu dilaporkan media sebagai perhimpunan untuk memperingati kerajaan akan kedudukan agama Islam tetapi yang memimpin dan berucap ialah pemimpin parti politik UMNO dan Pas.
“Jika ia bertujuan mendaulat Islam, sepatutnya ia tidak terhad kepada parti politik tertentu sahaja. Gandingan parti-parti ini tidak mencerminkan solidariti orang Islam. Bahkan ia mengasing dan memisah umat Islam di Malaysia,” katanya.
Perdana Menteri berkata, Pas sejak awal lagi mendakwa orang parti UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir dan “dakwaan ini masih tidak dibatalkan.” “Bahkan Amanat Hadi yang mendakwa kerajaan UMNO adalah kafir dan kematian pejuang melawan kerajaan UMNO, jika meninggal adalah syahid,” dan dakwaan Pas dan Amanat Hadi ini memecah belah orang Melayu buat kali pertama,” katanya.
Beliau berkata, orang Melayu semuanya beragama Islam dan termasuk golongan Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) pimpinan Imam Shafie.
“Tidak ada kelainan pendapat atau fahaman mereka berkenaan agama Islam sejak dahulu kala lagi. Mereka berpecah dengan mendalam dan teruk hanya apabila Pas ditubuh dan mendakwa orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir,” katanya.
Beliau berkata, begitulah taksubnya orang Pas terhadap dakwaan ini sehingga ada yang anggap ibu bapa mereka yang menyertai UMNO sebagai kafir, dan mendakwa perkahwinan orang UMNO tidak sah dan perlu dikahwin semula, malah sembelihan orang UMNO haram dan tidak boleh dimakan oleh orang Pas dan bermacam lagi.
Dr Mahathir berkata sehingga sekarang Pas tidak pernah batalkan dakwaan UMNO kafir dan Amanat Hadi. “Bagi Pas, orang yang tidak sertai Pas adalah kafir. Mengikut Pas hanya ahli Pas sahaja Islam. Sudah tentu orang Islam yang mencari suaka di negara bukan Islam sudah jadi kafir,” katanya.
Beliau turut bertanya “bagaimanakah Pas bersama UMNO berhak dakwa perhimpunan mereka menggambar solidariti orang Islam untuk kedaulatan Islam.”
“Ada pula orang yang berjawatan, yang membisu seribu bahasa berkenaan dakwaan Pas dan Amanat Hadi. Apakah mereka terima kesahihan dakwaan Pas dan Amanat Hadi,” katanya.
Beliau berkata, ada orang Islam yang kononnya ingin mengamal ajaran Islam, tetapi tumpuan mereka adalah kepada perkara yang kecil yang mempunyai unsur politik dan “sebaliknya larangan keras agama Islam tidak mendapat teguran dari mereka.”
“Sekarang kita sudah dapati orang Islam Malaysia yang menyertai peperangan sesama orang Islam. Mereka sanggup membunuh orang Islam, sesuatu yang dilarang oleh agama Islam. Tidak ada gerakan oleh orang Islam yang ingin mendaulatkan Islam ini yang berhujah berkenaan dosanya membunuh, terutama membunuh orang Islam,” katanya. Beliau berkata orang Islam adalah bersaudara, tetapi ini telah “dihapuskan dengan penubuhan Pas yang memperalatkan Islam secara salah untuk hancurkan persaudaraan antara orang Melayu Islam yang wujud sebelum Pas ditubuh.”
“Yang lebih buruk lagi ialah melaungkan nama Allah semasa himpunan untuk memperkuatkan politik pecah belah oleh parti. Nama Allah diguna untuk menghalalkan penolakan ajaran Islam bahawa mengkafir orang Islam tanpa sebab yang nyata. Membuat dosa dengan melaku amalan yang dilarang oleh agama tidak sepatutnya disusuli dengan menyebut nama ALLAH,” katanya..
Dr Mahathir berkata Islam melarang mencuri, tetapi Pas berunding dan bekerjasama dengan pemerintahan sebelum ini yang terkenal dalam dunia sebagai pemerintahan pencuri.
“Sekarang Pas terus berganding bahu dengan orang yang ditolak oleh masyarakat kerana mencuri,” katanya.
Dr Mahathir berkata ramai orang Melayu kerap menuduh kerajaan ini tidak mendaulatkan Islam, sebaliknya rombongan demi rombongan orang Islam yang datang dari negara-negara Islam lain mendakwa Malaysia adalah contoh negara Islam, dan memandang tinggi kepada Malaysia sebagai negara Islam. Mereka nyatakan keinginan melihat negara mereka menjadi seperti Malaysia,” malah mengatakan penduduk negara mereka yang seratus peratus Islam tidak dapat mentadbir dan menstabilkan negara mereka, jauh sekali dari membangunkan negara mereka,” katanya.
Beliau berkata, negara yang rakyatnya seratus peratus Islam ini kerap kali bermusuh sesama mereka, membunuh dan berperang hingga huru hara, dan terpaksa berhijrah ke negara bukan Islam.
“Kelainan suku kaum, kelainan fahaman ajaran Islam, kelainan politik, kelainan pemimpin menghalang keamamanan. Kerap kali mereka terpaksa akur dengan kehendak kuasa besar yang bukan Islam. Ada juga yang dipengaruhi oleh Yahudi, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya
Beliau berkata orang Islam di negara-negara ini sering kagum dengan Islam di Malaysia, malah tidak mendakwa bahawa Islam tidak didaulat di Malaysia, dan yang menuduh hanya orang Islam di Malaysia sahaja.
“Sesungguhnya tuduhan yang dilempar terhadap kerajaan bukan kerana tidak mendaulat Islam, tetapi semata-mata kerana politik. Dalam usaha ini agama Islam yang suci menjadi buruk kerana kepentingan bukan agama.
“Sekali lagi saya ingin bertanya kepada Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Pas sama ada mereka masih nafikan Islam saya dan orang yang bukan menjadi ahli atau penyokong Pas,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/05/09/perhimpunan-sabtu-lalu-untuk-agama-atau-parti-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaulatkan Islam Atau Mendaulatkan Politik Parti

Mendaulatkan Islam Atau Mendaulatkan Politik Parti

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 309 hits
Saya mengalu alukan perhimpunan umat Islam yang bertujuan mempertahan kedaulatan Islam dan Perlembagaan Saya sokong penuh tujuan tujuan tersebut Tetapi saya tertanya tanya samada benar tujuan mendaulat Islam atau bertujuan mendapat sokongan...
Gerindra Hormati Hak Politik Partai Koalisi Prabowo Bertahan Atau Keluar

Gerindra Hormati Hak Politik Partai Koalisi Prabowo Bertahan Atau Keluar

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 289 hits
Gerindra Hormati Hak Politik Partai Koalisi Prabowo Bertahan atau Keluar Andre menekankan bahwa Partai Gerindra tidak akan memohon kepada partai tersebut supaya tetap bertahan di barisan Prabowo Sandi Menurutnya setiap partai punya hak masi...
Daftar Masuk Parti Politik Jika Mahu Bercakap Politik Nasihat Rais Pada Tmj

Daftar Masuk Parti Politik Jika Mahu Bercakap Politik Nasihat Rais Pada Tmj

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 359 hits
Pengerusi PPBM Negeri Sembilan Rais Yatim hari ini menyarankan kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya mendaftar menyertai parti politik jika mahu bercakap mengenai politik Rais berkata ini kerana Tunku Ismail banyak b...
Politik Perkaumam Dan Agama Tidak Diterima

Politik Perkaumam Dan Agama Tidak Diterima

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 305 hits
Pada PRK kali ini DAP berjaya menambah majoriti kemenangan iaitu sebanyak 1 423 undi berbanding 10 098 majoriti undi PRU 14 lalu Walaupun UMNO dan PAS berkempen dengan menggunakan sentimen kaum dan agama DAP berjaya merampas PDM Sim Sim dan...
Parti Cauvinis Dap Sedang Menyerang Masyarakat Malaysia

Parti Cauvinis Dap Sedang Menyerang Masyarakat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 354 hits
Semasa mendominasi pakatan pembangkang dahulu sikap cauvinis mereka amat ketara sekali Kini DAP telah menang pilihan raya dan mendominasi kerajaan Pakatan Harapan sikap mereka tetap sama Mereka tetap cauvinis dan rasis DAP Cuba Gagalkan Pen...
Terima Kasih Dr Mahathir Ambil Individu Ekstrem Masuk Parti

Terima Kasih Dr Mahathir Ambil Individu Ekstrem Masuk Parti

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 327 hits
PAS UMNO sudah bersih daripada individu yang dianggap bermasalahBANGI Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah mengambil individu individu bermasalah yang seb...
Bersatu Alu Alukan Kemunculan Parti Bangsa Johor

Bersatu Alu Alukan Kemunculan Parti Bangsa Johor

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 464 hits
Bernama MAZLAN Saya agak mengalu alukan supaya golongan atasan ini bila dia masuk politik dia faham kesengsaraan rakyat yang dalam tekanan ekonomi Gambar fail JOHOR BAHRU Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor yang Mazlan Bujang har...
Parti Cinta Malaysia Kini Ahli Bergabung Barisan Nasional

Parti Cinta Malaysia Kini Ahli Bergabung Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 446 hits
Di kala Barisan Nasional sedang mengalami kekecewaan tewas pada Pilihanraya Umum 14 yang lepas rakan yang dahulu berikrar sehidup semati dengan asas perjuangan demi rakyat telah angkat kaki Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Parti Progresif ...
Mahfuz Seru Ahli Pas Tinggalkan Parti Kerana Cop Halal Abdul Hadi

Mahfuz Seru Ahli Pas Tinggalkan Parti Kerana Cop Halal Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 384 hits
Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli Pas meninggalkan parti itu apabila pemimpinnya lantang menyuarakan kerjasama Umno Pas hari ini sudah bersih Naib Presiden AMANAH itu menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang itu melucukan kera...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm