Makan Beras Tertentu Tak Naikkan Berat Badan Anak Biasakan Je Anak Dengan Beras Biasa


Viral mengenai jenis-jenis beras tertentu yang dikatakan dapat membantu menaikkan selera bayi dan anak-anak kita sekaligus mampu menaikkan berat anak. Benarkah kenyataan ini? Berat badan anak akan naik dengan sendirinya jika pemakanannya tepat malah dengan nutrisi yang betul, bukanlah disebabkan oleh beras-beras tertentu.
Menurut perkongsian Nadiy Isa, Peg. Sains Pemakanan, yang dikongsikan semula oleh Safura Sobri, beras-beras tertentu tidak dapat membantu malah ibu bapa digalakkan untuk membiasakan anak-anak kita dengan beras biasa yang kita makan setiap hari. Ini sebaiknya!
BERAS OH BERAS
Apa yang anda semua perlu faham adalah kandungan tenaga dalam beras adalah hampir sama. Kemudian, fahamilah tidak akan ada satu jenis beras yang bila anak makan akan “confirm” anak terus suka dan naikkan berat anak. Mohon jangan suka membuat “claim” makan beras tertentu akan pasti menaikkan berat badan anak.
Ini akan menyebabkan ibubapa yang dalam keadaan terdesak, bila mereka mencuba dan ia tidak menjadi seperti yang digembar-gemburkan akan patah semangat dengan mudah.

Konsepnya senang sahaja, jika anak suka makanan tertentu, dia akan makan dengan baik, bila makan dengan baik, bermakna anak mengambil tenaga harian dengan baik dan mencukupi justeru akan membantu kenaikan berat badan yang baik.
Bonuslah kepada ibubapa yang bila diperkenalkan makanan baru kepada anak, anaknya terus boleh menerima ia dengan baik. Tetapi kepada ibu bapa yang mendapat respon yang kurang baik daripada anak, bersabarlah dan teruslah melatih anak. Kenalpasti faktor-faktor sampingan yang boleh mempengaruhi penerimaan makanan bayi dan kanak-kanak seperti:
-Fasa tumbuh gigi
-Tidak Sihat
-Pusat jagaan
-Suasana makan
-Bilangan adik-beradik. Suasana makan yang berkawan-kawan akan menambahkan minat makan.
-Penggunaan alatan makan. Warna yang terang dan menarik menambahkan minat untuk makan.
– Dan banyak lagi lain-lain faktor.

Cadangan saya, gunakan sahaja beras putih yang biasa ibu ayah semua gunakan di rumah untuk dimasak kepada bayi pada permulaan usia 6 bulan yang dia dah boleh makan. Namun, tidak salah untuk mencuba beras lain jika dirasakan perlu contohnya anak kurang selera makan kerana tidak sihat, nak cuba bagi beras wangi.
Bila bagi didapati anak nak makan dengan baik. Tapi bila anak dah kembali sihat, gunakan beras yang digunakan di rumah seperti biasa. Bukan apa dikhuatiri anak sampai bila-bila tak nak makan beras yang biasa digunakan dirumah, kasihan pula kepada ibu ayah perlu masak dua jenis beras setiap kali makan. Yang paling penting dalam kemampuan ibu ayah untuk sediakan.
Sekian,
CC : Nadiy Isa
Moderator HBFM
Peg. Sains Pemakanan.

Nota:
Untuk makluman ramai ibu-ibu yang kongsi cerita. Bila beri anak makan beras sumo boleh naikkan berat, anak bertambah selera, tak perlu bagi hari-hari pun takpe. Cuma untuk tukar selera 2 kali seminggu ke kan.
Hari lain bagi beras biasa , sebab ni semua tak wajib pun dan tak semestinya kena bagi bubur je ye sebab pentingnya jugak tukar tektur anak mengikut peringkat umur untuk elak dari terjadi SPEECH DELAY kemudian hari sebab tiada latihan mengunyah. Just telan telan telan.
Alasan sebab bayi belum ada gigi, ibu panik bila anak gag reflex. Ibu takut anak tercekik. Ibu takut nak tukar tektur baru. Kesudah umur dah berapa masih lagi makan bubur. Lagi lambat ajar tukar tektur bimbang lagi sudah penerimaan anak. Nanti jangan pelik umur dah 2-3 tahun anak tak reti kunyah, anak simpan je makanan tu dalam mulut. Bila anak keluarkan balik makanan sebab tak tahu mengunyah, salah siapa?

Contoh :
6 bulan – blend halus/lenyek
7-8 – blend kasar/ lecek
9-11 – nasi lembik
12+ – nasi butir
Dan boleh pelbagaikan buat nasi goreng, lauk family meal asalkan tak pedas, tiada garam , gula dan perasa. Boleh juga buat lauk tomyam, sup , buttermilk , singgang , sambal (paste tomato) , nugget nasi + ayam + sayur dan macam-macam lagi. Banyak je resepi yang boleh kita olah, ibu yang kene rajin gali dan cari ilmu.

Seeloknya jangan 1 hari makan lauk yang sama, itulah sarapan, itulah makan tengah hari, itulah makan petang , itulah makan malam. Kesudahannya bila anak tolak makan tanya kenapa, ingat kita je ke bosan asyik makan benda sama? Anak pun manusia ya ibu.
Fikir-fikirkan.
The post Makan Beras Tertentu Tak Naikkan Berat Badan Anak, Biasakan Je Anak Dengan Beras Biasa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makan-beras-tertentu-tak-naikkan-berat-badan-anak-biasakan-je-anak-dengan-beras-biasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Wajah Makin Tembam Ketika Hamil Anak Kedua Bella Astillah Mengaku Berat Badan Dah 60kg

Hiburan Wajah Makin Tembam Ketika Hamil Anak Kedua Bella Astillah Mengaku Berat Badan Dah 60kg

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 478 hits
Penyanyi Bella Astillah telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua sekaligus menyaksikan semula perhubungan antara dia dan Aliff Aziz bertaut kembali Sering memuat naik video dan foto penampilannya yang terkini Bella atau nama sebena...
Dari Kurus Ke Sado Lelaki Bagi Tips Naikkan Berat Dalam Masa 4 Bulan Ada Muscle Lagi

Dari Kurus Ke Sado Lelaki Bagi Tips Naikkan Berat Dalam Masa 4 Bulan Ada Muscle Lagi

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 557 hits
Nak naikkan berat badan bukan sekadar makan banyak sahaja tau small Cover image via Twitter Atifalias span span small Setiap orang pasti mendambakan berat badan yang sempurna dan ideal sama ada lelaki mahupun perempuan Jika badan terlalu be...
4 Pemain Pdrm Berdepan Denda Lebih Berat Badan

4 Pemain Pdrm Berdepan Denda Lebih Berat Badan

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 248 hits
Sekurang kurangnya empat pemain pasukan Liga Super PDRM bakal berdepan tindakan denda akibat didapati memiliki badan melebihi berat dibenarkan Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengendalinya Ishak Kunju Mohamed selepas menerima kembali...
Kerja Dari Rumah Buat Berat Badan Naik Trend Obesiti Di Malaysia Menggerunkan

Kerja Dari Rumah Buat Berat Badan Naik Trend Obesiti Di Malaysia Menggerunkan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Sepanjang bekerja dari rumah berikutan pandemik wabak COVID 19 bukan sahaja golongan wanita malah lelaki juga berkeluh kesah di media sosial tentang berat badan yang semakin bertambah Bukan setakat sekilogram malah berkilo kilo...
Minuman Ni Boleh Bantu Menurunkan Berat Badan Wahh Biar Betul Ni

Minuman Ni Boleh Bantu Menurunkan Berat Badan Wahh Biar Betul Ni

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 432 hits
MINUMAN NI BOLEH BANTU MENURUNKAN BERAT BADAN WAH BIAR BETUL NI Rasanya mereka yang nak turunkan berat badan mesti tercari cari cara atau petua yang senang nak Kalau cikla agak malas jugaklah kalau nak apply tip yang agak remeh lagipun cikl...
Tertelan Hand Sanitizer Anak Ingat Air Biasa Bahaya Boleh Sampai Sawan

Tertelan Hand Sanitizer Anak Ingat Air Biasa Bahaya Boleh Sampai Sawan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 422 hits
Penggunaan hand sanitizer yang wajib dipakai kini selain membasuh dengan sabun sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan norma baru kita Namun stok pencuci tangan ini jangan dibiarkan pada tempat yang rendah kerana ia mengundang bahaya pada a...
Ayam Goreng Pandan Ala Siam Doktor Popular Kongsi Resipi Confirm Anak Makan Berebut

Ayam Goreng Pandan Ala Siam Doktor Popular Kongsi Resipi Confirm Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 1205 hits
Hujung minggu ini pasti ada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah selepas kerajaan membenarkan segala aktiviti dengan SOP yang perlu dipatuhi Bosan dengan menu rasa biasa apa kata kita hidangkan menu makan tengahari tetapi special untuk kel...
Makin Selera Suami Anak Makan Ni Tip Sediakan Bawang Goreng Rangup 2 Bahan Sahaja

Makin Selera Suami Anak Makan Ni Tip Sediakan Bawang Goreng Rangup 2 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 345 hits
Setiap kali kita sediakan bubur nasi atau makanan lain penambah rasa pastinya buat anak anak yang membesar bangkit seleranya Jika untuk bayi bawah dua tahun penambah rasa seperti serbuk ikan bilis dan serbuk ayam menjadi pembantu bagi anak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba